BERSAMA ALEXANDERWATHERN
 
 
•  Home  •  Downloads  •  Your Account  •  Forums  •
 
 
SENARAI MODUL
· Home
· AKAUN ANDA
· ARKIB-SIMPANAN
· CARI
· DOWNLOADS
· FORUM
· GALERI GAMBAR
· KAJI SELIDIK
· LINK BERMANFAAT
· MAKLUMBALAS
· MESEJ PERIBADI
· PESANAN RINGKAS
· PROMOSI LAMAN INI
· SEMUA KARYA ALEX
· SENARAI AHLI
· STATISTIK
· TOP 10
MAKLUMAT PENGGUNA
Welcome PENGUNJUNG


Nickname

Password

 

Membership

 · New Today

4

 · New Yesterday

6

 · Overall

738


Latest 3 Members
 01:Nov 21, 2009ASClupoblibia
 02:Nov 21, 2009ksizezzz
 03:Nov 20, 2009ViagraCialis

People Online

 Visitors (0%)

 Members (0%)

 Total online

0


Most Ever Online

 · Total

89

 · Members

1

 · Visitors

88


Total Hits
 · Daily

940

 · Average Hits

1526

 · Total Hits

1020118


Download Stats
 ·Total Files

 ·Total Categories

 ·Files Downloaded

 ·Data Sent

B


   Nuke Info
 ·Active Staff

1

 ·Active Topics

10

 ·Active Stories

467

 ·Total FAQ

 ·Total Reveiws

 ·Forum Posts

779

 ·Forum Topics

333

SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI?
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here
DEDAUNAN TAJDID SEGAR

LOKASI PENGUNJUNG
Locations of visitors to this page
Sape Nak Main Ngan Caye...?
UNDI BLOG INI
Malaysian Muslim Blogs
UNDI LAGI
Ukhwah.com :: Top Blog
Azharian's Topsite
BKPJM TOP BLOG
AL-AZHAR`s TOPSITES

Featured Links: Free PHP-Nuke Portal @ Caribbean Medical Schools
MEMBINA RUMAHTANGGA BERWANGIAN SYURGA bab 1.1
Posted on Friday, May 11 @ 09:41:34 EDT by alexanderwathern
UMUM
Bab 1: MENGAPA SEMUA INI BOLEH BERLAKU?

Si isteri berulang-kali menangis di telefon mengadu nasibnya. Akhirnya hilang sedih berganti putus asa. Terbitlah keakurannya: si suami hendak buat apa sekalipun si isteri tidak akan peduli, asalkan beri duit untuk anak-anak makan. Sampai begitu sekali putus asa seorang ibu. Kami amat bersimpati.


Bab 1: MENGAPA SEMUA INI BOLEH BERLAKU?

Sebagai permulaan, kita renung-renungkan kes-kes yang dinyatakan di bawah. Sebahagian besar daripada kes-kes ini dirujukkan kepada kami suami isteri sedikit sebanyak. Sekurang-kurangnya pun, ia berlaku “dekat” dengan kami. Bercerita daripada pengalaman biasanya lebih berkesan.

Bukanlah tujuan saya untuk mendedahkan keaiban sesiapa. Yang mahu kita ambil adalah pengajarannya. Kes-kes ini pula nanti akan dikaitkan dengan bab-bab tertentu sepanjang perjalanan “Rumah Tangga Berwangian Syurga” yang sedang anda tatapi sekarang. Ia akan memudahkan pemahaman.

Namun begitu kisah-kisah mereka akan dicontohkan dengan cara yang bersopan, hinggakan kalau mereka terbaca sekalipun mereka tidak terperasan itu adalah kisah mereka, insyaallah.

Bersedia untuk meletihkan fikiran? Adakah ini rumahtangga yang kita mahukan? Kita mulakan.

KES SATU
A (lelaki) dan B (perempuan) berkahwin. Kami menunjukkan rasa tidak setuju dengan cara mereka berkawan sebelum berkahwin. Beberapa nasihat mudah dihadiahkan kepada B tapi “masuk telinga kiri, keluar telinga kanan”. Silap-silap keluar ikut hidung.

Hasilnya, mereka mendapat “hasil” sebelum diijabkabulkan. Banyak orang tidak tahu tetapi kami kemudiannya tahu atas pengakuan B sendiri yang sering mengadu nasib jika ada apa-apa masalah dalam keluarganya. Begitu juga dengan masalah pendaftaran anaknya.

Mereka berhijrah ke bandar besar dan berpendapatan lumayan juga. Anak-anak semakin bertambah. Datang ketentuan Tuhan. Si suami menjadi pengunjung kelab malam, pulang lewat malam, suka akan arak, berpeleseran dengan perempuan-perempuan lain, ada buah hati baru selain isteri, bersikap panas baran, menghina dan memukul isteri…

Si isteri berulang-kali menangis di telefon mengadu nasibnya. Akhirnya hilang sedih berganti putus asa. Terbitlah keakurannya: si suami hendak buat apa sekalipun si isteri tidak akan peduli, asalkan beri duit untuk anak-anak makan. Sampai begitu sekali putus asa seorang ibu. Kami amat bersimpati. Eloklah sekejap rumahtangga, tapi keharmoniannya berfomulakan ungkapan di atas tadi. Elok tapi tidak ada kebahagiaan.

Beberapa lama kemudian, kejadian pulang mabuk dan perlakuan memukul bertambah pula. B hidup dalam ketakutan dan kesakitan. Hanya satu ikhtiarnya- lari ke rumah saudara nun jauhnya hampir 500 kilometer. Nasihat dan panduan daripada kami selalu dipinta, walaupun rasanya bukan semua dipakai.

Dipendekkan cerita, B berjaya menuntut cerai daripada A. Kini B hidup di kampung asalnya menyara anak-anak. Khabar angin mengatakan A dipenjarakan, wallahualam. Bayangkan betapa sukarnya B menjalani kehidupan.

Apa yang kami nampak, punca utamanya adalah masalah pemahaman agama.

KES DUA
A dan B sepasang suami isteri yang mempunyai beberapa orang anak. Keluarga ini kurang benar menjaga solat dan aurat. Pergaduhan kerap berlaku. Wang gaji si suami hilang entah ke mana, gaji isteri pula disapunya. Pernah isterinya disuruh menjadi juruwang di kelab malam. Hal ini dirahsiakan daripada kmami, tapi kami tahu juga dengan izin Allah. Rupanya A ketagihan ganja. Orangnya pula panas baran. Nasib baiklah tangan kakinya tidak cepat naik.

Suatu ketika berlaku perubahan besar. B minta bantuan kami mengambilnya dan hantar ke kampung. Bayangkan, bagaimana kita hendak minta kebenaran suaminya? Menitis air mata saya melihat anak-anak kecil menangis mahukan kedua-dua orang ibu bapa mereka tidak ke mana-mana.

Saya maklumkan kepada si suami yang sedang “hangat” tentang kuasanya dalam hal ini menurut agama Islam. Saya minta kebenarannya melepaskan si isteri merajuk sekejap ke kampung, dan berjanji keadaan akan pulih setelah kesedihan si isteri berkurangan.. Dengan izin Allah dibenarkan!

Kerja kami ternyata berkesan. B pulang bermanja dengan ibunya sekejap. Hatinya pun beransur sejuk. Esoknya dia menelefon si suami agar mengambilnya. Mereka hidup bahagia kembali.

Tapi penghayatan agama nampaknya tidaklah jauh lebih baik daripada sebelumnya. Ini yang menyedihkan.

KES 3
Berbulan-bulan lamanya A sakit dan akhirnya meninggal dunia. B isterinya yang jauh lebih muda melahirkan anak baru yang didakwa anak A. Kalau dikira-kira memang tidak cukup bulan lahirnya. Hendak dikatakan A masih mampu “bersama” semasa sakitnya itu dirasakan mustahil kerana A terlantar sakit berat dalam jangka masa lama. Walaupun menjadi buah mulut orang, kami berusaha untuk bersangka baik.
Beberapa tahun kemudian, timbullah masalah. Anak itu yang sudah bersekolah rupanya tiada sijil lahir. B hendak mengupah kami buatkan sijil lahir yang palsu, kami tolak. Kami faham benar apa puncanya.

Mahu perkara ini berlaku kepada kita dan keturunan kita?

KES 4
Perkahwinan A dan B bahagia. Dapat sepasang anak. Mereka peminat Hindustan nombor satu, terutamanya si isteri. Berbelas tahun berkahwin, B dapat kerja baru yang lumayan gajinya tapi jauhnya lebih kurang 100 km dari rumah. Maka B terpaksa tinggal di sana dan pulang seminggu sekali.

Mula-mula selalu pulang, lama-lama selalu tidak pulang. Khabarnya pengaruh Bollywood meresapi jiwa. Jiwang pun terhasil. B sudah ada teman baru. A tidak mampu menghalang melainkan dengan kata-kata. Akhirnya B dan teman barunya ditangkap basah.

Bercerailah A dan B yang selama ini bahagia. Anak-anak menjadi mangsa. Seperti biasa, ehwal agama banyak dipinggirkan dan itulah yang menjadi penyebabnya.

KES 5
A seorang ustaz yang mengajar di surau-surau. Pengajiannya bagus walaupun bernada sekular. Sewaktu hendak pulang, biasanya si isteri yang datang mengambil dengan motosikal. Yang membuatkan saya berfikir banyak kali, bagaimanalah si ustaz yang berserban dan berjubah putih diambil oleh isterinya yang memakai serkup kepala leher terdedah, baju T ketat dan jarang serta berlengan pendek. Selalu begitu. Tidak ada pula malu-malu alah malah si isteri boleh melawak dengan jemaah-jemaah lelaki.

Adakah agama salahnya?

Bersambung…



 
Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Related Links
· More about UMUM
· News by alexanderwathern


Most read story about UMUM:
APA ITU "SAKA"?

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Printer Friendly

"LOGIN-AHLI MASUK DI SINI" | Login/Create an Account | 1 comment | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: MEMBINA RUMAHTANGGA BERWANGIAN SYURGA bab 1.1 (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Tuesday, May 15 @ 05:51:16 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/
Sambungan bahagian seterusnya di sini: http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=155&mode=&order=0&thold=0 Selamat menyambung pembacaan.


 
 
iLuvislam.com Top Blog





ISMA IKHWAN ABIM JIM PESANTREN VIRTUAL PAS HIZBUT-TAHRIR HALUAN RUFAQA NAHDATUL ULAMA MUHAMMADIYAH

PERINGATAN: Laman ini khususnya sebagai rujukan kepada ahli keluarga, anak-anak murid dan rakan-rakan

PONDOK TAMPIN   BAHAN TARBIYYAH   ALJOOFRE   HEMBUSAN   SERBAN PUTIH   EPILOG SISWA   ADNAN FADZIL   WANGIAN CEMPAKA    ALEXANDARICAIRO   TR_CHAMP   ONE-G   AL-HIKMAH   ALBAZRAH    STRAWBERRY & DANDELION   PRO-TAJDID SEGAR   SHARPEST SWORD  AL-FANSURI   NAQS HAQQANI   BAHRUS SHOFA   PAHLAWAN SRIKANDI   ZAHRAANNUR   JIHAD WAHABI   AZ ABRAR   AL QASAM   ABU HANAAN    BUDAKMENULIS   PcMUJAHID   ANJUNG LARIK   ORDINARY PAPA   IBNU MAJID   ULAMA UMMAH   SINAR KEIMANAN   AIMINABIHAH   DAULAH ISLAMIAH   NURHAWARIYYUN   DISERTASI   PASIR MAS   SUNGAI UDANG   IBNU QALIL   SAUJANA HIKMAH   IBNU RUHUDDIN   TINTA PERMATA   IBNU ZACK   AZHAR JAAFAR   WARDATUSSAHRA   FAUZI ASMUNI   MASIDAS   ROBITAH SOFIYAH   WAJA TERENGGANU   ORANG JELAI   SATU UMAT   MENGENAL ISLAM    MENGAPA ISLAM   GHURABAA786   AERSTU   FATHER OF HANAAN   MEDIA MUSLIM   TAJDID SEGAR   AL MARBAWI   GAGASAN ASWJ   DEBUNGA SYURGA   DE HAMBRA HEIGHTEN   UKHTI 27   SALADIN CONVOY   MEDIA MUSLIM   USTAZ ROSLI DHOBY   JARUM EMAS   KHAZANAH DINIYYAH   EFFRY SAIFUL    GREEN CASTLE   IBNU QALIL   SOBAHICAIRO   FASI TERENGGANU   USTAZ SOFAN HALIM   PERINTIS UMMAH   IMAM AZHARI   ASYZ SUFI   ROUDHOTUZ ZAHRA   ILMUWAN   HAHNIF   AYASHIOKI   FIRUS FANSURI
SCENE-R   PERINTIS UMMAH   DZULHAQQ   HIZ-TOUGH   HAZMI DIBOK   NURUL AIMAN   JANNATUL-NAIM   SERULING SENJA   NABIHA AL KHALIDIY   RISALAH KERINDUAN

PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.39 Seconds
 
 
:: fiblack3d phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::