| SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI? |
|
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.
You are Anonymous user. You can register for free by clicking here |
|
|
| Sape Nak Main Ngan Caye...? |
|
|
|
|
MEMBINA RUMAHTANGGA BERWANGIAN SYURGA bab 1.2
Posted on Tuesday, May 15 @ 05:49:16 EDT by alexanderwathern |
|
Sampai masa si A menunaikan fardhu haji. Kembalinya ke tanah air, perlahan-lahan perubahan berlaku. Jika sebelum bergelar haji si A selalu berserban, berjubah dan pernah menyimpan janggut, kini dia berbangga pula memandu kereta ke kota dengan berbaju tidak ada lengan, seluar jeans, talipinggang besar, misai yang tebal yang bertentangan dengan sunnah, kasut ala “cowboy”, gelang di tangan, bercermin mata hitam, serban berganti sapu tangan ala “rocker” di kepala… dalam usia lebih separuh abad!
BAHAGIAN PERTAMA DI SINI
KES 6 Usia A dan B sudah lebih separuh abad. B rasa terkilan kerana sepanjang hayat A, A hanya menunaikan solat fardhu dan puasa saja, tidak lebih daripada itu. Amalan-amalan seperti membaca al-Quran, berzikir, menghafaz, mendengar ceramah, berbicara soal agama, solat berjemaah, menjadi imam solat keluarga, membaca bahan-bahan agama… hampir-hampir tidak pernah dilihat. Boleh jadi dibuatnya secara senyap-senyap, wallahulam. Keadaan ini berterusan hinggalah ke akhir hayat A. Beberapa kali B meluahkan rasa terkilannya kepada kami, tapi apa lagi yang boleh dibuat…
Tidak mustahil ini juga akan berlaku kepada kita.
KES 7 Kisah di utara tanah air. A dan B bercinta bagai nak rak. Sungguhpun keluarga A tidak merestui hubungan itu, A sanggup bermasam muka dengan ibu bapanya. Baginya B lebih utama. Kadang-kadang A tidur di rumah keluarga B. Begitulah hebatnya zaman percintaan mereka hinggalah akhirnya mereka berjaya juga berkahwin.
Selepas berkahwin mereka tinggal di rumah keluarga A. Faham-fahamlah apa yang bakal B lalui. Dia dilayan kelas kedua, seperti orang gaji. A pula bekerja di tempat lain, jauh. Orang luar yang melihat nampak pasangan ini macam bahagia.
Tidak lama kemudian dapatlah anak. Anak di”control” oleh keluarga A. A pula semakin jarang-jarang pulang. Kalau pulangpun layanan mesra sudah hilang, berganti wajah yang meluat. Isteri kurang dilayan, akhirnya tidak dilayan langsung. Rupanya sudah ada buah hati baru, yang direstui keluarga. Isteri sendiri ditengking dan diugut-ugut.
B tiada tempat mengadu. Dia tidak dibenarkan bergaul dengan orang sekeliling. Hendak pulang ke kampung sangatlah susah mendapat kebenaran. Kalau hendak pulang, anak mesti ditinggalkan. Pulanglah naik bas, walaupun keluarga itu mempunyai empat lima biji buah kereta.
Akhirnya, cerai dilafazkan melalui telefon. Hilanglah semua keindahan zaman percintaaan bagai nak rak dulu. Hilanglah kejantanan A yang sanggup bertentangan dengan keluarganya demi citanya kepada B dulu. Hilanglah paduan kasih sayang ibu dan bapa ke atas seorang anak.
KES 8 Kisah di tempat kami. Budaya hidup keluarga A dan B memang sekular. Hanya puasa Ramadhan yang beres. Solat lebih banyak yang tidak dibuat daripada yang dibuat. Aurat dan hiburan tidak ada batasan. Mencari wang menjadi keutamaan, maka banyaklah duit simpanan. Dengan para pendakwah cukup anti. Pengajian-pengajian agama tidak mahu pergi. Kami sendiri dipandang hina. Tapi kita lihat apa balasan Tuhan kepada mereka.
Anak pertama tidak cukup akal, akibat sakit dan didera pula semasa kecil. Anak kedua sudah enam tahun tidak pulang, kerana diharamkan pijak halaman rumah oleh B. Hal ini berlaku kerana B tidak setuju calon isteri anaknya. Anak ketiga menjadi bohsia walaupun akhirnya berkahwin juga. Anak ke empat setakat ini nampak ok. Diambilnya pula seorang anak luar nikah sebagai anak kelima. Hairan, anak sendiri diharam pulang, anak luar nikah pula jadi anak tersayang.
Inikah bentuk keluarga yang bakal kita miliki?
KES 9 Perkahwinan A dan B asalnya atas dasar yang bertentangan dengan agama. Kalau mengikutkan hukum Islam, yang seorang sudah direjam mati sementara seorang lagi dirotan di khalayak ramai. Anak pertama mereka berdua adalah anak luar nikah.
Di hujung-hujung usia, mereka mendapat hidayah lalu menyertai sebuah jemaah Islam, begitu juga dengan anak-anak. Bercakap tentang Islam bukan main lagi, kalah kita yang sudah lama dengan sepak terajang dunia dakwah. Tak apalah.
Sampai masa si A menunaikan fardhu haji. Kembalinya ke tanah air, perlahan-lahan perubahan berlaku. Jika sebelum bergelar haji si A selalu berserban, berjubah dan pernah menyimpan janggut, kini dia berbangga pula memandu kereta ke kota dengan berbaju tidak ada lengan, seluar jeans, talipinggang besar, misai yang tebal yang bertentangan dengan sunnah, kasut ala “cowboy”, gelang di tangan, bercermin mata hitam, serban berganti sapu tangan ala “rocker” di kepala… dalam usia lebih separuh abad!
Si B sebelum si A berhaji menjadi seorang pendamai. Kini berubah menjadi seorang yang suka bermusuh. Habis adik-beradik dimusuhinya, baik sebelah A mahupun sebelah B. Anak-anakpun menjadi mangsanya juga hinggakan ada yang tidak mahu pergi ke rumahnya lagi. Yang masih bersamanya pun hanya anak-anak yang berkepentingan, yang memerlukan wang. Padahal di belakang, mereka juga meluahkan rasa meluat.
Inikah keluarga yang kita mahu?
KES 10 A dan B berkahwin atas pilihan orang tua. Asas agama memang hancur. B menderita tetapi cuba didiamkan. Suaminya bertukar perempuan pelbagai bangsa. Bermabuk-mabukan memang biasa hingga pernah terbalik kereta yang dipandu. Dalam usaha untuk mengekang si suami, si isteri bomohkan suami. Sungguhpun A dihormati masyarakat kerana kekayaannya, tapi apa-apa keputusan pun biasanya mesti melalui B. A macam pak turut saja pada pandangan kami.
Perkara begini boleh berlaku kepada kita tak?
Bersambung…
|
|
|
| |
|
| Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name. |
|
|
|
| No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
|
|
|
|
|
Re: MEMBINA RUMAHTANGGA BERWANGIAN SYURGA bab 1.2 (Score: 1) by ainohikari on Tuesday, September 25 @ 05:57:17 EDT (User Info | Send a Message) | lamanya mau tunggu sambungan ke seterusnya ^_^
|
|
|
|
|
|
|
|
|