BERSAMA ALEXANDERWATHERN
 
 
•  Home  •  Downloads  •  Your Account  •  Forums  •
 
 
SENARAI MODUL
· Home
· AKAUN ANDA
· ARKIB-SIMPANAN
· CARI
· DOWNLOADS
· FORUM
· GALERI GAMBAR
· KAJI SELIDIK
· LINK BERMANFAAT
· MAKLUMBALAS
· MESEJ PERIBADI
· PESANAN RINGKAS
· PROMOSI LAMAN INI
· SEMUA KARYA ALEX
· SENARAI AHLI
· STATISTIK
· TOP 10
MAKLUMAT PENGGUNA
Welcome PENGUNJUNG


Nickname

Password

 

Membership

 · New Today

4

 · New Yesterday

6

 · Overall

738


Latest 3 Members
 01:Nov 21, 2009ASClupoblibia
 02:Nov 21, 2009ksizezzz
 03:Nov 20, 2009ViagraCialis

People Online

 Visitors (0%)

 Members (0%)

 Total online

0


Most Ever Online

 · Total

89

 · Members

1

 · Visitors

88


Total Hits
 · Daily

981

 · Average Hits

1526

 · Total Hits

1020159


Download Stats
 ·Total Files

 ·Total Categories

 ·Files Downloaded

 ·Data Sent

B


   Nuke Info
 ·Active Staff

1

 ·Active Topics

10

 ·Active Stories

467

 ·Total FAQ

 ·Total Reveiws

 ·Forum Posts

779

 ·Forum Topics

333

SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI?
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here
DEDAUNAN TAJDID SEGAR

LOKASI PENGUNJUNG
Locations of visitors to this page
Sape Nak Main Ngan Caye...?
UNDI BLOG INI
Malaysian Muslim Blogs
UNDI LAGI
Ukhwah.com :: Top Blog
Azharian's Topsite
BKPJM TOP BLOG
AL-AZHAR`s TOPSITES

Featured Links: eTripTips - Your Travel Source @ Caribbean Medical Schools
E-Novel- MIMPI TUJUH MALAM
Posted on Sunday, August 05 @ 01:45:02 EDT by alexanderwathern
E-NOVELSebuah Karya Alexanderwathern

          Novel Harry Porter mendapat sambutan luar biasa di seluruh dunia terutamanya dalam kalangan remaja dan belia termasuklah remaja dan belia Islam. Kita perhatikan isi kandungan novel ini banyak juga yang tidak sesuai untuk membentuk peribadi remaja dan belia Muslim. Di sini kita cuba menghidangkan sebuah novel kembara fantasi yang berkonsepkan tarbiah Islami secara tidak langsung. Sesiapa yang membaca, inysaallah akan tersentuh hatinya untuk meningkatkan ilmu, iman dan amal masing-masing.
Haris Fatwa
dalam
Mimpi Tujuh Malam
Oleh
Alexanderwathern
Haris Fatwa kini merupakan seorang remaja berusia 19 tahun. Pada zaman awal remajanya, dia sangat meminati cerita-cerita tentang pengembaraan merentasi masa. Dengan izin Tuhan, ketika usianya tujuh belas tahun, dia telah mengalami mimpi-mimpi luarbiasa selama tujuh malam berturut-turut. Dalam setiap mimpi itu Haris mengembara merentasi masa bersama misi-misi tertentu yang mesti diselesaikannya. Ini memang hadiah yang sangat istimewa daripada Tuhan kepadanya.
Apa yang menarik, segala peristiwa dalam mimpi-mimpinya itu umumnya adalah yang logik jika berlaku di alam nyata. Ia bukanlah rangkaian mimpi mengarut yang dipenuhi hal-hal tidak masuk akal. Dan yang paling penting, kesemua mimpinya mempunyai pendidikan dari sudut agama.
Dalam menyelesaikan misi-misi tersebut, Haris akan memegang watak tertentu yang bersesuaian dengan zaman yang diterokainya. Selama memegang watak itu, Haris tidak tahu yang dirinya adalah dari masa hadapan. Dia seolah-olah manusia yang benar-benar dilahirkan pada masa itu. Maka dia tidak punyai pengetahuan masa kini dan pengembaraannya tidak akan mengubah sejarah.
Dalam sebahagian daripada mimpi-mimpinya itu, Haris ditemani adiknya Hairi Fatwa.
Mungkin ada individu yang pernah membaca cerpen karangan saya bertajuk ‘Rindu’. Sebenarnya itu adalah sebahagian daripada novel ini.
Dalam mimpi yang pertama, Haris berada pada tahun 1511 di Melaka. Berwatak seorang panglima Melayu Melaka bernama Panglima Alang Kadim.  Misinya menewaskan barisan pengkhianat Melayu yang diketuai oleh Pendekar Guno.
Dalam mimpi kedua Haris berada dalam tubuh seorang remaja wanita pada tahun 90-an. Misinya menyuburkan roh Islam dalam keluarganya.
Mimpi ketiga menjadikan Haris seorang remaja lelaki kampung pada tahun 70-an. Misinya membasmi satu kumpulan ajaran sesat.
Mimpi seterusnya berkaitan rawatan tradisional Islam. Misi Haris membantu seorang ustaz merawat seorang gadis yang kerasukan. Ini berlaku dalam tahun 80-an.
Tahun 60-an, Haris seorang remaja lelaki yang belajar ilmu persilatan. Misinya selamat sampai ke rumah ketika pulang pada waktu malam.
Seterusnya Haris seorang pemuzik Muslim berbangsa Amerika pada tahun 80-an yang bermastautin di Malaysia. Gelarannya Highrisk Fatewar (High Risk Fate War). Misinya mengembalikan rakan-rakan kumpulan muziknya kepada ajaran Islam yang sebenar.
Misi terakhir- jalan ceritanya panjang seperti sebuah novel. Sesuai dijadikan buku kedua sebagai sambungan kepada buku pertama. Era 2020-an. Haris sebagai seorang agen kerajaan Malaysia. Misinya menghapuskan gerakan Puteri Raya yang mengancam keselamatan Nusantara.
Akhirnya nanti akan terjawab pula kaitan mimpi-mimpi ini dengan satu ‘peristiwa besar’ yang akan dilalui oleh Haris Fatwa. Hal inilah yang akan menjadi kemuncak novel ini dan bakal dihidangkan dalam buku ketiga (terakhir).
          Keistimewaan novel ini terdapat pada isi pengembaraannya yang logik- fantasinya terkawal, bernilai agama, banyak mentarbiah, banyak jenaka sopan untuk mencuit hati pembaca dan ada percintaan dalam batas-batas Islam.
          Selamat membaca dan mengambil manfaat.
‘PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT’
Alexanderwathern
* Kutujukan novel ini khususnya kepada anak-anak dan murid-muridku, semoga nanti kalian lebih faham perbezaan antara karya yang mempunyai ‘roh Islam’ dengan yang sebaliknya.
 
Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Related Links
· More about E-NOVEL
· News by alexanderwathern


Most read story about E-NOVEL:
E-Novel- MIMPI TUJUH MALAM

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Printer Friendly

"LOGIN-AHLI MASUK DI SINI" | Login/Create an Account | 5 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: E-Novel- MIMPI TUJUH MALAM (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Sunday, August 05 @ 01:53:53 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/
Bab 1: Darah Bumi Warisan
Pasukan Panglima Alang Kadim yang bergelar Panglima Abu Sufyan pecah digempur askar-askar Peringgi. Panglima sendiri berjaya ditawan di pinggir Kota Melaka setelah mengalami luka parah. Paling menyedihkan, Panglima Tun Rahim yang terkenal dengan kebalnya itu terapung-apung mayatnya di sungai terkena bedilan meriam kapal-kapal Peringgi. Dengan gugurnya Tun Rahim, semangat juang para pahlawan Melayu Melaka di bahagian selatan semakin terhakis, terutamanya untuk pasukan Panglima Abu Sufyan.


Pasukan itu terpaksa berundur ke kawasan dusun. Kini hanya tinggal dua belas orang berbanding empat puluh orang pada awalnya sebagaimana yang disusun oleh Dato’ Panglima Hang Lekir. Itupun, tiga daripadanya mengalami kecederaan parah.

“Pada firasat hamba, Kota Melaka sudah jatuh ke tangan Peringgi,” ujar Tun Hasharuddin, anak pendekar Abu Sufyan. Kini dialah yang bertindak sebagai ketua sebaik-baik sahaja bapanya ditawan.

Siti Zubaidah dan Nurul Hidayah berpandangan sesama sendiri mendengar gumam pemimpin mereka. Dalam pasukan itu, tinggal mereka berdua saja yang wanitanya. Mereka baru kehilangan rakan mereka, Nurul Ashikin yang ditembak di kaki sewaktu mereka dikejar askar-askar Peringgi. Dari jauh, mereka dapat melihat bagaimana Nurul Ashikin yang masih bernyawa ditebas kepalanya dengan pedang.

“Hamba tak percaya! Melaka bumi berdaulat! Baginda Sultan penaung kita. Mustahil tanah air kita akan dijajah oleh Benggali Putih jahanam itu!” pekik Siti Zubaidah penuh kegeraman. Air matanya masih berhamburan mengenangkan apa yang terjadi. Tangan kanannya yang menghunus keris terketar-ketar menahan amarah. Darah Peringgi masih menitis daripada hujung mata kerisnya.

Siti Zubaidah, Nurul Ashikin dan Nurul Hidayah ialah tiga bersaudara, anak kepada seorang mubaligh terkenal di Melaka iaitu Maulana Luqman Hakim. Maulana berketurunan India-Muslim dan berkahwin dengan orang Melayu Melaka. Sejak kecil lagi mereka dibekalkan dengan ilmu keperwiraan oleh Maulana agar mereka dapat menjadi srikandi pembela bangsa suatu hari nanti. Maulana yang juga seorang tokoh sufi pernah meramalkan Kesultanan Melaka akan jatuh tidak lama lagi. Ini dibuat berdasarkan pemerhatiannya kepada iklim dunia Timur yang memasuki era penjajahan oleh bangsa-bangsa dari Barat. Sekarang ramalannya menjadi kenyataan.

“Cis, alang-alang mandi… biar basah! Ayuh pejuang-pejuang agama dan tanahair, kita amok beramai-ramai ke dalam
kota! Allahhhhu Akbar!” jerit Nurul Hidayah tiba-tiba. Dia terus berlari menuruni bukit menuju ke arah Kota Melaka. Semua pejuang terkejut. Siti Zubaidah cuba mengejar tetapi dengan pantas lehernya disauk cindai Tun Hasharuddin lalu dijatuhkan dengan kaedah jatuhan gerak silat yang lembut. Sebenarnya Tun Hasharuddin sudah ternampak kelibat askar Peringgi di bawah sanaRead the rest of this comment...



Re: E-Novel- MIMPI TUJUH MALAM (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Sunday, August 05 @ 02:00:10 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/
* Untuk membaca seluruh Bab 1, sila tekan 'Reply To This'.
Harap maklum.



Re: E-Novel- MIMPI TUJUH MALAM (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Friday, October 10 @ 00:54:35 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/
Saya mohon maaf, memang sibuk betul. Bab kedua dan seterusnya memang sudha ada dalam kepala, tapi netah bilalah nak dipindahkan ke dalam bentuk tulisan. Saya memang minat sangat untuk menghabiskannya, tapi memang dikekang oleh masa.



 
 
iLuvislam.com Top Blog





ISMA IKHWAN ABIM JIM PESANTREN VIRTUAL PAS HIZBUT-TAHRIR HALUAN RUFAQA NAHDATUL ULAMA MUHAMMADIYAH

PERINGATAN: Laman ini khususnya sebagai rujukan kepada ahli keluarga, anak-anak murid dan rakan-rakan

PONDOK TAMPIN   BAHAN TARBIYYAH   ALJOOFRE   HEMBUSAN   SERBAN PUTIH   EPILOG SISWA   ADNAN FADZIL   WANGIAN CEMPAKA    ALEXANDARICAIRO   TR_CHAMP   ONE-G   AL-HIKMAH   ALBAZRAH    STRAWBERRY & DANDELION   PRO-TAJDID SEGAR   SHARPEST SWORD  AL-FANSURI   NAQS HAQQANI   BAHRUS SHOFA   PAHLAWAN SRIKANDI   ZAHRAANNUR   JIHAD WAHABI   AZ ABRAR   AL QASAM   ABU HANAAN    BUDAKMENULIS   PcMUJAHID   ANJUNG LARIK   ORDINARY PAPA   IBNU MAJID   ULAMA UMMAH   SINAR KEIMANAN   AIMINABIHAH   DAULAH ISLAMIAH   NURHAWARIYYUN   DISERTASI   PASIR MAS   SUNGAI UDANG   IBNU QALIL   SAUJANA HIKMAH   IBNU RUHUDDIN   TINTA PERMATA   IBNU ZACK   AZHAR JAAFAR   WARDATUSSAHRA   FAUZI ASMUNI   MASIDAS   ROBITAH SOFIYAH   WAJA TERENGGANU   ORANG JELAI   SATU UMAT   MENGENAL ISLAM    MENGAPA ISLAM   GHURABAA786   AERSTU   FATHER OF HANAAN   MEDIA MUSLIM   TAJDID SEGAR   AL MARBAWI   GAGASAN ASWJ   DEBUNGA SYURGA   DE HAMBRA HEIGHTEN   UKHTI 27   SALADIN CONVOY   MEDIA MUSLIM   USTAZ ROSLI DHOBY   JARUM EMAS   KHAZANAH DINIYYAH   EFFRY SAIFUL    GREEN CASTLE   IBNU QALIL   SOBAHICAIRO   FASI TERENGGANU   USTAZ SOFAN HALIM   PERINTIS UMMAH   IMAM AZHARI   ASYZ SUFI   ROUDHOTUZ ZAHRA   ILMUWAN   HAHNIF   AYASHIOKI   FIRUS FANSURI
SCENE-R   PERINTIS UMMAH   DZULHAQQ   HIZ-TOUGH   HAZMI DIBOK   NURUL AIMAN   JANNATUL-NAIM   SERULING SENJA   NABIHA AL KHALIDIY   RISALAH KERINDUAN

PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.52 Seconds
 
 
:: fiblack3d phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::