BERSAMA ALEXANDERWATHERN
 
 
•  Home  •  Downloads  •  Your Account  •  Forums  •
 
 
SENARAI MODUL
· Home
· AKAUN ANDA
· ARKIB-SIMPANAN
· CARI
· DOWNLOADS
· FORUM
· GALERI GAMBAR
· KAJI SELIDIK
· LINK BERMANFAAT
· MAKLUMBALAS
· MESEJ PERIBADI
· PESANAN RINGKAS
· PROMOSI LAMAN INI
· SEMUA KARYA ALEX
· SENARAI AHLI
· STATISTIK
· TOP 10
MAKLUMAT PENGGUNA
Welcome PENGUNJUNG


Nickname

Password

 

Membership

 · New Today

4

 · New Yesterday

6

 · Overall

738


Latest 3 Members
 01:Nov 21, 2009ASClupoblibia
 02:Nov 21, 2009ksizezzz
 03:Nov 20, 2009ViagraCialis

People Online

 Visitors (0%)

 Members (0%)

 Total online

0


Most Ever Online

 · Total

89

 · Members

1

 · Visitors

88


Total Hits
 · Daily

1002

 · Average Hits

1526

 · Total Hits

1020180


Download Stats
 ·Total Files

 ·Total Categories

 ·Files Downloaded

 ·Data Sent

B


   Nuke Info
 ·Active Staff

1

 ·Active Topics

10

 ·Active Stories

467

 ·Total FAQ

 ·Total Reveiws

 ·Forum Posts

779

 ·Forum Topics

333

SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI?
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here
DEDAUNAN TAJDID SEGAR

LOKASI PENGUNJUNG
Locations of visitors to this page
Sape Nak Main Ngan Caye...?
UNDI BLOG INI
Malaysian Muslim Blogs
UNDI LAGI
Ukhwah.com :: Top Blog
Azharian's Topsite
BKPJM TOP BLOG
AL-AZHAR`s TOPSITES

Featured Links: easymath.info free webproxy @ Free PHP-Nuke Portal
HADIS NAJD: Menolak Belaan Dr. Azwira
Posted on Thursday, September 27 @ 11:29:54 EDT by alexanderwathern
TAJDID SEGAR

Lima hari lepas saya mendapat satu artikel bertajuk ‘Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab Berasal Dari Najd, Negeri Tempat Munculnya Tanduk Syaitan’ yang mungkin ditulis oleh Dr Azwira Abd Aziz. Sebenarnya saya tidak kenal siapa Dr. Azwira ini dan belum tahu bagaimana pemikiran dan pegangannya. Namun berdasarkan dua tiga artikel yang dinisbahkan kepadanya yang saya baca, nampaknya dia lebih cenderung kepada fahaman Salafi Tua @ Wahabi yang membawa dakwah Tajdid Lapok (Lihat DAKWAH TAJDID SEBENAR http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=121&mode=&order=0&thold=0 ).

 

Tambahan pula dalam isu ‘Najd’ ini, penulis begitu bersungguh-sungguh mempertahankan bahawa Najd di Arab Saudi, yang kini diubah namanya kepada Riyadh oleh Saudi bukanlah tempat fitnah dan tempat terbitnya tanduk syaitan sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah dan sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan ulama. Biasanya hanya mereka yang berfahaman Salafi Tua saja yang bersungguh-sungguh mempertahankan bahawa Najd tempat kelahiran dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab bukanlah Najd yang dimaksudkan oleh Rasulullah. Hal ini kerana mereka seboleh-bolehnya mahu mensucikan Najd tersebut agar fahaman Wahabi Najd tidak dipandang negatif.



Dalam kesibukan Ramadhan, dakwah, kerjaya dan keluarga, saya berusaha mencuri masa menulis penilaian terhadap artikel ini dan siap dalam masa tiga hari. Kalau hari cuti mungkin boleh siapa dalam masa sehari.

Daripada pemahaman saya, tulisan penulis adalah untuk membantah tulisan seseorang yang disebut ‘al-Ghari’. Besar kemungkinan individu yang dimaksudkan itu ialah Ustaz Zamihan al-Ghari, yang pernah berjaya membongkar beberapa penyelewengan Dr. Asri. Para pembaca boleh melihat dan meneliti kejayaan Ustaz Zamihan itu di http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2&start=0 dan http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=12 .

Secara keseluruhannya saya memandang belaan yang cuba dibuat oleh penulis (Dr. Azwira ataupun sesiapa yang berkenaan) adalah belaan yang lemah dan lebih bersifat ketaksuban. Mari kita sama-sama menilai hujah-hujah penulis.

BELAAN PERTAMA

Maksud “Najd”.

Maksud “Najd” Di Sisi Al-Bukhari.

Al-Bukhari rahimahullah meletakkan hadith ini dalam bab berjudul: Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Fitnah itu (datang) dari sebelah timur”. Kemudian, beliau meriwayatkan beberapa hadith, termasuklah doa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan matan (lafaz):

اللهم بارك لنا في شامنا اللهم بارك لنا في يمننا، قالوا: يا رسول الله! وفي نجدنا، قال: اللهم بارك لنا في شامنا اللهم بارك لنا في يمننا، قالوا: يا رسول الله! وفي نجدنا، فأظنه قال في الثالثة: هناك الزلازل والفتن وبها يطلع قرن الشيطان.

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”.

Aku (perawi hadith) agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda bersabda: “Padanya (Najd) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan” [1].

[1] Al-Bukhari, Muhammad Ibn Ismail, Sahih Al-Bukhari, Dar Ibn Kathir, Al-Yamamah, Beirut, 1987, 6: 2598, No: 6681. Tetapi dalam bab yang bermaksud: “Apa yang dikatakan dalam hal gempa bumi dan tanda-tanda Kiamat” beliau meriwayatkannya secara mauquf (terhenti setakat Ibn Umar radhiallahu ‘anhum) sahaja. Lihat rujukan yang sama, 1: 351, No: 990.

Berdasarkan judul bab ini, ternyata Al-Bukhari tidak menentukan secara pasti apa yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan negeri Najd kerana ungkapan beliau ‘dari sebelah timur’ adalah terlalu umum. Kemungkinan ia bermula dari kawasan luar Madinah sampailah ke Iraq, Iran dan seterusnya. Ini bermakna, Al-Bukhari tidak memahami maksud perkataan Najd itu sebagai satu kawasan yang khusus di Semenanjung Tanah Arab seperti yang difahami oleh Al-Ghari itu.

PENILAIAN

Kononnya Al-Bukhari tidak menentukan secara pasti apa yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan negeri Najd kerana ungkapan beliau ‘dari sebelah timur’ adalah terlalu umum.

Ini agak-agakan penulis sahaja. Agak-agakan bukanlah satu kesalahan tapi agak-agakan yang dibuat penulis bersifat dhaif.

Contoh 1:

Encik Ahmad seorang ahli sejarah menulis sebuah artikel tentang kedatangan orang-orang Barat sebagai penakluk dan penjajah ke Timur. Pada bahagian tajuknya ditulis ‘Penjajah Kulit Putih Pertama Ialah Dari Eropah’. Pada bahagian huraianya pula ditulis , “Sebaik-baik sahaja menemui jalan ke Timur, bangsa Eropah meluru dengan senjata ke India dan seterusnya ke Nusantara yang akhirnya menyebabkan kejatuhan Melaka ke tangan Portugis”.

Apakah Encik Ahmad tidak tahu bangsa Eropah mana yang menakluk Melaka hanya kerana pada bahagian tajuknya tidak ditulis ‘Portugis’? Apakah kerana tajuknya yang berbunyi ‘Penjajah Kulit Putih Pertama Ialah Dari Eropah’ bersifat terlalu umum hinggakan Encik Ahmad dikatakan tidak pasti ‘Portugis’ itu bangsa Eropah yang mana satu?

Apakah Imam Bukhari betul-betul tidak tahu Najd yang dimaksudkan oleh Rasulullah hanya kerana pada tajuknya tiada perkataan Najd?

Contoh 2:

Encik Muhammad seorang ahli sejarah. Dia menulis artikel pendek tentang sejarah kejatuhan Baghdad. Dia menemui manuskrip lama yang tertulis ‘Serangan ke atas Baghdad diketuai oleh empat orang panglima Tartar bernama Belalai Khan, Asrab Khan, Salman Khan dan Shah Rukh Khan’ sebagai contoh. Tulisan ini dimasukkannya di bahagian isi lalu diberi tajuk ‘Baghdad Jatuh ke Tangan Orang Timur’.

Apakah kerana pada tajuknya tidak ditulis perkataan ‘Tartar’ dan perkataan ‘Timur’ membawa pengertian yang luas maka kita hukumkan Encik Muhammad TIDAK PASTI ataupun TIDAK TAHU bangsa Timur mana yang menakluk Baghdad?

KESIMPULAN KECIL YANG PERTAMA

Agak-agakan penulis yang berbunyi “Al-Bukhari tidak memahami maksud perkataan Najd itu sebagai satu kawasan yang khusus di Semenanjung Tanah Arab seperti yang difahami oleh Al-Ghari itu” tidaklah punya sandaran yang kukuh. Peringkat sahih pun tidak, peringkat hasan pun tidak. Sekadar hujah peringkat dhaif yang terlalu dhaif sahaja. Perkara yang sedhaif ini tidaklah boleh dibuat hujah.

Imam Bukhari tidak menulis perkataan ‘Najd’ pada tajuk bukanlah bukti kukuh mengatakan beliau tidak tahu bahawa Najd itu adalah Najd di Arab Saudi hari ini.

Hujah pertama penulis dikira tertolak.

BELAAN KEDUA

Maksud “Najd” Berdasarkan Bandingan Dengan Riwayat-Riwayat Lain.

Selain daripada riwayat Al-Bukhari di atas, hadith ini juga telah diriwayatkan dalam beberapa kitab sumber hadith yang lain dengan matan seperti berikut:

أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: اللهم بارك لنا في مدينتنا وبارك لنا في مكتنا وبارك لنا في شامنا وبارك لنا في يمننا وبارك لنا في صاعنا ومدنا، فقال رجل: يا رسول الله! وفي عراقنا، فأعرض عنه فقال: فيها الزلازل والفتن وبها يطلع قرن الشيطان.

Maksudnya: Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Madinah kami, berkatilah negeri Makkah kami, berkatilah negeri Syam kami, berkatilah negeri Yaman kami dan berkatilah (sukatan) gantang dan cupak kami”.

Tiba-tiba seorang lelaki mencelah: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Iraq kami. Lalu Baginda berpaling darinya seraya bersabda: “Padanya (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan”[2].

Matan (lafaz) riwayat ini dilihat berbeza dengan matan riwayat Al-Bukhari kerana di dalamnya ada penambahan doa untuk keberkatan negeri Madinah dan Makkah, manakala perkataan Najd yang ada dalam matan riwayat Al-Bukhari pula diganti dengan perkataan Iraq.

Meskipun ada perbezaan matan antara kedua riwayat tersebut, tetapi pada hakikatnya ia adalah riwayat yang sama, kerana sanad (rantaian perawi) kedua-dua riwayat itu bertemu pada seorang Sahabat yang sama iaitu Abd Allah Ibn Umar radhiallahu ‘anhuma. Matan riwayat Al-Bukhari diriwayatkan melalui jalan sanad Nafi daripada Ibn Umar radhiallahu ‘anhuma, manakala matan riwayat Abu Nuaim dan Ibn Asakir itu pula diriwayatkan melalui jalan sanad Salim daripada Ibn Umar radhiallahu ‘anhuma.

Mengikut kaedah ilmu hadith, kedua-dua riwayat Nafi dan Salim itu saling menyokong antara satu sama lain secara mutabaah (sokongan dalam konteks riwayat yang datang daripada Sahabat yang sama). Justeru oleh kerana kedua-dua riwayat itu pada hakikatnya adalah riwayat yang sama, maka kedua-dua matannya perlu dilihat sebagai penjelas maksud antara satu sama lain.

Dengan perkataan lain, matan riwayat Al-Bukhari menjadi penjelas kepada maksud matan riwayat Abu Nuaim dan Ibn Asakir, sebagaimana matan riwayat Abu Nuaim dan Ibn Asakir juga menjadi penjelas maksud matan riwayat Al-Bukhari.

Ini bermakna, perkataan Najd yang ada dalam matan riwayat Al-Bukhari menjadi tafsiran bagi maksud perkataan Iraq yang ada dalam matan riwayat Abu Nuaim dan Ibn Asakir, sebagaimana perkataan Iraq juga menjadi tafsiran bagi maksud perkataan Najd. Berdasarkan hakikat ini, maka jelaslah bahawa perkataan Najd yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam doanya itu ialah negeri Iraq dan bukan daerah khusus yang terdapat di negara Arab Saudi yang dikenali sebagai Najd.

[2] Abu Nuaim Al-Asbahani, Ahmad Ibn Abd Allah, Hilyah Al-Auliya’, Dar Al-Kitab Al-Arabi, Beirut, Lubnan, 1405H, 6: 133 dan Ibn Asakir, Ali Ibn Al-Hasan Ash-Shafiie, Tarikh Madinah Dimashq, Dar Al-Fikr, Beirut, Lubnan, 1995, 1: 130. Matan (lafaz) ini juga diriwayatkan oleh Yakub Al-Fasawi dalam Al-Marifah, Al-Mukhallis dalam Al-Fawaid Al-Muntaqah dan Al-Jurjani dalam Al-Fawaid, Lihat: Al-Albani, Muhammad Nasir Ad-Din, Silsilah Al-Ahadith As-Sahihah, Maktabah Al-Maarif, Riyadh, Arab Saudi, 1996, 5: 271-302.

PENILAIAN

Hadis pertama riwayat Bukhari. Hadis kedua oleh perawi-perawi lain yang tidak sehandal Imam Bukhari iaitu Abu Nuaim dan Ibnu Asakir. Kita juga tidak dimaklumkan oleh penulis akan taraf hadis kedua sama ada sahih, hasan ataupun dhaif. UMUM KATA, hadis pertama lebih kukuh untuk dijadikan hujah. Tapi tidak mengapalah, kita lihat isi kandungan hadis kedua.

Dakwa penulis:

“perkataan Najd yang ada dalam matan riwayat Al-Bukhari pula diganti dengan perkataan Iraq

Salah! Perkataan ‘Najd’ dalam riwayat Bukhari tidak pernah digantikan dengan perkataan ‘Iraq’. Begitu juga sebaliknya. Kedua-dua matan hadis ini ada menceritakan perkara yang sama dan ada menceritakan perkara yang berlainan. Dalam hal Najd dan Iraq, kedua-duanya perkara ataupun lokasi yang berlainan.

Kita buktikan.

Hujah kita yang pertama:

Kalau perkataan ‘Iraq’ menggantikan ‘Najd’, perkataan ‘Makkah’ dan ‘Madinah’ pula menggantikan apa? Ini menunjukkan ada perbezaan maksud dalam kedua-dua hadis.

Hujah kita yang kedua:

Dalam hadis pertama, Imam Bukhari mengaitkan Najd dengan Timur atau Timur dikaitkan dengan Najd. Imam Bukhari faham HADIS INI memaksudkan Najd dengan Timur atau Timur dengan Najd.

Dalam hadis kedua, SETAKAT PAPARAN penulis, tidak nampak kepada kita bahagian yang ada mengaitkan Iraq dengan Timur atau Timur dengan Iraq. Jadi, Najd (Timur) dalam hadis pertama tidaklah sama dengan Iraq (yang tidak dikaitkan dengan Timur) dalam hadis kedua.

Hujah kita yang ketiga:

Perkataan ‘TANDUK SYAITAN’.

Apabila disebut tanduk, biasanya kita akan faham ada DUA batang tanduk. Contoh: Apabila dikatakan seseokor binatang itu bertanduk. Biasanya kita terus akan faham yang binatang itu ada dua tanduk. Iblis dan syaitan juga dikatakan makhluk-makhluk yang bertanduk, iaitu dua batang (antaranya lihat Dialog Dengan Jin Islam oleh Muhammad Isa Dawud)

Batang di kepala badak sumbu, unicorn ataupun ultraman biasanya tidak kita sebut tanduk, kerana ia ada satu sahaja. Hal ini kerana tanduk itu umumnya bermakna ada dua batang.

Bagi para peminat gusti, tentu kenal regu Road Warriors yang dikenali juga sebagai Legion of Doom. Anggotanya Animal dan Hawk berambut gaya ‘mohawk’. Rambut ‘mohawk’ Animal botak di tepi dan tinggal bahagian tengah sahaja, macam Trojan. Orang tidak katakan kepala Animal nampak macam bertanduk.

Rambut Hawk pula botak di tengah dan di tepi tapi ditinggalkan sebaris rambut di keuda-dua sisi tepi kepala. Dari jauh nampak seolah-olah kepalanya bertanduk, dan itulah yang dikatakan orang.

Nampak bezanya? Kalau sebatang jarang orang sebut tanduk melainkan ada dua batang.

Orang-orang dewasa sering menggayakan tanduk kepada kanak-kanak kecil. Ketika membuat gaya tanduk di kepala, orang menggunakan dua tangan ataupun satu tangan? Golongan remaja sering berjenaka dengan rakan mereka yang mahu melakukan perkara salah seperti hendak mengusik gadis-gadis, lalu mereka mengatakan “Tu dia, tanduk sudah naikkkk!” sambil menggayakan tanduk di kiri kanan kepala. Mereka guna satu tangan ataupun dua tangan? Ada orang yang sengaja gayakan tanduk dengan sebelah tangan lalu meletakkannya di tengah kepala ataupun di tengah hidung?

Iskandar Zulqarnain dikatakan ‘memiliki tanduk’ (antaranya lihat Iskandar Zulkarnain oleh Muhammad Khair Ramadhan Yusuf). Perkataan ‘qarn’ dikatakan menunjukan tanduk. Benarkah di kepalanya tumbuh dua tanduk seperti kambing? Tentu tidak. Ada maksud yang lain. Boleh jadi dia memakai topi besi yang bertanduk sebagaimana topi orang-orang Viking. Apabila disebut ‘topi besi bertanduk’, kita bayangkan dua tanduk ataupun satu? Tentulah dua. Ada yang ‘bertanduk’ satu seperti topi besi tentera Rom, England (macam di kepala ultraman), Islam (topi besi berbatang tajam sebatang dan dibalut serban) ataupun Sparta (yang biasa kita sebut Trojan- macam penyapu) tapi orang tidak sebut tanduk. Betul?

Pendapat yang lebih kuat mengatakan Zulqarnain ‘memiliki tanduk’ kerana keluasan empayarnya yang terbentang dari Timur hingga ke Barat. Zulqarnain dan tenteranya berdakwah mungkin hingga ke Jepun di Timur dan mungkin sampai ke lokasi Inca dan Aztec di Amerika sekiranya benua-benua itu belum terpisah daripada Eropah dan Afrika. Satu batang tanduk menunjukkan Timur dan sebatang lagi menunjukkan Barat. ‘Bertanduk’nya Zulqarnain adalah untuk menunjukkan kekuasaannya yang meliputi Timur dan Barat.

Baiklah. Jika satu riwayat mengatakan “Zulqarnain bertanduk kerana menguasai Rom, Parsi dan Timur” dan ada satu riwayat lagi berbunyi “Zulqarnain bertanduk kerana menguasai Rom, Parsi dan Barat”, adakah Timur dan Barat dalam kedua-dua riwayat itu menceritakan lokasi yang sama? Tentu saja tidak! Ia mengisahkan dua lokasi yang berbeza.

Selain daripada ada dua batang, tanduk juga ada jarak antara kedua-dua batang itu. Pernah kita jumpa tanduk yang duduk melekat kedua-duanya? Jarang, mungkin ada pada binatang yang cacat sahaja.

‘Bertanduk’nya Zulqarnain juga melibatkan jarak dan ruang yang mengisi antara Timur dan Barat.

Daripada bahasan saya di atas, apa yang hendak kita fahamkan di sini ialah

tanduk menunjukkan dua batang ataupun dua lokasi

antara kedua-dua batang tanduk, ada jarak ataupun ruang

Kita ulang semula:

Jika satu riwayat mengatakan “Zulqarnain bertanduk kerana menguasai Rom, Parsi dan Timur” dan ada satu riwayat lagi berbunyi “Zulqarnain bertanduk kerana menguasai Rom, Parsi dan Barat”, adakah Timur dan Barat dalam kedua-dua riwayat itu menceritakan lokasi yang sama? Tentu saja tidak! Ia mengisahkan dua lokasi yang berbeza, dan ada jarak anatar kedua-duanya.

Apabila satu hadis bercakap tentang tanduk syaitan (dua batang) dengan kata “Syam, Yaman dan tempat tanduk syaitan iaitu Najd” manakala sebuah hadis lagi menukilkan kata-kata, “Syam, Yaman, Makkah, Madinah dan tempat tanduk syaitan iaitu Iraq”, adakah Najd dan Iraq dua batang yang berlainan ataupun satu batang sahaja? Adakah Najd dan Iraq lokasi yang sama ataupun dua lokasi berlainan?

Tentu saja kedua-duanya dua lokasi yang berlainan, dan ada JARAK ataupun RUANG antara kedua-duanya.

Tapi kalau mengikut kaedah penulis, dua tanduk Zulqarnain iaitu Timur dan Barat menunjukkan lokasi yang sama. Akal anda boleh menerimanya? Tentu tidak.

Kalau menggunakan kaedah penulis, dua tanduk syaitan iaitu Najd dan Iraq menujukkan lokasi yang sama iaitu Iraq. Akal anda boleh menerimanya? Tentu tidak.

Sebagaimana yang kita faham tadi, antara dua tanduk tentulah ada ruang dan jarak. Antara Timur dan Barat tentulah ada ruang dan jarak. Antara Najd dan Iraq juga tentunya ada ruang dan jarak.

Jadi, tempat ‘tanduk syaitan’ yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu ialah Najd di Arab Saudi, Iraq dan ruang antara kedua-duanya. Ringkasnya Najd yang dikatakan Nabi tetaplah Najd di Arab Saudi, dan Iraq yang dikatakan Nabi tetaplah Iraq. Mustahil Najd menjadi Iraq dan Iraq menjadi Najd. Tempat finah dan tanduk syaitan itu melebar antara Najd di Saudi, tempat kelahiran dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab dengan Iraq.

KESIMPULAN KECIL YANG KEDUA

Belaan penulis kononnya Najd itu Iraq dan Iraq itu Najd tidak punya sandaran kukuh. Sandaran sebegini hanya bertaraf sangat dhaif ataupun palsu sahaja. Oleh itu, ia tidak boleh dijadikan hujah.

Hujah kedua penulis juga tertolak.

 
Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Related Links
· TAJDID SEGAR
· More about TAJDID SEGAR
· News by alexanderwathern


Most read story about TAJDID SEGAR:
KENALI SALAFI WAHABI YANG DITOLAK ITU

Article Rating
Average Score: 5
Votes: 1


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Printer Friendly

"LOGIN-AHLI MASUK DI SINI" | Login/Create an Account | 4 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: HADIS NAJD: Menolak Belaan Dr. Azwira (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Thursday, September 27 @ 11:31:58 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/

BELAAN KETIGA

 

Maksud ini diperkuatkan lagi dengan matan riwayat Muslim, dimana Salim Ibn Abd Allah Ibn Umar radhiallahu 'anhuma pernah berkata:

 

يا أهل العراق! ما أسألكم عن الصغيرة وأركبكم للكبيرة! سمعت أبي، عبدالله بن عمر يقول:

سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن الفتنة تجئ من ههنا وأومأ بيده نحو المشرق من حيث يطلع قرنا الشيطان...

 

Maksudnya: “Wahai penduduk Iraq! Alangkah banyaknya persoalan kamu tentang perkara kecil dan alangkah banyaknya pula dosa besar yang telah kamu lakukan, aku mendengar ayahku (yakni) Abd Allah Ibn Umar berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya fitnah itu datang dari sebelah sini, lalu Baginda mengisyaratkan tangannya ke sebelah Timur, (arah) di mana terbitnya dua tanduk Syaitan…”[3].

 

[3] Muslim Ibn Al-Hajjaj, Sahih Muslim, Tahqiq: Muhammad Fuad Abd Al-Baqi, Dar Ihya’ At-Turath Al-Arabi, Beirut, Lubnan, 1991, 4: 2229, No: 2905. Selain daripada riwayat Muslim ini, riwayat At-Tabrani juga jelas menyebut negeri Iraq sebagai punca datangnya fitnah. Lihat: At-Tabrani, Sulaiman Ibn Ahmad, Al-Mujam Al-Kabir, Tahqiq: Hamdi Abd Al-Majid As-Salafi, Maktabah Al-Ulum Wa Al-Hikam, Mausil, Iraq, 1984, 2: 54-55, No: 1270 dan 6

Read the rest of this comment...




Re: HADIS NAJD: Menolak Belaan Dr. Azwira (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Thursday, September 27 @ 11:33:35 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/

Katakanlah dakwaan itu benar, kaum Najdi masih melakukan tiga kesalahan besar!

 

Pertama, mereka menyerang wilayah daulah Islam terutamanya sekitar Makkah dan Madinah. Apa hukum ke atas kumpulan yang menyerang salah satu daripada wilayah negara Islam?  Bukankah tentera seluruh daulah Islam boleh menyerang balik?

 

Tiba-tiba Filipina melancarkan serangan ke atas Sabah. Apakah Malaysia hanya akan berkata, “Biarlah, Filipina bukan berada dalam kekuasaan kita.” Begitu? Oleh kerana Najd tidak terletak di bawah kekuasaan empayar Islam, ketika mereka menyerang wilayah-wilayah Islam, pemerintah dan tentera daulah hanya dibenarkan berkata, “Biarlah, Najd bukan di bawah kekuasaan kita. Biarlah mereka menyerang daulah kita, tak salah.” Begitu?

Apa jenis pemikiran sebegini?

 

Kedua, jelas mereka tidak ada niat untuk berbaiah dengan khalifah dan daulah. Baiah bukan perkara kecil, sejak zaman Rasulullah ia diambil berat. Melaka sendiri pernah menghantar utusan kepada khalifah, merendahkan diri di samping membeli senjata. Kerajaan Islam Moghul di India sendiri berbaiah dengan khalifah dan khalifah merestui serta mengiktiraf  kerajaan Islam Moghul. Mengapa penduduk Najd yang lebih hampir hampir kepada khalifah tidak mahu menyertai daulah Islam? Adakah ini tindakan terpuji?

 

Saya membaca buku Tun Suzana tentang ahlul bait dan raja-raja Melayu. Dinyatakan di sana selama lebih kurang tiga ratus tahun orang-orang Najd cuba merampas daerah Hijjaz. Jikalau fakta ini benar, fahamlah kita bagaimana sikap orang-orang dari Najd ini.

 

Ini semua bukan fitnah?

 

Sejak sekian lama Makkah berada di bawah pengawasan keturunan Nabi Muhammad SAW. Penguasa Makkah terakhir dari darah daging Rasulullah ialah Syarif Hussin. Makkah diserbu oleh tentera Wahhabi dan Syarif Hussin terusir. Banyak ulama dibunuh termasuklah yang berketurunan Rasulullah. Ini semua bukan fitnah?

 

Ketiga, ketika daulah I

Read the rest of this comment...




Re: HADIS NAJD: Menolak Belaan Dr. Azwira (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Thursday, September 27 @ 11:35:01 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/



Re: HADIS NAJD: Menolak Belaan Dr. Azwira (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Friday, October 05 @ 09:55:23 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/
  • TAMBAHAN

 Harakah 16-31 Okt bahagian Fikrah muka surat 12, dalam ruangan ‘Bersama Mahfuz Omar’ tertera satu artikel bertajuk ‘SPR turt perbodohkan minda Melayu’ perenggan ke-enam:

 “Kutipan derma jihad yang dilancarkan di Kota Bharu pada 1911 untuk membantu mangsa serangan Itali ke atas Tripoli, Libya memahamkan kita bahawa orang Melayu tidak pernah diam terhadap perkembangan politik.”

 Perenggan ke-tujuh:

 “Kajian terbaru tentang kebangkitan Tok Janggut di Kelantan dan Tuan Guru Abdul Rahmn Limbong di Terengganu menunjukkan bahawa jihad mereka untuk mempertahankan khalifah di Istanbul.”

 

PANDANGAN

 Muslim Melayu yang begitu jauh jaraknya dari khalifah sanggup berjuang untuk daulah, mengapa tentera Najd yang lebih hampir tidak membantu daulah malah mengambil kesempatan merompak wilayah daulah pula?

 

 

 

Dalam Buku ‘Kebangkitan Islam: Empayar Serbuk Letupan dan Zaman Moden’ Jilid III oleh Marshal GS Hodgson terbitan DBP 2004 di muka surat 167 melampirkan sebuah peta menunjukkan empayar Uthmaniyyah sejurus sebelum kedatangan Barat melebar dari Maghribi dan selatannya di Barat, Somalia di Selatan, India dan Kazakhstan di Timur hingga ke Timur Eropah di utara- termasuklah seluruh Tanah Arab. Wilayah Najd juga berada di bawak kekuasaan pemerintah.

 
PANDANGAN

 Jika benar maklumat ini, tentera Najd nyatalah pemberontak kepada daulah.



 
 
iLuvislam.com Top Blog





ISMA IKHWAN ABIM JIM PESANTREN VIRTUAL PAS HIZBUT-TAHRIR HALUAN RUFAQA NAHDATUL ULAMA MUHAMMADIYAH

PERINGATAN: Laman ini khususnya sebagai rujukan kepada ahli keluarga, anak-anak murid dan rakan-rakan

PONDOK TAMPIN   BAHAN TARBIYYAH   ALJOOFRE   HEMBUSAN   SERBAN PUTIH   EPILOG SISWA   ADNAN FADZIL   WANGIAN CEMPAKA    ALEXANDARICAIRO   TR_CHAMP   ONE-G   AL-HIKMAH   ALBAZRAH    STRAWBERRY & DANDELION   PRO-TAJDID SEGAR   SHARPEST SWORD  AL-FANSURI   NAQS HAQQANI   BAHRUS SHOFA   PAHLAWAN SRIKANDI   ZAHRAANNUR   JIHAD WAHABI   AZ ABRAR   AL QASAM   ABU HANAAN    BUDAKMENULIS   PcMUJAHID   ANJUNG LARIK   ORDINARY PAPA   IBNU MAJID   ULAMA UMMAH   SINAR KEIMANAN   AIMINABIHAH   DAULAH ISLAMIAH   NURHAWARIYYUN   DISERTASI   PASIR MAS   SUNGAI UDANG   IBNU QALIL   SAUJANA HIKMAH   IBNU RUHUDDIN   TINTA PERMATA   IBNU ZACK   AZHAR JAAFAR   WARDATUSSAHRA   FAUZI ASMUNI   MASIDAS   ROBITAH SOFIYAH   WAJA TERENGGANU   ORANG JELAI   SATU UMAT   MENGENAL ISLAM    MENGAPA ISLAM   GHURABAA786   AERSTU   FATHER OF HANAAN   MEDIA MUSLIM   TAJDID SEGAR   AL MARBAWI   GAGASAN ASWJ   DEBUNGA SYURGA   DE HAMBRA HEIGHTEN   UKHTI 27   SALADIN CONVOY   MEDIA MUSLIM   USTAZ ROSLI DHOBY   JARUM EMAS   KHAZANAH DINIYYAH   EFFRY SAIFUL    GREEN CASTLE   IBNU QALIL   SOBAHICAIRO   FASI TERENGGANU   USTAZ SOFAN HALIM   PERINTIS UMMAH   IMAM AZHARI   ASYZ SUFI   ROUDHOTUZ ZAHRA   ILMUWAN   HAHNIF   AYASHIOKI   FIRUS FANSURI
SCENE-R   PERINTIS UMMAH   DZULHAQQ   HIZ-TOUGH   HAZMI DIBOK   NURUL AIMAN   JANNATUL-NAIM   SERULING SENJA   NABIHA AL KHALIDIY   RISALAH KERINDUAN

PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 1.14 Seconds
 
 
:: fiblack3d phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::