BERSAMA ALEXANDERWATHERN
 
 
•  Home  •  Downloads  •  Your Account  •  Forums  •
 
 
SENARAI MODUL
· Home
· AKAUN ANDA
· ARKIB-SIMPANAN
· CARI
· DOWNLOADS
· FORUM
· GALERI GAMBAR
· KAJI SELIDIK
· LINK BERMANFAAT
· MAKLUMBALAS
· MESEJ PERIBADI
· PESANAN RINGKAS
· PROMOSI LAMAN INI
· SEMUA KARYA ALEX
· SENARAI AHLI
· STATISTIK
· TOP 10
MAKLUMAT PENGGUNA
Welcome PENGUNJUNG


Nickname

Password

 

Membership

 · New Today

4

 · New Yesterday

6

 · Overall

738


Latest 3 Members
 01:Nov 21, 2009ASClupoblibia
 02:Nov 21, 2009ksizezzz
 03:Nov 20, 2009ViagraCialis

People Online

 Visitors (0%)

 Members (0%)

 Total online

0


Most Ever Online

 · Total

89

 · Members

1

 · Visitors

88


Total Hits
 · Daily

962

 · Average Hits

1526

 · Total Hits

1020140


Download Stats
 ·Total Files

 ·Total Categories

 ·Files Downloaded

 ·Data Sent

B


   Nuke Info
 ·Active Staff

1

 ·Active Topics

10

 ·Active Stories

467

 ·Total FAQ

 ·Total Reveiws

 ·Forum Posts

779

 ·Forum Topics

333

SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI?
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here
DEDAUNAN TAJDID SEGAR

LOKASI PENGUNJUNG
Locations of visitors to this page
Sape Nak Main Ngan Caye...?
UNDI BLOG INI
Malaysian Muslim Blogs
UNDI LAGI
Ukhwah.com :: Top Blog
Azharian's Topsite
BKPJM TOP BLOG
AL-AZHAR`s TOPSITES

Featured Links: grademath.info free webproxy @ Free PHP-Nuke Portal
KENALI SALAFI WAHABI YANG DITOLAK ITU
Posted on Sunday, December 23 @ 07:42:43 EST by alexanderwathern
TAJDID SEGARKENALI SALAFI WAHABI YANG DITOLAK ITU

Pelbagai tuduhan dan kecaman dilemparkan bertubi-tubi kepada para pejuang Islam yang menolak dakwah dan dakyah Salafi Lapok @ Salafi Wahhabi. Artikel ini akan menjelaskan kedudukan yang sebenarnya. Harap anda membacanya dengan sabar, hati yang jernih dan adil. Bukan setakat membaca, tetapi hingga ke peringkat merenung dan mengkaji, dan seterusnya membuat keputusan.


Antara tuduhan dan kecaman yang biasa kedengaran ialah:

KAMU MENENTANG PARA PEJUANG SUNNAH.
Sebenarnya kita menyokong sepenuh hati sesiapa sahaja yang mahu memperjuangkan sunnah. Yang kita tentang ialah mereka yang menjadi pejuang ‘SUNNAH SALAFI WAHABI’ sahaja.

KAMU MENENTANG MANHAJ SALAF
Salah! Sebenarnya kita menentang ‘manhaj salaf versi Salafi Wahabi’ sahaja, bukannya ‘manhaj Salaf’.

KAMU MENENTANG DAKWAH TAUHID
Salah lagi! Kita menentang dakwah Tauhid versi Salafi Wahabi sahaja.

KAMU MENOLAK PERJUANGAN MEMBANTERAS BIDAAH
Salah juga! Kita menolak perjuangan membanteras bidaah cara Salafi Wahabi sahaja.
Begitulah seterusnya. Ringkasnya, selepas ini jika para pembaca bertemu lagi dengan pelbagai dakwaan dan label, hal itu adalah kerana kita tidak menerima fahaman mereka, kerana kita ‘MENOLAK KEBENARAN VERSI MEREKA’, bukannya kerana ‘KITA MENOLAK KEBENARAN’.

Caranya- letakkan sahaja perkatan ‘VERSI SALAFI WAHABI’ di belakang setiap tuduhan itu (mengikut kesesuaian).

Selesai satu masalah.



CARA MUFTI PERLIS

Kita nilai perkataan-perkataan Dr. Asri ini dalam tulisannya bertajuk ‘Katakan Tidak Pada Wahabi’.

Katanya:
“Di Malaysia ini, wujud sikap yang sedemikian. Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai 'wahabi'. Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?!. Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!.”

Hal ini jelas satu pendustaan. Mustahil “Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai 'wahabi'.”

Ayat yang benar ialah:
“Jika seseorang memberikan pandangan agama YANG BUKAN MENJADI PERKARA YANG BIASA diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilabelkan sebagai syiah, ataupun wahabi, ataupun Qadiani, ataupun ajaran sesat ataupun yang lain-lain mengikut asal datangnya pandangan tersebut.”

Teliti baik-baik, anda pasti dapat melihat perbezaannya yang sangat jauh.

Apa permainannya?
Mudah saja!
Dr. Asri cuba menggambarkan betapa antinya umat Islam yang berfahaman tradisional terhadap Salafi Wahabi, dan betapa tertekannya dakwah Salafi Wahabi ‘yang tulus’ itu hinggakan APA SAJA YANG DATANG (yang bertentangan dengan fahaman Islam Tradisional) TIDAK KIRA Syiah, sekular, liberal, ajaran sesat, Qadiani dan lain-lain, SEMUANYA akan dilabelkan sebagai WAHABI.

Betulkah pernyataan Dr. Asri ini?

Jawapan ikhlas anda: ………………..


Katanya:
“Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?!. Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!.”
“Jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka melebelkan orang lain sebagai 'wahabi'; apa itu wahabi?. Berbagai jawapan diberikan.”

Orang awam sudah tentulah begitu. Hal ini tidak boleh kita jadikan hujah.
Cuba kita berdiri di depan masjid selepas solat Jumaat dan buat kajian. Tanyakan kepada orang ramai: “Suka Syiah tak?” majoriti akan menjawab ‘Tak suka.” Kemudian tanyakan, “Apa itu Syiah?”.

Ini soalan definisi. Mampukah orang awam dalam keadaan tidak bersedia begitu memberi pengertian Syiah dengan tepat?
Adakah situasi ini menjadi bukti bahawa ajaran Syiah itu benar? Adakah ia menjadi bukti bahawa umat Islam berfahaman tradisional tidak tahu tentang Syiah lalu mereka kena mengakui kebenaran Syiah? Adakah ini menjadi bukti umat Islam Tradisional berlaku tidak adil kepada Syah?

Ulangi kajian anda dengan bertanya: “Apa definisi elektrik?”, “Apa dia ajaran Qadiani?”, “Apa dia ajaran Ayah Pin” dan lain-lain.

Bertanya kepada orang ramai tentulah macam-macam jawapannya dan tidak tepat. Cuba tanya kepada para ulama!

Kenapa Dr. Asri senaraikan cakap-cakap orang awam sahaja? Kenapa dia tidak menyenaraikan dalam artikelnya itu definisi ‘Wahabi’ oleh para ulama yang menolak fahaman Salafi Wahabi?

Fahami permainannya, tahulah jawapannya.
Mudah saja. Dia cuba menggambarkan yang rata-rata umat Islam di Malaysia ini (termasuklah para ulama) tidak faham apa itu ‘wahabi’ lalu termenentang perkara yang benar.


Katanya:
Ada yang katakan wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh.”
Ada yang kata: wahabi tidak tahlil”
Ada yang kata wahabi adalah mereka yang belajar di Arab Saudi.”
Ada yang kata wahabi ialah golongan tidak bermazhab.”
“Agak yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah pengikut Muhammad bin 'Abd al-Wahhab”

Anda bertanya definisi kepada orang awam, sudah tentulah begitu jawapannya. Cuba letakkan sebaris para pendokong fahaman Salafi Wahabi ‘bawahan’ di Malaysia ini (tanpa memberitahu tujuannya kepada mereka), kemudian kita tanyakan, “Apa itu Islam Tradisional?”

Anda rasa mereka boleh memberi satu definisi yang jelas dan hampir-hampir sama semua orang?
Jawapannya tentu lebih kurang sebagaimana cara jawapan yang disenaraikan oleh Dr. Asri di atas tadi. Betul kan?

Cara begini tidak ada kesarjanaan. Sepatutnya ia tidak dimasukkan ke dalam artikel tersebut dalam usaha Dr. Asri hendak membela fahaman Salafi Wahabi. Dia kena menggunakan hujah yang ‘lebih dewasa’.


Katanya:
“Agak yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah pengikut Muhammad bin 'Abd al-Wahhab. Dari situ digelar pengikutnya 'Wahhabi'.”

PENGIKUT MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB bukanlah Salafi Wahabi yang kita tolak. Yang kita tolak hanyalah fahaman Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya YANG SALAH sahaja. Yang samar-samar kita kaji jika berpeluang dan yang lemah kita tinggalkan (kaedah Tajdid Segar ini sudah berulang kali kita jelaskan).

Salafi Wahabi yang kita tolak BUKANLAH (apa yang salah daripada) Muhammad bin Abdul Wahhab, gerakan tentera, para pengikut dan fahaman mereka SAHAJA. Salafi Wahabi yang ditolak itu SEUMPAMA SATU PLANET yang mengandungi beberapa benua. Ajaran (yang salah daripada) Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya HANYALAH SALAH SATU daripada benua-benua yang ada. Ada lagi benua-benua lain. Antaranya ialah benua IBNU TAIMIYYAH yang mengandungi apa yang salah dan lemah daripada Syeikh Ibnu Taimiyyah (yang benar kita tetap sokong). Ada benua al-Albani dan lain-lain. Kesemua benua inilah yang membentuk sebuah planet bernama SALAFI LAPOK @ SALAFI WAHABI yang kita tolak itu.

Harap jelas dengan penerangan ini. Jadi selepas ini apabila kami menyebut Salafi Wahabi, Salafi Lapok, Salafi Tua, Wahabi, Wahhabi, Salafiah Wahabiah dan seumpamanya, ia merujuk pada Salafi Wahabi yang di atas tadi. Ia tidak terhad ataupun tepat kepada yang tidak qunut Subuh, ataupun terhad ataupun tepat kepada yang tidak mahu bertahlil, yang belajar di Arab Saudi, yang tidak bermazhab, yang menjadi pengikut Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan lain-lain.

Pernah saya mengatakan seorang bernama A (nama samaran)- tokoh Salafi Wahabi sebagai ‘berfaham Wahabi’. Salah seorang penyokong kuatnya mengatakan saya berbuat fitnah. Katanya si tokoh tadi pun pernah menafikan kaitannya dengan fahaman Wahabi kerana WAHABI itu ialah satu gerakan pemelihara tauhid di Arab Saudi satu ketika dahulu di bawah pimpinan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab, sedangkan si A tadi tidak pernah ke Arab Saudi dan berjuang bersama-sama Muhammad Abdul Wahhab. : )

Inilah akibatnya kalau dia sendiri pun TIDAK FAHAM ‘siapa’ dan ‘apa’ WAHABI yang ditolak oleh umat Islam itu (umum).

Contoh;
Saya selaku pemerintah negeri Pahang berkata, “Sesiapa yang BERKHALWAT akan ditangkap.” Datang seorang hamba Allah berkata, “Awak pemerintah yang zalim. Orang buat ibadah pun nak ditangkap!” Padahal ‘khalwat’ yang saya maksudkan bukanlah ‘khalwat’ yang dia maksudkan. Periksa pun tidak, terus dituduhnya kita zalim. Begitulah sikap si penyokong Wahabi tadi.

Kita lihat beberapa contoh ‘MADAH BERHELAH’ para Salafi Wahabi yang biasa kita dengar:

“Saya bukan Wahabi, Wahabi di Arab Saudi.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi ialah para pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak bermazhab. Padahal saya bermazhab, malah saya mengajar kitab fiqh Imam Syafie.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi menolak Ikhwanul Muslimin termasuklah Qardhawi. Saya penyokong fiqh Qardhawi. Mana boleh saya dicop Wahabi.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak berjemaah padahal saya berada dalam Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan PAS.”

Dan sebagainya.

Disangkanya ‘WAHABI’ yang dia faham itu sama dengan ‘WAHABI’ yang kita faham… : )


Katanya:
“Ada yang kata: wahabi tidak tahlil. Kita beritahu dia tahlil maksudnya La ilah illa ALLAH, tahmid bermaksud Alhamd li ALLAH, tasbih bermaksud subhana ALLAH. Setahu kita mereka ini menyebutnya. Mana mungkin, jika tidak, mereka kafir. Bahkan imam-imam di Arab Saudi menghafaz al-Quran dengan begitu hebat dan bacaan-bacaan mereka diperdengarkan di sana sini. Adakah mereka kafir?!!.”

Sempat pula sahabat kita ini membuat jenaka ‘membuli’ orang awam. : )
Takkanlah tak faham apa dia ‘tahlil’ yang dimaksudkan oleh hamba Allah tu… Sebenarnya Dr. Asri lebih faham tapi sengaja menggunakan ‘madah berhelahnya’. Dengan cara ini, si penanya tentunya akan berasa malu kerana seolah-olah jahil sangat dalam hal ehwal agama. Maka mudahlah Asri menguasai suasana.

Contoh:
Suasana kampung. Sekumpulan tetamu lelaki bertandang ke rumah Mak Merah. Mak Merah tentunya akan promosikan anaknya Bawang Merah yang jahat berbanding Bawang Putih walaupun Bawang Putih lebih cantik dan berhati mulia.
Kata Bawang Putih kepada Mak Merah, “Mak, nak masak nasi ke?”
Mak Merah terlebih faham lagi apakah maksud ‘masak nasi’ tetapi untuk menjatuhkan saham Bawang Putih dijawabnya, “Ish engkau ni Putihhh… tak pernah aku dengar orang masak nasi. Yang orang masak- beras, bukan nasi. Kalau dah jadi nasi, buat apa nak dimasak lagi! Betul tak tuan-tuan?”
Mereka pun tertawa beramai-ramai.
Sudah tentulah Bawang Putih akan berasa rendah harga dirinya diperbuat begitu.

Dalam ilmu psikologi, cara ‘menguasai keadaan’ seperti ini memanglah berkesan tetapi ‘tidak terpuji’, lebih mendekati sifat mazmumah berbanding sifat mahmudah.



SALAFI WAHABI YANG KAMI MAKSUDKAN

Semua manusia ada masalah mental, tapi mengapa tidak semuanya disebut ‘bermasalah mental’? Mengapa hanya individu tertentu sahaja yang kita sebut “dia tu mental sikit”. Mengapa?

Kerana ada satu standard yang ‘disepakati umum dalam diam’ sebagai standard ‘bermasalah mental’. Apabila seseorang itu sampai ke standard ini, barulah orang ramai mengatakannya ‘bermasalah mental’.

Semua manusia tua. Hari ini lebih tua daripada semalam. Semakin hari semakin tua tidak ada yang semakin muda. Tapi… mengapa tidak semua manusia disebut ‘orang tua’? Mengapa hanya individu tertentu yang kita iktiraf sebagai ‘tua’?

Kerana ada satu standard atau batas tertentu yang ‘disepakati umum dalam diam’ sebagai standard ‘tua’. Apabila seseorang itu sampai ke standard ini, barulah orang ramai mengatakannya ‘tua’.

Tiga orang memasak kari kepala ikan. Mereka menggunakan bahan-bahan yang sama. Tapi mengapa masakan A kita kata sedap, B boleh tahan dan C tak sedap?

Kerana ada satu standard atau kayu ukur yang disepakati umum untuk mencapai tahap ‘sedap’. Sekiranya tidak mencapai standard tersebut, masakan kari tadi akan kita sebut sebagai ‘tidak sedap’ ataupun ‘boleh tahan’ sahaja.

Begitu jugalah dalam hal Salafi Wahabi ini. Ada standard atau sempadan tertentu yang membuatkan seseorang itu kita label sebagai Wahabi, ataupun cenderung kepada Wahabi ataupun bukan Wahabi.


SENARAI CIRI-CIRI WAHABI

UMUMNYA, SESEORANG ITU DIKATAKAN ‘WAHABI’ APABILA DIA MEMILIKI BANYAK KRITERIA-KRITERIA BERIKUT (yang kurang daripada itu disebut CENDERUNG, yang kurang lagi disebut TIDAK DAPAT DIPASTIKAN dan setakat satu dua kriteria yang KURANG PENTING- sebagai BUKAN WAHABI):

Biasanya (*bukan semestinya) ‘BIDAAH’ bagi mereka membawa hukum BERDOSA, tidak ada BIDAAH HASANAH (bidaah yang baik), dan ‘bidaah’ adalah SATU HUKUM selain daripada hukum-hukum sedia ada iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Biasanya melabelkan BIDAAH (yang membawa hukum berdosa) ke atas sambutan Maulidrurasul, kenduri tahlil arwah, bacaan Yaasin pada malam Jumaat, berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat fardhu dan lain-lain.

Biasanya bersandar kepada tokoh-tokoh seperti Syeikh al-Albani, Ben Baz, Fauzan, Utsaimin, Rabee’ dan lain-lain. Di negara ini biasanya mereka bersandar kepada Dr. Asri, Rasul Dahri, Maszlee Malik, Hafiz Firdaus, Maulana Asri, Azwira dan lain-lain.

Biasanya melabelkan para penentang dakyah mereka sebagai Syiah ataupun Ahbasy/ Ahbash

Biasanya di negara ini mereka gemar mengambil ilmu daripada laman-laman web seperti al-Ahkam.net, Darul Kautsar, Institut al-Qayyim, INTIS, al-Nidaa dan lain-lain.

Biasanya mereka menentang keras kaum sufi, dunia tasauf dan jemaah-jemaah tariqat.

Biasanya mereka sangat tidak suka melakukan ‘qunut’ ketika solat fardhu Subuh.

Biasanya mereka sangat tidak suka berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat jemaah.

Biasanya mereka sangat terpengaruh dengan apa yang lemah, yang samar dan yang salah daripada Syeikh Ibnu Taimiyah (yang benar daripadanya, kita juga sokong)

Biasanya tidak suka dengan keturunan Ahlul Bait.

Biasanya mereka sangat menyanjung perjuangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya termasuklah bahagian yang salah dan lemah.

Biasanya mereka menolak jemaah-jemaah Islam seperti Tabligh, Ikhwanul Muslimin, parti-parti Islam dan lain-lain. Jemaah-jemaah ini kononnya pelengkap kepada 72 golongan yang salah daripada 73 golongan umat Islam. Dan 1 golongan yang terselamat itu ialah mereka.

Biasanya mereka cuba mengaitkan tokoh-tokoh bukan berfahaman Salafi Wahabi dengan diri mereka menggunakan pelbagai helah seperti Imam Abu Hassan al-Asyaari, Syeikh Abdul Qadir Jilani, Imam al-Ghazali, Tok Kenali dan lain-lain. Macamlah umat Islam tidak kenal siapa tokoh-tokoh tersebut dan apa pegangan mereka.

Biasanya mereka menghukum kafir dan sesat kepada SELURUH penganut fahaman Syiah sama ada yang ekstrem ataupun tidak.

Biasanya mereka mengaitkan ajaran-ajaran sufi dengan Syiah.

Biasanya mereka akan mengumpan orang baru dengan menunjukkan mereka pejuang paling aktif menentang pengaruh Syiah dan menambah-nambah cerita untuk menunjukkan betapa bahayanya fahaman Syiah di sekitar kita dan betapa pentingnya agar kita bersatu di dalam dakwah mereka. Kemudian barulah diterapkan sedikit demi sedikit fahaman Salafi Wahabi.
Biasanya mereka bersikap lunak dengan para sekularis, lebih-lebih lagi jika pihak tersebut mempunyai ‘kuasa’.

Biasanya mereka menyebarkan pembohongan kononnya SALAF TAK TAKWIL, KHALAF TAKWIL.

Biasanya menolak ilmu tauhid Sifat 20, Imam Asyaari dan mazhab Asya’irah.

Biasanya bergantung kepada Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rubbubiyyah dan Tauhid Asma wa Sifat.

Biasanya bergaul rapat dengan golongan Salafi Wahabi.

Biasanya menolak pilihanraya, parti-parti Islam dan demokrasi.

Biasanya suka mengaitkan apa saja yang buruk dalam agama Islam dengan Syiah walaupun kadang-kadang memang tiada sebarang kaitan.

Biasanya membenci Dakwah Tajdid Sebenar (Tajdid Segar).

Biasanya mereka menjisimkan Allah, ataupun ‘samar-samar’- antara menjisimkan dengan tidak.

Biasanya mereka percaya bahawa Allah terpengaruh dengan tempat, ruang dan arah. Padahal Allah berlawanan dengan makhluk. Apa saja yang terpengaruh dengan tempat, ruang dan arah ialah makhluk. Awas, jangan kita tersembah makhluk, ataupun tersembah Allah yang bercampur dengan makhluk. Sembahlah Allah SAHAJA.

(*inysaallah akan ditambah dan diperbaiki dari semasa ke semasa)


(*inysaallah akan ditambah dari semasa ke semasa)



KESUDAHANNYA

Selepas ini janganlah ada lagi ‘MADAH BERHELAH’ seperti:

“Saya bukan Wahabi, Wahabi di Arab Saudi.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi ialah para pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak bermazhab. Padahal saya bermazhab, malah saya mengajar kitab fiqh Imam Syafie.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi menolak Ikhwanul Muslimin termasuklah Qardhawi. Saya penyokong fiqh Qardhawi. Mana boleh saya dicop Wahabi.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak berjemaah padahal saya berada dalam Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan PAS.”

Kayu ukur kami bukannya belajar di Saudi, bukannya pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab, mengajar kitab mazhab Syafie, menyokong Qardhawi, ada jemaah ataupun lain-lain. Kayu ukur kami ialah SENARAI CIRI-CIRI WAHABI sebagaimana yang tertera di atas tadi. Jika seseorang itu memiliki banyak daripada ciri-ciri itu, maka itulah WAHABI YANG KAMI MAKSUDKAN, bukan yang lain.


PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT’

Alexanderwathern
23 DISEMBER 2007
13 ZULHJJAH 1428
 
Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Related Links
· TAJDID SEGAR
· More about TAJDID SEGAR
· News by alexanderwathern


Most read story about TAJDID SEGAR:
KENALI SALAFI WAHABI YANG DITOLAK ITU

Article Rating
Average Score: 2.5
Votes: 2


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Printer Friendly

"LOGIN-AHLI MASUK DI SINI" | Login/Create an Account | 6 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: KENALI SALAFI WAHABI YANG DITOLAK ITU (Score: 1)
by budakmenulis on Monday, December 24 @ 05:41:00 EST
(User Info | Send a Message)
BismiLlahiRrahmaniRrahim.

TUlisan yang amat menarik. Saya tak mampu nk menulis sampai tahap ni. Jadi saya memberi sokongan moral agar abg alex terus menerangkan bahaya gerakan ini. Mungkin saya juga termasuk org awam yg akan beri jawapan seperti di atas.(^^,)

Saya nk tny:
1. Dalam artikel di atas, ada tulis nama tokoh2 gerakan ini di Malaysia. Jadi nk tny, pernah dgr nama Abdullah Yasin? Apa pendapat abg Alex tentang beliau? Sama ke dengan golongan di atas tu?

2. Ada tulisan abg yang komen ttg wawancara utusan dengan Al-Fadhil Ustaz Shahidan Kassim (saje kasik pangkat ustaz. terasa kesombongan die waktu baca artikel ni) ni tak? (link : http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1028&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm)

Maaf ye. saja bertanya.



Re: KENALI SALAFI WAHABI YANG DITOLAK ITU (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Monday, December 24 @ 06:46:04 EST
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/
BismiLlahiRrahmaniRrahim. Terima kasih Budak Menulis.
Anta pun apa kurangnya, masih muda tapi tulisan dah 'power'. Jealous ana kerana masa ana sebaya anta dulu 'tak dak apa-apa' lagi. Dah berusia sikit ni barulah nak mula menapak, baru nak jadi orang awam yang taqlid celik. : ) Rasa rugi sungguh zaman muda dulu.

Nama Abdullah Yassin pernah dengar dan pernah baca di internet, ada orang kata dia Wahabi. Tapi ana secara peribadi belum pernah baca tulisannnya atupun dengar ucapannya. Jadi, belum boleh komen lagi. Harap-harap dia tidak bersama Salafi Wahabi. Wallahualam.

Kata-kata Shahidan Kassim tu pernah baca, tapi rasanya ana belum pernah komen. Tak taulah kot-kot pernah terkomen PENDEK di mana-mana shout-box ataupun forum... tak ingat dah.

Nantilah ana teliti dulu artikel tersebut. : )

Wallahualam.



Re: KENALI SALAFI WAHABI YANG DITOLAK ITU (Score: 1)
by ahli-sunnah on Saturday, February 09 @ 13:59:30 EST
(User Info | Send a Message)
Tulisan yang penuh hujjah drp saudara penulis...tahniah saya ucapkan...namun satu perkara yang mungkin mkungkin saya perlu tegur, walaupun banyak hujjahnya, tapi satupun berpaksikan kepada hujaah2 drp dalil2 drp al-qur'an mahupun as-sunnah. logik pada aqal tidak semestinya tepat pada hakikatnya. berbanding dengan puak "wahabi" yang penulis kecam, mereka menggunakan dalil2 yang sahih disisi agama untuk berhujjah, harap penulis faham apa maksud saya.

Firman Allah Ta'ala " "...jik akamu berselisih pendapat pada sesuatu perkara, rujukkalah/kembalilah kepada Allah dan rasul..."

wallaahua'lam.



Re: KENALI SALAFI WAHABI YANG DITOLAK ITU (Score: 1)
by akuler on Monday, February 18 @ 21:04:01 EST
(User Info | Send a Message)
Hm.. menarik artikel ni. Saya ada satu pertanyaan Ust Alex. Ust bgtau salah satu ciri wahabi: Biasanya mereka sangat tidak suka melakukan ‘qunut’ ketika solat fardhu Subuh.

Setahu saya, hanya mazhab Syafii je yang baca qunut subuh. Bermakna pengikut mazhab Hanafi, Hanbali, Maliki, Zahiri dll Wahabi ke?

Maknanya, hanya pengikut mazhab Syafii je la yang bukan Wahabi?
Mohon penjelasan...saya confuse...terima kasih



Re: KENALI SALAFI WAHABI YANG DITOLAK ITU (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Sunday, February 24 @ 07:24:04 EST
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/
Kepada Tuan AKULER,

pada saya, sepatutnya soalan tuan itu tidak 'keluar' kerana dengan jelas sudah ditulis di sana:

UMUMNYA, SESEORANG ITU DIKATAKAN ‘WAHABI’ APABILA DIA MEMILIKI BANYAK KRITERIA-KRITERIA BERIKUT (yang kurang daripada itu disebut CENDERUNG, yang kurang lagi disebut TIDAK DAPAT DIPASTIKAN dan setakat satu dua kriteria yang KURANG PENTING- sebagai BUKAN WAHABI):

Tumpukan perhatian tuan kepada perkataan BANYAK.

Ringkasnya, mazhab-mazhab lain yang tidak berqunut itu bukan Wahabi selagi mereka tidak punya BANYAK daripada ciri-ciri yang disenaraikan di atas.

Semoga jawapan ini membantu. : )




Re: KENALI SALAFI WAHABI YANG DITOLAK ITU (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Saturday, June 21 @ 23:44:35 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/

Wlksm,

Terima kasih.

Insyaallah ana kenal Salafi Wahabi YANG DITOLAK itu dengan sebenar-benarnya. Tidak boleh ana nafikan, SALAFI WAHABI YANG DITOLAK itu memang teruk. Jika ana mengatakan sebaliknya, bermaksud ana berbohong kepada Allah dan makhluk.

 

Lihat sendiri antara tohmahan yang biasa dilemparkan kepada kami, yang saya muatkan dalam artikel itu:

 

KAMU MENENTANG PARA PEJUANG SUNNAH.

KAMU MENENTANG MANHAJ SALAF

KAMU MENENTANG DAKWAH TAUHID

KAMU MENOLAK PERJUANGAN MEMBANTERAS BIDAAH

 

Bayangkan, orang menuduh diri tuan sebegitu. Apakah perlakuan mereka itu tidak teruk?

Apakah apabila kita pertahankan diri daripada tuduhan-tuduhan itu maka kita dikira teruk?

Mengapa ada ‘double-standard’?

 

Tuan sendiri bagaimana? Tahukah tuan tentang Salafi Wahabi YANG KAMI TOLAK itu? Ataupun tuan bicara tentang Salafi Wahabi yang bukan kami tolak?

 

Jika tuan bicarakan bukan Salafi Wahabi yang KAMI TOLAK, sepatutnya tuan bicarakan di tempat lain, bukan pada artikel ini.

Kemudian, tuan mungkin terlepas pandang tajuk. Lihat tajuk pun sudah boleh menggambarkan isi kandungan seringkas mungkin. Tajuknya KENALI SALAFI WAHABI YANG DITOLAK, bukannya KENALI SALAFI WAHABI. Besar perbezaannya bagi yang meneliti sebelum berbicara.

 

Contohnya, apabila saya menulis tentang PERILAKU IBLIS YANG DITOLAK, maksudnya artikel saya kali itu akan memberatkan cerita tentang kejahatan-kejahatan Iblis. Tapi apabila saya menulis PERILAKU IBLIS, maka saya akan cuba hidangkan perilaku yang baik dan yang buruk sekaligus.

 

Dengan contoh ini harap tuan dapat faham.

 

Dalam artikel itu, terang-terangan saya menulis:

Inilah akibatnya kalau dia sendiri pun TIDAK FAHAM ‘siapa’ dan ‘apa’ WAHABI yang ditolak oleh umat Islam itu (umum).

 

Seterusnya, mungkin juga tuan belum meneliti saranan-saranan Dakwah Tajdid Segar. Tuan boleh blog Tajdid Sebenar pada bahagian Saranan dan Intipati.

 

Salah satu saranan/ pegangan Tajdid Segar adalah MENOLAK APA YANG SALAH daripada semua pihak dan mengambil apa saja yang benar dan berkesan daripadanya. Maksudnya, apabila kami menolak Salafi Wahabi, kami menolak APA YANG SALAH SAJA daripadanya. Jadi secara tidak langsung artikel ini menerangkan APA

Read the rest of this comment...



 
 
iLuvislam.com Top Blog





ISMA IKHWAN ABIM JIM PESANTREN VIRTUAL PAS HIZBUT-TAHRIR HALUAN RUFAQA NAHDATUL ULAMA MUHAMMADIYAH

PERINGATAN: Laman ini khususnya sebagai rujukan kepada ahli keluarga, anak-anak murid dan rakan-rakan

PONDOK TAMPIN   BAHAN TARBIYYAH   ALJOOFRE   HEMBUSAN   SERBAN PUTIH   EPILOG SISWA   ADNAN FADZIL   WANGIAN CEMPAKA    ALEXANDARICAIRO   TR_CHAMP   ONE-G   AL-HIKMAH   ALBAZRAH    STRAWBERRY & DANDELION   PRO-TAJDID SEGAR   SHARPEST SWORD  AL-FANSURI   NAQS HAQQANI   BAHRUS SHOFA   PAHLAWAN SRIKANDI   ZAHRAANNUR   JIHAD WAHABI   AZ ABRAR   AL QASAM   ABU HANAAN    BUDAKMENULIS   PcMUJAHID   ANJUNG LARIK   ORDINARY PAPA   IBNU MAJID   ULAMA UMMAH   SINAR KEIMANAN   AIMINABIHAH   DAULAH ISLAMIAH   NURHAWARIYYUN   DISERTASI   PASIR MAS   SUNGAI UDANG   IBNU QALIL   SAUJANA HIKMAH   IBNU RUHUDDIN   TINTA PERMATA   IBNU ZACK   AZHAR JAAFAR   WARDATUSSAHRA   FAUZI ASMUNI   MASIDAS   ROBITAH SOFIYAH   WAJA TERENGGANU   ORANG JELAI   SATU UMAT   MENGENAL ISLAM    MENGAPA ISLAM   GHURABAA786   AERSTU   FATHER OF HANAAN   MEDIA MUSLIM   TAJDID SEGAR   AL MARBAWI   GAGASAN ASWJ   DEBUNGA SYURGA   DE HAMBRA HEIGHTEN   UKHTI 27   SALADIN CONVOY   MEDIA MUSLIM   USTAZ ROSLI DHOBY   JARUM EMAS   KHAZANAH DINIYYAH   EFFRY SAIFUL    GREEN CASTLE   IBNU QALIL   SOBAHICAIRO   FASI TERENGGANU   USTAZ SOFAN HALIM   PERINTIS UMMAH   IMAM AZHARI   ASYZ SUFI   ROUDHOTUZ ZAHRA   ILMUWAN   HAHNIF   AYASHIOKI   FIRUS FANSURI
SCENE-R   PERINTIS UMMAH   DZULHAQQ   HIZ-TOUGH   HAZMI DIBOK   NURUL AIMAN   JANNATUL-NAIM   SERULING SENJA   NABIHA AL KHALIDIY   RISALAH KERINDUAN

PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.63 Seconds
 
 
:: fiblack3d phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::