 Buku “HUKUM
ULAMAK2 ISLAM TERHADAP SHIAH-Dahulu dan Sekarang-“ oleh Ibnu Umar sudah
bertahun-tahun berada dalam simpanan saya. Buku ini diterbitkan oleh Virtue
Publications, Kuala Lumpur.
Tertulis di sana
tarikhnya SePtember 1987.
Saya
ingin kongsikan sebahagian daripada isi kandungan buku ini dengan para pembaca,
tanpa saya mengulas ataupun menyaring apa-apa. Namun begitu beberapa bahagian
terpaksa saya ubah sedikit terutamanya dari segi ejaan, susunan dan pemilihan
kata agar lebih mudah difahami.
PENDAPAT ULAMA-ULAMA AHLI SUNNAH
WAL JAMAAH TENTANG SYIAH
IMAM
ASY-SYAFIE :
“Tidak
pernah aku melihat golongan yang mengikut hawa nafsu yang lebih penipu daripada
golongan Syiah.” Ms 5
IMAM
MALIK:
“Jangan
kamu berbicara dengan mereka dan jangan kamu riwayatkan (hadis) daripada mereka
kerana sesunguhnya mereka ialah penipu.”
Dan
apabila diceritakan berkenaan golongan Syiah dalam majlis Imam Malikbahawa
mereka memaki sahabat-sahabat Rasulullah maka Imam Malik membacakan ayat:
“Muhammad itu ialah utusan Allah
dan orang-orang yang bersama-sama dengannya adalah keras terhadap orang-orang
kafir… kerana Allah hendak menjengkilkan hati orang-orang kafir (dengan
perasaan marah dan hasad dengki).”
(Al-Fath:
29)
Kemudian
Imam Malik berkata: “Sesiapa yang berasa marah apabila berkata tentang mereka
(Syiah), maka dia sebenarnya telah mengamalkan ayat tersebut.” Ms 5
ABDULLAH
BIN MUBARAK:
“Agama
itu bagi ahli hadis, percakapan dan pengkhayalan bagi ahli falsafah, dan
penipuan bagi golongan Syiah.” Ms 6
DR.
MUSTAFA AS-SIBA’IE:
“Beliau
pernah hidup bersama-sama golongan Syiah dan setelah berusaha merapatkan antara
Ahli Sunnah dengan Syiah, beliau sedar tentang kedudukan Syiah yang sebenarnya.
Kesedaran ini didedahkannya dalam pendahuluan kitabnya yang amat bernilai iaitu
“As-Sunnah dan Kedudukannya Dalam Perundangan Islam” dengan kata:
“Kaum
Syiah itu masih berterusan berpegang teguh dengan apa yang terdapat dalam
kitab-kitab mereka tentang pertuduhan berat dan gambaran-gambaran yang penuh penipuan dalam masalah perbezaan
pendapat antara para sahabat Rasulullah saw. Tujuan mereka menyeru kepada
pendekatan adalah seolah-olah mendekatkan Ahli Sunnah kepada mazhab Syiah dan
bukannya mendekatkan antara satu sama lain antara kedua-dua mazhab itu.” Ms 6-7
AL-MAUDUDI:
Beliau
memuji kitab tulisan Muhammad Kazeem Habib yang bertajuk “Kemurtadan Anatara
Dahulu dan Sekarang” yang diterbitkan pada tahun 1977 serta menasihatkan agar
kitab itu dicetak. Apabila menyebut tentang Syiah Imamiah al-Jaafariah,
Muhammad Kazeem mengatakan:
“Mereka
itu dalam dakwaan kesederhanaan mereka sesungguhnya berenang-renang dalam
kekufuran seperti sel-sel putih berenang dalam darah ataupun seperti ikan
berenang di dalam air.” Ms 7
SYEIKH
MAHMUD AL-ALUSI:
Dalam tafsirnya
“Ruhul Ma’ani” bersangkutan surah al-Fath ayat 29, beliau mengkafirkan kaum
Syiah kerana memaki dan menolak para sahabat Rasulullah saw dengan mengatakan:
“Dalam
kitab al-Mawahib terdapat bahawa Imam Malik membuat hokum daripada ayat ini
tentang kekafiran kaum Syiah yang membenci para sahabat. Sesungguhnya mereka
memarahi para sahabat dan sesiapa yang memarahi para sahabat maka dia kafir.
Pendapat Imam Malik ini dipersetujui oleh kebanyakan ulama.” Ms 7
DEFINISI SYIAH MENURUT PARA ULAMA ASWJ
IMAM ABU
HASAN AL-ASY’ARI dalam kitabnya “Maqalat Islamiyin”:
“Kaum
Syiah ialah kaum ar-Rafidah yang bermaksud ‘orang-orang yang menolak’, dan
dinamakan demikian kerana mereka menolak kepimpinan Abu Bakar dan Umar serta
mereka bersepakat yang Nabi saw telah menentukan Ali ra sebagai penggantinya
dengan menyebut namanya dan mengumumkannya secara terang-terangan. Mereka juga
berpendapat banayak para sahabat Nabi sudah sesat kerena meninggalkan ajaran
dan amalan yang diperintahkan Rasulullah setelah baginda wafat.”
IMAM
SHAHRASTANI dalam kitabnya “al-Milal wa an-Nahl”:
“Kaum
Syiah secara khususnya ialah mereka yang menjadi pengikut dan penyokong Ali ra.
Mereka berpendapat bahawa keimaman dna
kekhalifahannya adalah daripada nas dan wasiat (Rasulkullah saw) sama ada
secara terang-terangan ataupun tersembunyi. Mereka percaya yang keimaman tidak
keluar dari lingkungan anak-anak Ali ra. Sekiranya terkeluar, itu adalah
disebabkan imam-imam ini dizalimi ataupun amalan ‘taqiyah’ (berpura-pura) para
imam itu.”
Seterusnya
Imam Shahrastani membahagikan kaum Syiah kepada lima golongan:
- Kisaniah
- Zaidiah
- Ghulah
- Imamiah
- Ismailiah
Kesmua
golongan ini adalah sama ataupun lebih menyeleweng pemahamannya daripada Syiah
Imamiah kecuali Syiah Zaidiah. Bahkan ada antara golongan Ghulah, Kisaniah dan
Ismailiah yang mengakui KetUhanan atau mempunyai sifat keTuhana bagi Ali dan
imam-imam selepasnya.
ABU
AL-MUZAFFAR AL-ISFIRAAINI (meninggal 471 H) membuat kesimpulan:
“Dan
ketahuilah bahawa kesemua pihak yang kami sebutkan dalam golongan Imamiah
bersepakat dalam mengkafirkan para sahabat dan mendakwa al-Quran yang asal
telah diubah, ditambah serta dikurangkan oleh para sahabat. Dan mendakwa
terdapatnya dalil dalam al-Quran yang menentukan keimaman Ali tetapi telah
disembunyikan oleh para sahabat.”
|