SYIAH PERCAYA AL-QURAN
DISELEWENGKAN PARA SAHABAT
SIKAP SYIAH TERHADAP PARA SAHABAT
SYIAH PERCAYA AL-QURAN
DISELEWENGKAN PARA SAHABAT
Kitab
hadis yang paling sahih bagi golongan Syiah adalah apa yang dinamakan “al-Kafi”
yang dikarang oleh al-Kulaini. Berikut adalah dalil-dalil tentang penyelewengan
al_Quran yang dipetik daripada kitab tersebut:
Dari
Jaafar al-Jakfi katanya: Aku dengar Abu Jaafar as berkata: “Sesiapa yang
mengatakan bahawa al-Quran itu dikumpulkan semuanya sebagaimana yang telah
diturunkan… adalah bohong. Ia tidaklah dikumpul dan dihafal sebagimana yang
telah diturunkan melainkan oleh Ali bin Abi Talib dan imam selepasnya.”
(ms 54
cetakan Iran
tahun 1278 H)
Dari Abu
Basir katanya: Aku bejumpa Abu Abdullah…sehingga berkata Abu Abdullah (Jaafar
Sadiq): “Dan sesungguhnya di tangan kita Mushaf Fatimah as… dan dia berkata:
Aku
bertanya: “Dan apa itu Mushaf Fatimah?”
Katanya:
“Mushaf yang isinya tiga kali ganda daripada Quran kamu ini. Demi Allah, tiada
satu huruf pun daripada Quran kamu ada di dalamnya.”
(ms 75
cetakan Iran
tahun 1278 H)
Dari
Hisyam ibn Salim dari Abu Abdullah as berkata: “Sesungguhnya al-Quran yang
dibawa oleh Jibril as kepada Muhammad saw dan ahli keluarganya adalah 17,000
ayat. (Adalah maklum bahawa al-Quran sebenarnya mengandungi lebih 6,000 ayat
sahaja)
SIKAP SYIAH TERHADAP PARA SAHABAT
Berkata
seorang ulama besar Syiah, al-Kashi:
Telah
diriwayatkan daripada Abu Jaafar bahawasanya dia berkata, “Manusia semuanya
murtad selepas wafatnya Rasulullah saw melainkan tiga orang.”
Maka aku
tanya siapakah mereka bertiga itu?
Jawabnya,
“al-Miqhdad ibnu al-Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-Farisi…” ms 21
Pengertian
perkataan al-Jibt dan at-Thaghut terhadap
Abu Bakar dan Umar juga digunakan oleh golongan Syiah dalam doa-doa
mereka yang dinamakan “Doa Dua Berhala Quraisy” dalam kitab mereka “Kunci Hati”
pada mukasurat 114 yang berbunyi:
“Ya
Allah, sejahterakanlah atas Muhammad dan kaum keluarga Muhammad, dan
laknatkanlah ke atas kedua-dua berhala Quraisy, kedua-dua ahli sihir, kedua-dua
syaitan dan kedua-dua anak perempuan mereka (iaitu Ummul Mukminin Aosyah dan
Hafsah).”
Gambar
petikan dari kitab doa tersebut dan muka hadapannya yang mengandungi
persetujuan Khomenei ke atas doa ini ada dilampirkan pada gambar 2 (*dalam buku
ini). Ms 22
Dalam
mentafsirkan surah al-An’am ayat ke 112 yang bermaksud:
“Dan demikianlah kami jadikan bagi
setiap nabi itu musuh-musuh iaitu syaitan-syaitan dari kalangan manusia dan
jin, sebahagian mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah
untuk menipu.”
Telah
diriwayatkan bahawa Abu Abdullah as telah menjelaskan: “Ada dua syaitan yang mengsengsarakan dan
menyesatkan manusia setelah ia wafat. Maka dua sahabat Nuh ialah……. Dan dua
sahabat Muhammad ialah Jibtr dan Zariq.”
Yang
dimaksudkan dengan kedua-dua sahabat ataupun syaitan Muhammad itu ialah Abu
Bakar dan Umar. Ms 24
Pada ms
25 (cerita ini panjang, saya tulis menggunakan ayat sendiri) dikisahkan pakatan
antara Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar untuk membunuh Saidina Ali sebagaimana
yang diriwayatkan oleh al-Qumi. Panglima Khalid al-Walid ditugaskan memenggal
leher Saidina Ali sebaik-baik sahaja Saidina Abu Bakar memberi salam dalam
solat berjemaah.
Abu Bakar
berubah hati dalam tasyahud akhir. Sebelum memberi salam, kononnya beliau telah
berkata kepada Khalid. “Ya Khalid, jangan engkau buat apa yang aku suruh.”
Kemudian barulah beliau memberi salam.
Ali
berasa hairan lalu bertanya kepada Khalid. Terbongkarlah rancangan itu lalu Ali
memukul Khalid. Saidina Ali juga kemudiannya mencekak leher Saidina Umar.
|