PERTAMA:
Mujtahid yang Bebas Berijtihad Sendiri
...ialah
mujtahid yang bebas mengadakan kaedah untuk dirinya sendiri. Ia membina fiqh di
atas kaedah-kaedah tersebut. Mereka termasuk para imam mazhab yang empat. (ms 31)
KEDUA:
Mujtahid Mutlak yang Tidak Bebas Berijtihad Sendiri
...ialah
mujtahid yang memiliki syarat-syarat ijtihad yang ada pada mujtahid mustaqil,
tetapi dia tidak mencipta kaedah-kaedah sendiri, malah dia mengikut cara salah
seorang daripada para imam ijtihad. Jadi sebenarnya mereka muntasib (mengikut)
bukan mustaqil (bersendiri). (ms 31)
Kedua-dua
tingkat ini telah pupus dan tidak ada lagi. (ms 31)
KETIGA:
Mujtahid Muqayyad
...
atau disebut juga mujtahid bagi masalah-masalah yang tidak ada nas daripada
imam-imam mazhab atau mujtahid at-Takhrij (mujtahid hukum cabang). (ms 31)
KEEMPAT:
Mujtahid Tarjih
...
yang memperjelaskan suatu pendapat yang dipegang oleh imam mazhab daripada
pendapat yang lain. Atau tarjih antara apa yang dikata oleh imam dan apa yang
dikata oleh murid-muridnya ataupun para imam yang lain. (ms 32) (Contoh: Imam
Nawawi)
KELIMA:
Mujtahid Fatwa
...
berpegang kuat dengan mazhab, menerima dan menyampaikan kepada orang lain serta
member kefahaman dalam perkara-perkara yang jelas dan dalam perkara-perkara
yang menjadi kemusykilan. Dia membuat perbezaan antara pendapat yang paling
kuta, yang kuat, yang lemah, yang rajah dan yang marjuh. Tetapi dia mempunyai
kelemahan dalam menetapkan dalil dan megemukakan bandingan (qias). (ms 32)
*
Nota bacaan saya daripada buku ‘Fiqh & Perundangan
Islam’ Jilid 1 (al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu al-Juz al-Awwal) oleh Dr Wahbah
az-Zuhaili terjemahan Syed Ahmad Syed Hussain terbitan DBP-KPM-KL tahun 1995
cetakan kedua. Bacaan dan nota dibuat pada waktu senggang ketika menghadiri
satu kursus berkaitan teknologi maklumat di Pusat Sumber Pendidikan Negeri
Perak selama 3 atau 4 hari pada tahun lepas.
|