SOALAN:
Assalamualaikum...
nak tanye.. ape hukum mengamalkan hadith doif.. sebab pernah dengar ada ustaz
berceramah di surau menentang keras penggunaan hadith doif..
JAWAPAN:
Para
ulama berkhilaf pendapat dalam penggunaan hadis dhaif. Ringkasnya ada tiga
golongan:
GOLONGAN
PERTAMA
Hadis dhaif TIDAK BOLEH DIGUNAKAN walaupun untuk tarqib (galakan),tarhib
(menakut-nakutkan),fadhail amal (kelebihan beramal) ataupun untuk langkah
berjaga-jaga.
Ini merupakan pendapat IMAM BUKHARI dan MUSLIM yang disokong oleh Abu Bakar
al-Arabi (Mazhab Maliki), Abu Syamah al-Maqdisi (Syafie), Ibnu Hazmin (Zahiri)
dan lain-lain.
GOLONGAN
KEDUA
Harus (boleh) menggunakan hadis dhaif jika tidak ada sandaran-sandaran lain
tentang sesuatu perkara sama ada daripada al-Quran, hadis, qias, ijma, istihsan
dan lain-lain.
Ini adalah pendapat IMAM AHMAD, IBNU TAIMIYYAH dan IBNU QAYYIM.
Kata Imam Ahmad: " Hadis dahif lebih kami sukai daripada fikiran
seseorang."
GOLONGAN
KETIGA
Hadis dhaif boleh digunakan sebagai hujah dalam fadhail amal, peringatan,
kisah-kisah, galakan dan sebagainya.
Namun begitu secara umumnya tidak boleh digunakan dalam soal akidah dan
hukum-hakam.
Ini adalah pendapat yang muktamad bagi para ulama muhaqqiqin dengan
syarat-syarat yang tertentu. Antara tokoh yang berpegang dengan panangan ini
ialah IMAM NAWAWI dan AL-HAFIZ IBNU HAJAR.
Jika
hendak menggunakan hadis-hadis dhaif, Imam Nawawi mensyaratkan:
1. Yang diguna dalam soal hukum ialah hadis-hadis sahih dan hasan sahaja
2. Boleh digunakan dalam soal hukum untuk 'berjaga-jaga', sebagai usaha untuk
menjauhi perkara-perkara syubhat
Al-Hafiz
Ibnu Hajar pula mensyaratkan:
1. Hadis itu tidak terlalu dhaif
2. Isi hadis dhaif itu menepati kaedah-kaedah umum dalam agama Islam
3. Ketika beramal dengannya, tidak iktikadkan sebagai HADIS RASULULLAH tetapi
sebagai usaha 'berjaga-jaga'.
WA
|