RUPA
TABUT
Bagaimanakah
rupa Tabut menurut Bible?
KLIK SINI
Tabut
ini diperbuat daripada kayu yang kemas dan tahan. Kayu penaga (acacia) adalah
sejenis kayu yang ‘tidak berbulu’. Tingginya dua setengah hasta sementara lebar
dan tingginya satu setengah hasta. Ia disalut dengan emas tulin luar dan dalam.
Terdapat empat gelang emas tempat dimasukkan dua batang kayu pengangkut/
pengusung tabut itu. Dua batang kayu
pengangkut itu tidak boleh dicabut daripada gelang-gelangnya.
Tabut
itu kemudiannya akan diletakkan LOH HUKUM di dalamnya, iaitu kepingan batu yang
mencatatkan apa yang diterima oleh Nabi Musa ketika pergi ‘menemui Tuhan’ di
Bukit Tursina.
Penutup
tabut itu juga diperbuat daripada emas tulen. Di atasnya ada dua ‘kerub’ yang
diperbuat daripada emas. Kerub-kerub ini akan duduk berhadapan, satu di setiap
hujung dengan sayap-sayap mereka menaungi penutup tabut tadi.
Saya
kurang tahu apa sebenarnya ‘kerub’ ini. Daripada pembacaan ringkas, boleh jadi
ia adalah malaikat, bidadari, tunggangan seperti buraq ataupun lain-lain. Dalam
salah satu debat antara Syeikh Ahmad Deedat dengan seorang pemuka Kristian
(yang saya baca beberapa tahun lalu), diceritakan kerub menjadi tunggangan
Jesus/ Tuhan di/ ke langit. Di Vatican City, ada dua patung kerub yang
benar-benar seperti manusia. Patung-patung itu berbentuk gadis jelita bersayap
dalam keadaan bogel. Seronoklah sesiapa yang menunggang kerub. : )
PENJAGA
TABUT
Siapa
yang hampir dengan tabut?
28:1 "Engkau harus
menyuruh abangmu Harun bersama-sama dengan anak-anaknya datang kepadamu, dari
tengah-tengah orang Israel, untuk memegang jabatan imam bagi-Ku--Harun dan
anak-anak Harun, yakni Nadab, Abihu, Eleazar dan Itamar.
28:2 Haruslah engkau
membuat pakaian kudus bagi Harun, abangmu, sebagai perhiasan kemuliaan.
28:3 Haruslah engkau
mengatakan kepada semua orang yang ahli, yang telah Kupenuhi dengan roh
keahlian, membuat pakaian Harun, untuk menguduskan dia, supaya dipegangnya
jabatan imam bagi-Ku.
(Kitab
Keluaran)
Orang-orang
yang hampir dengan tabut dan isi di dalamnya ialah para pendeta Bani Israil
iaitu Nabi Harun dan keturunannya. Mereka dikenali sebagai Bani Levi. Urusan
keagamaan agama Yahudi terus-menerus dipegang oleh keturunan ini. Mereka punya
kedudukan dan pakaian istimewa.
|