SOALAN:
Assalamualaikum rakan2 di
Raudhah...
Baru2 ini ada salah seorang rakan Ina ingin minta sedikit nasihat tentang
pemakaian purdah..
boleh
ke sahabat2 memberi pandangan serta sedikit pendapat tentang pemakaian purdah
di zaman sekarang.. beliau mohon beri sedikit kekuatan dan keyakinan pada
dirinya untuk melakukan suatu perkara yang baik itu...tentang apa rasional dan
adab2 memakai purdah yang sebetulnya..dan bolehkan purdah itu tidak dipakai
ketika waktu kerja..kerana dia bekerja sebagai guru di sekolah
kebangsaan..minta bantuan dari sahabat2 ya...terima kasih..
Leena
27
JAWAPAN:
Wlksm,
Antara rasional berpurdah:
1. Diri lebih selamat kerana kurang menjadi perhatian lelaki. Kebanyakan kes
cabul dan rogol dilakukan oleh orang yang kenal dengan mangsa, maksudnya yang
dah biasa tengok wajahnya dan mengangankannya.
2. Mengamalkan salah satu sunnah.
3. Membuatkan kerja-kerja lebih pantas kerana boleh ke mana saja dengan segera
tanpa perlu duduk depan cermin lebih daripada 3 minit : ) Untuk bersiap ke
pasar malam contohnya, capai tudung labuh, kenakan purdah, siap. Tak perlu
risau orang tengok muka pucat ke, gigi kuning ke, bedak di pipi rata ke
tidak... macam-macamlah.
4. Diri akan diminati oleh lelaki-lelaki soleh untuk dibuat calon isteri.
Lelakilelaki yang kurang/ tidak soleh dengan sendirinya tertapis. Mudah kan?
5. Kulit muka lebih cantik kerana tidak dimakan matahari.
Antara
adab memakai purdah:
1. Ikhlas kerana Allah, bukan untuk ditunjuk-tunjuk atau berasa diri lebih
hebat daripada orang lain.
2. Niatkan untuk mencontohi sunnah (pakaian isteri-isteri Nabi)
3. Istiqamah memakainya di tempat-tempat yang biasanya di pakai. Contoh, asal
ke pasar saja pakai purdah. Maka hendalah istiqamah memakainya setiap kali ke
pasar. Janganlah sekali pakai sekali tak pakai.
Boleh
jika tidak dipakai di tempat kerja sebagaimana yang dicontohkan, iaitu sekolah
kebangsaan. Hal ini kerana sudah menjadi undang-undang tempat kerja itu tidak
membenarkan pemakaian purdah. Jika kita berkeras hendak berpurdah juga, datang
pula mudarat kepada diri dan kerjaya kita, sedangkan tuntutan berpurdah umumnya
bukanlah wajib.
Kedua, ulama berkhilaf pandangan tentang hukum berpurdah. Jadi purdah bukanlah
muktamad wajib. Ketika mengerjakan haji pun kita tidak berpurdah.
Ketiga, tugas sebagai guru kepada pelajar-pelajar sekolah memang adakalanya
memerlukan nampaknya gerak mulut/ bibir dan gaya muka untuk menyampaikan
pengajaran. Lebih-lebih lagi jika mengajar ilmu bahasa.
Wallahualam.
Abu Zulfiqar 'Alexanerwathern'
|