Tidak
rugi membaca dan meneliti diskusi ini, ada banyak pemahaman agama di dalamnya.
Sesiapa yang mahu melihat dari awal, bolehlah KE SINI. Tapi bahagian yang
sedang anda tatap ini pun sebenarnya sudah banyak bermaklumat.
* PENGUMUMAN 5 Disember 2008 11.37 am Sebagai menghormati beberapa pengakuan XXXXXXXX (XXXXXXXXXX) dan atas permintaannya sendiri, link ke blog baru di atas saya batalkan dan kesemua komennya di blog ini akan dihapuskan. Harap maklum.
*PENGUMUMAN 6 Disember 2008 6.45 pm Oleh kerana ada maklumat-maklumat tertentu yang mahu dimanfaatkan oleh teman-teman lain, maka pos yang ini dikekalkan dan identiti pendialog digantikan dengan SAHABAT BARU.
SAHABAT BARU MENULIS: Salam..
terima kasih dgn penerangan dan nasihat yg diberikan...
Jika selama ini saya membuat pertanyaan atau pertikaian tidak
mengikut adab, maaflah..saya x perasaan ttg adab2 berdiskusi yg tuan
tulis tue..
Tapi sy dh baca dn insyaAllah akan mengikutinya selepas ini...
PENJELASAN WlksmSahabat Baru, Baguslah jika tuan mahu berdiskusi dengan baik, saya mengalu-alukannya. : )
SAHABAT BARU MENULIS:
Untuk persoalan yg tuan tnya tadi, tuan sendiri dah jawab...dan
soalan itu juga x perlu di jawab kerna apa yg kita phm sama..(secara
hakikat )
PENJELASAN: Bila masanya saya menjawab? . Jawapan tuan: ..........................? Saya memberikan pilihan jawapan yang saya rasakan ‘mungkin’, saya tidak pula menjawabnya di situ. Saya bukan mahukan jawapan saya, saya mahukan JAWAPAN TUAN. Jika mahu jawapan saya, lebih baik saya tidak bertanya.
Soalan
ini mesti dijawab, jika tidak bagaimana saya boleh tahu apa yang tuan
pegang dan percaya selama ini? .......................... ? Kata tuan, “itu juga x perlu di jawab kerna apa yg kita phm sama..” Ini bukan menjawab soalan, tapi berhelah mengelak daripada menjawab namanya. Di mana buktinya jawapan kita sama? . Jawapan tuan: ................................? Bagaimana saya boleh tahu yang jawapan kita sama? Jawapan tuan: ..................................?
Untuk
pengetahuan tuan, saya sudah beberapa kali berhadapan dengan keadaan
yang lebih kurang keadaan sekarang apabila membincangkan hal-hal
berkaitan fahaman Salafi Wahabi termasuklah perbicaraan “Allah tidak
bertempat” ini. Oleh itu saya ada pengalaman sedikit-sebanyak bagaimana
jawapan yang saya berikan akan dimanipulasikan oleh pihak lawan (tapi
biasanya mereka yang kena balik namun jalannya akan jadi panjang).
Sebab itulah saya kelihatan begitu berhati-hati.
Saya bukan bersangka buruk dengan tuan, c uma mengambil langkah berjaga-jaga. Kan itu suruhan agama juga? Harap tuan memahami dan tidak keberatan. : )
SAHABAT BARU MENULIS: Disini saya bawa beberapa pandangan tentang Allah di mana mengikut pengetahuan saya..
Cuba kita baca dan fahami ayat di bawah :
1. " Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy " Surah Taaha ayat 5
2. " Allah Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang
ada di antara keduanya Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas
Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang Penolong dan pemberi syafaat
selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil
iktibar (untuk mencapai keredaanNya)? " Surah Sajdah ayat 4
3. " Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit
dan bumi Dalam enam masa lalu ia bersemayam di atas Arasy; ia
melindungi malam Dengan siang Yang mengiringinya Dengan deras (silih
berganti) dan (ia pula Yang menciptakan) matahari dan bulan serta
bintang-bintang, (Semuanya) tunduk kepada perintahNya. ingatlah, kepada
Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan
pemerintahan. Maha suci Allah Yang mencipta dan mentadbirkan sekalian
alam. "
Surah Al-A'raaf ayat 54
4. " Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menjadikan langit dan
bumi Dalam enam masa kemudian ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan
Segala urusan. tidak ada sesiapa pun Yang dapat memberi syafaat
melainkan sesudah diizinkanNya. (yang bersifat demikian) itulah Allah,
Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah
dan Taatlah kamu kepada perintahNya; Patutkah kamu - setelah mengetahui
kenyataan Yang tersebut tidak mahu mengingatiNya? " Surah Yunus ayat 3
5. " Allah jualah Yang menjadikan langit terangkat tinggi Dengan
tiada bertiang sebagaimana Yang kamu melihatnya, kemudian ia bersemayam
di atas Arasy; dan ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah
makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu
masa Yang telah ditetapkan. Allah jualah Yang mentadbirkan Segala
urusan; ia menerangkan tanda-tanda kekuasaannya satu-persatu, supaya
kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan). "
Surah ar-Raa'du ayat 2
6. " Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada
di antara keduanya, Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas
Arasy, ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka Bertanyalah akan
hal itu kepada Yang mengetahuinya. "
Surah Furqan ayat 59
7. " Dia lah Yang telah menciptakan langit dan bumi Dalam enam
masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy; ia mengetahui apa Yang
masuk ke bumi serta apa Yang keluar daripadanya; dan apa Yang
diturunkan dari langit serta apa Yang naik padanya. dan ia tetap
bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha melihat
akan apa Yang kamu kerjakan. " Surah al-Hadid ayat 4
Secara khususnya ayat yg menceritakan Allah bersemayam di Arasy ada 7 spt diatas..
Ada 3 pandangan melibatkn 3 kelompok
1) Ulama' Salaf - Apabila ditanyakan ayat ini, mereka mendiamkan diri dan tambah beriman
2) Ulama'khalaf - Menta'wilkan arasy gambaran kebesaran kerajaan Allah
3) Ulama' bermanhaj Salaf (Ibn Taimiyah/Salafiyah/wahabiyah) -
Beriman dengan mengatakan tuhan benar2 di Arasyh sebagaimana penjelasan
Al-Quran dan tidak ditakwilkan.
Dimana perkataan yg tertulis bahawa Allah wujud tidak bertempat..??
PENJELASAN: Pertama: Soalan mudah saya pun TUAN BELUM JAWAB, soalan yang ‘nampak besar’ begini tuan minta saya jawab? Hmmm...
Kedua: Apa
yang tuan hantar di atas BUKANLAH ARTIKEL PENUH sebagaimana yang ada di
blog tuan. Artikel diblog tuan itu tuan paparkan pada 1 Disember, dan
pada hari yang sama dengan tindakan tuan bertanya soalan tentang “Allah
wujud tanpa bertempat” kepada saya. Di sini kita tentu boleh melihat
perkaitannya kan?
Apa yang dikesalkan, PENGHUJUNG ARTIKEL itu tidak tuan sertakan di atas tadi iaitu yang berbunyi:
“Jadi
ke tiga-tiga pendapat di atas mewakili Ahlul Sunnah Wal Jamaah yg
sebenar..Dimana perkataan yg tertulis bahawa Allah wujud tidak
bertempat ??..Tidak ada dan ini adalah pemikiran mereka yg berpegang
dengan Aqidah Mu'tazilah..
Pemikiran Mu'tazilah asalnya tidaklah menyimpang tetapi kerana
terlalu ingin mensucikan dzat Allah akhirnya mereka membuat takwilan
menggunakan akal yg melampau dan bercanggah dengan Nas Al-Quran dan
Hadith Nabi S.A.W..
Jadi nasihat saya kepada yg berpegang denga dakwaan ini hendaklah mengubah dan kembali kepada ajaran yg sebenar..”
Jadi
sesiapa yang percaya “Allah wujud tanpa bertempat” termasuklah saya,
tuan hukum sebagai “BERPEGANG DENGAN AQIDAH MU’TAZILAH”!
Berat hukuman tuan ni! Beginikah sikap sebenar seorang yang ingin bertanya, berkongsi dan bertukar-tukar fikiran? Jawapan tuan: ....................................? Tuan renung-renungkanlah.
Ketiga: Saya
berasa ganjil dengan pemahaman yang tuan bawa. Oleh kerana tidak ada
ayat-ayat al-Quran mengatakan Perkara A (sekadar contoh), maka itu
dikira bukti bahawa Perkara A ‘confirm’ salah!
Oleh
kerana tidak ada ayat al-Quran yang berbunyi, “Allah wujud tanpa
bertempat” maka itulah bukti mengatakan sesiapa yang percaya Allah
tidak bertempat sebagai salah/ Muktazilah?
Setakat
ini saya belum pernah jumpa kaedah mengeluarkan pemahaman daripada
al-Quran seperti ini. Jika boleh saya ingin bertanya, siapa guru tuan,
kitab apa yang dipakainya? Jawapan tuan: .......................................?
Keempat: Baiklah,
saya berfaham ‘Allah wujud tanpa berbulu ketiak’ kerana mustahil zat
Allah itu ada berbulu dan mustahil Allah ada ketiak. Hal ini kerana
bulu dan ketiak adalah makhluk. Sebelum bulu dan ketiak wujud, Allah
sudah SEDIA ADA. Maka mustahillah Dia berbulu ketiak.
“Allah ada pada azali dan belum ada sesuatupun selain-Nya”. (Bukhari, Baihaqi)
Jika Allah sudah sedia berbulu ketiaknya, maksudnya Allah ialah makhluk. Jika Allah pada mulanya tidak berbulu ketiak tetapi kemudian baru berbulu ketiak, maksudnya Allah tidak baqa’, lemah dan baharu.
CUBA TUAN BAWAKAN AYAT-AYAT yang mengatakan Allah tidak berbulu ketiak..........
Ada tidak? .Jawapan tuan : ............................................? Rasa saya TIDAK ADA.
Apakah kerana tidak adanya ayat-ayat yang menafikan ‘Allah berbulu ketiak-Nya’ maka itu menjadi bukti Allah berbulu ketiak-Nya? Jawapan tuan: ..........................?
Apakah
kerana tidak adanya ayat-ayat yang menafikan ‘Allah berbulu ketiak-Nya’
maka sesiapa yang percaya Allah tidak berbulu ketiak-Nya (Maha Suci
Allah daripada berbulu dan berketiak) maka dikira sesat, ataupun
Muktazilah ataupun lain-lain? Jawapan tuan: .........................?
Apakah
kerana tidak ada ayat yang tertulis huruf demi huruf “Allah wujud tanpa
bertempat” maka itu buktinya Allah wujud bertempat? Jawapan tuan: .............................?
Apakah
kerana tidak ada ayat yang tertulis huruf demi huruf “Allah wujud tanpa
bertempat” maka sesiapa yang percaya Allah memang tidak terpengaruh
dengan tempat dikira sesat, ataupun Muktazilah ataupun lain-lain? . Jawapan tuan: ..............................?
Saya
pernah mengkritis sebuah rakaman video Ustaz Rasul Dahri yang
berfahaman Salafi Wahabi. Berikut adalah petikan tulisan saya itu:
“Dikatakan pula (*oleh Rasul Dahri bahawa)
SYEIKH QARDHAWI terpengaruh dengan fahaman MUKTAZILAH. Kononnya
Qardhawi beriktikad Tuhan itu ‘AKAL’. Kata Rasul Dahri tidak ada nama
Tuhan itu ‘Akal’ dan apa hukum mengatakan Allah itu Akal? Boleh jadi
SYIRIK dan KUFUR tetapi dilapik semula mengikut kaedah dakyah Wahabi
yang diperjelaskan sebelum ini dengan katanya ‘tapi jangan kata
Qardhawi kafir, syirik dan lain-lain’. Hukum diletak tetapi
pengumumannya dilapik. “Jangan kafirkan tokoh-tokoh Ikhwan, kita serah
kepada Allah. Tapi tulisan TOKOH-TOKH IKHWAN (Ikhwanul Muslimin) banyak
yang MEROSAKKAN AKIDAH.” Lihat
cara Rasul Dahri, sama dengan cara tuan. Oleh kerana tidak ada ayat
Quran ataupun hadis mengatakan Allah itu ‘Akal’, maka sahihlah Dr.
Yusuf Qardhawi MUKTAZILAH. Betulkah?
Kelima: Berdasarkan
tulisan-tulisan tuan, nampaknya tuan berpegang bahawa “ALLAH BERSEMAYAM
DI ARASY” walaupun ayat-ayat al-Quran yang tuan petik bertulis “ALLAH
BERSEMAYAM DI ATAS ARASY”.
Betulkah Allah bersemayam DI ARASY? Jawapan tuan: ..................................?
Apakah Allah bersemayam PADA MAKHLUK/ DI MAKHLUK? Jawapan tuan: ..................................?
Keenam: Sekali
lagi saya berasa hairan. Jika benarlah tuan berpegang dengan APA YANG
TERTERA PADA AL-QURAN SAJA, bagaimana tuan boleh beriktikad yang “Allah
di atas arasy” SAHAJA dengan meninggalkan ayat-ayat al-Quran yang lain,
yang mengatakan Allah BERSAMA-BERSAMA DENGAN KITA DI MANA SAHAJA dan
ALLAH LEBIH DEKAT KEPADA KITA DARIPADA URAT LEHER KITA dan yang
lain-lain? Kan semua itu berkisar tentang “TEMPAT” juga?
Mengapa
tuan beriman dengan satu ayat SAHAJA tetapi buat-buat tidak peduli
ayat-ayat yang lain yang juga berkisar tentang “TEMPAT”? Jawapan tuan: ...................................?
Ketujuh: Tuan
menulis, “Ulama' bermanhaj Salaf (Ibn Taimiyah/Salafiyah/wahabiyah) -
Beriman dengan mengatakan tuhan benar2 di Arasyh sebagaimana penjelasan
Al-Quran dan tidak ditakwilkan.”
Ulat DI ATAS BUAH NANGKA maksudnya ulat berada di atas buah tanpa melekat padanya. Ulat DI BUAH NANGKA bermaksud ulat melekat PADA BUAH samada di tepi ataupun di dalamnya.
“Tolong ambilkan paku di atas pangkin tu sekejap,” bermaksud paku itu tidak melekat pada pangkin. “Tolong ambilkan paku di pangkin tu sekejap,” bermaksud paku itu PADA pangkin, iaitu melekat ataupun terpaku padanya.
Harap tuan boleh tunjukkan saya kata-kata Ibnu Taimiyyah yang mengatakan “TUHAN DI ARASY”.
SAHABAT BARU MENULIS: Bukan
saya mempertikaikan ttg masalah tempat secara pandangan manusia..mmg
jika kita bercakap ttg tempat secara pandangan manusia mmglah kita akn
menjadi sebahagian daripada mujassimah..Tapi saya memperkatakan tempat
yg selayaknya bagi Allah dan spt mana yg Allah firmankan dlm Al-Quran..
PENJELASAN: Di
sinilah masalah tuan. Apabila para ulama percaya “Allah tidak
bertempat”, mereka maksudkan ‘tempat’ PADA PANDANGAN MANUSIA. Sebab itu
para ulama mengatakan “Allah wujud tanpa bertempat’. Yang disebut
“ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT” itu pada pandangan manusialah tu. Dan
TEMPAT yang dimaksudkan ialah TEMPAT yang manusia sedia maklum iaitu
yang memakan ruang, mengambil arah dan berposisi, bukannya TEMPAT yang
kita tidak tahu bagaimana zatnya.
Sampai kepada saya bahawa Al Imam Abu Hanifah dalam kitabnya al Fiqh al Absath menulis:
"Allah Taala ada pada azali dan (ketika itu).belum ada tempat, Dia
ada sebelum menciptakan makhluk. Dia (sedia ada) dan belum ada tempat
(ketika itu kerana tempat adalah makhluk), makhluk dan sesuatu. Dan Dia
pencipta segala sesuatu".
Sedangkan YANG ANDA PERTIKAIKAN ialah, ”tempat yg selayaknya bagi Allah dan spt mana yg Allah firmankan dlm Al-Quran”.
Orang
bercerita tentang pandangan manusia, tuan bercerita tentang yang bukan
pandangan manusia. Kemudian tuan cuba menyalahkan mereka.
Nampak tak kesilapan tuan??
Saya beri contoh:
Para pejuang Afghanistan berteriak, “Mari kita lawan Amerika!” Mereka maksudkan melawan TENTERA AMERIKA.
Datang
tuan lalu mempertikai, “Mana kita boleh lawan Amerika? Apa guna lawan
Amerika? Bukankah Amerika itu satu benua yang bertanah-tanih dan di
kelilingi lautan?”
Orang
bicara tentang ‘Amerika’ menurut pandangan politik, tuan pula
menyanggah mereka sedangkan tuan berbicara tentang ‘Amerika’ menurut
pandangan geografi!
Semoga perumpamaan ini membantu pemahaman tuan.
SAHABAT BARU MENULIS:
Kita tidak guna logik akal dalam mentafsirkan ayat2
mutasyabihat..Sedangkan golongan yg terbaik dari zaman ulama salaf juga
tidak memperkatakan apa2 ttg ayat-ayat mutasyabihat..
PENJELASAN: Oleh
kerana tuan kurang rajin membaca tulisan-tulisan saya yang terdahulu,
maka saya ’copy n paste’ sebahagian petikan daripada tulisan saya
bertajuk “DAKWAH TAJDID SEBENAR” di http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=121&mode=&order=0&thold=0
MULA PETIKAN TAJDID
LAPOK (*iaitu kaum Salafi Wahabi) Biasanya menyebarkan perkara dusta
dalam masalah “takwil, tak takwil”. Mereka umumkan “Salaf tak takwil,
khalaf takwil”. Pembahagian ini kalau tidak disertai huraian
sebagaimana yang akan dinyatakan di bawah nanti, jelas satu
pembohongan. Ini seolah-olah menggambarkan seluruh Salaf tak takwil dan
seluruh khalaf takwil. Padahal pembahagian sebenarnya begini:
Salaf terbahagi kepada beberapa kelompok, bukannya satu kelompok
sahaja sebagaimana pembohongan pembawa Tajdid Lama (*Salafi Wahabi).
Sekurang-kurangnya ada kelompok yang:
1. tidak takwil tapi tidak dijumpai bukti dia menegah takwil
2. kadang-kadang takwil dan kadang kadang tidak takwil
3. tidak takwil dan dia menegah takwil (yang ini saya perlu kaji lagi)
4. tidak diketahui pun sama ada dia takwil ataupun tidak, dan sama ada dia menegah takwil ataupun tidak
Khalaf pula sekurang-kurangnya terbahagi kepada kelompok yang:
1. takwil
2. kadang-kadang takwil dan kadang kadang tidak takwil
3. tidak takwil dan dia menegah takwil (ini golongan penjuang Tajdid Lama)
4. tidak takwil tapi tidak menegah takwil
5. boleh takwil dan boleh tidak takwil.
Jadi pembohongan yang mengatakan “Salaf tak takwil, khalaf takwil”
sepatutnya sudah lama dibakulsampahkan. Mereka mahu umat Islam
seboleh-bolehnya percaya bahawa 100% salaf tak takwil. Padahal Imam
Ahmad sendiri mentakwil hadis Nabi:
“Hajarul Aswad adalah tangan kanan Allah di muka bumi.”
(Al Hakim)
‘Hati orang beriman antara dua jari-jemari Ar-Rahman.”
(Muslim)
“Aku dapat rasakan nafas Ar-Rahman dari sebelah Yaman.”
(Ahmad)
SUMBER: Majmuk Rasail Hasan al-Banna.
Kata al-Banna:
“Sebagaimana yang
anda tahu, masalah yang dibincangkan sedikit sahaja dan membabitkan
masalah yang mana SEBAHAGIAN ULAMA SALAF SENDIRI ADA MEMBUAT
PENTAKWILAN.”
Jelas bagai matahari di tengah hari yang cerah- dakwah “Salaf tak
takwil, khalaf takwil” oleh penggerak Tajdid Lapok (*Salafi Wahabi)
adalah penipuan terhormat. Kalau mereka jujur, pastinya mereka akan
berkata “Salaf ada yang takwil dan tak takwil, khalaf pun begitu juga”.
Mengapa dakwah mereka begitu? Mudah saja. Tentulah dengan tujuan
untuk menakut-nakutkan umat Islam agar tidak berani takwil kerana
kononnya bertentangan dengan Salafussoleh, bertentangan dengan Sunnah
dan bertentangan dengan Islam. Maka umat Islam yang jahil dalam hal
inipun akan bersama-sama mereka menghentam ulama-ulama khalaf yang
takwil.
Musuh-musuh Islam tersenyum lebar. Teruskan… teruskan…. kata mereka sambil bertepuk tangan.
TAMAT PETIKAN
Imam asy-Syahid Hasan al-Banna sendiri mengatakan, “SEBAHAGIAN ULAMA SALAF SENDIRI ADA MEMBUAT PENTAKWILAN.”
Ada juga nota lama saya tertulis:
Berkenaan
ayat, “Turunnya Tuhan kita ke langit dunia,” IMAM MALIK (salaf)
mentakwilkannya sebagai , “Turunnya perintah Tuhan kita.” (Imam Abdul Barr dalam al-Tamhid)
Selain
itu, ada beberapa ULAMA SALAF yang membuat penta’wilan. Antaranya
Abdullah bin Yahya bin al-Mubarak (meninggal 273 H) mengatakan tentang
ayat, “Ar-Rahman ‘ala arsyistawa” di mana istawa itu bererti menguasai.
Hal ini terdapat dalam tafsirnya berjudul Ghoribul Quran wa Tafsiruhu
ms 113 cetakan Muassasah as-Risalah Beirut.
Imam
Abu Mansur Maturudi (salaf) dalam kitabnya Ta’wilaat Ahlus Sunnh wal
Jamaah jilid 1 ms 85 cetakan Al-Kaherah mengatakan istawa bermaksud
menguasai.
Imam
Abu Ishaq Ibrahim as-Sarri aZajjaj (salaf) mengatakan istawa bererti
menguasai dalam tafsirnya berjudul Ma’ani al-Quran wa I’rabuhu jilid 3
ms 350 cetakan Alam al-Kutub Beirut.
SAIDINA ALI (salaf) mengatakan: “Sesungguhnya Allah telah wujud tanpa tempat, maka Dia sekarang tetap sedia wujud tanpa tempat.” (Kitab al-Farq Bayna al-Firaq oleh Imam Abu Mansur al-Baghdadi ms 256 cetakan Darul Kutub al-Ilmiyyah)
IMAM SYAFIE mengatakan: “Dali
bahawa Allah wujud tanpa bertempat ialah- Allah Taala telahpun wujud
dan (ketika itu) tempat pula belum wujud lagi. Kemudian (barulah) Allah
mencipta tempat dan Allah tetap pada sifatNya yang azali sebelum
terciptanya tempat. Maka tidak boleh berlaku perubahan pada zat-Nya,
dan begitu juga tiada pertukaran pada sifat-Nya.” (Kitab Ithaf al-Sadah al-Muttaqin oleh Imam al-Hafiz Murtadha az-Zabidi juzuk 2 ms 36 cetakan Darul Kutub Ilmiyyah)
IMAM BUKHARI pula menta’wilkan ‘WAJAH-NYA’ sebagai ‘KERAJAAN-NYA’ dalam Sahih Bukhari. Imam
Bukhari juga menta’wilkan ‘KETAWA’ Allah sebagai rahmat dan redha-Nya.
Hal ini dinyatakan oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari
Syarah Sahih al-Bukhari.
Jadi dari mana asalnya tuan begitu yakin mengatakan:
“Sedangkan golongan yg terbaik dari zaman ulama salaf juga tidak memperkatakan apa2 ttg ayat-ayat mutasyabihat..” ?
Saya ingin mendengar penjelasan tuan tentang hal ini.
SAHABAT BARU MENULIS: Sy sebenarnya tidak berpihak mana2..Cuma dlm perjalanan mencari ilmu..
Pada sy takwil pon perlu pada masa2 tertentu, dan tidak perlu pentakwilan jika org sudah memahami ttg hal itu..
Jika kita phm ttg firman Allah ini :
" Sesungguhnya kami tidak menyamai dengan apa-apa.."
So selesai lah masalah..betol tak..
PENJELASAN: Takkanlah “TIDAK BERPIHAK MANA-MANA” boleh menulis: “Dimana
perkataan yg tertulis bahawa Allah wujud tidak bertempat ??..Tidak ada
dan ini adalah pemikiran mereka yg berpegang dengan Aqidah Mu'tazilah..”
Siapa-siapa yang membacanya pun umumnya akan tahu pada asalnya tuan memang SUDAH BERPIHAK. : )
Betullah
tu, oleh kerana Allah tidak menyamai apa-apa makhluk pun, sebab itulah
para ulama mengatakan Allah TIDAK TERPENGARUH DENGAN TEMPAT. Sesiapa
yang beriktikad yang Allah memang terpengaruh dengan tempat, maksudnya
mereka ADA MENYAMAKAN Allah dengan sesuatu.
Jadi apa hukumnya orang yang percaya Allah SAMA dengan makhluk?
Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatupun dari makhluk-Nya dan tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya”. (as-Syura: 11)
SAHABAT BARU MENULIS:
Saya bukan apa..Jika Ada orang kafir bertanyakan pada tuan..Contoh..
Tuan alex..Tuan beragama islam betol..Tuhan tuan Alex Allah kan..
Jadi di mana Allah..?
Apa yg tuan nk jawab pada dia nnt..
PENJELASAN: Pertama: Itulah...
lain kali... sebelum mempertikaikan apa-apa fahaman orang, lawati dulu
keseluruhan blognya. Dari situ barulah kita dapat gambaran lebih jelas
akan fahaman tuan punya blog. Kadang-kadang, dengan membaca satu dua
pos tuan punya blog, ia belum menggambarkan pegangan sejatinya lagi.
Dalam hal ini, tuan agak tergesa-gesa untuk mempertikaikan saya.
Padahal
jawapan yang tuan maksudkan itu memang sudah sedia ada di blog ini
sejak 22 OKTOBER 2008 dalam tajuk “Mengenal Agama Islam” di http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=424&mode=&order=0&thold=0
Saya
harap tuan membaca keseluruhannya. Karangan yang saya buat itu memang
berupa dialog antara seorang atheis dengan seorang Muslim dengan soalan
“Di manakah Allah?” Malangnya tuan kurang rajin menelaah tetapi agak terburu-buru untuk mempertikai.
Kedua: Saya
ceritakan sedikit asal-usul dialog dalam petikan itu saya wujudkan.
Sebelum terlibat dengan permasalahan Salafi Wahabi ini, saya seorang
pendiskusi ANTARA AGAMA. Itulah kemahiran saya dalam bidang agama ini.
Saya banyak berdialog dengan orang-orang Kristian Unitari, Kristian
Triniti, Atheis dan Hindu dari Indonesia. Di sinilah saya faham betapa
pentingnya ilmu Sifat 13/ 20 dan betapa besarnya jasa Imam Asyaari dan
Maturudi dalam ‘mengembangkan Islam ke seluruh alam’.
Sepanjang
pengalaman saya berinteraksi dengan banyak penganut agama lain itu,
antara isu penting yang pertikaian mereka ialah ‘kebodohan ahli-ahli
agama Islam’ (khususnya yang berfahaman Salafi Wahabi, tetapi mereka
tidaklah kenal siapa Salafi Wahabi itu).
Ada
antara orang bukan Islam pergi menemui ustaz-ustaz (contohnya) untuk
bertanya tentang Islam. Mereka terdiri daripada dua golongan. Golongan
pertama ialah mereka yang cenderung untuk menganut agama Islam.
Golongan kedua ialah mereka yang sekadar ingin tahu, sama ada untuk
tujuan baik ataupun sebaliknya.
Apabila
mereka bertanya tentang Tuhan, ustaz-ustaz Salafi Wahabi ini akan beri
ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi, kononnya untuk menunjukan
mereka jenis DALILAN lah tu. Hendak tahu apa kata orang-orang bukan
Islam? Saya contohkan di sini:
“Ulama-ulama
orang Islam memang bodoh. Apabila kami tanyakan tentang Tuhan, tentang
Islam, tentang di mana Tuhan, mereka beri ayat-ayat daripada Quran dan
kata-kata Muhammad yang disebut hadis. Cubalah fikir, sekiranya kami
percaya dengan ayat-ayat Quran dan kata-kata Muhammad, apa keperluan
kami lagi untuk bertanya tentang Tuhan dan Islam? Sudah pastilah kami
sudah lama memeluk agama Islam. Kerana kami tidak percaya Quran dan
hadis itulah kami usaha bertanya kepada orang-orang agamawan Islam.
Mereka beri hujah sesuatu yang kami tidak percaya, bagaimana kami boleh
terima. Betul tak? Kalau betul, anda tidak boleh marah apabila kami
katakan ulama Islam bodoh.”
Begitulah
lebih kurang. Selalu saya jumpa. Tidakkah kita berasa malu yang amat
dengan perlakuan mereka yang tidak ada ilmu Sifat 20 itu?
Orang-orang
bukan Islam umumnya tidak percaya kepada Quran dan hadis, tetapi mereka
percaya dengan hujah-hujah akal fikiran yang bernas. Jadi, kita berilah
apa yang mereka boleh percaya, bukannya perkara yang memang mereka
tidak percaya. Setelah kecenderungan mereka semakin kuat, barulah kita
sulami dengan ayat-ayat Quran dan hadis. Beginilah cara berdakwah.
Dalam
situasi beginilah ajaran ilmu tauhid yang diasaskan oleh Imam Asyaari
memainkan peranan. Setakat kita menggunakan ilmu Tauhid Uluhiyyah/
Rubbubiyyah untuk berdakwah kepada orang bukan Islam, alamatnya Islam
tidaklah sampai menguasai dua pertiga dunia.
Raja-raja
zaman dahulu bukan semuanya mudah-mudah masuk agama Islam. Setiap raja
mempunyai ahli agama istana. Apabila pendakwah Islam datang, para
pendakwah kena berhadapan dengan ahli agama Diraja terlebih dahulu.
Untuk memikat ahli agama istana memeluk agama Islam, kena mahir ilmu
akal khususnya Sifat 20. Hal ini kerana ahli agama istana, para nujum
dan raja sendiri tidak percaya dengan kitab Quran dan hadis nabi. Jadi,
apa cara kita untuk berdakwah kepada mereka?
Setelah
ahli agama raja mengakui kebenaran agama Islam, barulah si raja memeluk
agama Islam. Setelah raja memeluk agama Islam, barulah rakyat memeluk
agama Islam. Biasanya begitu. Beginilah antara cara terpenting
bagaimana Islam tersebar.
Berbalik
kepada umat bukan Islam yang bertanya kepada ustaz-ustaz Salafi Wahabi
tadi. Setelah menyedari si ustaz ‘bodoh’, mereka pun berlalu pergi.
Yang cenderung kepada Islam pun tak jadi memeluk agama Islam, yang
hendak tahu tentang Islam pun tak jadi nak ambil tahu.
Bagaimana
minat mereka tak hilang, baru hendak bertanya sudah diminta percaya
kitab suci orang-orang Islam dan kata-kata Nabi orang Islam. Katanya
agama bukan paksaan kan? Samalah
jika ia berlaku kepada diri kita. Kita pergi bertanya tentang Tuhan
kepada seorang tok sami, tiba-tiba dia berikan ayat-ayat kitab suci
Hindu ataupun kata-kata Krishna. Kita hendak percayakah ayat-ayat kitab
Hindu itu? Rugi tak? Sangat rugi! Orang bukan semakin dekat dengan Islam tetapi semakin menjauh. Kesimpulannya,
saya mewujudkan artikel dialog itu dengan tujuan membetulkan cara
berdakwah umat Islam dan mengembalikan kemahiran umat Islam akan
pengajaran ilmu tauhid yang diasaskan oleh Imam Asyaari dan Imam
Maturudi. Ketiga: Tuan
pula (SECARA IKHLASNYA KERANA ALLAH TAALA), SEBELUM membaca jawapan
saya ini, jika orang atheis, Hindu, Zoroaster dan lain-lain yang bukan
Muslim bertanya” “Tuan Tasnim. Tuan beragama Islam kan?.Tuhan tuan Allah kan?
Jadi di mana Allah..?” Apa jawapan tuan? ........................................................
TULISAN SAHABAT BARU:
Saya bawakan 1 Hadis..
Hadis nabi : Allah di langit
Cuba
perhatikan hadis Sahih ini. Rasulullah bertanya kepada seorang
perempuan. Hamba perempuan bukan berpelajaran. biasa saja. Rasulullah
tidak bertakwil-takwil tentang di mana Allah..Kalau kita menuduh salah
kepada yg berkata Allah di langit bagaimana kedudukan hamba perempuan
ini..Sedangkan Rasulullah di hadapannya. Rasulullah memuji hamba ini..!!
Rasulullah SAW pernah mengajukan soalan kepada seorang hamba
perempuan milik Mua'wiyah bin Al-Hakam As-Sulamy sebagai ujian keimanan
sebelum ia dimerdekakan oleh tuannya iaitu Mua'wiyah (ertinya): Nabi
s.a.w bertanya kepada hamba itu, "Di mankah Allah?"
Jawab hamba perempuan, "diatas langit" Baginda bertanya lagi,
"siapakah aku?". Jawab hamba itu, "Engkau adalah Rasulullah". Baginda
bersabda: "Merdekakan ia, kerana sesungguhnya ia mukminah(seorang
perempuan yang beriman)!"
Hadith sahih. Dikeluarkan oleh Jama'ah Ahli Hadith, antaranya ialah :
Imam Malik (Tanwirul Hawaalik syarah Al-Muwath-tho juz 3 halaman 5-6)
Imam Muslim (2/70-71)
Imam Abu Dawud (no. 930-931)
Imam Nasa'i (3/13-14)
Imam Ahmad (5/447, 448-449)
Imam Daarimi (91/353-354)
Ath-Thayalis di Musnadnya (no.1105)
Imam Ibnul Jaarud di kitabnya "Al-Muntaqa" (No.212)
Imam baihaqy di kitabnya "Sunanul Kubra" (2/249-250)
Imam Ibnu Khuzaimah- Imamnya para Imam-Dikitab "Tauhid" (121-122)
Imam Ibnu Abi 'Aashim di kitab As-Sunnah (No. 489 di takhrij oleh ahli hadith Muhammad Nashiruddin Al-Albani)
Imam Ustman bin Sa'id Ad-Darimi di kitabnya "Ar-Raddu 'Alal Jahmiyah" ( No.61,62,63 halaman 38-39 cetakan Darus Saslafiyah)
Imam Al-Laalikai dikitabnya " As-Sunnah " (No.652) (Sumber Abdul Hakim bin Amir Abdat : rencana Di mana Allah ?)
PENJELASAN: “Hamba perempuan bukan berpelajaran.” Sebab
hamba itu tidak berpelajaranlah maka jawapan yang Rasulullah beri mudah
dan pendek. Bukankah orang yang tidak berpelajaran biasanya tidak
bersoal banyak benda?
Contoh: Pelajar tingkatan satu bertanya kepada gurunya, “Cikgu, siapa yang buka Singapura?” Gurunya menjawab, “Stamford Raffles.” Si pelajar terus diam tanpa bersoal lagi. Gurunya memuji si murid kerana bertanya.
Tapi jika seorang pelajar universiti bertanya kepada pensyarahnya, “Prof, siapa yang buka Singapura?” Pensyarahnya menjawab, “Stamford Raffles.” Si
pelajar berkata, “Bukankah ketika Parameswara berhijrah dari Palembang
ke Singapura yang ketika itu dikenali sebagai nama Temasik, sudah ada
pemerintahnya bernama Temagi iaitu wakil Kerajaan Siam? Waktu itu
Raffles belum tiba lagi. Kemudian sejarah juga menceritakan pernah ada
seorang raja bernama Sang Nila Utama yang membuka Singapura, malah nama
Singapura itu pun berasal dari mulutnya. Siapa orang Siam sebelum
Temagi yang sudah ke sana jauh lebih dahulu daripada Raffles....bla bla
bla...” Maka barulah si prof menjawab panjang lebar, “Sebenarnya begini... blab la bla...”
Tengok...
bagaimana orang ‘tidak berpelajaran’ begitu jauh bezanya dengan ‘orang
berpelajaran’. Begitu juga penjelasan terhadap orang berpelajaran
dengan orang tidak berpelajaran jauh berbeza. Betul kan?
Kesimpulannya,
memang padanlah Rasulullah menjawab sebegitu ringkas kepada kepada
hamba wanita yang tuan kata tidak berpelajaran itu. Takkanlah situasi semudah ini kita tidak boleh faham...
Saya beri contoh lagi. Ah
Meng mendakwa dirinya baru seminggu masuk Islam (muallaf) dan dia baru
mengenal Islam dua tiga hari sebelum itu lalu terus tertarik. Kita
bertanya kepadanya, “Ah Meng, you sembahyang tak di rumah?”
Ah Meng menjawab, “Ya, saya ada sembahyang.”
Untuk mengujinya kita bertanya, “Sembahyang tu apa Ah Meng?”
Jawabnya, “Itu baca sama Tuhan Alah sambil kita berdiri, tunduk, letak kepal
|