| SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI? |
|
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.
You are Anonymous user. You can register for free by clicking here |
|
|
| Sape Nak Main Ngan Caye...? |
|
|
|
|
Tabut- The Ark of the Covenant (bah 8)
Posted on Tuesday, December 16 @ 01:10:38 EST by alexanderwathern |
|
ZAMAN KEHILANGAN TABUT
DI MANA TABUT SEKARANG?
ZAMAN KEHILANGAN TABUT
Nabi Sulaiman wafat kira-kira pada tahun 935 SM.
Salah seorang anaknya bernama Rahub’am menggantikan baginda. Seorang
lagi anak Nabi Sulaiman bernama Yarub’am sudahpun memberontak sejak
Nabi Sulaiman masih hidup lalu melarikan diri ke Mesir. Selepas
kewafatan bapanya, Yarub’am kembali ke Palestin lalu menguasai bahagian
utara. Kerajaan Bani Israil pun terpecah kepada dua.
Kemudian Raja Mesir (firaun) bernama Sesac (Sisak/ Sishak)
menyerang Jerusalem dan menguasainya. Apa yang terjadi kepada tabut
tidaklah diketahui. Jerusalem pula sering menjadi sebahagian daripada
medan pertempuran kuasa-kuasa besar seperti Asyur dan Babilon. Besar
kemungkinan tabut tidak diganggu memandangkan bangsa-bangsa lain itu
tidak ada kena-mengena dengan Tuhan dan agama Bani Israil serta tabut.
Lagi pula mereka tentunya pernah dengar tentang bala yang menimpa
pengganggu tabut.
Tabut mungkin terganggu pada zaman penaklukan Babilon ke atas
Jerusalem. Raja Babilon yang masyhur iaitu Bukhtanassar menyerang
Jerusalem dengan begitu ganas sekitar 588 SM. Dia memusnahkan kota
Jerusalem dan penduduknya diseret ke Babilon sebagai tawanan. Para
pendeta dijejak dan dibunuhnya. (1)
Dari sinilah timbulnya pendapat mengatakan kemungkinan tabut juga
dirampas lalu dibawa pulang ke Babilon. Ada yang mengatakan tabut
dimusnahkan. Tak kurang pula yang berpendapat tabut disorok oleh Bani
Israil, dan antara lokasi paling popular ialah di bawah Haikal
Sulaiman. Haikal Sulaiman pula diyakini berada di Masjid al-Aqsa.
Jadi, tentunya kita faham mengapa Israel hari ini mengorek terowong demi terowong di bawah al-Aqsa!
Rujukan:
Agama Yahudi oleh Dr. Ahmad Shalaby, ms 56-61, terbitan Pustaka
Nasional, Singapura tahun 1977. Alihbahasa oleh Syed Ahmad Semait.
(1) Al Quran, Bible & Pemberitaan Kenabian Muhammad SAW
terjemahan Muhammad Ramzi Omar, ms 48, terbitan Pustaka Ilmi, Selangor,
1999
DI MANA TABUT SEKARANG?
Sebagaimana peningnya kepala manusia memikirkan
lokasi pendaratan bahtera Nabi Nuh, sebegitulah juga peningnya dalam
menentukan kedudukan tabut hari ini. Tentang bahtera Nabi Nuh, beberapa
gunung baik di Eropah, Asia Tengah dan Asia didakwa sebagai tempat
pendaratannya selepas banjir besar. Kedudukan Bukti Judi tidak dapat
dipastikan dengan tepat. Lokasi paling popular ialah di Gunung Ararat,
tetapi ada pihak mengatakan hal itu hanyalah pembohongan Yahudi untuk
mengelakkan lokasi yang lebih tepat tidak menjadi keutamaan para
pencari.
Muhammad Isa Dawud dalam bukunya ‘Siapa Penghuni Bumi Sebelum
Manusia’ memberikan beberapa hujah yang menarik dalam menolak kewujudan
bahtera Nuh di Gunung Ararat.
Begitu juga dengan lokasi Gua Ashabul Kahfi. Sekurang-kurangnya
tiga buah gua di tempat yang berlainan didakwa sebagai tempat
persembunyian mereka yang mereka tertidur selama 309 tahun di dalamnya.
Jika anda mendakwa pernah berziarah ke Gua Ashabul Kahfi, boleh jadi ia
bukan tempat yang sebenar.
Begitulah antara permainan ‘tangan-tangan Yahudi’. Mereka sengaja
menghebahkan ataupun sekurang-kurangnya membiarkan khabar-khabar angin
mengatakan sesuatu benda itu berada di sana sini sedangkan mereka
sendiri meneroka di tempat yang paling berkemungkinan benda itu
ditemui. Mereka sengaja ‘memecahkan’ gerombolan pengkaji dan pencari
supaya mereka dapat menjalankan kerja-kerja mereka dengan lebih aman.
Menurut English Wikipedia, ada beberapa lokasi yang digembar-gemburkan sebagai tempat tabut hari ini.
DOME OF THE ROCK- Dikenali sebagai Masjid Qubbah as-Sakhrah
berhampiran Masjidil Aqsa. Dipercayai Haikal Sulaiman yang asal dibina
di situ. Di situlah baginda meletakkan tabut. Umum mengetahui wujudnya
terowong-terowong lama di bawah Dome of the Rock. Ada kemungkinan tabut
pernah diletakkan di situ.
Sekitar 586 SM Bukhtanassar/ Nebuchadnezzar's memusnahkan Haikal
Sulaiman dan merampas segala harta benda di situ. Sama ada Raja
Bukhtanassar menemui tabut ataupun tabut disorokkan terlebih dahulu
oleh Bani Israil, tidaklah dapat dipastikan. Namun begitu kita masih
boleh membuat kira-kira.
Jika Bukhtanassar mendapat tabut, apakah dia membawanya pulang
ataupun memusnahkannya? Saya berpendapat tabut tidak dimusnahkan
ataupun disentuh oleh tentera musuh Bani Israil. Jika tidak, sudah
tentulah bala Tuhan akan turun ke atas mereka sebagaimana yang terjadi
kepada penduduk Palestin sewaktu mereka merampas tabut daripada Bani
Israil.
Beberapa peneliti juga percaya Bukhtanassar tidak mendapatkan
tabut. Kerajaan Bukhtanassar membuat senarai yang lengkap tentang
barang rampasan mereka tetapi tidak menyenaraikan tabut. (1)
Ringkasnya, tabut berjaya disorok ataupun dilarikan terlebih dahulu oleh Bani Israil.
GEREJA OUR LADY MARY OF ZION di AXUM, ETHIOPHIA-
Tempat ini menjadi salah satu lokasi paling popular. Anak Nabi Sulaiman
dengan Ratu Balqis dari Kerajaan Sabak (Sheba) dipercayai pergi menemui
bapanya di Jerusalem. Raja Menelik 1 pulang dari Jerusalem dengan
membawa tabut.
Raja Menelik memang ada membawa sesuatu hadiah penting daripada bapanya
Nabi Sulaiman memandangkan kerajaan Saba’ terletak jauh daripada
Jerusalem. Saba’ merupakan sempadan paling jauh bagi kerajaan Nabi
Sulaiman, kebetulan anaknya bertakhta di situ. Atas dasar kasih sayang
dan pengiktirafan, Raja Menelik dihadiahkan sesuatu yang tidak
dihadiahkan kepada anak-anak Nabi Sulaiman yang lain. Tapi apakah
hadiah itu tabut?
Saya rasa tidak. Boleh jadi ia hanya replika tabut ataupun benda lain yang bentuknya ada persamaan dengan tabut.
(*Ada orang menyangkakan Nabi Sulaiman memerintah seluruh dunia
kerana dia dikatakan menguasai Timur dan Barat, kerajaannya meluas dari
Jepun ke benua Amerika. Kajian menunjukkan kerajaan Nabi Sulaiman
tidaklah seluas yang diperkatakan. Kerjaannya tidakpun mencecah India,
China dan Eropah. Di Afrika pun setakat sebahagian Mesir dan Ethiophia.
Kesnya sama dengan kes banjir besar pada zaman Nabi Nuh. Ada orang
menganggap banjir itu melanda seluruh dunia. Wallahualam)
Dari Yaman, tabut dibawa merentasi selat sempit di Laut Merah ke
Ethiophia (Habsyah). Selepas singgah di beberapa lokasi, akhirnya tabut
diletakkan di Gereja Our Lady Mary. Sesekali tabut digunakan dalam
perayaan-perayaan tertentu sebagimana yang biasa kita lihat dalam
dokumentari di televisyen. Malangnya tabut yang digunakan itu hanyalah
yang replikanya.
Banyak gereja di Ethiophia menyimpan sebuah replika tabut. Di Axum,
tabut diletakkan dalam bangunan Gereja Our Lady Mary yang berpagar
besi. Hanya paderi penjaga tabut saja yang dibenarkan masuk ke bangunan
itu. Orang-orang penting di situ pun sekadar di muka pintu bangunan
sementara orang-orang biasa serta orang asing setakat di pintu pagar
saja. Tidak ada sebarang bukti kukuh untuk mengakui kewujudan tabut di
dalam bangunan itu.
Pada perayaan tertentu, masyarakat tempatan mengeluarkan tabut
replika dari bangnan itu lalu mengaraknya pada waktu malam. Kemudian
tabut replika dimasukkan kembali ke bangunan tersebut. Nampak
seolah-olah masyarakat tempatan diperbodohkan. Mereka sendiri tidak
pernah melihat yang aslinya.
Memang benar keturunan Raja Menelik 1 ada berhijrah ke Ethiophia.
Kini keturunan itu dikenali sebagai ‘Yahudi Hitam’ kerana mereka
berdarah Nabi Sulaiman (beragama ‘Yahudi’- agama Nabi Musa) dan
berkulit gelap (negro).
Banyak juga pengkaji yang menolak kewujudan tabut di Ethiophia.
Cerita itu tidak lain adalah dongengan para penganut Kristian Ortodok
di Ethiophia untuk menaikkan saham mereka. Secara peribadi, saya juga
tidak menyokong dakwaan ini atas beberapa sebab.
Pertama- Hanya Bani Levi yang dibenarkan menyentuh dan membawa
tabut. Setahu kita keturunan Nabi Harun ini tidak pergi ke Sabak
ataupun Ethiophia. Bagaimana Menelik membawanya pulang?
Kedua- Jika benar ada beberapa pendeta Bani Levi datang ke Sabak
bersama-sama Raja Menelik 1, mengapa keturunan mereka iaitu para paderi
di Ethiophia hari ini berkulit gelap belaka?
Ketiga- Tabut dipercayai penuh keramat dan kekuasaan oleh Bani
Israil. Mustahil mudah-mudah saja mereka melepaskan tabut ke tangan
bangsa asing.
Keempat- Tabut sudah ada tempat paling sesuai iaitu bait suci Haikal Sulaiman. Apa manfaatnya dibawa keluar daripada tempat itu?
Kelima- Yahudi hari ini buat-buat tidak tahu saja dengan tabut di
Ethiophia. Tidakkah kita berasa pelik? Padahal tabut menjadi salah satu
tujuan hidup mereka. Mereka percaya tabut bakal membawa mereka
mengalahkan dunia terutamanya orang-orang Islam. Maksudnya kaum Yahudi
hari ini memang tahu tabut sebenar tidak berada di sana. Jika tidak,
pastilah ejen-ejen sulit Israel sudah lama menceroboh bangunan di Axum,
Ethiophia (Habsyah) itu.
Keenam- agama mereka yang mendakwa berketurunan Menelik sudah
menjadi agama Kristian Ortodoks ataupun sekurang-kurangnya ‘berbau
Kristian’. Padahal tabut bergelumang dengan agama Yahudi. Hal ini
memungkinkan segala cerita yang dikisahkan di Axum dan sekitarnya itu
datangnya selepas kelahiran agama Kristian, bukannya sejak zaman Nabi
Sulaiman.
ZIMBABWE- Orang-orang Lemba percaya mereka
keturunan Nabi Sulaiman daripada anaknya Raja Menelik. Maksudnya mereka
saudara-mara orang-orang di Ethiophia. Mereka mendakwa nenek moyang
mereka membawa sesuatu bernama ‘Ngoma Lungundu’ ataupun “Voice of God’
yang rupanya semirip dengan rupa tabut dan kekeramatannya juga lebih
kurang sama. Benda itu diletakkan dalam gua di Pergunungan Dumghe.
Nampaknya orang-orang Zimbabwe terpaksalah berebut dengan orang-orang
Ethiophia.
MESIR- Firaus Sesac (Sisak) yang menyerang Jerusalem membawa pulang
tabut sebagaimana yang dipaparkan dalam filem ‘Indiana Jones- Raiders
of the Lost Ark’ lakonan Harrison Ford arahan Steven Spielberg. Steven
Spielberg sudah kita maklumi seorang Yahudi yang membawa agenda Yahudi
dalam filem-filemnya.
GUNUNG NEBO/ NABU di tebing Sungai Jordan. Ada pihak mempercayai
Nabi Irmia (Jeremiah)pernah mengambil tabut dan dibawa ke Gunung Nebo.
Hingga kini lokasi tabut itu tidak diketahui. Cerita tentangnya
terdapat dalam kitab Makabi/ Macabe 2 2:4-8 (2). Kitab Makabi tidak
diterima sebagai sebahagian daripada Bible Perjanjian Lama (Old
Tetstament) oleh orang-orang Yahudi dan Protestan, tetapi diakui oleh
kaum Katholik dan Ortodoks. (3)
LANGUEDOC di Peranchis. Ada lagenda mengatakan tabut dibawa ke sana selepas Perang Salib
CAVE OF THE COLUMN, QUMRAN.
ENGLAND
IRELAND
Dan banyak lagi.
Berdasarkan maklumat-maklumat yang dihidangkan setakat ini, secara
peribadi jika saya dibiayai untuk mengembara mencari tabut, saya akan
mencarinya di Jerusalem ataupun di Gunung Nabu.
(1) http://www.youtube.com/watch?v=RV0SczirQE4&feature=related
(2) http://st-takla.org/pub_Deuterocanon/Deuterocanon-Apocrypha_El-Asfar_El-Kanoneya_El-Tanya__9-Second-of-Maccabees.html#Chapter%202
(3) http://en.wikipedia.org/wiki/2_Maccabees
BERSAMBUNG...
|
|
|
| |
|
| Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name. |
|
|
|
| "LOGIN-AHLI MASUK DI SINI" | Login/Create an Account | 0 comments |
|
| | The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content. |
|
|
|
|
|
|
|
| No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
|
|
|
|
|
|