Jadi pengesahan Rasulullah kepada hamba wanita yang baru
mengenal Islam itu memang sepadanlah dengan situasinya sebagai seorang MUALLAF.
Kan dia golongan hamba pula, tentulah tidak banyak bergaul dengan orang ramai.
Apalah sangat yang diketahuinya. Sebab itu Rasulullah tidak minta DEFINISI
ataupun HURAIAN tentang “Allah di langit”.
MEMAHAMI HADIS
JARIAH
PERSOALAN
Hadis nabi :
Allah di langit
Cuba perhatikan hadis sahih ini. Rasulullah bertanya kepada seorang
perempuan (hamba). Hamba perempuan bukan berpelajaran, (pengetahuannya) biasa
saja. Rasulullah tidak bertakwil-takwil tentang ‘di mana Allah’. Kalau kita
menuduh salah kepada yang berkata Allah di langit bagaimana kedudukan hamba
perempuan ini sedangkan Rasulullah di hadapannya. Rasulullah memuji hamba
ini..!!
Rasulullah SAW pernah mengajukan soalan kepada seorang hamba perempuan
milik Mua'wiyah bin Al-Hakam As-Sulamy sebagai ujian keimanan sebelum dia
dimerdekakan oleh tuannya iaitu Mua'wiyah (ertinya): Nabi s.a.w bertanya kepada
hamba itu, "Di manakah Allah?" Jawab hamba
perempuan, "Di atas langit" Baginda bertanya lagi, "Siapakah
aku?". Jawab hamba itu, "Engkau adalah Rasulullah". Baginda
bersabda: "Merdekakan dia, kerana sesungguhnya ia mukminah (seorang
perempuan yang beriman)!" Hadith
sahih. Dikeluarkan oleh Jama'ah Ahli Hadith, antaranya ialah :
Imam Malik
(Tanwirul Hawaalik syarah Al-Muwath-tho juz 3 halaman 5-6) Imam Muslim
(2/70-71) Imam Abu
Dawud (no. 930-931) Imam Nasa'i
(3/13-14) Imam Ahmad
(5/447, 448-449) Imam Daarimi
(91/353-354) Ath-Thayalis
di Musnadnya (no.1105) Imam Ibnul
Jaarud di kitabnya "Al-Muntaqa" (No.212) Imam baihaqy
di kitabnya "Sunanul Kubra" (2/249-250) Imam Ibnu
Khuzaimah- Imamnya para Imam-Dikitab "Tauhid" (121-122) Imam Ibnu
Abi 'Aashim di kitab As-Sunnah (No. 489 di takhrij oleh ahli hadith Muhammad
Nashiruddin Al-Albani) Imam Ustman
bin Sa'id Ad-Darimi di kitabnya "Ar-Raddu 'Alal Jahmiyah" (
No.61,62,63 halaman 38-39 cetakan Darus Saslafiyah) Imam
Al-Laalikai dikitabnya " As-Sunnah " (No.652) (Sumber Abdul Hakim bin
Amir Abdat : rencana Di mana Allah ?)
PENJELASAN:
“Hamba perempuan bukan berpelajaran.” (tulis penyoal di atas tadi)
Sebab hamba itu TIDAK BERPELAJARANLAH maka jawapan yang Rasulullah beri MUDAH
DAN PENDEK. Bukankah orang yang tidak berpelajaran biasanya tidak bersoal
banyak benda?
Contoh:
Pelajar tingkatan satu bertanya kepada gurunya, “Cikgu, siapa yang buka
Singapura?”
Gurunya menjawab, “Stamford Raffles.”
Si pelajar terus diam tanpa bersoal lagi. Gurunya memuji si murid kerana
bertanya.
Tapi jika seorang pelajar universiti bertanya kepada pensyarahnya, “Prof,
siapa yang buka Singapura?”
Pensyarahnya menjawab, “Stamford Raffles.”
Si pelajar berkata, “Bukankah ketika Parameswara berhijrah dari Palembang
ke Singapura yang ketika itu dikenali sebagai nama Temasik, sudah ada
pemerintahnya bernama Temagi iaitu wakil Kerajaan Siam? Waktu itu Raffles belum
tiba lagi. Kemudian sejarah juga menceritakan pernah ada seorang raja bernama
Sang Nila Utama yang membuka Singapura, malah nama Singapura itu pun berasal
dari mulutnya. Siapa orang Siam sebelum Temagi yang sudah ke sana jauh lebih
dahulu daripada Raffles....bla bla bla...”
Maka barulah si prof menjawab panjang lebar, “Sebenarnya begini... blab
la bla...”
Tengok... bagaimana orang ‘tidak berpelajaran’ begitu JAUH BEZANYA dengan
‘orang berpelajaran’. Begitu juga penjelasan terhadap orang berpelajaran dengan
orang tidak berpelajaran jauh berbeza.
Betul kan?
Kesimpulannya, memang padanlah Rasulullah menjawab sebegitu ringkas
kepada kepada hamba wanita yang tuan kata tidak berpelajaran itu.
Takkanlah situasi semudah ini kita tidak boleh faham...
Saya beri contoh lagi.
Ah Meng mendakwa dirinya baru seminggu masuk Islam (muallaf) dan dia baru
mengenal Islam dua tiga hari sebelum itu lalu terus tertarik. Kita bertanya
kepadanya, “Ah Meng, you sembahyang tak di rumah?”
Ah Meng menjawab, “Ya, saya ada sembahyang.”
Untuk mengujinya kita bertanya, “Sembahyang tu apa Ah Meng?”
Jawabnya, “Itu baca sama Tuhan Alah sambil kita berdiri,
tunduk, letak kepala, duduk...”
Kita mengesahkan, “Ya, ya. Betullah tu.”
Beginilah bentuk pengesahan kepada orang yang baru
mengenal Islam. Takkanlah kepada orang yang baru mengenal Islam kita hendak
tanya SOALAN DEFINISI ataupun SOALAN HURAIAN? Mestikah kita menunggu Ah Meng
menjawab, “Sembahyang itu secara tepatnya dinamakan solat iaitu satu pekerjaan
yang dimulakan dengan blab la bla dan diakhiri denga blab la bla,” maka baru
kita sahkan , “Ya ya, memang itulah sembahyang”? Sudah tentu dia tak tahu
menjawabnya, lainlah jika dia orang berpelajaran dan memang telah lama mengkaji
tentang Islam sebelum menganutnya.
Jadi pengesahan Rasulullah kepada hamba wanita yang baru
mengenal Islam itu memang sepadanlah dengan situasinya sebagai seorang MUALLAF.
Kan dia golongan hamba pula, tentulah tidak banyak bergaul dengan orang ramai.
Apalah sangat yang diketahuinya. Sebab itu Rasulullah tidak minta DEFINISI
ataupun HURAIAN tentang “Allah di langit”.
Jawapan si hamba SUDAH CUKUP untuk memahamkan kita yang DIA
TIDAK MENYEMBAH BERHALA (kerana dia menyembah Allah di langit) ataupun tidak
beragama (kerana dia berTUhan), dan dia mengaku keRasulan Muhammad saw. Maka
sahlah Islamnya.
Jika Rasulullah bertanya kepada si hamba, “Apa yang
engkau faham tentang Allah di langit? Bukankah ada ayat Quran yang mengatakan
DIA TETAP BERSAMA DENGAN KAUM DI MANA SAJA KAMU BERADA?”
Untuk menunggu si hamba yang muallaf menghuraikan hal ini
maka baru hendak DISAHKAN keIslamannya, ada kemungkinan si hamba tak Islam
Islamlah. Buat menyusah saja masuk Islam ni fikirnya, lebih baik anut agama
dulu.
Situasi yang berlaku itu menunjukkan kebijaksanaan
Rasulullah dalam berinteraksi dengan orang yang baru mengenal Islam. Itu yang
mesti kita contohi, bukannya ‘tidak berpelajaran’ si hamba untuk diikuti.
Malangnya hari ini ramai pula yang diiktiraf sebagai cerdik pandai tetapi
pandainya itu setaraf seorang hamba muallaf yang tidak bergaul dengan banyak
manusia saja.
Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathern’
|