“Lihatlah
apa yg disebut oleh ustz bani leman; rukun solat ada 13, yg terakhir tertib.Itu
salah ustazz!!! Sepatutnya ada 14!!! Jika menurut amalan solat org2 Malaysia yg
mengaku bermazhhab syafie, rukun yg ke 14 yg tertinggal itu ialah MERAUP MUKA!!
Jadi bani leman baca kitab bukan original mazhab syafie malaysia.Masyarakat yg
meraup muka itu, jika ditegur ia bukan dr amalan Nabi, serta2 merta disanggah
dan dituduh sesat atau tak ikut mazhab. La ni tok guru hangpa bani leman baca
kitab sebut rukun solat ada 13 saja, pasai apa hangpa pi tambah jadi 14? Ni
syafie mana pulak? Syafie tok wan hang kot.”
Posted:
Jan 28, 2009 - 01:55 AM subject: [Dari artikel] Sifat Solat Nabi versi Mazhab
Syafi'i - oleh falhan
(Komen ini
ditujukan kepada rancangan Al-Kuliyyah TV3 berkaitan tatacara solat menurut
Mazhab Syafie)
PENJELASAN:
Perkara asas yang mesti kita fahami ialah ibadah solat itu
bermula dari takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam. Sebelum takbiratul
ihram, apa-apa perlakuan tidak dikira sebagai ibadah solat. Begitu juga selepas
memberi salam, apa-apa perlakuan tidak di kira sebagai ibadah solat.
Jika yang dimaksudkan dengan ‘meraup muka’ itu ialah
perbuatan menyapu muka selepas memberi salam, maka ia tidaklah termasuk dalam
ibadah solat. Andaikanlah ada seorang hamba Allah yang sebaik-baik sahaja lepas
memberi salam terus membuka langkah silat ataupun melompat keluar melalui tingkap,
perbuatan itu tidak ada kena-mengena dengan ibadah solat. Sebab itulah meraup
muka tidak dimasukkan ke dalam rukun solat.
Kita tidak tahu dari kitab ataupun guru Mazhab Syafie
manakah hamba Allah bernama Falhan ini mendapatkan rukun ke-14 iaitu ‘meraup
muka’. Tidakkah itu ‘bidaah dengan menambah’ dan berhukum ‘bidaah dhalalah’?
Tentang meraup muka, ia bukan perbuatan yang dihukum
wajib. Siapa yang mahu buat silakan, siapa yang mahu meninggalkannya juga
silakan. Yang salahnya ialah pihak yang mendakwa haram melakukannya dan juga
pihak yang mendakwa wajib melakukannya.
Pernah kita jumpakah para hamba Allah bermazhab Syafie
yang menghukumkan wajib perbuatan itu? Saya tidak pernah.
Pernahkah kita jumpa hamba Allah yang mengharamkan
perbuatan itu? Ada, dan jumlahnya semakin meningkat dari sehari ke sehari.
Jenis inilah yang membawa kerosakan dan perpecahan dalam agama.
|