IMAM ROCK BERTANYA:
Golongan yg dikatakan Al-Ahbash..
benarkah segala tuduhan keatas ketua dan semua pengikut2 nya..
PENJELASAN:
Wlksm Imam Rock,
Maaflah kerana membuatkan tuan bertanya berulang-kali.
Sebenarnya seingat saya, saya sudah menulis jawapannya sebelum ini tapi apabila
saya periksa semula ternyata memang belum dipos. Saya cuba mencari semula
tulisan saya itu, malangnya tidak tahu di mana letaknya. Jadi saya tulis semula
penjelasan saya.
‘AHBASH’ YANG MANA SATU?
Soalan tuan
sangat ringkas dan umum. Saya memerlukan lebih maklumat untuk membantu
kerunsingan tuan. Antara maklumat terpenting yang saya perlukan ialah... ‘Ahbash’
yang mana satu yang tuan maksudkan?
Apakah ‘Ahbash’
yang dimaksudkan itu ialah ‘Ahbash’ yang biasa disebut-sebut dalam dakyah kaum
berfahaman Salafi Wahabi (ringkasnya Wahabi) di Malaysia ini? Saya pernah
menulis tentang hal ini, maka saya petik dan sunting sedikit isi tulisan saya
di sini.
‘Mereka’ yang kita maksudkan di sini ialah beberapa ‘orang kuat’ dan yang
‘tidak berapa kuat’ forum utama Salafi Wahabi di Malaysia iaitu al-Ahkam.net
(kini bukan lagi forum utama Wahabi kerana sudah dikalahkan oleh saingannya al-Fikrah
kendalian Thtl hasil pergaduhan besarnya dengan pengendali al-Ahkam iaitu
Zain-ys). Kita lihat satu-persatu dan kemudian nanti kita letakkan semuanya
setempat agar dapat dilihat, direnung dan dikaji dengan lebih menyeluruh. Siapakah
‘Ahbash’ yang mereka maksudkan.
PERTAMA thtl Panel Feqh al-Ahkam.net Posted: Jan 22, 2008 - 09:10 AM study link-link yang sifoo
zain ys hidangkan. apapun kumpulan ahbash ni mmg teruk. Bila akidah rosak, maka rosaklah fiqihnya...
@ Kesimpulannya, menurut THTL- Panel Fiqh al-Ahkam.net, kumpulan ahbash ini ROSAK AKIDAHROSAK FIQH mereka.
KEDUA maszlee Posted: Jan 27, 2008 - 09:13 AM
Salaam,
Sekali baca rasa geram... dua kali baca, rasanya, depa
ni sah agen Zionis. memandangkan usaha
memperjuang isu Palestin di Malaysia sering dikaitkan dengan saya, maka mereka
berusaha mengkafirkan saya juga. Biasalah, Syiekh Ahmad Yassin pun depa kafirkan...Yusuf al_qaradawi pun mereka kafirkan...Inikan pula saya. Cuma pesanan saya, jelaslah Ahbash ini agen Zionis!!! Sebab itu mereka bunuh Rafiq Hariri (PM Lubnan), mereka membantu Israel untuk hancurkan HAMAS di Palestin, dan mereka bersengkongkol dengan Israel untuk hancurkan
Ikhwan di Jordan. Tak mustahil di Malaysia
ini, mereka akan menjadi agen Zionis untuk hancurkan gerakan-gerakan Islam yang
lain... Perlu beritahu rakan-rakan
PAS, JIM dan ABIM agar mereka berhati-hati...kerana mereka juga komited dalam
isu Palestin!
Maszlee Durham, UK
@ Kesimpulannya, menurut
Maszlee Malik pula, Ahbash: SAH AGEN ZIONIS
MENGKAFIRKAN SYEIKH AHMAD YAASIN & YUSUF
QARDHAWI
MEMBUNUH RAFIQ HARIRI
BANTU ISRAEL HANCURKAN HAMAS
BERSEKONGKOL DENGAN ISRAEL UNTUK HANCURKAN
IKHWAN DI JORDAN
MENENTANG JEMAAH-JEMAAH ISLAM YANG KOMITED
DENGAN ISU PALESTIN
KETIGA
amjad
Posted: Jan 27, 2008 - 10:05 AM
Salam...
patutlah Allah SWT berkata
melalui Rasulullah saw (hadis) bunuh
aje puak khawarij ni...moga2
penguasa Islam diberi hidayah membasmi puak khawarij ini...wa.
@ Kesimpulannya, menurut
Amjad, orang yang mereka label sebagai Ahbasy/ Ahbash ini tidak lain ialah PUAK KHAWARIJ yang PERLU DIBUNUH dan PERLU DIBASMI OLEH PEMERINTAH. Ringkasnya halallah darah
mereka ditumpahkan.
KEEMPAT
fufu
Posted: Jan 27, 2008 - 03:22 PM
teruk betul depa ni..terang2 nmpk x islamik nya tuh
@ Kesimpulannya, menurut
Fufu pula, orang yang dilabel oleh mereka sebagai Ahbasy ini JELAS TIDAK ISLAMIK, mungkin
kafirik kot.
KELIMA
almujahid
Posted: Jan 27, 2008 - 09:43 PM
Ramai masih tidak tau group ni. Elok
diterangkan dulu sifat2nya.
Suka mengkafir=khawarij=ahbash
Mengkafirkan sahabah=syiah
Mengkafirkan ulama'=ahbash
@ Ditambah oleh Almujahid
kononnya Ahbasy itu KHAWARIJ dan MENGKAFIRKAN ULAMA.
KESIMPULAN KESELURUHANNYA
Menurut ‘mereka’, ‘Ahbasy’ itu ialah manusia ataupun
kumpulan yang:
Rosak akidah Rosak fiqh Agen Zionis (confirm) Mengkafirkan Syeikh Ahmad
Yaasin dan Dr. Yusuf Qardhawi Membunuh Rafiq Hariri
(secara langsung ataupun tidak) Membantu Israel untuk
menghancurkan HAMAS Bersekongkol dengan Israel
untuk hancurkan Ikhwanul Muslimin di Jordan Menentang jemaah-jemaah
Islam yang komited dengan isu Palestin Tidak lain ialah puak
khawarij Layak untuk dibunuh Perlu dibasmi oleh
pemerintah Tidak Islamik Mengkafirkan ulama
Soalan saya kepada tuan, apakah ‘Ahbash’ yang disebut oleh mereka yang
berfahaman Salafi Wahabi di atas yang tuan maksudkan?
Ataupun ‘Ahbash’ yang lain?
Wallahualam.
Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern' 3 FEB 2009
|