Yang saya maksudkan ialah Ahbash yang itu lar..yang
mereka katakan..
ketua dia Syeikh Abdullah al-harari...kalo tak silap ana lar kan..
betol ker..
p/s: ader ker ahbash yang lain..
KESIMPULAN JAWAPAN SAYA SEBELUM INI:
Menurut ‘mereka’, ‘Ahbasy’ itu ialah manusia ataupun kumpulan yang:
1.
Rosak akidah
2.
Rosak fiqh
3.
Agen Zionis (confirm)
4.
Mengkafirkan Syeikh Ahmad Yaasin dan Dr. Yusuf Qardhawi
5.
Membunuh Rafiq Hariri (secara langsung ataupun tidak)
6.
Membantu Israel untuk menghancurkan HAMAS
7.
Bersekongkol dengan Israel untuk hancurkan Ikhwanul Muslimin di Jordan
8.
Menentang jemaah-jemaah Islam yang komited dengan isu Palestin
9.
Tidak lain ialah puak khawarij
10.
Layak untuk dibunuh
11.
Perlu dibasmi oleh pemerintah
12.
Tidak Islamik
13.
Mengkafirkan ulama
Soalan saya kepada tuan, apakah ‘Ahbash’ yang disebut oleh mereka yang
berfahaman Salafi Wahabi di atas yang tuan maksudkan?
Ataupun ‘Ahbash’ yang lain?
JAWAPAN ANDA:
Salam..
Yang saya maksudkan ialah Ahbash yang itu lar..yang mereka katakan..
ketua dia Syeikh Abdullah al-harari...kalo tak silap ana lar kan..
betol ker..
p/s: ader ker ahbash yang lain..
PENJELASAN SAYA:
Oleh kerana tuan mengakui bahawa ‘Ahbash’ yang dimaksudkan
itu ialah golongan yang tertakluk kepada 13 perkara yang beberapa orang Salafi
Wahabi gariskan itu, maka saya pun mulalah membuat penelitian sedikit-sebanyak.
Langkah pertama, saya cari di Malaysia terlebih dahulu.
Malangnya di Malaysia tidak saya temui walau satu kumpulan pun yang memenuhi kesemua
13 ciri di atas. Kita lihat satu-persatu.
ROSAK AKIDAH- Ya, memang ada beberapa kumpulan yang rosak
akidahnya di negara ini dan tentunya banyak daripada VIRUS 6 BERADIK (Salafi
Wahabi, Liberal & Sekular, Ajaran Sesat, Qadiani, Antihadis dan Syiah).
ROSAK FIQH- Ada juga segelintir.
AGEN ZIONIS- Awal perkara, kita kena faham apa maksud ‘zionis’.
Saya juga gagal menemui kumpulan ataupun individu yang memang sahih agen zionis
walaupun ada dakwaan kononnya Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim agen Zionis.
KAFIRKAN SYEIKH AHMAD YAASIN & DR YUSUF QARDHAWI- Satu-satunya
yang sahih saya temui ialah sebuah kumpulan Salafi Wahabi bawaan Rasul Dahri
yang memang jelas-jelas mengkafirkan kedua-dua individu yang dinyatakan. Selain
itu tidak ada yang sahih.
MEMBUNUH RAFIQ HARIRI- Adakah di Malaysia?
MEMBANTU ISRAEL MENGHANCURKAN HAMAS- Ada di Malaysia? Mungkin
orang-orang yang tidak memboikot barangan Israel agaknya.
BERSEKONGKOL DENGAN ISRAEL UNTUK HANCURKAN IKHWANUL
MUSLIMIN- Adakah di Malaysia?
MENENTANG JEMAAH-JEMAAH YANG KOMITED DALAM ISU PALESTIN-
Tak jumpa.
PUAK KHAWARIJ- Tak cukup maklumat.
Mereka LAYAK DIBUNUH- Saya tidak menemui mana-mana jemaah
ataupun individu keagamaan YANG LAYAK
DIBUNUH di Malaysia menurut undang-undang Islam mahupun undang-undang negara
kecuali para penjenayah.
PERLU DIBASMI OLEH PEMERINTAH- Banyak kumpulan yang
sepatutnya dibasmi terutamanya dari jaraingan VIRUS 6 BERADIK.
TIDAK ISLAMIK- Tak cukup maklumat kerana kayu ukur ‘Islamik’
itu saya tidak jelas. Contohnya ada ahli PAS yang mending ‘tidk Islamik’ kepada
ahli UMNO. Apakah ini bermaksud ahli dan parti UMNO itu Ahabash?
MENGKAFIRKAN ULAMA- Ada sebahagian kaum VIRUS 6 BERADIK
yang mengkafirkan para ulama.
Puas saya cuba memadankan 13 perkara itu dengan banyak
individu dan jemaah tetapi gagal saya temui. Ringkasnya, saya menyimpulkan
TIDAK ADA Ahbash di Malaysia sekiranya 13 perkara itu dijadikan panduan.
Kemudian kita menjenguk ke luar negara pula kerana tuan
ada mengaitkan satu nama iaitu Syeikh Abdullah al-Harari. Saya berusaha kumpul
maklumat tentangnya dan mendapati syeikh ini dan ahli jemaahnya juga tidak memenuhi
kriteria sebagaimana dakwaan para Salafi Wahabi itu. Hal ini kerana Syeikh
Abdullah dan ahli jemaahnya tidak membantu Israel menghancurkan Hamas, tidak
menentang jemaah-jemaah yang komited dengan Palestin, bukan agen Zionis (sila
faham maksud Zionis) dan tidak layak dibunuh.
Tentang rosaknya tauhid dan fiqh, saya kekurangan
maklumat tentang takrif ‘rosak’ itu. Apakah terkeluar daripada agama Islam
ataupun sekadar ada beberapa perkara yang kontroversi ataupun sebagainya. Jika
takrif ‘rosak’ itu ialah terkeluar daripada tauhid dan fiqh Islam (ringkasnya
mereka terkeluar daripada Islam), saya tidak bersetuju.
Kepada mereka yang membuat dakwaan itu, sila berikan
bukti yang para ulama dan jemaah di dunia ini bersepakat memfatwakan Syeikh
Abdullah dan para pengikutnya layak dibunuh. Saya berani kata memang tak ada
para ulama dan jemaah-jemaah yang menghukumkan mereka LAYAK DIBUNUH. Ini
cakap-cakap pengganas dalam kalangan penganut agama Islam. Jika yang berkata
itu orang yang benar, pasti dia akan mengatakan “mereka layak didakwa” (itu pun
jika mereka ada kesalahan). Ini tidak! Terus golongan pengganas ini
menghukumkan bahawa kaum Ahbash ini LAYAK DIBUNUH. Ada berapa ribu pengikut Syeikh
Abdullah Harari? Senang-senang kita jatuhkan hukuman semua mereka LAAK DIBUNUH?
Puak pendakwa itulah pengganas yang sebenar yang cuba mencetuskan huru-hara dan
LAYAK DIDAKWA.
Kesimpulannya, ‘Ahbash’ yang mereka maksudkan itu tidak
saya temui di tanah air kita dan tidak pula berkaitan dengan Syeikh Abdullah
Harari dan pengikutnya, jika 13 kriteria menurut para Salafi Wahabi itu
dijadikan panduan.
Mungkin yang mereka maksudkan itu ialah Ahbash yang lain
yang mereka saja yang tahu siapa orang atapun jemaahnya yang memenuhi 13 ciri
yang mereka dakwa itu. Ataupun mungkin juga kumpulan ‘Ahbash’ itu memang tidak
wujud, tetapi sengaja mereka gembar-gemburkan untuk mengaut keuntungan-keuntungan
tertentu dalam politik keagamaan ini. Semuanya bergantung kepada 13 ciri yang
mereka gariskan.
Wallahualam.
‘PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT’
Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathern’
9 FEBRUARI 2009
|