BERSAMA ALEXANDERWATHERN
 
 
•  Home  •  Downloads  •  Your Account  •  Forums  •
 
 
SENARAI MODUL
· Home
· AKAUN ANDA
· ARKIB-SIMPANAN
· CARI
· DOWNLOADS
· FORUM
· GALERI GAMBAR
· KAJI SELIDIK
· LINK BERMANFAAT
· MAKLUMBALAS
· MESEJ PERIBADI
· PESANAN RINGKAS
· PROMOSI LAMAN INI
· SEMUA KARYA ALEX
· SENARAI AHLI
· STATISTIK
· TOP 10
MAKLUMAT PENGGUNA
Welcome PENGUNJUNG


Nickname

Password

 

Membership

 · New Today

4

 · New Yesterday

6

 · Overall

738


Latest 3 Members
 01:Nov 21, 2009ASClupoblibia
 02:Nov 21, 2009ksizezzz
 03:Nov 20, 2009ViagraCialis

People Online

 Visitors (0%)

 Members (0%)

 Total online

0


Most Ever Online

 · Total

89

 · Members

1

 · Visitors

88


Total Hits
 · Daily

892

 · Average Hits

1526

 · Total Hits

1020070


Download Stats
 ·Total Files

 ·Total Categories

 ·Files Downloaded

 ·Data Sent

B


   Nuke Info
 ·Active Staff

1

 ·Active Topics

10

 ·Active Stories

467

 ·Total FAQ

 ·Total Reveiws

 ·Forum Posts

779

 ·Forum Topics

333

SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI?
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here
DEDAUNAN TAJDID SEGAR

LOKASI PENGUNJUNG
Locations of visitors to this page
Sape Nak Main Ngan Caye...?
UNDI BLOG INI
Malaysian Muslim Blogs
UNDI LAGI
Ukhwah.com :: Top Blog
Azharian's Topsite
BKPJM TOP BLOG
AL-AZHAR`s TOPSITES

Featured Links: Free phpBB3 Forum @ Entrance to Medical Schools
APABILA GENG SEJARAH BERKUMPUL
Posted on Thursday, June 28 @ 08:37:17 EDT by alexanderwathern
UMUMBerbalik kepada isu. Kita tahu di Melaka ada sebuah kota yang kukuh iaitu A Famosa. Ia didirikan oleh Portugis sebaik sahaja berjaya mengundurkan tentera-tentera Melaka dari bumi bertuah itu. Mereka kemudiannya membakar banyak kitab-kitab dan istana. Yang menjadi pertikaian kami, apakah sebelum itu Melaka tidak ada kota sebagaimana kota A Famosa?

APABILA GENG SEJARAH BERKUMPUL

Dua hari “out-station”, berkumpul bersama-sama ‘geng” yang mempunyai serba-sedikit ilmu sejarah. Apabila orang-orang sejarah berkumpul, maka banyaklah hal ehwal sejarah yang dibincangkan. Timbullah penilaian demi penilaian akan peristiwa silam. Suasana begini sangat menarik. Sesi sumbangsaran rasmi dan tidak rasmi mendatangkan pelbagai info dan renungan yang bermanfaat.

Ilmu sejarah sangat penting, apatah lagi kepada para pendakwah. Dalam sesi-sesi tarbiah yang saya jalankan, sering saya mengingatkan para pendakwah muda betapa pentingnya ilmu sejarah. Hal ini kerana lebih 90% daripada ilmu agama adalah sejarah. Siapa yang tidak mahir bidang sejarah, dia tidak akan mahir bidang agama. Percayalah.

Dalam pertemuan kami selama dua hari, pelbagai maklumat yang baru ataupun yang lama begitu aktif bergerak antara minda-minda kami. Sebahagiannya berkait bidang agama juga. Di sini saya ingin kongsikan tiga daripadanya bersama para pembaca.

ISU 1: KOTA MELAKA

Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Ketika Portugis mula-mula tiba di Melaka, orang tempatan menggelar mereka ‘Benggali Putih’. Gelaran ini timbul kerana itulah kali pertama penduduk awam Melaka melihat satu bangsa Eropah. Dengan susuk tubuh yang besar tinggi, bertopi dan berjambang, gelaran ‘Benggali Putih’ memang sesuai.

Boleh jadi bangsa Portugis memaklumkan yang mereka ialah ‘Portuguese’ dari negara Portugal. Lidah orang Melayu menyebutnya ‘Peringgi’. Para pendakwah dan pelajar agama yang terdedah kepada bahasa Arab menyebutnya Feringgi (dalam bahasa Arab tidak ada huruf ‘p’)

Teringat saya kisah seorang pelajar Melaka belajar bahasa Arab daripada seorang mubaligh bangsa Arab. Sit ok guru memarahi si pelajar kerana gagal menyebut huruf-huruf dan perkataan Arab dengan betul. Maklumlah, lidah Melayu hendak mengikut makhraj Arab, ustaz-ustaz hari ini pun banyak yang tidak mampu mencapai tahap cemerlang. Apatah lagi orang Melaka pada zaman itu.

Kerana tidak tahan dengan karenah gurunya, si pelajar naik angin lalu mencabar si guru menyebut perkataan-perkataan Melayu. Pada mulanya si guru menganggap bahasa Melayu mudah. Malangnya ketika disuruh sebut ‘kucing’ di sebutnya ‘kusying’, ‘kunyit’ disebutnya ‘kunit’ dan ‘nyiru’ disebutnya ‘niru’. Barulah si guru sedar akan keterlanjurannya. Maksudnya, anak murid kenalah diajar beransur-ansur, jangan kira hendak cepat dapat sahaja. Kalau tidak silap saya kisah ini ada dalam Sejarah Melayu.
(* Sejarah Melayu disusun oleh Tun Sri Lanang semasa berdirinya Kerajaan Johor selepas kejatuhan Melaka, dia bukanlah pengarangnya. Siapa pengarang Sejarah Melayu tidaklah diketahui. Begitu juga dengan Hikayat Hang Tuah)

Berbalik kepada isu. Kita tahu di Melaka ada sebuah kota yang kukuh iaitu A Famosa. Ia didirikan oleh Portugis sebaik sahaja berjaya mengundurkan tentera-tentera Melaka dari bumi bertuah itu. Mereka kemudiannya membakar banyak kitab-kitab dan istana. Yang menjadi pertikaian kami, apakah sebelum itu Melaka tidak ada kota sebagaimana kota A Famosa?

Kebanyakan kita faham sebelum wujudnya A Famosa, Melaka tidak ada kubu seperti itu. Kalau ada pun mungkin diperbuat dengan susunan-susunan kayu dan batang pokok sahaja. ‘Kota batu’ tidak ada. Benarkah begitu?

Kami berpendapat Melaka sudah ada kotanya. Kota Melaka itu kemudiannya diperbaiki lagi oleh Portugis. Kedudukan A Famosa sebenarnya memang kedudukan istana Melaka dan persekitarannya. Batu-batu Kota Melaka itu sendirilah yang digunakan Portugis untuk mewujudkan A Famosa, yang jauh lebih kukuh. Tambahan pula, dari mana Portugis hendak mendapatkan sebegitu banyak batu-batan melainkan sudah ada ‘dasarnya’. Batu-batu untuk penambahbaikan kemudiannya dirampas daripada bangunan-bangunan (mungkin juga masjid) dan makam-makam di-Raja yang mereka musnahkan.
(* Tentera Portugis memang satu bangsa yang zalim dan kejam. Makam-makam dan kubur para pahlawan semua dibongkar. Makam Hang Tuah berjaya diselamatkan apabila orang tempatan menyebutnya Makam Tua untuk mengelirukan Portugis dan para perisiknya daripada bangsa Melayu sendiri. Tapi… dalam sejarah Islam juga pernah berlaku hal sama. Pemerintah awal Bani Abbasiah membongkar semula makam-makam utama Bani Umaiyah selepas mereka mendapat kuasa.)

Mustahillah Melaka sebagai sebuah kerajaan yang begitu besar di Asia Tenggara tidak mampu mendirikan kota. Padahal Candi Borobudur binaan batu. Angkor Wat binaan batu. Bukankah sering disebut ‘Kota Melaka’? Apakah ini hanya menggambarkan sebuah bandar, ataupun memang ada sebuah kota batu di sana?

Kalau roboh Kota Melaka,
Papan di Jawa hamba dirikan,
Kalau sungguh bagai di kata,
Badan dan nyawa hamba serahkan.

Saya terfikir pantun ini. Pantun ini biasa kita dengar. Ia mungkin pantun baru tetapi ada memberikan ‘sedikit’ gambaran tentang kewujudan ‘kota’ di Melaka. Wallahualam.

Saya juga terfikir, bagaimanalah Portugis membina A Famosa? Siapa yang mengangkut batu-batu besar tersebut? Mustahil Portugis melakukannya sendirian dalam suasana Perang Tiga Segi degan Johor dan Acheh. Berapa lama ia disiapkan? Sebelum ia disiapkan, di mana Portugis berkubu? Mustahil Portugis berkhemah di tengah-tengah Melaka melainkan memang telah ada sebuah kubu yang dapat melindungi mereka. Tapi, mengapa perihal Kota Melaka ini tidak disentuh secara langsung dalam karya-karya yang sampai kepada kita hari ini? Mengapa hanya A Famosa yang dikenang-kenang?
(* A Famosa sangat kukuh. Bedilan meriam tidak mampu memecahkannya. Dalam Hikayat Abdullah kalau tidak salah saya, Munsyi Abdullah menulis bagaimana susahnya kota ini hendak dimusnahkan oleh pihak Inggeris selepas mereka memperolehinya melalui Perjanjian Inggeris- Belanda 1824. Pelbagai cara digunakan namun kekebalan A Famosa sukar digugat. Hinggalah akhirnya pihak Inggeris menanam bahan letupan yang kuat di bahagian bawah setiap dinding dan meletupkannya, barulah batu-batu itu tercabut, melambung dan pecah. Yang tinggal hanyalah pintu gerbangnya saja sebagaimana hari ini. Mengapa Inggeris sengaja memecahkannya?........)

ISU 2: ASAL-USUL BANGSA MELAYU

Seorang rakan mengatakan bangsa Melayu berasal dari Arab dan India. Dia mengaitkan teori ini dengan kajian-kajian terbaru tentang genetik bangsa Melayu, bangsa Arab dan India. Seorang rakan lagi lebih yakin bangsa Melayu berasal dari Mongolia-China. Dari segi rupa, memang kebanyakan orang Melayu hari ini lebih mirip kepada Mongolia-China.

Namun begitu, saya pernah terbaca satu petikan daripada catatan seorang pengembara China yang mengatakan orang-orang Melayu kebanyakannya berkulit hitam dan membungkus kepala mereka (melilit dengan kain mungkin).

Satu teori yang menarik ialah tentang kerbau. Rakan yang menyokong Melayu berasal dari Mongolia-China mengatakan kerbau di tengah dan utara Asia Timur dengan kerbau di sini lebih kurang sama. Tetapi India tidak terkenal dengan kerbau. Maksudnya masyarakat awal Melayu dari utara berhijrah bersama-sama binatang peliharaan mereka termasuklah kerbau.

Berkenaan kisah-kisah kedatangan sebahagian bangsa Melayu dari wilayah Yunan di negara China memang popular hinggakan ada pihak yang membuat kajian di sana. Malangnya tidak ditemui sebarang pertalian daerah Yunan hari ini dengan alam Melayu. Boleh jadi mereka yang berhijrah ke Nusantara ini berpindah seluruh kampung ke sini yang mengakibatkan terputusnya sebarang pertautan budaya, rupa dan bahasa. Hijrah mereka boleh saja akibat peperangan, bencana alam, wabak penyakit dan sebagainya. Wallahualam.
(* Beberapa silat Melayu dikatakan berasal dari wilayah Yunan. Diharap ada pihak yang dapat memasukkan kajian tentang silat-silat ini dalam kajian mereka tentang Yunan)

Akhbar pernah memuatkan satu pandangan mengatakan nenek moyang Melayu hari ini adalah daripada keturunan Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim. Saya tertarik dengan maklumat ini. Masyarakat orang asli dikatakan keturunan Nabi Nuh. Selepas banjir besar, anak cucu Nabi Nuh bertebaran ke seluruh dunia.
(* Berlaku perbezaan pendapat tentang keluasan banjir besar itu. Ada mengatakan seluruh dunia tenggelam dan ada yang mengatakan di tempat Nabi Nuh sahaja. Saya lebih menyokong pandangan kedua memandangkan mustahil untuk Nabi Nuh mengumpulkan semua spesis haiwan darat dari Kutub Utara ke Kutub Selatan. Haiwan-haiwan berlainan habitat ini pasti mati sebelum sempat tiba ke bahtera Nabi Nuh.
Bagaimana dengan umat manusia di tempat lain? Saya memandang ketika itu tidak ada umat manusia di tempat lain kecuali di sekitar Nabi Nuh. Setelah Tuhan hapuskan kesemua manusia yang derhaka, manusia yang baik-baik tadi barulah kemudiannya bertebaran ke seluruh pelusuk dunia. Wallahualam).

Masyarakat Melayu pula berasal daripada keturunan Nabi Ibrahim. Ada cerita mengatakan keturunan daripada isteri (gundik) Nabi Ibrahim bernama Qanturah (Ketura) diarahkan supaya berhijrah ke Timur. Mereka ini lebih bertamadun berbanding keturunan Nabi Nuh. Tapi saya memandang keturunan Nuh dan Ibrahim boleh mewujudkan mana-mana bangsa sahaja di dunia ini, bukan bangsa Melayu sahaja.

Ada pula rakan mendakwa orang asli dan orang Melayu asalnya satu. Orang asli masuk ke hutan kerana tidak mahu menerima agama Islam. ( Pada saya pandangan ini kurang kukuh). Sebab itu pada awalnya orang asli tidak pernah dipanggil orang asli melainkan ‘Orang Darat’. Orang Melayu pula dipanggil ‘Orang Baruh’. Perkataan ‘Orang Asli’ dimulakan oleh tentera British dalam usaha memenangi hati Orang Darat dalam perjuangan menentang komunis.

Kesimpulan peribadi saya, masyarakat yang membentuk orang Melayu hari ini datang dari Arab, India dan China. Di sini mereka terlibat dengan kahwin campur. Saya yakin orang Banjar berketurunan China. Penduduk asal pinggir laut Pulau Borneo (yang terdiri daripada Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan) hampir semuanya berkulit cerah, mata sepet dan bertubuh kecil. Mereka mirip orang China.
Gunung Kinabalu itu juga kononnya dinamakan Cina Baru. Sebutan penduduk berubah hingga menjadi Kinabalu. Wallahualam.

ISU 3: RAMBUT PANJANG

Salah seorang rakan berpendapat ‘rambut panjang’ bagi lelaki Melayu pada zaman silam melambangkan kedudukan dan keperibadian. Ini berdasarkan kisah moyangnya yang agak terkenal.
Saya kaitkan ceritanya degan Hikayat Awang Sulong Merah Muda (Awang Pink?). Masyarakat dalam hikayat itu memang memandang rambut panjang sebagai lambang keperwiraan. Ini berdasarkan sebuah pantun yang diulang-ulang sepanjang hikayat itu yang berbunyi:

Apa guna kepuk di ladang,
Kalau tidak berisi padi.
Apa guna berambut panjang,
Kalau tidak berani mati.

Setahu saya juga, para perajurit Majapahit (zaman Hindu-Buddha) memang berambut panjang dan banyak yang bersanggul- sebagaimana sebahagian sami Hindu di India hari ini.
Wallahualam

* ISU 4: PENJAJAHAN JEPUN
(Akan dibincangkan dalam tajuk berasingan insyaallah).


28 JUN 2007





 
Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Related Links
· More about UMUM
· News by alexanderwathern


Most read story about UMUM:
APA ITU "SAKA"?

Article Rating
Average Score: 1
Votes: 2


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Printer Friendly

"LOGIN-AHLI MASUK DI SINI" | Login/Create an Account | 0 comments
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register
 
 
iLuvislam.com Top Blog





ISMA IKHWAN ABIM JIM PESANTREN VIRTUAL PAS HIZBUT-TAHRIR HALUAN RUFAQA NAHDATUL ULAMA MUHAMMADIYAH

PERINGATAN: Laman ini khususnya sebagai rujukan kepada ahli keluarga, anak-anak murid dan rakan-rakan

PONDOK TAMPIN   BAHAN TARBIYYAH   ALJOOFRE   HEMBUSAN   SERBAN PUTIH   EPILOG SISWA   ADNAN FADZIL   WANGIAN CEMPAKA    ALEXANDARICAIRO   TR_CHAMP   ONE-G   AL-HIKMAH   ALBAZRAH    STRAWBERRY & DANDELION   PRO-TAJDID SEGAR   SHARPEST SWORD  AL-FANSURI   NAQS HAQQANI   BAHRUS SHOFA   PAHLAWAN SRIKANDI   ZAHRAANNUR   JIHAD WAHABI   AZ ABRAR   AL QASAM   ABU HANAAN    BUDAKMENULIS   PcMUJAHID   ANJUNG LARIK   ORDINARY PAPA   IBNU MAJID   ULAMA UMMAH   SINAR KEIMANAN   AIMINABIHAH   DAULAH ISLAMIAH   NURHAWARIYYUN   DISERTASI   PASIR MAS   SUNGAI UDANG   IBNU QALIL   SAUJANA HIKMAH   IBNU RUHUDDIN   TINTA PERMATA   IBNU ZACK   AZHAR JAAFAR   WARDATUSSAHRA   FAUZI ASMUNI   MASIDAS   ROBITAH SOFIYAH   WAJA TERENGGANU   ORANG JELAI   SATU UMAT   MENGENAL ISLAM    MENGAPA ISLAM   GHURABAA786   AERSTU   FATHER OF HANAAN   MEDIA MUSLIM   TAJDID SEGAR   AL MARBAWI   GAGASAN ASWJ   DEBUNGA SYURGA   DE HAMBRA HEIGHTEN   UKHTI 27   SALADIN CONVOY   MEDIA MUSLIM   USTAZ ROSLI DHOBY   JARUM EMAS   KHAZANAH DINIYYAH   EFFRY SAIFUL    GREEN CASTLE   IBNU QALIL   SOBAHICAIRO   FASI TERENGGANU   USTAZ SOFAN HALIM   PERINTIS UMMAH   IMAM AZHARI   ASYZ SUFI   ROUDHOTUZ ZAHRA   ILMUWAN   HAHNIF   AYASHIOKI   FIRUS FANSURI
SCENE-R   PERINTIS UMMAH   DZULHAQQ   HIZ-TOUGH   HAZMI DIBOK   NURUL AIMAN   JANNATUL-NAIM   SERULING SENJA   NABIHA AL KHALIDIY   RISALAH KERINDUAN

PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.49 Seconds
 
 
:: fiblack3d phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::