BERSAMA ALEXANDERWATHERN
 
 
•  Home  •  Downloads  •  Your Account  •  Forums  •
 
 
SENARAI MODUL
· Home
· AKAUN ANDA
· ARKIB-SIMPANAN
· CARI
· DOWNLOADS
· FORUM
· GALERI GAMBAR
· KAJI SELIDIK
· LINK BERMANFAAT
· MAKLUMBALAS
· MESEJ PERIBADI
· PESANAN RINGKAS
· PROMOSI LAMAN INI
· SEMUA KARYA ALEX
· SENARAI AHLI
· STATISTIK
· TOP 10
MAKLUMAT PENGGUNA
Welcome PENGUNJUNG


Nickname

Password

 

Membership

 · New Today

4

 · New Yesterday

6

 · Overall

738


Latest 3 Members
 01:Nov 21, 2009ASClupoblibia
 02:Nov 21, 2009ksizezzz
 03:Nov 20, 2009ViagraCialis

People Online

 Visitors (0%)

 Members (0%)

 Total online

0


Most Ever Online

 · Total

89

 · Members

1

 · Visitors

88


Total Hits
 · Daily

901

 · Average Hits

1526

 · Total Hits

1020079


Download Stats
 ·Total Files

 ·Total Categories

 ·Files Downloaded

 ·Data Sent

B


   Nuke Info
 ·Active Staff

1

 ·Active Topics

10

 ·Active Stories

467

 ·Total FAQ

 ·Total Reveiws

 ·Forum Posts

779

 ·Forum Topics

333

SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI?
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here
DEDAUNAN TAJDID SEGAR

LOKASI PENGUNJUNG
Locations of visitors to this page
Sape Nak Main Ngan Caye...?
UNDI BLOG INI
Malaysian Muslim Blogs
UNDI LAGI
Ukhwah.com :: Top Blog
Azharian's Topsite
BKPJM TOP BLOG
AL-AZHAR`s TOPSITES

Featured Links: Caribbean Medical Schools @ Aquarium and Fish
SUKA DUKA DAKWAH ZAMAN REMAJA (bah 3- Akhir)
Posted on Thursday, August 23 @ 05:48:36 EDT by alexanderwathern
UMUMRumah yang kusewa memang menggerunkan. Tuannya telah lama meninggal menyebabkan ia terbiar kosong. Besar pula rumah papan itu. Di sebelah kirinya rumah anak tuan rumah. Di sebelah kanannya rumah kosong, tuannya baru meninggal. Sebelah belakang hutan. Di bahagian depan klinik desa. Di sebelah klinik desa kawasan perkuburan lama. Lampu jalan tak ada. Bayangkanlah aku tinggal berseorangan pada waktu malam.

Satu ketika aku menjalani praktikal di sebuah kawasan pedalaman bernama Chegar Galah di Kuala Kangsar. Jaraknya dari jalan besar lebih kurang lima kilometer dan kampung itu jalan mati. Sempat sebulan lebih aku tinggal berseorangan di kampung tersebut, selebihnya aku berulang dari rumah kawanku di Karai.

 Rumah yang kusewa memang menggerunkan. Tuannya telah lama meninggal menyebabkan ia terbiar kosong. Besar pula rumah papan itu. Di sebelah kirinya rumah anak tuan rumah. Di sebelah kanannya rumah kosong, tuannya baru meninggal. Sebelah belakang hutan. Di bahagian depan klinik desa. Di sebelah klinik desa kawasan perkuburan lama. Lampu jalan tak ada. Bayangkanlah aku tinggal berseorangan pada waktu malam.

 Namun suasana sebegitu menjadikan aku lebih dekat dengan Tuhan. Ada masa kosong saja terus aku membaca al-Quran. Daripada bacaan meleret macam bacaan budak-budak hinggalah bacaanku jadi berlagu, sedangkan aku memang tidak tahu berlagu dan tidak pernah belajar tentangnya. Hingga sekarang bolehlah aku membawa dua tiga lagu berlainan. Terima kasih kepada kesunyian di sana kerana mellauinya Tuhan mengajarkan aku bacaan berlagu walaupun tidaklah sesedap lagu para qari.

 Sejak aku berada di rumah itu, rumah sebelah pun telah terkena bahangku. Pada waktu malam kudengar anak-anak orang sebelah mula mengaji, begitu juga dengan ibunya.

 
Zaman muda semangat memang tinggi. Pernah tercetus semangat untuk pergi berjihad di
medan perang. Kashmir menjadi pilihan memandangkan urusan ke sana kufikirkan lebih mudah dan jihadnya lebih jelas. Aku melihat dunia di sekelilingku penuh kemunafikan, maka mencari syahid dirasakan jalan terbaik buat orang awam sepertiku. Begitulah fikiran orang muda.

 Namun rancanganku gagal apabila ditentang keras oleh nenek. Dia berat hati melepaskan aku memandangkan akulah yang paling dipercayai dalam kalangan anak cucunya dan menjadi tempat berharap. Padahal aku sudah berkira-kira untuk berhenti kerja dan bersiap-siap. Bahkan sebelum itu aku pernah menyatakan hasratku untuk mengambil seorang gadis sebagai isteri. Dia bersetuju tapi perancangan kami terpaksa kutamatkan kerana jiwa jihadku semakin meluap.

 Setelah beberapa lama berada dalam dilema, aku mendapat petunjuk Tuhan dan akhirnya memilih untuk membatalkan hasrat ke Kashmir. Kuambil jalan penyelesaian dengan mendirikan rumahtangga bersama seorang gadis lain, yang juga salah seorang bekas anak buahku dalam dakwah. Dengan berumahtangga, aku lebih terikat. Tidak kupilih gadis terdahulu kerana dia nampaknya tidak merancang untuk berkahwin awal.

Aku berpendirian non-partisan. Namun begitu apa jua usaha untuk memajukan Islam dan umatnya pasti kusokong tanpa mengira siapa yang mengutarakannya. Cuma kuperhatikan parti pembangkang terutamanya Parti Islam betul dalam banyak perkara. Jadi apabila aku berbicara atas dasar kebenaran, kebanyakan orang menyangkakan aku seorang pejuang Parti Islam yang tegar. Tambahan pula aku jenis yang berani luar biasa ketika itu dan kurang berfikir tentang risiko. Helmetku berlogo Parti Islam, kupakai ke tempat kerja walaupun larangannya jelas dalam undang-undang yang mesti dipatuhi di tempat kerjaku. Akhbar pembangkang kubaca secara terang-terangan. Kopiah hijau putih sentiasa di kepala. Aku tidak pernah peduli apa kata warga tempat kerjaku.

 Sebenarnya logo di helmetku adalah satu ‘sticker’ bertulis ‘I Love Islam’. Cuma bentuknya bulat besar dan berwarna putih dikelilingi hijau. Hal itulah sebenarnya yang hendak kutonjolkan, bukannya Parti Islam. Kubaca akhbar pembangkang, selain daripada untuk menyeimbangkan maklumat input, aku juga mempromosikan kepada orang lain agar mereka tidak memperbodohkan diri dengan bergantung kepada media-media kerajaan sahaja. Aku memang tidak suka sikap ‘membuat keputusan’ dengan mendengar hujah-hujah satu pihak sahaja. Kupakai kopiah hijau putih kerana itulah satu-satunya kopiah yang kujumpa yang muat dengan saiz kepalaku yang agak besar. Puas kucari merata-rata kedai tapi tidak dapat, hanya yang itu saja yang muat.

 Kesimpulannya- tindakanku itu bukanlah bermaksud aku sengaja melanggar undang-undang tetapi ada sebab-musabab yang munasabah.

 Zaman itu sudah jauh berlalu. Sejak menggunakan kereta dan menjual motosikal, helmet (yang dikatakan) berlogo PAS itu kuhadiahkan kepada orang. Akhbar pembangkang tidak lagi kubaca di tempat kerja kerana maklumat mudah diperolehi dari internet. Kopiah hijau putih masih ada dan sesekali saja kupakai memandangkan jumlah kopiahku sudah empat lima pelbagai warna. Kopiah yang saiznya lebih besar daripada kepalaku juga mudah diperolehi sekarang, bukan macam dulu lagi. Pernah tiga kali aku ditegur majikan dan kali terakhir dipanggil masuk menghadap dalam biliknya kerana kopiah hijau putih itu. Cara dia menegur seolah-olah minta kerjasama dan simpati, bukannya marah. Aku berasa kasihan pula dengan majikanku kerana jika ada apa-apa masalah, dia yang akan disumbu oleh pihak atasan. Dengan itu aku tidak lagi berkopiah ke tempat kerja.

 Zaman awal perkahwinan kebetulan politik Malaysia bergolak hebat, maklumlah tahun 1999, kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim dikemuncak. Kampung isteriku memang pekat berkarat likat berkilat dengan jiwa menyokong kerajaan. Kerajaan dianggap seperti dewa, gerenti betul 99%. Apa yang benar perkatakan oleh para ulama tetapi dikatakan salah oleh kerajaan, maka keputusannya tetap salah. Apa yang salah dibawa oleh kerajaan dan ditegur oleh para ulama, kuputusannya tetap betul. Sekiranya diletakkan lembu ataupun tunggul kayu sebagai calon, sudah pasti mereka akan mempromosikan lembu ataupun tunggul kayu itu dan mengundinya. Sampai begitu sekali mentaliti 90% penduduk kampung tersebut. Ada beberapa kerat yang mendapat pendedahan dan mengakui kebenaran pembangkang, sampai bulan mengundi mereka bekerja untuk BN juga. Alasannya- untuk jaga hubungan masyarakat kampung. “Kalau kita seorang undi yang sana pun, orang lain undi yang lama juga. Keputusan tetap sama. Lebih baiklah kita undi yang lama juga. Buat apa nak berpecah-belah.”

 Sampai ke tahap sebegitu, aku yang ‘non-partisan’ dari jemaah ‘non-partisan’ ini juga sudah ‘naik syeikh’ melihat kejahilan mereka. Seingat aku di kampung itu hanya ada sebuah rumah yang berani mengibarkan bendera Parti Islam dan Keadilan. Memang sejak zaman-berzaman dia dan keluarganya agak dipulaukan masyarakat kampung kerana pendirian tegasnya.

 Kucari batang-batang kayu bersama isteri. Kubeli dan cari bendera Parti Islam, tak cukup kami beli kain buat sendiri. Kubawa sebilah parang sebagai penguat semangat, kupacak puluhan bendera pelbagai saiz di tepi-tepi jalan. Ibu mertuaku berpesan, “Jaangaannn!” “Aku menjawab sambil tersenyum dengan nada berseloroh, “Mati kerana mempertahankan satu hukum Allah pun sudah dikira syahid.” Terdiam mak mertuaku.

 Parang di tangan sebagai penggerun sahaja. Kuharap para pemuda dan orang tua-tua kampung tidak berani mengganggu kerjaku. Memang betul! Mereka melihat aku dengan pandangan yang tajam tetapi tidak ada yang berani menegur. Tambahan pula kubuat muka serius dan tidak menyapa mereka. Orang-orang yang duduk di kedai makan terbeliak mata. Sesekali mereka berbisik sesama sendiri. Memang terkejut beruk mereka melihat aku berani memasang bendera pembangkang di siang hari. Mereka sendiri pasang bendera parti kerajaan pada malam hari.

 Markas Parti Islam terhampir lebih kurang dua kilometer, tak jauh pun. Tapi poster dan bendera Parti Islam memang tidak pernah mereka pasang di area Kampung Sungai Baru, memang tak berani pun. Cuma rumah yang sebuah itu sajalah.

 Terserempak dengan beberapa orang anak muridku yang belajar silat kepadaku di sekolah. Aku bukan mahir bersilatpun, tapi kubuka kelas sebagai salah satu aktiviti sampingan pasukan pengakap agar para pelajar lebih berminat. Langkah silatku yang sumbang kuperturunkan kepada mereka. Nampak sahaja mereka, terus kusuruh pergi pacak bendera di seberang jalan. Cakap ‘tok guru’ tentu mereka tak berani bantah. Walaupun ibu bapa mereka ‘berkarat’ malah ada jawatan, tapi arahanku mereka patuh juga.

 Sesekali kereta yang lalu-lalang membunyikan hon tanda sokongan. Mana yang ‘berkarat’ tu terbeliak mata. Tiba di depan rumah Pak Lang H, dia minta aku cacakkan beberapa bendera di rumahnya. Bertambah semangat aku. Sampai pula di depan rumah Pak Lang T, dia pun sama. Rupa-rupanya banyak juga yang sefaham denganku cuma mereka kurang berani untuk menonjolkan diri. Pada petang itu lambang-lambang Parti Islam berkibaran di tepi-tepi jalan kampung tersebut. Sehingga tamat pilihanraya rasanya hanya satu dua saja yang dicabut.

 Begitulah antara beberapa kenangan pada zaman remaja dan awal perkahwinan. Banyak lagi cerita sebenarnya. Dari satu jemaah ke satu jemaah aku meneliti. Dari satu aliran ke satu aliran cuba kukaji. Kini aku selesa dengan jemaah yang kusertai di samping terus mempromosikan sranan-saranan dakwah Tajdid Segar.

 

‘PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT’

‘BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad’

 
Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Related Links
· More about UMUM
· News by alexanderwathern


Most read story about UMUM:
APA ITU "SAKA"?

Article Rating
Average Score: 5
Votes: 1


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Printer Friendly

"LOGIN-AHLI MASUK DI SINI" | Login/Create an Account | 0 comments
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register
 
 
iLuvislam.com Top Blog





ISMA IKHWAN ABIM JIM PESANTREN VIRTUAL PAS HIZBUT-TAHRIR HALUAN RUFAQA NAHDATUL ULAMA MUHAMMADIYAH

PERINGATAN: Laman ini khususnya sebagai rujukan kepada ahli keluarga, anak-anak murid dan rakan-rakan

PONDOK TAMPIN   BAHAN TARBIYYAH   ALJOOFRE   HEMBUSAN   SERBAN PUTIH   EPILOG SISWA   ADNAN FADZIL   WANGIAN CEMPAKA    ALEXANDARICAIRO   TR_CHAMP   ONE-G   AL-HIKMAH   ALBAZRAH    STRAWBERRY & DANDELION   PRO-TAJDID SEGAR   SHARPEST SWORD  AL-FANSURI   NAQS HAQQANI   BAHRUS SHOFA   PAHLAWAN SRIKANDI   ZAHRAANNUR   JIHAD WAHABI   AZ ABRAR   AL QASAM   ABU HANAAN    BUDAKMENULIS   PcMUJAHID   ANJUNG LARIK   ORDINARY PAPA   IBNU MAJID   ULAMA UMMAH   SINAR KEIMANAN   AIMINABIHAH   DAULAH ISLAMIAH   NURHAWARIYYUN   DISERTASI   PASIR MAS   SUNGAI UDANG   IBNU QALIL   SAUJANA HIKMAH   IBNU RUHUDDIN   TINTA PERMATA   IBNU ZACK   AZHAR JAAFAR   WARDATUSSAHRA   FAUZI ASMUNI   MASIDAS   ROBITAH SOFIYAH   WAJA TERENGGANU   ORANG JELAI   SATU UMAT   MENGENAL ISLAM    MENGAPA ISLAM   GHURABAA786   AERSTU   FATHER OF HANAAN   MEDIA MUSLIM   TAJDID SEGAR   AL MARBAWI   GAGASAN ASWJ   DEBUNGA SYURGA   DE HAMBRA HEIGHTEN   UKHTI 27   SALADIN CONVOY   MEDIA MUSLIM   USTAZ ROSLI DHOBY   JARUM EMAS   KHAZANAH DINIYYAH   EFFRY SAIFUL    GREEN CASTLE   IBNU QALIL   SOBAHICAIRO   FASI TERENGGANU   USTAZ SOFAN HALIM   PERINTIS UMMAH   IMAM AZHARI   ASYZ SUFI   ROUDHOTUZ ZAHRA   ILMUWAN   HAHNIF   AYASHIOKI   FIRUS FANSURI
SCENE-R   PERINTIS UMMAH   DZULHAQQ   HIZ-TOUGH   HAZMI DIBOK   NURUL AIMAN   JANNATUL-NAIM   SERULING SENJA   NABIHA AL KHALIDIY   RISALAH KERINDUAN

PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 1.10 Seconds
 
 
:: fiblack3d phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::