| SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI? |
|
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.
You are Anonymous user. You can register for free by clicking here |
|
|
| Sape Nak Main Ngan Caye...? |
|
|
|
|
Tazkirah Ramadhan: TERANGKATKAH AMAL-AMAL KITA?
Posted on Wednesday, September 12 @ 07:39:04 EDT by alexanderwathern |
|
Jadi, di sini saya yang selama ini menggunakan nama Alexanderwathern, Jin Nanonano, Pasar Malam, Alexwathern, Abu Zulfiqar ataupun yang lain-lain yang saya sudah lupa memohon ampun maaf kepada semua warga internet sama ada yang pro, yang ‘tongah-tongah’ ataupun yang kontra dengan tulisan-tulisan saya selama ini. Semoga dengan kemaafaan tuan-tuan memudahkan urusan saya dengan Kekasih. Terima kasih semua.
Tazkirah Ramadhan: TERANGKATKAH AMAL-AMAL KITA? Selamat datang Ramadhan. Sepanjang bulan puasa ini, biasanya ilmu, iman dan amal kita meningkat. Bagi orang-orang yang berfahaman tasauf, bulan ini lebih dimanfaatkan untuk meningkatkan kecintaan mereka kepada Khaliq dan mengharapkan kasih sayang Khaliq kepada mereka bertambah-tambah, lebih daripada biasa. Bagi orang-orang yang berfahaman fiqh pula, Ramadhan lebih dimanfaatkan untuk mendapatkan sebanyak-banyaknya pahala dan mendekatkan jarak mereka dengan syurga dan nikmat-nikmatnya sehampir mungkin. Tidak kira anda dari golongan yang mana, kedua-duanya bagus.
Apabila amal bertambah, kita mengharapkan amal-amal ini diterima Allah sepenuhnya, 100%. Salah satu daripada penghalang kepada matlamat ini ialah ‘KESALAHAN KITA SESAMA MAKHLUK’.
Jadi, di sini saya yang selama ini menggunakan nama Alexanderwathern, Jin Nanonano, Pasar Malam, Alexwathern, Abu Zulfiqar ataupun yang lain-lain yang saya sudah lupa memohon ampun maaf kepada semua warga internet sama ada yang pro, yang ‘tongah-tongah’ ataupun yang kontra dengan tulisan-tulisan saya selama ini. Semoga dengan kemaafaan tuan-tuan memudahkan urusan saya dengan Kekasih. Terima kasih semua.
Sejak dua tahun lalu saya suka kalau bermaaf-maafan menjelang Ramadhan ini dijadikan budaya. Saya cuba promosikannya di alam nyata dalam kalangan saudara-mara dan sahabat handai tetapi sambutannya kurang. Bagi saya, bermaaf-maafan menjelang Ramadhan lebih banyak faedahnya berbanding ketika meraikan Syawal. Tuan-tuan mahu amalan Ramadhan tuan-tuan tersangkut? : )
Namun begitu kita faham, hati manusia terutamanya orang Melayu lebih terbuka untuk memberi maaf dalam suasana hari raya. Hendak bertemu muka pun semasa perhimpunan hari rayalah, selain masa itu sibuk dengan tugas masing-masing.
Sempena bulan mulia ini, saya ulang semula tulisan lama saya diblog ini juga bertajuk HAKIKAT IBADAH PUASA http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=6&mode=&order=0&thold=0 Isi kandungannya saya jadikan salah satu tazkirah jika saya mengimamkan solat tarawikh (biasanya kami bertarawikh lapan rakaat sahaja). Mungkin anda pun boleh memanfaatkannya.
HAKIKAT IBADAH PUASA
Sabda Rasulullah SAW: “Puasa itu separuh daripada sabar.” (Turmizi & Ibnu Majah)
Dan baginda juga pernah bersabda:
“Sabar itu separuh daripada iman.” (Abu Naim)
Berpandukan maksud kedua-dua hadith di atas, bolehlah dibuat kesimpulan bahawa puasa itu ¼ (suku) daripada iman. Sesiapa yang tidak menunaikan puasa, bermakna dia telah kehilangan 25% daripada imannya sekalipun dia rajin melakukan ibadah-ibadah lain.
Sabda Rasulullah SAW dalam hadith Qudsi pula:
“Setiap perbuatan yang baik, pahalanya sepuluh kali sampai kepada tujuh ratus kali, selain daripada puasa. Maka puasa itu adalah bagi-Ku dan Aku akan membalasnya.” (Bukhari & Muslim)
Daripada hadith ini pula, fahamlah kita rupa-rupanya pahala untuk orang-orang yang berpuasa teramatlah besar. Apabila kita melakukan sesuatu amal yang baik, pahalanya terhad kepada tujuh ratus kali sahaja sedangkan untuk ibadah puasa… Allah saja yang tahu ganjarannya. Alangkah ruginya mereka yang tidak berpuasa.
Ini bersesuaian sekali dengan firman Allah SWT dalam Al Quran, surah Az Zumar ayat 10 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dibayar pahala mereka dengan tiada terbatas.”
Oleh kerana sabar itu separuh daripada iman, dan puasa itu pula separuh daripada sabar, maka ganjaran pahala yang disediakan oleh Allah SWT Yang Maha Pemurah untuk orang-orang yang berpuasa adalah tidak terbatas. Alangkah pemurahnya Tuhan. Sudah sewajibnyalah kita menjadi hamba yang bersyukur.
Berikut adalah beberapa berita gembira untuk orang-orang yang berpuasa, yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadith-hadith baginda:
“Syurga itu mempunyai sebuah pintu yang dinamakan Ar Rayyan yang tidak memasuki pintu itu selain daripada orang-orang yang berpuasa. Dan dijanjikan dengan menjumpai Allah Taala pada balasan puasanya.” (Bukhari & Muslim)
“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu yang diberi nama Ar Rayyan, pada hari qiamat nanti, orang-orang yang berpuasa akan melaluinya, dan dilarang masuk selain daripada mereka, dan jika mereka semua sudah masuk maka pintu itu akan ditutup.” (Bukhari, Muslim, Turmizi & An Nasa’I)
“Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya (nanti).” (Bukhari & Muslim)
“Apabila masuk bulan Ramadhan, maka terbukalah segala pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka dan dirantaikan syaitan-syaitan.” (Turmizi)
“Demi Zat yang menguasai jiwa Muhammad, sungguh bau mulut seorang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi…” (Bukhari & Muslim)
Oleh itu, tidak perlulah kita bersugi kerana khuatir mulut berbau busuk lebih-lebih lagi setelah gelincir matahari, makruh hukumnya (kalau berkumur-kumurpun rasanya dah OK).
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti (pula) dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka dia seolah-olah telah berpuasa setahun.” (Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dll)
Sama-samalah kita berusaha mendapatkan puasa 6 pada bulan Syawal ini.
“Barangsiapa yang bangun (beribadah) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Dan barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Bukhari, Muslim dll)
Dalam hadith ini, Allah SWT menjanjikan pengampunan dosa-dosa yang lalu sebagai hadiah untuk orang-orang yang berpuasa dengan syarat puasanya mestilah semata-mata kerana Allah, bukannya kerana dipaksa atau terpaksa. Mereka yang berpuasa kerana malu dengan jiran-jiran, kerana dipaksa oleh keluarga, kerana mengikut budaya setempat, kerana menunjukkan kealimannya dan kerana tujuan-tujuan lain yang bukan semata-mata kerana Tuhan… tidak termasuk ke dalam perjanjian ini. Oleh itu, marilah kita sama-sama menanamkan rasa cinta kepada ibadah puasa dan bulan Ramadhan serta menunaikannya semata-mata Allah.
Berita gembira seterusnya, sabda Rasulullah SAW: “Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di mana dia berada di jalan Allah kecuali dengan berpuasa sehari itu Allah akan menjauhkan dirinya dari api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun.” (Bukhari, Muslim dll)
Bagi mereka yang berpuasa sedangkan dia berada di jalan Allah seperti keluar berperang, berdakwah, menuntut ilmu dan seumpamanya, maka lebih besarlah ganjarannya sebagaimana dalam hadith di atas.
Imam Al Ghazali memasukkan dua buah lagi hadith berikut dalam kitabnya yang terkenal iaitu Ihya’ Ulumiddin:
“Tiap-tiap sesuatu itu mempunyai pintu, dan pintu ibadah itu adalah puasa.”
“Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadah.”
Diceritakan dalam sebuah hadith bahawa Abu Umamah r.a. pernah menemui Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, perintahkanlah kepada saya untuk melakukan suatu amalan.” Baginda bersabda: “Kerjakanlah puasa, kerana tidak ada amalan yang setanding dengannya.” (An Nasa’i & Ibnu Khuzaimah)
Amar beruntunglah orang-orang yang mengerjakan puasa sama ada yang wajib atau pun yang sunat kerana tidak ada amalan lain yang setanding dengannya. Namun begitu, untuk mendapat semua ganjaran-ganjaran besar yang dijanjikan Allah SWT ini, marilah kita sama-sama menilai di manakah letaknya ibadah puasa kita memandangkan ibadah puasa itu berada pada tiga tingkat:
1. Tingkat yang bawah- puasa umum/ awam iaitu orang yang berpuasa dan menjaga daripada makan minum dan bersetubuh sahaja 2. Tingkat sederhana- puasa khusus iaitu orang yang berpuasa itu turut menjaga telinga, mata, lidah, tangan, kaki dan lain-lain anggota 3. Tingkat tertinggi- puasa paling khusus iaitu orang yang ibadah puasanya bersangkut dengan Allah secara keseluruhannya.
Akhirnya, dengan berpuasa juga kita dapat menyekat perjalanan syaitan di dalam tubuh badan kita sebagaimana maksud hadith berikut:
“Bahawa syaitan itu berjalan dari anak Adam pada tempat jalan darahnya, maka sempitkanlah tempat jalannya dengan berlapar.” (Bukhari & Muslim)
Selalunya kita banyak makan dan minum, menyebabkan saluran darah kita mengembang. Saluran darah merupakan tempat syaitan-syaitan berjalan dalam tubuh kita. Apabila kita berpuasa, saluran darah itu akan mengecil menyebabkan tidak banyak syaitan yang masuk. Kalau adapun perjalanannya tidak lancar, Apabila aktivitinya tersekat, kita akan rasa lebih ringan untuk melakukan ibadah dan taat segala perintah Allah.
|
|
|
| |
|
| Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name. |
|
|
|
| No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
|
|
|
|
|
Re: Tazkirah Ramadhan: TERANGKATKAH AMAL-AMAL KITA? (Score: 1) by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Wednesday, September 12 @ 08:46:50 EDT (User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/ | 3 malam terawal ini nampaknya tak dapat ana bertarawikh ke surau, kena jaga anak-anak sebab zaujah out-station empat hari. Siang mak mertua jaga, petang ana ambil. Bagi peluanglah kepada mak mertua bertarawikh berjemaah di surau.
Pengerusi surau dah jemput ana bergilir-gilir jadi imam, ana pun minta pengecualian sampai minggu depan. Tahun lepas ana bebas beri tazkirah, malah dapat sokongan dari 'hardcore' UMNO. Tahun ini tak tahu lagi, maklumlah, Selangor pun sudah 'mengharamkan' tazkirah tarawikh. Pilihanraya pun dah dekat. : )
Tapi tazkirah ana banyak menyentuh pembaikan hati dan peluasan minda (ala-tajdid segar), tidak pernah menyentuh hal-hal politik. Sebab itu diorang tak kisah, malah waktu ana tak ada idea anak beri tazkirah, diorang suruh juga.
Dalam salah satu tazkirah tahun lepas, ana tanayakan, "Dapatkah kita bertemu dengan Ramadhan yang akan datang?" "Belum tentu." Terasa sayu juga mengenangkan memang ada antara jemaah yang sudah pergi meninggalkan kita semua. Ramadhan lepas nampaknya Ramadhan terakhir buat mereka. Kita pula... adakah dapat kita menemui Ramadhan 2008? Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
Re: Tazkirah Ramadhan: TERANGKATKAH AMAL-AMAL KITA? (Score: 1) by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Thursday, September 13 @ 01:40:30 EDT (User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/ | Mengajak manusia bermaaf-maafan sempena Ramadhan ini bukanlah mudah. Apabila kita praktikkan budaya baru ini, orang di depan kita berwajah pelik. Beri maaf pun nampak macam hati mereka kurang terbuka. Maklumlah, belum menjadi budaya kita di Nusantara ini bermaaf-maafan sempena Ramadhan. Selama hari ini majlis penghapusan dosa sesama makhluk ini hanya berlaku secara meriahnya sempena Syawal. Sebab itu kini ana kurang berbuat demikian di alam nyata kecualilah kepada mereka yang benar-benar rapat dan berjiwa keagamaan.
Untungnya ada kemajuan teknologi, dapat juga dicuba-cuba di alam maya. Internet dan SMS memudahkan kerja-kerja promosi budaya baru ini.
Dengan itu pada waktu sahur tadi, ana sempat menghantar mesej kepada nama-nama kenalan yang ada dalam telefon bimbit.
ALEXANDERWATHERN menulis : Ampun maaf segala kesalahan jika ada. Semoga dengan terhapusnya dosa sesama makhluk, memudahkan proses penerimaan cinta dan amal oleh Kekasih tanpa halangan- diterima seratus peratus sepanjang bulan ini. Salam Ramadhan.
Mesej ini mendapat balasan daripada beberapa kenalan dengan kata-kata yang menarik. Ada antaranya pernah kita dapat pada tahun yang sudah-sudah, tapi ana paparkan di sini memandangkan kata-kata ini memang memebri kesan kepada jiwa kita sediki –sebanyak. Sama-sama kita kongsi:
SAFUAN : Selamat setting niat, ugrade iman, download sabar,upload usaha, delete dosa, update doa & top up ilmu, supaya dapatlah redeen pahala banyak-banyak. Selamat Berpuasa...
AZLINA : Selamat Meyambut Ramadhan al-Mubarak. May Allah grant u a MIND free form WORRY, a HEART free fromSADNESS, a SOUL free from SIN & a BODY free form SICKNESS.
KHALID : Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA & TAUBAT ubatnya. Jika seluruh HARTA adalah RACUN, maka ZAKAT PENAWARNYA. Dan jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN pemutihnya… Mudah-mudahan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada sebelumnya. Mohon maaf atas segala kesilapan saya sekeluarga. Selamat menyambut Ramadhan & selamat berpuasa.
SUHAIMI : Salam.. Jangan lupa renew lessen mulu
Read the rest of this comment... |
|
|
|
|
|
|
|
Re: Tazkirah Ramadhan: TERANGKATKAH AMAL-AMAL KITA? (Score: 1) by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Thursday, September 13 @ 04:35:52 EDT (User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/ | Sempena Ramadhan kali ini juga ana ada kumpulkan bahan-bahan bacaan ana dari internet di http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1 untuk memudahkan ana membuat rujukan. Selain itu, ia juga mungkin berguna kepada para pembaca blog ini. Ana copy n paste dalam bentuknya yang asal, tanpa sebarang penambahan ataupun pengurangan insyaallah. C uma mungkin bahagian tajuk threda kadang-kadang ana ubah agar mudah untuk ana buat rujukan nanti. Nak kongsi dengan pembaca bahan-bahan di luar dari internet al maklumlah-nak kena salin, nak kena scan, nak upload... renyah.Projek ana nak memasukkan terjemahan dan huraian karya Imam al-Ghazali iaitu AL-MUNQIZ MIN ADH DHALAL (Selamat Daripada Sesat) dan AR-RISALAH AL-LADUNIYYAH (Risalah Laduni) pun masih tersangkut sejak sekian lama. Para pembaca mungkin pernah terjumpa dalam arkib blog ini, entah bila nak disambung. : ) Ana memang hantu buku. Tak ada buku baru, buku-buku lama ana ulang baca. Dalam tandas pun membaca : ) Seminggu dua ini ana membaca dan membeleksebuah buku tauhid Aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah (tertinggal di tempat kerja- lupa tajuk), kitab lama Darun Nafis, Ibnu Arabi oleh Zakaria Stapa, Malaysian Book of Records, Ilmu Tasauf oleh Mustafa Zahri, Ahlul Bait danRaja-raja Melayu oleh Tun Suzana, Apa Ertinya Saya Menganut islam oleh fathi Yakan (ulang entah berapa puluh kali daa...) dan dua tiga buku lagi. Kalau dapat kongsi dnegan tuan-tuan kan best? : )
|
|
|
|
|
|
|
|
Re: Tazkirah Ramadhan: TERANGKATKAH AMAL-AMAL KITA? (Score: 1) by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Thursday, September 13 @ 22:44:16 EDT (User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/ | Meriahnya malam-malam Ramadhan, masjid dan surau bagaikan berpesta. Rugi benar rasanya kalau tidak dapat hadir berjemaah mengerjakan solat sunat tarawikh. Berbondong-bondong datang yang muda, yang tua, yang sihat, yang tak berapa sihat, yang kaki surau, yang bukan kaki surau dan sebagainya. Hebatnya malam-malam Ramadhan.
Sungguhpun begitu, pentajdidan ke atas perkara-perkara yang berkaitan mesti kita usahakan. Antaranya ialah pemahaman rata-rata umat Islam Nusantara tentang keutamaan solat fardhu berjemaah di masjid dan bandingannya dengan solat tarawikh berjemaah di masjid.
Banyak surau dan masjid yang sesak pada malamnya tetapi hampr-hampir kosong pada Subuhnya. Bahkan memang ada yang kosong terus pun. Kadang-kadang kitalah muazzin, kitalah imam dan mungkin ada para malaikat ataupun jin-jin Islam yang menjadi makmumnya. Padahal majoriti mereka yang datang mengerjakan tarawikh berjemaah semalam bangun bersahur pada pagi ini, tapi mengapa tidak datang berjemaah? Di sesetengah tempat pula, jemaah Subuh muslimat lebih banyak dariapada lelaki. Nampak di sini ada kesilapan dari sudut pemahaman.
Saya (dan tuan-tuan juga) mendengar dan melihat bagaimana ibu bapa dan keluarga dengan tegas menyuruh anak-anak mereka ke surau masjid untuk bertarawikh, seolah-olah kalau tidak pergi seperti melakukan satu kesalahan besar ataupun kerugian yang amat sangat. Padahal solat tarawikh berjemaah bukanlah satu tuntutan berat kerana Nabi Muhammad sendiri lebih banyak bertarawikh di rumah. Bahkan, jika kita beriktikad bahawa salat berjemaah tarawikh setiap malam selama sebulan itu satu tuntutan, TAKUT-TAKUT menjadi bidaah dhalalah pula.
Peliknya ibu bapa dan kaum keluarga berkenaan tidak pula menggesa anak-anak lelaki mereka (termasuklah bapa itu sendiri) mengerjakan solat fardhu berjemaah di surau masjid sedangkan itu satu tuntutan walaupun umumnya tidaklah sampai ke tahap wajib.
Silap faham di sini ialah apabila kita menganggap solat tarawikh berjemaah adalah lebih utama daripada solat fardhu berjemaah. Sebab itulah waktu Subuh kurang jemaah.
Hadis memberitahu, jika kita solat berjemaah Isya dan kemudiannya solat berjemaah Subuh, ganjarannya seolah-olah bersolat sunat seluruh malam. Kita mampu mengerjakan solat tarawikh sepanjang malam?
Ibadah sunat tidak akan dapat mengalahkan ibadah wajib dari segi keutamaannya. Jika kita memahami pertimbangan ini, pastinya kita tidak mengejar solat 23 rakaat dan meninggalkan solat ratusan rakaat (semalaman). Yang sepatutnya, kita usaha untuk dapatkan solat fardhu Subuh berjemaah (yang lebih pendek masa pelaksanaannya) berbanding solat tarawikh berjemaah (yang memakan masa lama).
|
|
|
|
|
|
|
|
Re: Tazkirah Ramadhan: TERANGKATKAH AMAL-AMAL KITA? (Score: 1) by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Friday, September 14 @ 08:27:45 EDT (User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/ | Bacaan Yaasin malam Jumaat. Dalam dakwah Tajdid Segar, cara kita membetulkan pemahaman umat berbeza dengan cara kaum Salafi Tua @ Wahhabi bersama Tajdid Lapok mereka.
Tajdid Lapok biasanya mengatakan amalan ini berdosa (melalui kata kunci bidaah). Kaedah begini akhirnya memecah-belahkan masyarakat dan menguntungkan musuh-musuh Islam.
Berbeza dengan kaedah Salafi Sebenar membuat teguran:
“Bacaan Yaasin beramai-ramai malam Jumaat ini bagus, c uma kita jangan menganggap ia satu tuntutan. Siapa hendak baca silakan, siapa tak mahu kita tak boleh pertikai. Apabila kita menganggap ia sebagai satu kemestian, itu yang jadi bidaah yang berdosa. Yang dituntut baca pada malam Jumaat ialah surah Kahfi, tapi tak ramai orang yang boleh baca Surah Kahfi dengan baik. Untuk kemudahan semua, bacalah Yaasin selepas Maghrib tapi kita usahakan untuk membaca surah Kahfi malam itu di rumah sendirian. Bacalah Yaasin berjemaah pada malam Jumaat asalkan jangan menghukum ia satu tuntutan blab la bla…”
Ada orang masjid atau surau yang melaung melalui pembesar suara mengajak orang ramai datang membaca Yaasin malam Jumaat. Promosi itu bagus. Yang tak bagusnya apabila ajakan bertukar menjadi gesaan. Ada kalanya saya dengar nadanya macam marah-marah kerana orang sekeliling tidak ramai yang datang. “Marilah kita membaca Yaasin beramai-ramai. Apalah guna duduk di rumah sahaja blab la bla…”
Beginilah jadinya apabila silap faham antara ‘mana yang penting dengan mana yang lebih penting’. Penduduk sekitar yang lelakinya tidak datang solat fardhu berjemaah tidak pula digesanya datang melalui mikrofon. Anak-pinaknya yang lelaki pun tidak digesa begitu tapi kalau bacaan Yaasin malam Jumaat, sampai berkerut kening meneriakkan suara dan merah biji-biji mata. Agama tidak menuntut pun, dia pula yang lebih-lebih. Aduhhh…
Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
Re: Tazkirah Ramadhan: TERANGKATKAH AMAL-AMAL KITA? (Score: 1) by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Saturday, September 15 @ 10:04:12 EDT (User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/ | Ana teringat zaman kanak-kanak.
Lahir dalam keluarga yang ‘tidak dekat’ dengan agama, ditinggalkan pula dengan
nenek, membuatkan amal-amal seperti solat dan puasa tidak ditekankan. Sepanjang
bersekolah rendah, hanya sehari saja ana berpuasa- masa darjah lima (11 tahun). Teringat lagi petang itu, ana kuatkan diri
dengan mandi, berkain pelekat dan berjalan kaki bersiar-siar sekitar kampung
untuk melupakan rasa lapar dan malas. Seronoknya dapat puasa sehari. : )
Satu hari di sekolah, kawan yang
tinggal di belakang rumah mendakwa ana tidak puasa. Ana berhelah tetapi katanya
lebih kurang, “Alaahh... aku tau hang baling tulang ayam kat rumah aku
semalam.” Memang pun. Ana makan nasi dengan ayam, tulangnya ana baling ke
belakang rumah jiran. Tak sangka sungguh dia nampak tulang itu ‘datang’. : )
Mula tingatan satu, ana masuk
asrama. Menjelang Ramadhan perasaan gentar mula timbul. Maklumlah, selama ini
memang tahu ana jenis yang tidak kuat untuk berpuasa. Tapi, sekiranya tidak
berpuasa di asrama, apa yang hendak dimakan? : (
Tiba bulan Ramadhan, ana
cekalkan hati. Rupa-rupanya boleh, malah ada tenaga lebihan. Dapat pula
berbangga dengan kawan-kawan yang nampak lembik. Petang-petang masih boleh
bermain bola. Sakit demam pun puasa tak tinggal. Sepanjang bersekolah menengah,
hanya dua hari ana tinggal.
Pengajarannya di sini,
kebanyakan orang yang berasa dirinya tidak mampu berpuasa sebenarnya mampu
berpuasa. Minda mereka diletak hukum siapa-siap ‘aku tidak mampu berpuasa’
sebab itulah jadi begitu. Kepada yang malas berpuasa, ‘set’ minda anda semula.
Anda mampu melakukannya insyaallah asalkan anda memotivasikan diri sendiri.
Ingat BOLEH, insyaallah boleh. Ingat TAK BOLEH, sudah tentu tak boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
Re: Tazkirah Ramadhan: TERANGKATKAH AMAL-AMAL KITA? (Score: 1) by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Monday, September 17 @ 09:26:09 EDT (User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/ | Salah satu tujuan berpuasa ialah untuk meningkatkan kesedaran dan keinsafan kita akan nasib saudara-saudara kita yang susah. Di seluruh dunia ada manusia yang tidak cukup makan. Diharapkan dengan ibadah puasa ini, dapatlah kita merasai sebahagian daripada apa yang mereka rasa. Dengan itu, tangan kita akan lebih ringan untuk memberi dan membantu.
Namun begitu, jika dilihat kepada budaya berpuasa orang Muslim Nusantara, dirasakan kesedaran dan keinsafan ini kurang dirasai. Hal ini kerana sungguhpun kita kelaparan dan kehausan seharian, namun kita sudah terbayang juadah enak dan minuman lazat yang menanti di kala berbuka. Persediaan membuat juadah berbuka ataupun membeli-belah makanan membuatkan kita berasa gembira dan terlupa lapar dahaga.
Betapa bezanya dengan mereka yang susah contohnya di Afrika sana. Tidak ada keseronokan seperti kita. Mereka berlapar dalam keadaan tidak menanti sesuatu yang seronok. Kita pula berlapar tetapi dalam keadaan suka menantikan waktu berbuka.
Atas sebab itu, sesekali kita berbukalah dengan juadah yang ringkas dan kurang lazat. Kalau mampu buat selalu, lagi bagus. Dengan kaedah ini, kita LEBIH merasakan kesusahan saudara-saudara kita itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Re: Tazkirah Ramadhan: TERANGKATKAH AMAL-AMAL KITA? (Score: 1) by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Monday, September 17 @ 22:54:46 EDT (User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/ | Muhammad datang solat fardhu Isya’ berjemaah di masjid dalam keadaan dia tidak bersedia untuk solat tarawikh berjemaah atas hal-hal tertentu. Selesai solat sunat lepas Isya’, Muhammad pun bergegas pulang. Seorang ahli jemaah menegur, “Ai, takkan tak sembahyang tarawikh dulu kot?” Sementara itu beberapa mata yang lain memandang Muhammad dengan wajah yang gusar dan ada yang berbisik sesama sendiri. Muhammad malu-malu alah lalu membatalkan niatnya untuk pulang ke rumah walaupun dia ada kerja. Sejak itu, jika Muhammad ada sebarang urusan yang perlu diselesaikan selepas waktu Isya’, dia tidak pergi solat berjemaah Isya’. Kalau pergi juga alamatnya kena solat tarawikh berjemaah dan kerja-kerja tak siap.
Lain pula dengan Ahmad. Dia memang jenis yang jarang datang solat Isya’ berjemaah tetapi begitu rajin dalam soal tarawikh. Biasanya sewaktu solat tarawikh hendak imulakan, barulah Ahmad tiba ke masjid. Ahli jemaah memandang Ahmad sebagai seorang yang rajin bertarawikh dan memuji-mujinya.
Dalam dua situasi di atas, jelas ada salah faham antara ‘mana yang penting dan mana yang lebih penting’. Hal ini sangat kita titik-beratkan dalam dakwah Tajdid Sebenar @ Segar. Utamakan YANG LEBIH PENTING berbanding yang penting.
Solat tarawikh berjemaah penting, tetapi solat Isya’ berjemaah jauh lebih penting. Solat tarawikh berjemaah bukan tuntutan tetapi solat fardhu Isya berjemaah satu tuntutan berat. Pemahaman mata-mata yang memandang dan mulut-mulut yang berbicara ini pelru ditajdidkan nampaknya. Sepatutnya Muhammad yang dipuji lebih daripada Ahmad. Apa yang berlaku, Muhammad dipandang lekeh dan Ahmad dipuji. Kan sudah terbalik? |
|
|
|
|
|
|
|
Re: Tazkirah Ramadhan: TERANGKATKAH AMAL-AMAL KITA? (Score: 1) by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Wednesday, September 19 @ 09:03:43 EDT (User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/ | Celoteh Alexanderwathern sepanjang Ramadhan ini nampaknya menjurus kepada KEPELIKAN-KEPELIKAN DALAM RAMADHAN. Biasanya Sword yang menulis hal-hal begini. : )
Asalnya saya hendak menyuarakan teguran ke atas beberapa perlakuan umat Islam Nusantara yang tidak ataupun yang kurang selaras dengan kehendak agama. Kalau direnung-renung, banyak pemahaman masyarakat kita yang tidak ataupun kurang sesuai itu. Pembetulan mestilah dilakukan tetapi dengan cara beransur-ansur dan berhikmah, tidak melulu mahu merubah dan tidak melulu membidaah dhalalah sebagaimana dakwah para Salafi Tua @ Wahhabi.
Kali ini kita lihat satu lagi pemahaman yang agak kelam-kabut juga.
“Ish, jangan dok mengata kat orang bulan-bulan posa ni!” “Tok sah laa tengok Hindustan tengok cerita-cerita luar negara yang banyak pompuan-pompuan tak tutup aurat tu dalam bulan-bulan posa ni”. ‘Yang hangpa dok gelak sakan ni pasai apa? Tak tau ka ni bulan posa?” “Huh, kalau tak posa, memang aku maki balik dah dia tu! Nasib baik bulan posa ja!” “Bulan-bulan posa ni bukan boleh marah-marah.”
Dan sebagainya…
Dari sudut pemahaman fiqhnya, semua yang di atas bagus. Tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang KERANA BULAN RAMADHAN memang dituntut. Sesiapa yang ada niat untuk menghormati bulan Ramadhan dengan cara ini pasti mendapat ganjaran baik daripada Tuhan. Bagus! Teruskan! Cuma dalam kesempatan ini kita mahu membuka minda dari sudut pemahaman tasauf.
Ahli-ahli sufi memang mengambil berat persoalan hati. Sebab-musabab ibadah mereka diusahakan agar setulen-tulennya kerana Allah semata-mata. Tidak mengumpat kerana Allah, bukan kerana Ramadhan. Ketika Ramadhan ataupun tidak, mereka tidak akan mengumpat. Tidak melihat hidangan media yang melalaikan dan merosakkan bukan kerana Ramadhan, tetapi kerana memang itu perintah Tuhan sejak azali. Tidak ketawa dan bergurau berlebih-lebihan bukan hanya ketika Ramadhan, tapi pada semua ketika. Begitulah seterusnya. Ada Ramadhan atau tidak, perkara-perkara yang dilarang tetap mereka hindari dan yang disuruh tetap mereka usahakan. Katakanlah Tuhan tidak menjadikan Ramadhan, apakah semua perkara-perkara yang dilarang itu ada keringanan
Read the rest of this comment... |
|
|
|
|
|
|
|
Re: Tazkirah Ramadhan: TERANGKATKAH AMAL-AMAL KITA? (Score: 1) by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Saturday, September 15 @ 12:07:32 EDT (User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/ | | Bersalaman Menjelang Ramadhan | [www.pesantrenvirtual.com] | [www.pesantrenvirtual.com] |
| Oleh: Dewan Asatidz | Assalamu'alaikum wr. wb. Saya ingin menanyakan tentang kebiasaan menjelang bulan ramadhan dimana sesama umat muslim saling bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Apakah rasulullah memang mengajarkan demikian? dan apakah ada dalil-dalilnya? Mohon penjelasannya.Terima kasih.
Widi Anugerah
Assalamu'alaikum wr. wb.
Bersalaman dan saling meminta maaf sangat disunnahkan dan inilah yang dulu diajarkan Rasulullah s.a.w. kepada para sahabtnya. Dalam sebuah hadist Rasulullah s.a.w. bersabda "Bila dua orang muslim bertemu lalu bersalaman, maka diampuni dosa keduanya sebelum keduanya saling berpisah" (H.R. Abu Dawud).Ibnu Hajar (dalam Fathul Bari) menukil perkataan Nawawi bahwa bersalaman hukumnya sunnah, melakukannya pada momen tertentu tidak mengeluarkannya dari kesunnahan.
Bersalaman, atau saling meminta maaf khusus pada waktu menjelang bulan Ramadhan atau setelah Iedul Fitri sebenarnya tidak diajarkan oleh Rasulullah. Tidak ada riwayat khusus yang menjelaskan tentang itu. Namun seperti pendapat Imam Nawawi di atas, melakukannya pada momen tertentu tetap tidak mengeluarkannya dari kesunnahan, asalkan tidak diyakini bahwa itu ritual yang diajarkan Rasulullah. Kita cukup meyakini bahwa bersalaman dan saling meminta maaf sangat dianjurkan oleh agama, kapan saja, dan itu juga sangat bermanfaat untuk membangun kehidupan sosial keagamaan kita.
Ramadhan yang merupakan bulan ibadah dan pensucian diri. Kita semua berharap selama melewati Ramadhan bisa mendapatkan Rahmah dan Maghfirah Allah serta pembebasan dari api neraka. Rasulullah mencela orang yang menemukan Ramadhan namun tidak mendapkan maghfirah (ampunan) Allah. "Sangatlah merugi orang yang menemukan Ramadhan, namun tidak mendapatkan ampunan Allah".
Kalau kita ingin mensucikan diri dari dosa-dosa selama bulan Ramadhan dengan memperbanyak amal ibadah kita dan meminta ampunan Allah. Kita juga selayaknya mensucikan diri kita dari hak-hak dan kesalahan-kesalahan yang kita perbuat terhadap saudara-saudara kita. Ini yang disebut "haq-ul-adami". Hak i Read the rest of this comment... |
|
|
|
|
|
|
|
Re: Tazkirah Ramadhan: TERANGKATKAH AMAL-AMAL KITA? (Score: 1) by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Thursday, September 20 @ 13:13:51 EDT (User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/ | Bukan suatu yang mengejutkan apabila kita terjumpa individu-individu yang beranggapan solat tarawikh hanya boleh dibuat di masjid atau surau, solat tarawikh mesti ada selawat, solat tarawikh mesti berjemaah, solat tarawikh mesti 20 rakaat, solat tarawikh mesti laju, solat tarawikh mesti dibuat sebaik-baik sahaja lepas solat Isya’, bacaan ayat-ayat iringan dalam solat tarawikh mesti baca ayat-ayat tertentu dan sebagainya. Anggapan-anggapan ini menjadikan mereka tidak bertarawikh di rumah jika mereka tidak berkesempatan ataupun kurang mampu ke masjid akibat keletihan, keuzuran, kesibukan dan lain-lain. Pembetulan dalam hal-hal ini sangat sesuai kita masukkan dalam tazkirah tarawikh, itulah gunanya tazkirah.
SIKIT AMAL, BANYAK FAHAM adalah lebih baik daripada BANYAK AMAL, SIKIT FAHAM. SIKIT ‘STUDY’, BANYAK FAHAM adalah lebih baik daripada BANYAK ‘STUDY’, SIKIT FAHAM
Amal yang sedikit tetapi disertai pemahaman yang tinggi adalah lebih bernilai dan bermanfaat berbanding amal yang banyak tapi tiada/ kurang pemahaman.
Buatlah tarawikh di mana-mana saja sekiranya kita ada kesempatan. Nabi Muhammad SAW sendiri lebih banyak bertarawikh di rumah daripada di masjid. Buatlah tarawikh walaupun tidak tahu berselawat dan berdoa. Selawat dan doa bukan kemestian.Buatlah tarawikh walaupun berseorangan, tidak semestinya berjemaah. Begitulah seterusnya.
Daripada pemerhatian saya, ada individu yang tidak melakukan solat sunat Dhuha kerana tidak menghafal ayat-ayat iringan yang ditentukan. Padahal tidak ada kemestian untuk baca ayat-ayat tertentu. Baca saja Qul yaaiyuhal kafirun dan Qul huallahu ahad jika itu yang termampu. Tidak membaca apa-apa ayat iringan pun boleh, bacalah al-Fatihah saja. Patutlah solat sunat tidak menjadi budaya orang Islam Nusantara.
Banyak benda kena kita perjelaskan kedudukannya dalam masyarakat kita ini. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|