BERSAMA ALEXANDERWATHERN
 
 
•  Home  •  Downloads  •  Your Account  •  Forums  •
 
 
SENARAI MODUL
· Home
· AKAUN ANDA
· ARKIB-SIMPANAN
· CARI
· DOWNLOADS
· FORUM
· GALERI GAMBAR
· KAJI SELIDIK
· LINK BERMANFAAT
· MAKLUMBALAS
· MESEJ PERIBADI
· PESANAN RINGKAS
· PROMOSI LAMAN INI
· SEMUA KARYA ALEX
· SENARAI AHLI
· STATISTIK
· TOP 10
MAKLUMAT PENGGUNA
Welcome PENGUNJUNG


Nickname

Password

 

Membership

 · New Today

4

 · New Yesterday

6

 · Overall

738


Latest 3 Members
 01:Nov 21, 2009ASClupoblibia
 02:Nov 21, 2009ksizezzz
 03:Nov 20, 2009ViagraCialis

People Online

 Visitors (0%)

 Members (0%)

 Total online

0


Most Ever Online

 · Total

89

 · Members

1

 · Visitors

88


Total Hits
 · Daily

950

 · Average Hits

1526

 · Total Hits

1020128


Download Stats
 ·Total Files

 ·Total Categories

 ·Files Downloaded

 ·Data Sent

B


   Nuke Info
 ·Active Staff

1

 ·Active Topics

10

 ·Active Stories

467

 ·Total FAQ

 ·Total Reveiws

 ·Forum Posts

779

 ·Forum Topics

333

SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI?
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here
DEDAUNAN TAJDID SEGAR

LOKASI PENGUNJUNG
Locations of visitors to this page
Sape Nak Main Ngan Caye...?
UNDI BLOG INI
Malaysian Muslim Blogs
UNDI LAGI
Ukhwah.com :: Top Blog
Azharian's Topsite
BKPJM TOP BLOG
AL-AZHAR`s TOPSITES

Featured Links: Free phpBB3 Forum @ Entrance to Medical Schools
TEGUR SAPA ANNA VELITA
Posted on Monday, September 24 @ 11:36:50 EDT by alexanderwathern
AGAMA-AGAMA DUNIAANNA VELITA Posted: Mon Sep 24, 2007

saya memerlukan nasihat daripada tuan...kerana saya masiah terumbang-ambing untuk mencari agama sebenar

saya perlukan jawapan daripada anda..sekadar ingin bertanya.,,x berniat lain

saya ingin bertanya kepada tuan..apakah berbezaan kristian dan isalam
....kenapa penganut islam lebih ramai dari kristian



TEGUR SAPA ANNA VELITA


TULIS ANNA VELITA :

ANNA VELITA Posted: Mon Sep 24, 2007

saya memerlukan nasihat daripada tuan...kerana saya masiah terumbang-ambing untuk mencari agama sebenar

saya perlukan jawapan daripada anda..sekadar ingin bertanya.,,x berniat lain

saya ingin bertanya kepada tuan..apakah berbezaan kristian dan isalam
....kenapa penganut islam lebih ramai dari kristian


BALASAN ALEXANDERWATHERN :

Kepada Anna Velita,

Saya bersedia untuk bertukar-tukar fikiran, semoga ada manfaatnya untuk kita. C uma maklum balas daripada saya kadang-kadang terlewat akibat kesibukan.

Katanya anda ‘masih terumbang-ambing untuk mencari agama sebenar’. Apa yang berlaku kepada anda kini sebnarnya pernah berlaku kepada Nabi Ibrahim/ Abraham pada zaman dahulu. Akhirnya Nabi Ibrahim berjaya menemui Tuhan dan agama sebenar setelah beberapa mengkaji dan tercari-cari. Semoga anda pun menjadi sepertinya. : )

Sebelum kita berbicara lebih jauh, harap anda tidak keberatan untuk menyatakan agama yang anda anuti kini. Sekiranya kini anda tidak berpegang dengan mana-mana agama, mungkin sebelum ini pernah. Makluman anda akan lebih membantu kita dan memberikan saya lebih banyak idea, insyaallah.

Kata Anna:

“saya perlukan jawapan daripada anda..sekadar ingin bertanya.,,x berniat lain”

Saya akan berusaha memberi jawapan, ataupun sekurang-kurangnya memberi ‘panduan untuk mencapai jawapan’, setakat kemampuan saya. Pertanyaan yang ikhlas, pastinya akan mendapat jawapan yang ikhlas daripada saya. Usahlah dirisaukan hal itu.


PERBEZAAN KRISTIAN DENGAN ISLAM

Perbezaan antara kedua-dua agama ini luas untuk kita diskusikan, banyak sudut-sudut perbezaan yang ada. Oleh kerana anda tidak spesifikkan ‘perbezaan’ tersebut, saya sentuh secara agak luas tetapi ringkas.

PERBEZAAN DARI SUDUT MASA
Agama Kristian sudah berusia lebih 2 000 tahun manakala Islam lebih daripada 1 400 tahun.

PERBEZAAN DARI SUDUT PEMBAWANYA
Kristian dibawa oleh Nabi Isa a.s, yang dikenali juga sebagai Jesus. Dia dinamakan ‘Jesus’ kerana dialah penyelamat kaum Bani Israil sebagaimana yang diterangkan dalam Bible:

“Maka dia akan beranakkan seorang anak lelaki, dan hendaklah kamu menamakan dia Jesus, kerana dialah yang akan melepaskan kaumnya (Bani Israil) daripada segala dosa.” (Bible Matius 1:21)

Islam dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, yang juga dikenali sebagai Ahmad. Di dalam Bible, Nabi Muhammad juga dikenali sebagai ‘Seumpama Musa’, ‘Nabi Itu’, ‘Pahlawan’, ‘Yang Tidak Dapat Membaca’, ‘Paracletos’, ‘Penghibur’, ‘Roh Kebenaran’, ‘Himada’, ‘Dia Yang Datang Kemudian Daripadaku’, ‘Dia Yang Digerakkan Dari Timur’ dan lain-lain.

DARI SEGI PENERIMAAN
Agama Kristian menolak pembawa agama Islam iaitu Nabi Muhammad dan melabelnya sebagai syaitan. Agama Islam pula menerima dan mengimani Jesus sebagai salah seorang Rasul. Mana-mana orang Islam yang tidak mengimani Jesus sebagai Rasul, maka imannya dikira rosak.

“Muhammad ialah kepala perompak, pemuas hawa nafsu, penderita penyakit ayan, mempunyai sifat-sifat syaitan.”
(Martin Luther dalam bukunya Verlegung Alcaras Bruder Ricaldi)

Bahkan ibu kepada Jesus iaitu Maryam sangat dimuliakan dalam al-Quran hinggakan salah satu daripada surah dalam al-Quran dinamakan surah Maryam/ Mariam. Tidak ada surah bernama Aminah- ibu Nabi Muhammad tetapi ada surah sempena nama ibu kepada Jesus. Tidak ada nama surah sempena ama isteri-isteri Muhammad seperti Khadijah, Aisyah, Zainab dan tidak ada juga surah sempena nama Fatimah, anaknya. Hal ini menunjukkan Nabi Muhammad memang tidak ada pilihan untuk berbuat sesuka hati dengan isi kandungan al-Quran. Kerana apa? Kerana isi kandungan al-Quran itu sepenuhnya datang daripada Bapa/ Allah.

“Al-Masih anak Maryam itu tidak lain seorang rasul yang telah didahului sebelumnya beberapa orang rasul, dan ibunya seorang wanita yang amat benar…”
(Al-Quran al-Maidah: 75)

“…Isa anak Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat…”
(Al-Quran Aali Imran: 45)

PERBEZAAN DARI SEGI SUMBER
Ajaran Kristian bersumberkan kitab Bible yang terdiri daripada The Old Testament (Perjanjian Lama) dan The New Testament (Perjanjian Baru) manakala agama Islam bersumberkan kitab suci al-Quran, yang juga dikenali sebagai The Last Testament (Perjanjian Terakhir).

PERBEZAAN DARI SEGI ISI KANDUNGAN SUMBER
Isi kandungan Bible bercampur-aduk antara firman Tuhan, sabda Jesus dengan tulisan para sejarahwan. Perjanjian Akhir pula berisi firman Tuhan semata-mata. Sabda Nabi Muhammad dinamakan ‘hadis’ dan tidak bercampur dengan al-Quran. Nukilan para sejarahwan Islam pula dinamakan ‘tarikh’ dan tidak bercampur dengan al-Quran ataupun hadis. Dengan itu, al-Quran ‘solid’ 100% firman Tuhan.

PERBEZAAN DARI SEGI MATLAMAT
Agama Kristian bermatlamat untuk menyelamatkan kaum Bani Israil sahaja manakala agama Islam bermatlamat untuk menyelamatkan seluruh umat manusia.

“Maka dia akan beranakkan seorang anak lelaki, dan hendaklah kamu menamakan dia Jesus, kerana dialah yang akan melepaskan kaumnya (Bani Israil) daripada segala dosa.” (Bible Matius 1:21)

PERBEZAAN DARI SEGI AKIDAH
Umumnya Kristian menyembah tiga Tuhan dalam satu yang dikenali sebagai triniti ataupun trinitas. Triniti ini ada beberapa versi dan yang paling popular ialah kesatuan antara Bapa, Anak dan Roh Kudus. Ketiga-tiganya dianggap setara dan satu peribadi. Islam pula menyembah Tuhan Yang Esa iaitu Bapa sahaja. Umat Islam menyembah Bapa seorang. Bagi Islam, Anak, Roh Kudus, Mariam ataupun yang lain-lain bukanlah Tuhan tetapi makhluk.

“Pada waktu itu berkatalah Jesus: "AKU BERSYUKUR KEPADA-MU BAPA- TUHAN LANGIT DAN BUMI, kerana semuanya itu Engkau sembunyikan bagi orang bijak dan orang pandai, tetapi Engkau nyatakan kepada orang kecil.”
(Bible Matius 11: 25)

Namun begitu, ada sebilangan kecil umat Kristian yang berfahaman Unitari- yang menyembah Bapa sebagai satu-satunya Tuhan sebenar.

PERBEZAAN DARI SEGI GEOGRAFI
Kristian bermula di Baitul Laham (Bettlehem) ataupun sekitarnya manakala Islam bermula di Makkah. Kini Kristian lebih berkembang di Amerika, Eropah dan Australia yang biasa kita sebut sebagai Barat. Islam pula lebih berkembang di Tanah Arab, Afrika, Nusantara, China, Khurasan dan lain-lain yang biasanya disebut sebagai Timur.

PERBEZAAN DARI SUDUT SEJARAH
Sebaik-baik sahaja Nabi Jesus tiada, agama Kristian meneruskan kehidupannya secara sulit-sulit, ditolak, diperintah, ketakutan, ditindas, pembawanya tidak ramai, banyak pembawanya yang dibunuh ataupun ditangkap, kitab sucinya tidak dihafaz dan lain-lain yang memungkinkan ajaran asalnya tidak sampai 100% kepada kita hari ini.

Selepas kewafatan Nabi Muhammad, agama Islam tersebar secara terang-terangan, meluas, memerintah, tersusun dan sistematik, pembawanya ramai bertebaran ke Timur dan ke Barat, diterima orang, kitab sucinya dihafaz perkataan demi perkataan oleh ratusan (secara terpisah-pisah oleh ribuan orang) dan sebagainya yang memungkinkan ajaran asalnya masih kekal 100% hingga ke hari ini. Kini penghafaz keseluruhan al-Quran ada puluhan ribu orang. Berapa orang yang menghafaz keseluruhan Bible yang asal?

PERBEZAAN DARI SUDUT PENYEBARAN
Agama Kristian lebih banyak tersebar melalui penaklukan dan kekerasan. Agama Islam pula lebih banyak tersebar melalui dakwah dan perdagangan. Antara buktinya, agama Islam lebih dahulu tiba di Asia berbanding agama Kristian. Ia dibawa oleh para pendakwah dan pedagang. Tapi sebaik-baik sahaja Barat menemui jalan ke Timur, mereka datang dengan kapal perang dan slogan ‘Gospel, Gold & Glory’ lalu menakluk dan menjajah India, Tanah Melayu, Indonesia, Filipina, Indo-China hinggalah ke China. Islam masuk ke Melaka tanpa pertumpahan darah. Kita bandingkan dengan cara Kristian masuk ke Melaka.

PERBEZAAN DARI SEGI TEMPAT IBADAH
Umat Kristian beribadah di gereja walaupun Nabi Isa dan para sahabatnya sendiri beribadah di sinagog (rumah ibadah agama Yahudi). Nabi Isa tidak pernah membina gereja ataupun menyuruh dibuatkan gereja. Umat Islam beribadah di masjid, sebagaimana yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad.

PERBEZAAN DARI SEGI QIBLAT
Qiblat Kristian ialah ke Baitul Maqdis manakala Qiblat umat Islam ke Masjidil Haram di Makkah. Asalnya qiblat umat Islam juga ke Baitul Maqdis tetapi Bapa memerintahkannya ditukar ke Qiblat pertama umat-umat terdahulu iaitu ke Makkah kembali.

PERBEZAAN DARI SEGI PERLAKUAN PARA PEJUANG
Ketika Tentera Salib menakluki Jerusalem, ribuan umat Islam yang menyerah, kebanyakannya bukan tentera tetapi kanak-kanak, wanita dan golongan tua dibunuh. Ketika Sultan Salahuddin al-Ayyubi mendapat semula kota tersebut daripada tentera Kristian, semua penganut agama Kristian termasuklah para tentera yang menyerah kalah dibebaskan. Malah perjalanan mereka berpindah keluar daripada Jerusalem diawasi oleh tentera Islam agar keselamatan mereka terjamin.


PENGANUT YANG LEBIH RAMAI

Di peringkat antarabangsa, perangkaan yang biasa saya lihat menunjukkan penganut agama Kristian lebih banyak daripada penganut agama Islam. Perangkaan rasmi inilah yang kita pakai. Namun begitu, keraguan tetap timbul memandangkan agama Islam begitu pesat berkembang di Amerika, Eropah dan Afrika melebihi perkembangan agama Kristian. Banyak gereja dan bangunan dibeli lalu digantikan fungsinya dengan masjid. Lagi pula, banyak orang Barat yang pada pengenalan diri mereka tertulis agama Kristian sebenarnya tidak menganut mana-mana agama dan lebih suka menjalani kehidupan sebagai seorang atheis. Secara tidak rasminya saya memandang jumlah umat Islam melebihi jumlah umat Kristian.


MENGAPA MUSLIM LEBIH RAMAI

Baiklah. Katakanlah kita memakai kenyataan anda bahawa Muslim lebih ramai. Mengapa lebih ramai walaupun Islam memberi laluan kepada Kristian untuk memecut 600 tahun lebih awal? Banyak faktor-faktornya. Antara yang utama ialah:

  1. Islam lebih dulu sampai ke Timur. Penduduk Timur lebih banyak daripada Barat. Dan kedatangan Islam adalah dengan jalan damai, dagang dan kasih sayang sedangkan kedatangan Kristian adalah dengan jalan perang, penaklukan dan penjajahan. Kekejaman para pimpinan Kristian dalam pembunuhan ratusan ribu manusia tidak bersalah di Hiroshima dan Nagasaki tidak akan dilupakan orang, dan inilah keganasan paling besar dalam sejarah. Imej agama Kristian sering saja dikaitkan dengan keganasan tetapi hari ini media-media cuba meletakkan ‘keganasan’ agar menjadi imej Islam, namun begitu sejarah tidak boleh dibohongi.
  1. Ajaran Islam selaras dengan fitrah manusia dan fitrah alam serta pengetahuan sains. Islam tidak pernah bertentangan dengan ilmu pengetahuan.
  1. Islam memandang manusia sama rata. Tidak ada sistem kasta ataupun dasar ‘apartheid’. Tidak ada perbezaan antara bangsa Timur dengan bangsa Barat, kulit putih dengan kulit berwarna.
  1. Sumber utama agama Islam iaitu al-Quran The Last Testament masih terpelihara sebagaimana yang asal sedangkan kitab Bible berisi banyak kesalahan, penyelewengan dan ubahsuaian.
  1. Kebenaran Islam dan Nabi Muhammad sudah disebut dalam kitab-kitab terdahulu sama ada secara jelas ataupun berkias.
  1. Kitab Perjanjian Akhir tidak berisi cerita-cerita lucah. Hal ini membuatkan ia lebih mudah diterima sebagai firman Tuhan berbanding Bible.
  1. Semua persoalan pokok dalam ajaran Islam ada sandaran kukuh dan boleh dihujahkan hingga mendapat keputusan yang diakui. Walau serosak manapun umat dan persoalan-persoalan cabangan, agama Islam itu tetap benar kerana asasnya adalah benar. Bagi agama Kristian, perosalan-persoalan pokoknya kurang sandaran kukuh, mengelirukan, mengandungi kesalahan dan seumpamanya. Walau sebaik manapun umat dan persoalan-persoalan cabangannya, agama Kristian tetap diragukan kerana persoalan asasnya tidak beres.
  1. Hukum-hakam Islam lengkap sebagai satu perundangan dalam seluruh aspek kehidupan manusia. Perundangan dalam agama Kristian tidak menyeluruh menyebabkan mereka terpaksa mencipta pelbagai hukum-hakam untuk melengkapkan kehidupan mereka. Contohnya undang-undang perceraian, tidak ada dalam agama Kristian. Mereka terpaksa mencipta atau mencedok dari mana-mana untuk mendapatkan undang-undang tentangnya.
  1. Oleh kerana tidak mampu menjelaskan banyak perkara, agama Kristian hari ini terdorong untuk menjadikan para penganutnya beriman secara buta. Banyak perkara perlu diterima tanpa perlu dipersoalkan. Cukup dengan kita menyayangi Jesus dan Jesus menyayangi kita.

Hari ini manusia semakin berpelajaran tinggi. Mereka tidak boleh menerima sesuatu tanpa ada alasan yang kukuh. Mereka tidak mahu memperjudikan agama mereka dengan sekadar mengikut-ikut tetapi mesti dengan kajian.

Dalam hal ini, agama Islam jelas dan mudah. Manusia bebas mengkaji dan mendapat keputusan, bukan sekadar ‘mesti ikut dan mesti percaya’ sahaja.

"Kasihilah Tuhan kamu... DENGAN SELURUH AKAL"
(Bible Markus 12:30)

"Allah adalah Allah yang suka akan ketertiban, bukan kekeliruan".
(Bible Korintus 1 14:33)

  1. Konsep keTuhanan dalam agama Kristian tidak selaras dengan konsep Tuhan yang sebenar. Dengan memeluk Islam, konsep keTuhanan kita begitu jelas dan mudah. Sembah Bapa sahaja sebagai Tuhan, selain Bapa semuanya makhluk.

“Inilah kehidupan yang kekal, iaitu supaya mereka mengenal Engkau Tuhan Yang Esa (Satu), dan Jesus Kristus yang telah Engkau suruhkan itu.” (Yahya 17:3)

“Dan janganlah kamu menyebut sesiapapun Bapa di bumi ini, kerana ada satu sahaja Bapamu, iaitu Dia yang di syurga.” (Matius 23:9)

"Kita juga tahu bahawa ALLAH HANYA SATU IAITU BAPA tidak ada yang lain. Sekali pun banyak yang disebut dewa dan tuhan, baik di syurga mahu pun yang di bumi, tetapi bagi kita Allah hanya satu. Dia Bapa yang menciptakan segala sesuatu, dan untuk Dialah kita hidup.” (Korintus 1 8:5-6)

Ini semua ayat-ayat dari Bible sendiri.

PENUTUP

Setakat itu sajalah penjelasan yang mampu saya berikan buat masa ini. Semoga penerangan ringkas ini dapat memberikan sedikit kepuasan kepada anda. Sekiranya anda masih mahukan penjelasan dan tukar-tukar fikiran lebih lanjut, jangan segan-segan untuk mengajukannya, saya bersedia membantu. : )

Akhirnya, sebagai memenuhi permintaan para rasul dan nabi terdahulu yang menyuruh manusia mengikut rasul-rasul dan nabi-nabi terkemudian, dan para rasul dan nabi terkemudian termasuklah Jesus yang menyuruh manusia supaya mengikut Nabi Muhammad, dan seterusnya mengikut Nabi Muhammad yang menyuruh agar Islam disampaikan kepada seluruh umat manusia…

… saya menawarkan kepada anda agama Islam untuk dijadikan sebagai pegangan hidup dan mati. Yang dengannya kita akan mendapat kejayaan dan keselamatan dalam hidup sesingkat 70-80 tahun di dunia ini, dan dengannya jugalah kita akan mendapat kejayaan dan keselamatan dalam hidup bertrillion tahun (selamanya) di akhirat nanti. Dengan memilh Islam, bermaksud kita mendapat Muhammad dan masih mendapat semua para rasul termasuklah Musa dan Jesus, keraan mereka semua adalah para utusan Tuhan yang mesti diimani oleh seseorang yang beragama Islam.

Semoga tidak menjadi salah faham, kata-kata saya di atas adalah berupa satu tawaran ataupun saranan, bukannya gesaan dan jauh sekali paksaan. Tidak ada paksaan dalam beragama. Anda bebas mengkaji dan memilih. Membuat pilihan atas kajian adalah lebih berkualiti dariapda membuat pilihan atas dasar ikut-ikutan. Dalam beragama kita mesti hendakkan kepuasan dan kejelasan.

Salam hormat dari saya.

Alexanderwathern

24 SEPTEMBER 2007

 
Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Related Links
· More about AGAMA-AGAMA DUNIA
· News by alexanderwathern


Most read story about AGAMA-AGAMA DUNIA:
DIALOG ISLAM (Malaysia) - KRISTIAN (Indonesia)

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Printer Friendly

"LOGIN-AHLI MASUK DI SINI" | Login/Create an Account | 12 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

5 Minit Pengenalan Kepada ISLAM (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Monday, September 24 @ 14:04:42 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/



Miracles of Islam (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Monday, September 24 @ 14:10:15 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/



The 99 Beautiful Names of Allah (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Monday, September 24 @ 14:17:01 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/



British Catholic Priest Converted To ISLAM (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Monday, September 24 @ 14:22:02 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/



Scientist From Czech Republic Converts To Islam (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Monday, September 24 @ 14:26:14 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/



A German Physician and His Wife Converted to Islam (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Monday, September 24 @ 14:30:36 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/



Signs of the last day by Harun Yahya (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Monday, September 24 @ 14:35:27 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/



The Quran Leads The Way To Science (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Monday, September 24 @ 14:38:50 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/



Miracles of the Quran (What makes you not accept the truth?) (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Monday, September 24 @ 14:43:29 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/



22 Australian Christians Converting To Islam (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Monday, September 24 @ 14:50:17 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/



Re: TEGUR SAPA ANNA VELITA (Score: 1)
by Shafizam on Tuesday, September 25 @ 02:16:49 EDT
(User Info | Send a Message)
"Asalnya qiblat umat Islam juga ke Baitul Maqdis tetapi Bapa memerintahkannya ditukar ke Qiblat pertama umat-umat terdahulu iaitu ke Makkah kembali"

Bila masa pulak Allah Ada nama Bapa?..Even nak bagi contoh pun jangan sampai merosakkan aqidah u sendiri..tak tau la kalau u mintak doa kat tuhan bapa..tuhan akal..macam qardawi tu.







Re: TEGUR SAPA ANNA VELITA (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Tuesday, September 25 @ 10:38:21 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/
Tuan Shafizam, penerangan untuk anda baru sebenatar tadi saya siapakan, Sila lihat di muka depan blog ini di bawah tajuk "Mencelahnya Seorang Yang 'Benar' Aqidahnya".

Semoga bermanfaat.


 
 
iLuvislam.com Top Blog





ISMA IKHWAN ABIM JIM PESANTREN VIRTUAL PAS HIZBUT-TAHRIR HALUAN RUFAQA NAHDATUL ULAMA MUHAMMADIYAH

PERINGATAN: Laman ini khususnya sebagai rujukan kepada ahli keluarga, anak-anak murid dan rakan-rakan

PONDOK TAMPIN   BAHAN TARBIYYAH   ALJOOFRE   HEMBUSAN   SERBAN PUTIH   EPILOG SISWA   ADNAN FADZIL   WANGIAN CEMPAKA    ALEXANDARICAIRO   TR_CHAMP   ONE-G   AL-HIKMAH   ALBAZRAH    STRAWBERRY & DANDELION   PRO-TAJDID SEGAR   SHARPEST SWORD  AL-FANSURI   NAQS HAQQANI   BAHRUS SHOFA   PAHLAWAN SRIKANDI   ZAHRAANNUR   JIHAD WAHABI   AZ ABRAR   AL QASAM   ABU HANAAN    BUDAKMENULIS   PcMUJAHID   ANJUNG LARIK   ORDINARY PAPA   IBNU MAJID   ULAMA UMMAH   SINAR KEIMANAN   AIMINABIHAH   DAULAH ISLAMIAH   NURHAWARIYYUN   DISERTASI   PASIR MAS   SUNGAI UDANG   IBNU QALIL   SAUJANA HIKMAH   IBNU RUHUDDIN   TINTA PERMATA   IBNU ZACK   AZHAR JAAFAR   WARDATUSSAHRA   FAUZI ASMUNI   MASIDAS   ROBITAH SOFIYAH   WAJA TERENGGANU   ORANG JELAI   SATU UMAT   MENGENAL ISLAM    MENGAPA ISLAM   GHURABAA786   AERSTU   FATHER OF HANAAN   MEDIA MUSLIM   TAJDID SEGAR   AL MARBAWI   GAGASAN ASWJ   DEBUNGA SYURGA   DE HAMBRA HEIGHTEN   UKHTI 27   SALADIN CONVOY   MEDIA MUSLIM   USTAZ ROSLI DHOBY   JARUM EMAS   KHAZANAH DINIYYAH   EFFRY SAIFUL    GREEN CASTLE   IBNU QALIL   SOBAHICAIRO   FASI TERENGGANU   USTAZ SOFAN HALIM   PERINTIS UMMAH   IMAM AZHARI   ASYZ SUFI   ROUDHOTUZ ZAHRA   ILMUWAN   HAHNIF   AYASHIOKI   FIRUS FANSURI
SCENE-R   PERINTIS UMMAH   DZULHAQQ   HIZ-TOUGH   HAZMI DIBOK   NURUL AIMAN   JANNATUL-NAIM   SERULING SENJA   NABIHA AL KHALIDIY   RISALAH KERINDUAN

PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.58 Seconds
 
 
:: fiblack3d phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::