 |
|
 |
| |
 |
| SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI? |
|
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.
You are Anonymous user. You can register for free by clicking here |
|
|
| Sape Nak Main Ngan Caye...? |
|
|
|
|
PAHLAWAN SEGALA PAHLAWAN- Saidina Ali (bah. 1)
Posted on Thursday, November 16 @ 23:10:28 EST by alexanderwathern |
|
Apabila berbicara tentang dunia persilatan, tidak lengkap rasanya ilmu pengetahuan seseorang pesilat sekiranya dia tidak mengetahui serba sedikit tentang ‘penghulu’ kepada segala pendekar iaitu Imamul Muhtadin Saidina Ali ibni Abi Talib Karamullahu Wajhah.
Ketokohan Saidina Ali sebagai pendekar terunggul di dunia terbukti dalam Perang Uhud. Sewaktu pasukan Islam terpukul hebat, beliaulah yang paling gigih mempertahankan Rasulullah SAW hingga terdengar suara malaikat Jibril berkata: “Tiada pedang selain Zulfiqar dan tiada pahlawan selain Ali.” Rasanya tidak ada lagi mana-mana pesilat walaupun sehebat Dato’ Laksamana Hang Tuah yang mendapat pengiktirafan daripada malaikat Jibril. Pedang Zulfiqar asalnya milik Rasulullah SAW yang kemudiannya digunakan oleh Saidina Ali. Sebahagian ulama mengatakan bahawa pedang inilah Raja Segala Besi. Selepas Saidina Ali dibunuh secara curi, pedang Zulfiqar ini turut lenyap dan ada riwayat mengatakan yang ia akan muncul semula pada akhir zaman. Wallahu alam. Pengaruh Saidina Ali dapat dilihat dalam silat-silat Melayu yang mendakwa aliran mereka mempunyai permainan pedang Saidina Ali, jeritan muktamad Saidina Ali, buah-buah penangkap Saidina Ali dan sebagainya. Memang sewajarnyalah ada pihak-pihak tertentu yang membuat kajian tentang sejauh manakah pengaruh menantu Rasulullah SAW ini dalam seni beladiri di nusantara. Orang Arab memang terkenal dengan syair. Orang pertama yang mendendangkan syair tentang kasih-sayang kepada Nabi Muhammad ialah bapa Saidina Ali sendiri iaitu Abu Talib, yang terkenal sebagai pembela Rasulullah SAW dalam menghadapi kaum kafir Quraisy. Sewaktu isterinya (Fatimah) mengandungkan Saidina Ali, Rasulullah telah menyatakan hasrat baginda untuk mengahwini anak dalam kandungan itu sekiranya perempuan. Abu Talib bersetuju. Dia juga mencadangkan agar Rasulullah sendiri mengasuh bayi itu hingga besar jika lelaki pula. Setelah cukup masanya, Fatimah pergi berdoa di hadapan Ka’abah. Tuhan menunjukkan kemuliaan kepada anak itu apabila Saidina Ali sendiri dilahirkan di dalam Ka’abah. Kelahiran dalam Ka’abah itu adalah yang pertama dan yang terakhir dalam sejarah umat manusia. Fatimah menamakan bayi lelaki itu Haidarah, yang bermaksud singa. Rasulullah SAW tiba selepas itu lalu menamakannya pula sebagai Ali. Ketika itu Rasulullah berusia tiga puluh tahun. Saidina Ali mempunyai nama gelaran ‘Abu Turab’ yang diberi oleh Rasulullah SAW bermaksud ‘Bapak Pasir/ Debu/ Tanah’. Gelaran ini diperolehi kerana Rasulullah tersua Saidina Ali yang sedang berbaring di atas tanah di Masjid Nabawi lalu terus dipanggil baginda, “Ya Abu Turab’. Kemudian Rasulullah menyapu tanah yang melekat di punggung Saidina Ali. Dalam peristiwa lain, Saidina Ali pernah tidur di bawah sebatang pokok kerana letih berperang. Dia baring di atas tanah tanpa beralaskan apa-apa. Rasulullah kejutkannya dengan memanggil nama tersebut. Sumber lain mengatakan yang Saidina Ali jika merasa marah dengan isterinya (Fatimah- anak Rasulullah), dia diam sahaja lalu membawa hati dengan pergi ke masjid dan berbaring di atas tanah. Sekiranya Rasulullah melihat keadaan ini, tahulah baginda yang Saidina Ali ada krisis dengan isterinya yang memerlukan bantuan baginda.
|
|
|
| |
|
| Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name. |
|
|
|
Average Score: 4.5 Votes: 2

|
|
|
|
| No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
 |
|
 |
|