| SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI? |
|
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.
You are Anonymous user. You can register for free by clicking here |
|
|
| Sape Nak Main Ngan Caye...? |
|
|
|
|
CUBAAN MEMBELA DR. AZWIRA
Posted on Thursday, October 18 @ 08:55:19 EDT by alexanderwathern |
|
tentang pembelaan terhadap Syeikh Muhammad Abdul Wahab, ramai lagi ulama'2 yang membelanya, tak lama dulu ada seminar mengenai Syeikh Muhammad Abdul Wahab,
kertas kerja seminar tersebut dah pun dibukukan bertajuk: Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab, Antara Fakta dan Palsu. yang diterbitkan oleh Karya Bestari.
Antara pembetangnya ialah Dr Johari Bin Mat Dr Abdul Halim Ahmad Saising Syeikh Ihsan Bin Muhammad Bin Ayis Al-Uthari Dr. Sulaiman Al-Saloomi. Dr. H. Yunahar Iylas DR. AZZAM TAMIMI
hatta, Dr Yusof Al-Qardawi pun membela SMAW saja . Ramai saja lagi yang membela SMAW,
apa-apa pun, berhati-hati lah, jangan lah kita jadi di antara org yang menyebarkan FITNAH terhadap ULAMA2'.
* dengan mudahnya kita menjawab...
CUBAAN MEMBELA DR. AZWIRA
Tulisan saya berjudul ‘HADIS NAJD: Menolak Belaan Dr. Azwira (?)’ menerima komen daripada seorang yang menggunakan nama ‘Islamic_prince88’, yang dikenali juga sebagai ‘Syafiq Uniten’ di Portal Ukhwah.
Lokasi asal tulisan saya itu boleh dibaca dan DITELITI di http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=240&mode=&order=0&thold=0.
Ia dihasilkan sebagai menilai semula sebuah artikel bertajuk ‘Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab Berasal Dari Najd, Negeri Tempat Munculnya Tanduk Syaitan’ yang dinisbahkan kepada seorang yang bernama Dr. Azwira. Kemudiannya barulah saya ketahui yang Dr. Azwira memang penulisnya. Sebelum itu saya tidak pasti, sebab itulah pada tajuk tulisan saya itu ada tanda (?). Saya tidak kisah siapa penulisnya, apa yang hendak saya sentuh, keutamaannya ialah isi kandungan artikel.
Isi keseluruhan artikel Dr. Azwira ialah ‘MENAFIKAN NAJD (RIYADH) SEBAGAI TEMPAT GEMPA, FITNAH DAN TANDUK SYAITAN’. Tulisan saya pula ialah UNTUK MENAFIKAN HUJAH-HUJAH DR. AZWIRA ‘YANG LEMAH DAN ADA YANG SALAH’ ITU. Inilah temanya. Tulisan saya INI BUKANLAH untuk membuktikan yang Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab sebagai fitnah ataupun tanduk syaitan dan seumpamanya. Jika saya mahu menulis sedemikian, saya akan buat artikel lain.
Jadi, tulisan saya kali ini umumnya HANYALAH untuk MENAFIKAN HUJAH-HUJAH DR. AZWIRA ‘YANG LEMAH DAN ADA YANG SALAH’ sepanjang artikelnya itu.
Harap para pembaca mampu memahami PERKARA PENTING ini.
Berikut adalah komen ISLAMIC PRINCE 88 atau SYAFIQ UNITEN:
Posting pada: 02-10-07 22:24
w.b.t apa-apa pun, bagi mereka yang kurang jelas tentang perkara ni.boleh Lihat ebook Dr Azwira: Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar?? di laman web ustaz Hafiz Firdaus http://www.al-firdaus.com/SiapakahAhliSunnah/ Dr Azwira, membawa hujjah2 yang bernas...
tentang pembelaan terhadap Syeikh Muhammad Abdul Wahab, ramai lagi ulama'2 yang membelanya, tak lama dulu ada seminar mengenai Syeikh Muhammad Abdul Wahab,
kertas kerja seminar tersebut dah pun dibukukan bertajuk: Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab, Antara Fakta dan Palsu. yang diterbitkan oleh Karya Bestari.
Antara pembetangnya ialah Dr Johari Bin Mat Dr Abdul Halim Ahmad Saising Syeikh Ihsan Bin Muhammad Bin Ayis Al-Uthari Dr. Sulaiman Al-Saloomi. Dr. H. Yunahar Iylas DR. AZZAM TAMIMI
hatta, Dr Yusof Al-Qardawi pun membela SMAW saja . Ramai saja lagi yang membela SMAW,
apa-apa pun, berhati-hati lah, jangan lah kita jadi di antara org yang menyebarkan FITNAH terhadap ULAMA2'.
Wallahualam...
----------------- www.syafiquniten.blogspot.com
Soleh Wa Musleh...
ALEXANDERWATHERN: Saya berasa terkejut dengan isi komen ini! Berdasarkan isi komen ini, para pembaca rasa Syafiq Uniten baca dan teliti atau tidak karangan saya?.. Kita akan kupas kemudian, di bawah nanti.
Sebelum itu, berikut adalah jawapan saya kepadanya:
ALEXANDERWATHERN Posting pada: 02-10-07 22:48
Ya, daripada hujah-hujah Dr. Azwira dalam artikel itu, silap-silap dia yang membuat fitnah atas hadis Rasulullah. Sila semak secara terperinci.
Tolong jadi orang yang adil dalam membuat penilaian. Lihat setiap hujah dan buat keputusan, untuk hujah ini kebenaran lebih berpihak kepada siapa?
Contoh:
BELAAN PERTAMA: Hujah Dr. Azwira lebih kukuh. BELAAN KEDUA: Hujah Alexanderwathern lebih kukuh BELAAN KEEMPAT: Hujah....... lebih kukuh SETERUSNYA: ......... sampai habis semua hujah.
Akhir sekali, buat kesimpulan besar- hujah siapa lebih menghampiri kebenaran.
Beginilah adab-adab dalam Islam. Bukan sekadar baca sepintas lalu, lalu buat kesimpulan keseluruhan, ditambah pula dengan dakwaan langsung ataupun tidak langsung seperti (saya) 'memfitnah' ulama dan sebagainya.. Di mana ilmiahnya, di mana hujahnya, di mana tanggungjawabnya, di mana keberaniannya, di mana kesarjanaannya..?
Pembaca sila faham sebelum (pembaca) terfitnah penulis artikel ini iaitu saya sendiri, kerana artikel itu BUKANYA MENOLAK PEMBELAAN ULAMA-ULAMA TERTENTU KEPADA SYEIKH MUHAMMAD ABDUL WAHHAB, tetapi MENOLAK KELEMAHAN HUJAH DAN PENDUSTAAN DR. AZWIRA yang mengatakan Najd Riyadh bukan tempat tanduk syaitan. Ini dua perkara yang JAUH BERBEZA.
”Apa-apa pun, berhati-hati lah, jangan lah kita jadi di antara org yang menyebarkan FITNAH terhadap hadis Nabi dan penulis artikel jawapan itu”.
Oleh kerana Syafiq Uniten terburu-buru untuk mempertahankan pegangannya selama ini tanpa membaca link yang saya sertakan tentang ADAB-ADAB BERDISKUSI, maka saya lampirkan di sini supaya pembaca lain tidak mengulangai kesilapan yang sama.
Ini adab-adab yang saya maksudkan...
ADAB-ADAB BERDISKUSI http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=208&mode=&order=0&thold=0
( * Saya memang sedia sertakan link ke ADAB-ADAB BERDISKUSI dalam tulisan asal, tetapi besar keyakinan saya yang Syafiq Uniten tidak membacapun kerana tergesa-gesa untuk membela Dr. Azwira)
Apa jawapan SYAFIQ UNITEN @ ISLAMIC PRINCE 88?:
Posting pada: 02-10-07023:05
terima kasih alex,
maaflah, kerana masa yang terhad, maka saya hanya rumuskan apa yang saya nak cakap, ringkas..
dan lagi mudah orang lain nak baca.
KUPASAN
Tulis Syafiq Uniten: “apa-apa pun, bagi mereka yang kurang jelas tentang perkara ni.boleh Lihat ebook Dr Azwira: Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar?? di laman web ustaz Hafiz Firdaus http://www.al-firdaus.com/SiapakahAhliSunnah/ Dr Azwira, membawa hujjah2 yang bernas...”
‘PERKARA NI’ dalam tulisannya tentu saja merujuk kepada isi kandungan tulisan saya itu. Katanya lagi, Dr. Azwira membawa HUJAH-HUJAH YANG BERNAS.
Maksdunya, dalam MEMPERTAHANKAN NAJD SEBAGAI BUKAN TEMPAT TANDUK SYAITAN, Dr. Azwira membawa hujah-hujah yang bernas MENURUT SYAFIQ UNITEN.
Persoalan kita: HUJAH-HUJAH MANA YANG BERNAS ITU?
Semua hujah Dr. Azwira berkenaan hal ini keseluruhannya ada dalam tulisan saya, sama dengan yang ada pada link yang diberikan oleh Syafiq Uniten. DAN… semua hujah-hujah itu telah saya buktikan sebagai tidak kukuh, malah ada yang berisi pembohongan- dalam tulisan saya itu.
Mengapa situasi ini berlaku? Berikut adalah jawapannya:
- Syafiq Uniten tergesa-gesa untuk mempertahankan tulisan Dr. Azwira. Ini kerana Syafiq Uniten seorang yang cenderung kepada fahaman Tajdid Tua (lawan kepada Tajdid Sebenar http://protajdid.blogspot.com/ ) yang dibawa oleh kaum Salafi Tua @ Wahhabi- boleh dilihat daripada isi kandungan blognya. Saya membaca blognya sudah lama, kerana kami sama-sama memeriahkan Malaysian Muslim Blogs (kini dalam proses pemulihan) yang diasaskan oleh HEMBUSAN http://hembusan.blogspot.com/ .
- Oleh kerana tulisan saya mempertikaikan tulisan Dr. Azwira (salah seorang tokoh Salafi Tua), Syafiq Uniten berasa menjadi tanggungjawabnya untuk mempertahankan Dr. Azwira.
- Syafiq Uniten tidak MENELITI kehujahan tulisan saya, bahkan mungkin tidak dibacanya pun keseluruhan artikel saya itu lalu terus membuat belaan dengan menghantar komen.
- Nampak kepada kita sikap Syafiq Uniten yang sebenar, iaitu bertaqlid buta kepada fahaman Tajdid Tua @ Wahhabi dan tokoh-tokohnya seperti Dr. Azwira. Oleh kerana yang dibuka kelemahan dan kesalahannya (untuk menyelamatkan agama) itu insan berperibadi ‘Dr. Azwira’, maka dengan segera pembelaan dibuat. Doktrin ‘TOKOH AKU MESTI LEBIH BETUL’ yang tertanam di minda kebanyakan pendokong dakwah Tajdid Tua nampak jelas pada diri Syafiq Uniten.
Tulis Islamic Prince 88 lagi:
“tentang pembelaan terhadap Syeikh Muhammad Abdul Wahab, ramai lagi ulama'2 yang membelanya, tak lama dulu ada seminar mengenai Syeikh Muhammad Abdul Wahab, kertas kerja seminar tersebut dah pun dibukukan bertajuk: Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab, Antara Fakta dan Palsu. yang diterbitkan oleh Karya Bestari. Antara pembetangnya ialah Dr Johari Bin Mat Dr Abdul Halim Ahmad Saising Syeikh Ihsan Bin Muhammad Bin Ayis Al-Uthari Dr. Sulaiman Al-Saloomi. Dr. H. Yunahar Iylas DR. AZZAM TAMIMI hatta, Dr Yusof Al-Qardawi pun membela SMAW saja . Ramai saja lagi yang membela SMAW, apa-apa pun, berhati-hati lah, jangan lah kita jadi di antara org yang menyebarkan FITNAH terhadap ULAMA2'.”
Apalah kaitan puji-pujian ke atas Muhammad bin Abdul Wahhab ini dengan tulisan saya MENOLAK BELAAN DR. AZWIRA KE ATAS NAJD? Lainlah kalau isi tulisan saya keseluruhannya mengatakan MEMANG MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB ADALAH FITNAH AKHIR ZAMAN DAN TANDUK SYAITAN. Pelik bukan?
Kalaulah Syafiq Uniten hendak membela tulisan Dr. Azwira pun, sepatutnya dia senaraikan para ulama yang mengatakan tulisan Dr. Azwira ini kukuh, tidak berisi penipuan, tiada salah fakta dan sebagainya. Barulah betul dan kena dengan tempatnya!
Sebagai tambahan (walaupun tidak ada kena-mengena): Kalau sekadar lima enam orang yang memuji Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab, saya juga bisa menyenaraikan lebih ramai ulama besar yang menolaknya. Pujian lima enam orang tokoh itu bukan bukti Syeikh Ibn Abdul Wahhab an-Najdi sebagai ‘lebih banyak betul daripada salah’. Nama-nama yang disebutkan itu pun umumnya memang pendokong dakwah Salafi Tua @ Wahhabi. Cuba kalau pembentangnya terdiri daripada Ustaz Wan Soghir, Ustaz Abdul Raof al-Bahanji, anak-anak murid Tok Kenali, Ustaz el-Muhammady, Syeikh Nazeem Haqqani, Maulana Mustaqim, Syeikh Nuruddin al-Banjari dan lain-lain…
Bersilat berseorangan memanglah kita pemenang mutlak.
Berkenaan Qardhawi, apa sandaran kita untuk mengatakan beliau memuji 100% ataupun 80% dakwah Syeikh Muhammad Abdul Wahhab? Fahami cara Qardhawi, umumnya dia memuji apa yang benar dan baik SAHAJA daripada seseorang. Apabila kita memuji Genghis Khan sebagai perencana dan penakluk hebat, bukan bermaksud kita menyokong segala perlakuan buruknya. Apabila Bush memuji Pemimpin Malaysia, adakah itu tandanya dia memuji semua tentang pemimpin Malaysia itu? Apabila kita memuji zaman kekhalifahan Islam, adakah itu maknanya kita bersetuju dengan fahaman Muktazilah beberapa orang khalifah kita terdahulu?
“apa-apa pun, berhati-hati lah, jangan lah kita jadi di antara org yang menyebarkan FITNAH terhadap ULAMA2'.”
Biasanya fitnah dicetuskan oleh mereka yang berkelakuan seperti Syafiq Uniten inilah… lain yang kita pertikaikan, lain pula yang dipertahankannya.
Contoh mudah:
Tun Mahathir meramalkan, “Serangan ke atas Malaysia akan dimulakan dari selatan.”
Para ulama mengatakan ‘selatan’ itu ialah Singapura.
Dr. Azwira datangkan hujah-hujahnya mengatakan ‘selatan’ itu ialah Filipina.
Alexanderwathern membantah hujah-hujah Dr. Azwira kerana ternyata Filipina tidak berada di selatan Malaysia.
Tiba-tiba…. Datang Syafiq Uniten! Dia membantah tulisan Alexanderwathern dengan katanya:
“Tentang pembelaan terhadap Lee Kuan Yew, ramai lagi para pemimpin dunia yang membelanya. Tak lama dulu ada seminar mengenai Lee Kuan Yew, kertas kerja seminar tersebut dah pun dibukukan bertajuk: Lee Kuan Yew, Antara Fakta dan Palsu. yang diterbitkan oleh Karya Bestari.
Antara pembentangnya ialah: Fidel Castro Pervez Musharraf Sultan Brunei Thaksin hatta, Anwar Ibrahim pun membela Lee Kuan Yew juga. . Ramai saja lagi yang membela Lee Kuan Yew, apa-apa pun, berhati-hati lah, jangan lah kita jadi di antara org yang menyebarkan FITNAH terhadap pemimpin-pemimpin dunia'.”
Eh……. apa kaitan tulisan saya dengan jawapan Syafiq Uniten ini? Apa yang saya tulis dan apa pula yang dipertahankannya? Pelik kan?
Para pembaca nampak apa yang berlaku?...
Huraian contoh mudah di atas:
Rasulullah mengatakan tanduk syaitan dari Timur.
Para ulama berpendapat Timur itu termasuklah Najd.
Dr. Azwira mengatakan Timur itu ialah Iraq dan bukannya Najd. Najd terletak di timur Makkah.
Alexanderwathern membantah hujah-hujah Dr. Azwira. Kerana jelas Najd di timur Madinah.
Tiba-tiba… Datang Syafiq Uniten dengan hujah…:
“tentang pembelaan terhadap Syeikh Muhammad Abdul Wahab, ramai lagi ulama'2 yang membelanya, tak lama dulu ada seminar mengenai Syeikh Muhammad Abdul Wahab, kertas kerja seminar tersebut dah pun dibukukan bertajuk: Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab, Antara Fakta dan Palsu. yang diterbitkan oleh Karya Bestari. Antara pembetangnya ialah Dr Johari Bin Mat Dr Abdul Halim Ahmad Saising Syeikh Ihsan Bin Muhammad Bin Ayis Al-Uthari Dr. Sulaiman Al-Saloomi. Dr. H. Yunahar Iylas DR. AZZAM TAMIMI hatta, Dr Yusof Al-Qardawi pun membela SMAW saja . Ramai saja lagi yang membela SMAW, apa-apa pun, berhati-hati lah, jangan lah kita jadi di antara org yang menyebarkan FITNAH terhadap ULAMA2'.”
Apa kaitannya…?
Patutlah tersebarnya fitnah semakin menjadi-jadi….
“terima kasih alex, maaflah, kerana masa yang terhad, maka saya hanya rumuskan apa yang saya nak cakap, ringkas.. dan lagi mudah orang lain nak baca.”
Hanya dengan beberapa baris ayat ini kita mahu orang lain percaya kita bawa kebenaran?
Wallahualam.
|
|
|
| |
|
| Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name. |
|
|
|
| No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
|
|
|
|
|
Re: CUBAAN MEMBELA DR. AZWIRA (Score: 1) by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Friday, October 19 @ 09:18:12 EDT (User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/ | CUBAAN
MEMBELA DR. AZWIRA (2)
SYAFIQ UNITEN:
Posting pada: 18-10-07 22:25
isk.. saya sangka kan thread ni dah habis.
tak sangka, ada sambunganya,
tak adil rasanya kalau kita hanya melihat bantahan alex tanpa melihat buku yang
alex bantah.
jom, baca buku Dr Azwira, Siapakah ASWJ?. boleh download kat sini.
http://www.mediamax.com/naj13/Hosted/siapakah%20aswj.exe
ALEXANDERWATHERN:
Tak habis lagi Tuan Syafiq. Saya
tidak mahu meninggalkan para pembaca dalam keadaan banyak keliru,
tertanya-tanya ataupun tersalah anggap, lebih-lebih lagi jika mereka
dihidangkan dengan MAKLUMAT YANG TIDAK BENAR. Setiap tulisan kita akan diminta
pertanggungjawabannya di akhirat nanti. Sekiranya tuan mahu ia dikira selesai,
insyaallah saya tidak menyambung apa-apa lagi. Cuma mana-mana bahagian yang
tidak benar akan saya jelaskan sebagai mengakhiri diskusi kita.
Kata tuan:
“tak adil rasanya kalau kita
hanya melihat bantahan alex tanpa melihat buku yang alex bantah.”
Pembetulan yang saya mahu
pembaca faham ialah… SAYA TIDAK MEMBANTAH BUKU DR. AZWIRA sebagaimana yang tuan
dakwa, tetapi membantah salah satu tulisan Dr. Azwira tentang Najd yang
rupa-rupanya ada dalam buku itu.
Jauh bezanya antara MENJAWAB
BUKU dengan MENJAWAB SATU ARTIKEL.
Ini ‘maklumat tidak benar yang
pertama’.
Saya yakin tuan seorang yang
ikhlas, tetapi jika tuan LEBIH IKHLAS, pastinya tuan akan mengajak pembaca melihat
artikel tentang Najd sahaja yang ada dalam buku itu, kerana hanya hal itu yang
DIBINCANGKAN, bukan keseluruhan isi buku itu yang tidak ada kaitan dengan isu
Najd.
“tak adil rasanya kalau kita
hanya melihat bantahan alex tanpa melihat buku yang alex bantah.”
Perkataan TAK ADIL dalam
kata-kata tuan itu ternyata salah. Mengapa? Kerana kesleuruhan artikel Dr.
Azwira tentang Read the rest of this comment... |
|
|
|
|
|
|
|
Re: CUBAAN MEMBELA DR. AZWIRA (Score: 1) by alamlara on Friday, June 06 @ 12:53:51 EDT (User Info | Send a Message) | Hi Alex, jgn terlampau yakin sangat dengan kedudukan najd tu. Adakah anda pasti yang najd itu terletak di timur madinah atau hanya sekadar main teka atau ikut-ikut orang lain cakap aje...
cuba tengok peta map ni yang saya link di bawah: http://www.saudiarabia-chm.gov.sa/map.htm
Jadi jangan suka sangat menabur fitnah dan dan berlagak pandai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Re: CUBAAN MEMBELA DR. AZWIRA (Score: 1) by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Friday, June 06 @ 13:35:41 EDT (User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/ | Nampaknya anda yang bertaqlid buta dengan satu peta sahaja tanpa usul periksa. Saya sudah melihat banyak peta sebelum membuktikan kesalahan Azwira.
Jangan berlagak pandai dengan ilmu yang dangkal. Lihat kedudukan Hijaz, di mana ditulis Hijaz. Fikir sendiri. Kenapa Hijaz ditulis jauh ke utara?
Jangan jadi bodoh sombong.
|
|
|
|
|
|
|
|
Re: CUBAAN MEMBELA DR. AZWIRA (Score: 1) by alamlara on Friday, June 06 @ 19:50:17 EDT (User Info | Send a Message) | Siapa yang bodoh dan siapa yang sombong sebenarnya? Hijaz adalah wilayah yang merangkumi dari utara saudi arabia sebelah barat hingga ke mekah dan madinah. Jadi peta tu memang tak salah letak hijaz tu ke utara. Hanya orang seperti awak yang menganggap hijaz tu hanya mekah dan madinah dan juga menganggap najd itu riyad. Awak hanya memalukan diri sendiri dan menunjukkan betapa bodoh dan sombongnya awak ini. Menganggap diri terlampau pandai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Re: CUBAAN MEMBELA DR. AZWIRA (Score: 1) by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Friday, June 06 @ 21:52:39 EDT (User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/ | Jawapan sudah saya buat awal-awal di SINI. Saya petik sebahagian tentang Hijaz dan Najd.
ULASAN:
Jadi
Alamlara menilai diri kita berdasarkan nilai dirinya. Dengan satu peta yang
ditemuinya, cukuplah dia bertaqlid buta lalu mempertikaikan kebenaran orang
lain. Sebenarnya sebelum membuktikan pembohongan Azwira, saya terlebih dahulu
sudah melihat beberapa buah peta. Setelah yakin, barulah saya mempertikai dan
membetulkan apa yang salah.
Sebaik-baik
sahaja membaca komen ini, terus saya mencapai dua buah buku atlas yang memang
saya letakkan di tempat yang hamper dan mudah dicapai. Kemudian saya cari
laman-laman peta Arab Saudi di internet. Akhirnya kebenaran bertambah-tambah
benar.
Baiklah.
Mari kita sama-sama melihat peta yang dibekalkan oleh Alamlara di http://www.saudiarabia-chm.gov.sa/map.htm [www.saudiarabia-chm.gov.sa]
. Peta ini kononnya membuktikan Najd tidak
terletak di Timur Madinah sebagaimana yang kita semua tahu. Pada peta ini, Najd
ditulis di sebelah kanan Mecca
(Makkah). Maksudnya Najd di Timur Mekah. Jadi, saya sudah buat kesalahan, main
teka-teka, sekadar ikut cakap orang, menabur fitnah dan berlagak pandai.
Tak
apalah. Di akhir nanti kita sama-sama lihat siapa sebenarnya yang sudah
melakukan kesalahan, main bantai saja, sekadar bertaqlid dengan peta yang dia
sendiri tidak faham, memfitnah Alexanderwathern dan berlagak pandai. bersambung...
|
|
|
|
|
|
|
|
Re: CUBAAN MEMBELA DR. AZWIRA (Score: 1) by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Friday, June 06 @ 21:54:12 EDT (User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/ | MASALAH
HIJAZ
Pada peta
yang ditaqlid oleh Alamlara itu, ada tertulis wilayah ‘Hijaz’. Cuba kita
perhatikan. Ia ditulis nun jauh ke utara Madinah. Berdasarkan pemahaman
Alamalara membaca peta, maksudnya Hijaz itu terletak di utara Madinahlah ya?
Petikan
dari Wikipedia http://id.wikipedia.org/wiki/Hijaz [id.wikipedia.org]
:
“Hijaz (juga Hejaz, Hedjaz)
adalah sebuah wilayah di sebelah barat laut Arab Saudi [id.wikipedia.org];
kota utamanya adalah Jeddah [id.wikipedia.org], namun
wilayah ini lebih dikenal sebagai tempat terletaknya kota suci Mekkah [id.wikipedia.org]. Sebagai
sebuah wilayah, Hijaz — karena menjadi lokasi bagi tempat-tempat suci
agama Islam [id.wikipedia.org],
mempunyai kepentingan dalam lanskap sejarah dan politik Arab [id.wikipedia.org]
dan Islam [id.wikipedia.org].”
Lihat
peta berwarna untuk wilayah Hijaz di http://en.wikipedia.org/wiki/Hejaz [en.wikipedia.org]
.
Kesimpulannya,
Mekah, Madinah dan Jeddah berada dalam wilayah Hijaz. Tapi kalau kita berguru
kepada Alamlara akan cara membaca peta (menggunakan peta yang dibekalkannya), nampaknya
Mekah dan Jeddah sudah terkeluar dari wilayah Hijaz. Perkataan Hijaz ditulis
nun jauh ke atas!
Bertulkah
cara Alamlara membaca peta? Pastinya salah! Peta yang ditaqlidbutanya itu
adalah peta yang lemah. Perkataan Hijaz sepatutnya diletakkan di tengah-tengah
wilayah itu iaitu antara nama Medina dan Mecca.
Sebagaimana
kelemahan pelukis peta itu meletakkan nama Hijaz, begitu jugalah kelemahannya
dalam meletakkan nama ‘Najd’. Sepatutnya
perkatan Najd diletakkan di tengah-tengah (ataupun lebih kurang tengah-tengah)
wilayah itu iaitu di Riyadh.
Berdasarkan garis llintang, Madinah dan Riyadh
segaris. Maksudnya, lebih tepat lagi Najd itu
di Timur Madina
Read the rest of this comment... |
|
|
|
|
|
|
|
Re: CUBAAN MEMBELA DR. AZWIRA (Score: 1) by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Friday, June 06 @ 21:55:05 EDT (User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/ | TERIMA
KASIH KEPADA ALAMLARA
Pertamanya,
terima kasih kerana memberi bahan ‘update’ untuk blog saya. : )
Keduanya,
terima kasih kerana anda telah mengukuhkan hujah-hujah saya yang mengatakan
Azwira memang salah dalam menentukan kedudukan Najd.
Azwira mengatakan Najd yang dimaksudkan dalam hadis itu terletak di Timur Laut
Madinah iaitu di Iraq, sedangkan anda mengatakan Najd
itu terletak di Tenggara Madinah. Makin jauh nampaknya. : )
KESIMPULAN
Jadi siapa
sebenarnya yang sudah melakukan kesalahan, main bantai saja, sekadar bertaqlid
dengan peta yang dia sendiri tidak faham, memfitnah Alexanderwathern dan
berlagak pandai? : ) TAMAT PETIKAN.
|
|
|
|
|
|
|
|
Re: CUBAAN MEMBELA DR. AZWIRA (Score: 1) by alamlara on Friday, June 06 @ 22:39:39 EDT (User Info | Send a Message) | Ya Allah... betapa bengapnya alex ni baca peta... walaupun dia dah baca banyak peta tapi masih bebal lagi.. memang bebal betul. Peta yang saya bagi tu ( http://www.saudiarabia-chm.gov.sa/map.htm ) memang lah tak ade ditunjukkan sempadan wilayah hijaz tu. Dan siapa pulak kata Mekah bukan dalam wilayah hijaz? Yang saya kata orang macam awak ni yang anggap mekah dan madinah sahaja yang ada dalam wilayah hijaz. Malah hijaz sebenarnya dari sempadan semenanjung senai termasuk bandar tabuk di utara hingga ke selatan melepasi kota mekah . Ia memanjang seperti negeri sarawak dimana kuching di selatan. dan Kita tidak pula meletakkan nama sarawak itu di bandar kuching sebab negeri/wilayahnya memanjang. sama juga dalam kes hijaz ini dimana wilayahnya memanjang dan mekah terletak di selatan wilayah Hijaz sama seperti kuching di sarawak. Seperti juga najd, Riyadh itu terletak di utara wilyah Najd, sedangkan sebahagian besar wilayah najd ini terletak di timur mekah. Dan penulis blog ini (alex) yang terasa terlampau pandai, hanya merujuk riyadh sebagai najd.
Demi untuk menutup malunya penulis blog ni pun katakan saya ni bertakliq satu peta sahaja, dan memutarbelitkan kenyataan saya serta peta yang saya lampirkan itu. Malah laman web yang dia lampirkan dengan jelas menunjukkan wilayah hijaz itu.. Cuma dia sememangnya terlampau bengap dalam membaca peta
|
|
|
|
|
|
|
|
Re: CUBAAN MEMBELA DR. AZWIRA (Score: 1) by alamlara on Friday, June 06 @ 23:11:06 EDT (User Info | Send a Message) | Lihat statement Alex yang memutar belitkan peta dan statement saya:
"Pada peta
yang ditaqlid oleh Alamlara itu, ada tertulis wilayah ‘Hijaz’. Cuba kita
perhatikan. Ia ditulis nun jauh ke utara Madinah. Berdasarkan pemahaman
Alamalara membaca peta, maksudnya Hijaz itu terletak di utara Madinahlah ya?"
Dengan angkuh dia mengatakan berdasar pemahaman alamlara, sedangkan yang sebenarnya ayat yang ditulis itu atas pemahaman bebal Alex (penulis blog ini) terhadap peta yang saya lampirkan yang mendakwa Hijaz itu seakan sebuah kota yang terletak di atas kota madinah. Sedangkan hijaz adalah satu wilayah yang besar merangkumi madinah dan mekah di selatan dan tabuk di utara. Lihat lah bagaimana dia cuba memutarbelitkan satetment seseorang dengan putar belit fakta... Ini juga menunjukkan betapa sempit Ilmu alam alex ini dan kurang selidik terhadap sesuatu perkara yang sukar kita mahu dijadikan rujukan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|