BERSAMA ALEXANDERWATHERN
 
 
•  Home  •  Downloads  •  Your Account  •  Forums  •
 
 
SENARAI MODUL
· Home
· AKAUN ANDA
· ARKIB-SIMPANAN
· CARI
· DOWNLOADS
· FORUM
· GALERI GAMBAR
· KAJI SELIDIK
· LINK BERMANFAAT
· MAKLUMBALAS
· MESEJ PERIBADI
· PESANAN RINGKAS
· PROMOSI LAMAN INI
· SEMUA KARYA ALEX
· SENARAI AHLI
· STATISTIK
· TOP 10
MAKLUMAT PENGGUNA
Welcome PENGUNJUNG


Nickname

Password

 

Membership

 · New Today

4

 · New Yesterday

6

 · Overall

738


Latest 3 Members
 01:Nov 21, 2009ASClupoblibia
 02:Nov 21, 2009ksizezzz
 03:Nov 20, 2009ViagraCialis

People Online

 Visitors (0%)

 Members (0%)

 Total online

0


Most Ever Online

 · Total

89

 · Members

1

 · Visitors

88


Total Hits
 · Daily

883

 · Average Hits

1526

 · Total Hits

1020061


Download Stats
 ·Total Files

 ·Total Categories

 ·Files Downloaded

 ·Data Sent

B


   Nuke Info
 ·Active Staff

1

 ·Active Topics

10

 ·Active Stories

467

 ·Total FAQ

 ·Total Reveiws

 ·Forum Posts

779

 ·Forum Topics

333

SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI?
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here
DEDAUNAN TAJDID SEGAR

LOKASI PENGUNJUNG
Locations of visitors to this page
Sape Nak Main Ngan Caye...?
UNDI BLOG INI
Malaysian Muslim Blogs
UNDI LAGI
Ukhwah.com :: Top Blog
Azharian's Topsite
BKPJM TOP BLOG
AL-AZHAR`s TOPSITES

Featured Links: Caribbean Medical Schools @ Free PHP-Nuke Portal
KESUDAHAN DISKUSI ALEX (Islam)-CARLISTA (Kristian)
Posted on Saturday, November 17 @ 08:22:19 EST by alexanderwathern
AGAMA-AGAMA DUNIAKESUDAHAN DISKUSI ALEX (Islam)-CARLISTA (Kristian)
 

*Untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik, para pembaca hendaklah membaca terlebih dahulu:
 

TEGUR SAPA ANNA VELITA
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=237&mode=&order=0&thold=0
 

dan kemudiannya:
 

PENJELASAN BUAT CARLISTA JEREMY (Kristian)
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=250&mode=&order=0&thold=0

Salam kebenaran Carlista,
 

Nampaknya anda tidak berminat untuk bertukar-tukar fikiran dengan cara yang sepatutnya berlaku.Anda meninggalkan begitu banyak persoalan yang tidak mampu anda kupas, anda menjawab secara keseluruhan dan memilih apa yang mampu dijawab sahaja. Dengan cara begini, apa bentuk diskusi pun tidak akan mencapai apa-apa kejayaan, apatah lagi dalam usaha untuk mempastikan kebenaran mutlak dan dalam hal ehwal agama.
 

Kaedah anda menilai benar salah sesuatu agama berdasarkan pemerhatian di Malaysia sahaja… pasti tidak relevan.
Kaedah menilai benar salah sesuatu agama berdasarkan kemajuan duniawi juga tidak benar.
Kaedah menilai benar salah sesuatu agama dengan melihat perlakuan umatnya juga telah kita jelaskan sebagai tidak relevan.
 

Selain itu, setelh saya membuat ebberapa pendedahan, anda tidak berani membandingkan kekejaman pemerintah agama lain terhadap umat Islam berbanding kebaikan pemerintah Malaysia terhadap umat Kristian dan umat agama lain, sedangkan pada awalnya anda cuba menggambarkan pemerintah Islam Malaysia begitu kejam terhadap penganut agama lain. Mengapa ini berlaku? Kerana jelas hujah anda sebelum ini sangat tidak kukuh dan bakal berbalik menunjukkan kekejaman yang bukan Islam.
 

Anda juga tidak menjawab persoalan:
 

MULA [Anda sendiri bagaimana? Anda mengamalkan dan mengimani Bible?
 

Jawapan: ……………
 

Jika anda mengimaninya, adakah keseluruhan Bible ataupun bahagian-bahagian tertentu sahaja?
 

Jawapan: …………………….
Jawapan kedua ini sangat penting bagi diskusi kita.] TAMAT
 

Anda tahu… jika anda mengaku beriman dengan keseluruhan Bible, anda terpaksa betanggungjawab ke atas banyak perkara dengan saya. Jika anda mengaku mengimani sebahagian sahaja daripada Bible, anda bukan penganut agama Kristian. Kedua-dua pilihan jawapan mengundang risiko. Sebab itu anda terpaksa berdiam diri.
Tidak mengapalah, saya sudah mendapat apa yang saya mahu.
 

Seterusnya anda pertikaikan SECARA KESELURUHAN jawapan saya kepada Anna, kononnya mengandungi perkara-perkara tidak benar tetapi apabila saya minta anda kemukakan hujah-hujah anda, tidak ada sebarang pertanggungjawaban. Nampaknya sekadar dakwaan kosong sajalah.
 

Kata saya dulu:
 

MULA [Jika benar anda mencari kebenaran dan berhati ikhlas, kita bincang secara terperinci. Ini soal agama, bukan boleh dibincang seimbas lalu sahaja. Gagal dalam agama di dunia, maksudnya gagal selama-lamanya di akhirat, iaitu gagal yang bertrillion-trillion tahun…
 

Daripada hujah-hujah kita itu nanti, dapatlah orang menilai sejauhmana kefahaman kita akan agama kita selama hari ini… adakah kita beriman atas dasar kebenaran, ataupun sekadar mengikut-ikut ataupun beriman buta.] TAMAT
 

 

Banyaklah lagi yang ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebarang pertanggungjawaban. Tidaklah saya ulas semula di sini kerana jelas tidak ada gunanya jika perbincangan ini tidak dibawa dalam bentuk mencari kebenaran tetapi sekadar perbincangan ‘DAKWAAN-DAKWAAN KOSONG sahaja.
 

Jadi selepas ini saya tidaklah akan menjawab apa-apa lagi kerana anda tidak sanggup mematuhi adab-adab dalam diskusi. Saya kira semuanya tamat di sini sahaja. Diminta beritahu aliran Kristian anda pun anda tidak berani menyatakannya… Eloklah tamat di sini saja.
 

 

Berikutnya, sebagai balasan kepada dakwaan-dakwaan terbaru anda, saya menjelaskannya sebagimana di bawah.
 

 

DAKWAAN ANDA:
 

Sebagai contohnya, adalah tidak mungkin seseorang yang tidak mendapat pendidikan formal dalam Kristian boleh mengajar tentang Kristian kerana penjelasan yang akan dibuatnya adalah lebih kepada Versi agama yang dibawanya.. Dalam kata lain, sekiranya saya belajar Quran dan mengajarkannya kepada penganut Islam, ia seumpama tidak masuk akal... Saudara boleh mengajar Anna Velita tentang Islam, itu tepat! Tapi layakkah saudara mengajar beliau tentang Injil? Tidak...! Sebab Injil yang saudara ajarkan itu MIRIP kepada kemahuan agama iSlam sendiri.


PENCERAHAN:
 

Sudah saya jawab dengan panjang lebar, harap anda baca sekali lagi.
 

MULA [ALLAH YANG BERI PEMAHAMAN, BUKAN GURU
 

CARLISTA menulis:
“Adakah seorang Guru Matematik yang dapat ijazah daripada Guru pendidikan Seni .. Saudara tidak belajar entang Bible, kandungan yang sebenar tetapi cuba mentafsir dengan kebijaksanna sendiri... “
 

ALEXANDERWATHERN menjelaskan:
 

Guru Matematik dapat ijazah daripada guru Pendidikan Seni…?
Bergantung kepada ijazah yang anda maksudkan. Jika anda maksudkan ‘ILMU’ dan kefahaman, memang BOLEH. Jika anda maksudkan DOKUMEN PENGESAHAN, memang tidak boleh.
Yang mana satu?
 

Saya berikan contoh.
 

Contoh diri saya sendiri. Saya tidak pernah belajar Pendidikan Seni secara formal menyebabkan saya tidak ada sebarang dokumen pengesahan/ diploma/ ijazah dan sebagainya dalam bidang berkenaan.
Namun begitu saya pernah belajar ilmu lukisan daripada seorang yang bukan guru Pendidikan Seni, malahan bukan guru pun tetapi hanya ‘budak pejabat’. Saya belajar dengannya selama satu jam sahaja. Selepas itu saya pulang ke rumah dan terus melukis.
 

Hasilnya, saya berjaya menjual lebih seratus buah lukisan pemandangan setakat hari ini. Itu pun setelah saya menolak banyak permintaan kerana kekurangan masa. Beberapa lukisan saya peringkat awal boleh anda lihat di blog saya. Saya tidak ada sebarang dokumen pentarafan apatah lagi ijazah.
 

Beberapa orang rakan saya memperolehi ijazah daripada universiti-universiti tempatan dalam bidang Pendidikan Seni. Apa yang saya lihat, mereka tidak mampu memasarkan hasil karya mereka, bahkan belajar daripada saya pula. Maksudnya mereka mengiktiraf kemampuan saya.
Jadi, tanpa belajar dengan seorang pensyarah/ guru Pendidikan Seni, saya memiliki ilmu berkenaan bahkan melebihi pula mereka yang belajar dan ada dokumen pengesahan.
 

Maksudnya, tidak mustahil saya mampu memahami Bible lebih daripada orang Kristian sendiri tanpa perlu masuk kelas teologi bertahun-tahun di Eropah.
 

Boon Siew jutawan Honda Malaysia asalnya seorang yang tidak tahu membaca dan menulis ketika mula-mula melibatkan diri dengan perniagaan Honda. Kalau mengikutkan formula anda, mana mungkin Boon Siew boleh berjaya dan menjadi jutawan. Tapi itulah yang berlaku. Dia tidak ada sebarang dokumen pengesahan tentang kelayakannya dalam ilmu perniagaan.
 

Ahmad Deedat asalnya seorang peniaga gula dan garam. Dia tidak pernah belajar Bible secara formal dengan mana-mana tokoh Kristian. Namun akhirnya dia berjaya mengalahkan para paderi dalam dialognya dengan mereka di seluruh dunia.
 

Kamera Kodak dicipta oleh seorang kerani bank bernama George Eastman.
 

Mesin tunai telah dicipta oleh seorang pemilik restoran.
 

Potato Chips telah dicipta oleh seorang tukang masak biasa.
 

 

Selain itu, anda mendakwa saya tidak mentafsir ayat Bible dengan betul. Untuk itu, saya ingin melihat apa tafsiran anda tentang ayat-ayat ini:
 

“Pada waktu itu berkatalah Jesus: "AKU BERSYUKUR KEPADA-MU BAPA- TUHAN LANGIT DAN BUMI, kerana semuanya itu Engkau sembunyikan bagi orang bijak dan orang pandai, tetapi Engkau nyatakan kepada orang kecil.”
(Bible Matius 11: 25)
 

“Inilah kehidupan yang kekal, iaitu supaya mereka mengenal ENGKAU TUAHN YANG ESA (Satu), dan Jesus Kristus yang telah Engkau suruhkan itu.”
(Yahya 17:3)
 

“Dan janganlah kamu menyebut sesiapapun Bapa di bumi ini, kerana ada satu sahaja Bapamu, iaitu DIA YANG DI SYURGA.”
(Matius 23:9)
 

"Kita juga tahu bahawa ALLAH HANYA SATU IAITU BAPA tidak ada yang lain. Sekali pun banyak yang disebut dewa dan tuhan, baik di syurga MAHUPUN YANG DI BUMI, tetapi bagi kita Allah hanya satu. Dia Bapa yang menciptakan segala sesuatu, dan untuk Dialah KITA hidup.”
(Korintus 1 8:5-6)] TAMAT
 
Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Related Links
· More about AGAMA-AGAMA DUNIA
· News by alexanderwathern


Most read story about AGAMA-AGAMA DUNIA:
DIALOG ISLAM (Malaysia) - KRISTIAN (Indonesia)

Article Rating
Average Score: 5
Votes: 1


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Printer Friendly

"LOGIN-AHLI MASUK DI SINI" | Login/Create an Account | 5 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: KESUDAHAN DISKUSI ALEX (Islam)-CARLISTA (Kristian) (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Saturday, November 17 @ 08:32:59 EST
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/
DAKWAAN ANDA:
 

Apabila saudara membangkitkan nama Deedat, saya mengetahui bahawa dia juga mempelajari kitab bukan dengan orang Kristian tetapi mengikut kepercayaannya sendiri. Mengikut analisisnya, mengikut imannya dan bukannya kepada yang sepatutnya. Anggapan bahawa dia mengalahkan Paderi adalah tambahan point saudara... tidak masuk akal bagi kami! Saya pernah mengikuti perbahasan beliau dengan seorang Kristian. Itupun bukan Padri.
 

PENCERAHAN:
 

Sama juga dengan penganut agama Kristian hari ini. Mereka ,mempelajari Injil bukan dengan para pembawa agama Jesus yang sebenar. Mereka sekadar mengikut kepercayaan sendiri, analisa sendiri dan iman sendiri. Sebab itu banyak perbezaan antara ajaran Injil sebenar dengan ajaran Kristian hari ini. (Satu contoh, anda boleh lihat maksud sebenar perkatan ELOHIM di bawah nanti).
 

 

Nampaknya anda sangat kekurangan pengetahuan tentang agama Kristian dewasa ini termasuklah kekalahan para paderi kepada Ahmad Deedat. Sebegitu banyak kali Ahmad Deedat berdebat dengan para paderi, banyak buku diterbitkan malah rakaman audio dan video. Debatnya berlangsung di serata dunia, bahkan 30,000 orang menghadirinya di ALBERT HALL, London dan lebih 30,000 lagi di Green Point. Perdebatannya di serata dunia termasuklah di Afrika Selatan (asalnya), Ireland, Kanada, Hong Kong, Singapura, India, Zimbabwe, Mauritania dan Malawi.
Hairan lagi tidak masuk akal, bagaimana anda yang seorang Kristian dan berbicara tentang Kristian di mata umum boleh tidak tahu…
 

 

Saya beri beberapa contoh:
 

Ahmad Deedat berdialog dengan Pastor Stanley Sjoberg, seorang ketua gereja di Stockholm. Dialog berlangsung di Sweden dan dipengerusikan oleh Sister Mary Nelson.Temanya ‘Adakah Bible Kalam Allah Yang Sebenar?”
 

Antara perkara yang gagal dijawab oleh Stanley Sjoberg ialah Bible yang mana satukah yang hendak dibincangkan pada malam itu? Yang mana satu Firman Tuhan yang sebenar? Adakah Rhemish Version/ Blue Version, Schofield Reference Bible, Bible
Read the rest of this comment...



Re: KESUDAHAN DISKUSI ALEX (Islam)-CARLISTA (Kristian) (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Saturday, November 17 @ 08:34:14 EST
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/
DAKWAAN ANDA:
 

Begitu juga apabila dinyataka bahawa 50 000 kesalahan besar dalam Bible. Siapa cakap? Penganut Kristian ke? Atau musuh Kristian?.. Atau kerana nama orang tersebut adala jenis nama ORANG PUTIH maka saudara mendakwa itu orang Kristian sendiri yang cakap. Kalaulah Kristian yang mendakwa demikian, itu mungkin menjadi cerita lain.. Dan setiap orang yang cuba merosakkan Bible adalah orang yang tidak puas hati terhadap Bible..iaitu Islam.


 

PENCERAHAN:
 

Sekali lagi anda mempamerkan kekuarangan pengetahuan am anda tentang agama sendiri.
 

Saya petik semula:
 

MULA [Majalah "AWAKE" bertarikh 8 September 1957 menerbitkan tajuk berita berikut "50,000 Errors in the Bible" di mana mereka berkata:
 

             "... terdapat lebih kurang 50,000 kesilapan di dalam Bible... kesilapan yang menyusup masuk ke dalam teks Bible... 50,000 KESILAPAN YANG SERIUS".
 
            Bagaimana sebuah kitab suci boleh ada 50,000 kesilapan, bahkan kesilapan serius? Alkitab yang buat salah ataupun para ilmuan Kristian?
 

Dalam pendahuluan Bible versi RSV (Revised standard Version) 1971, terpampang di sana:
            "... Namun King James Version mengandungi KESILAPAN YANG BERAT."
Selanjutnya ditulis:
            "... kesilapan ini BEGITU BANYAK DAN SERIUS sehingga memerlukan semakan semula"
           
            Bayangkan, versi King James yang sebelum itu dipuji sebagai yang terbaik, paling tepat, terunggul dan sebagainya itu rupa-rupanya mengandungi begitu banyak kesilapan serius! Ba

Read the rest of this comment...



Re: KESUDAHAN DISKUSI ALEX (Islam)-CARLISTA (Kristian) (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Saturday, November 17 @ 08:35:19 EST
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/
DAKWAAN ANDA:
 

Hal agama adalah hal yang besar. Saya memberikan contoh2 perumpamaan, tetapi saudara melihatnya sebagai contoh secara realiti dengan mengambil contoh penciptaan2 sesuatu itu oleh orang yang berbeza bidang kepakarannya. Hal itu mesti boleh, tetapi hal agama tidak mungkin, malangnya, itulah sandaran saudara. Dalam kuliah universiti misalnya, Subjek seperti Falsafah Perbandingan Agama diajar pada persfektif Islam, Buku Rujukan daripada penulis Islam dll.. Bagaimanakah itu mungkin menjadi satu pengajaran yang adil kepada semua pelajar kerana ilmu yang disampaikan lebih MENGANGKAT Islam sendiri.
 

PENCERAHAN:
 

Dalam hal agama tidak mungkin? Telah saya buktikan boleh melalui pendedahan Ahmad Deedat tentang maksud sebenar ELOHIM, TOTHEOS dan HOTHEOS yang selama ini tidak pernah didedahkan oleh para paderi kepada umat Kristian sendiri. Para paderi tidak dapat menolaknya kerana hal itu memang benar dan akhir-akhir ini mereka terpaksa memberitahu juga maksud sebenar perkataan-perkataan itu.
 

Umat Islamlah juga yang mengajar betapa banyaknya pertentangan antara ayat-ayat Bible. Jika diharapkan kepada para paderi, mereka tidak akan memberitahu hal ini.
 

Yang mengatakan Bible memiliki beberapa kesilapan serius, telah saya jelaskan sebelum ini. Bukan umat Islam ataupun musuh Kristian yang mengatakannya. Petik semula:
 

MULA [Yang mengatakan Bible hari ini memiliki banyak kesilapan berat lagi serius ialah 32 SARJANA AGAMA KRISTIAN, yang dibantu oleh satu jawatankuasa penasihat, yang mewakili 50 MAZHAB AGAMA KRISTIAN! Bukannya para paderi biasa yang ada di gereja-gereja seluruh Malaysia dan Indonesia. Bukannya seorang peminat agama atau pengkaji agama Kristian. Bukannya orang Kristian yang baru masuk agama Kristian.] TAMAT
 

Anda tolong selidik sendiri dalam pendahuluan Bible versi RSV (Revised Standard Version) 1971. Anda akan lihat kebenarannya.
 

 

 

DAKWAAN ANDA:
 

SAYA BARU MENGHENTAP UMAT TETAPI SAUDARA SUDAH MENGHENTAM BIBLE!...
 

 

 


Read the rest of this comment...



Re: KESUDAHAN DISKUSI ALEX (Islam)-CARLISTA (Kristian) (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Saturday, November 17 @ 08:54:04 EST
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/
DAKWAAN ANDA:
 

Apabila saudara menjawab soalan Anna Venita tentang Bible mengikut pemahaman saudara, saya awal-awal lagi yakin dan percaya bahawa ajaran itu tidak tepat mengikut ajaran Kristian yang sebenar, dan sebab itulah saya juga tercabar untuk memperlihatkan ajaran Islam mengikut apa yang keluar dari fikiran saya. Syukur! SAYA BARU MENGHENTAP UMAT TETAPI SAUDARA SUDAH MENGHENTAM BIBLE!...



PENCERAHAN:
 

Anda mendakwa apa yang saya kata tentang Bible/ pemahaman saya tentang Bible adalah tidak benar. Ternyata anda sendiri tidak mampu menunjukkan apa yang tidak benar itu sampailah sekarang, sekadar cakap sahaja, “Alex cakap tak betul!”. Apabila ditanya , “Bahagian mana tidak betul? Apa sandaran anda mengatakan tidak betul?”, terus diam tidak berani memberi apa-apa bukti. Kalau beginilah caranya, saya juga boleh buat dakwaan kosong, “Semua paderi dan penganut agama Kristian di Malaysia dan Indonesia adalah para pengganas”. Apabika ditanya bukti, saya diam sahaja. Betulkah ini cara yang Tuhan mahu?
 

Sedangkan pemahaman anda tentang Islam itu telah saya kupas satu-persatu dan berjaya menunjukkan betapa salahnya cara pemahaman begitu.
 

Jadi, pemahaman saya tentang Bible mempunyai hujah-hujah yang kukuh sedangkan pemahaman anda tentang Islam berdasarkan dakwaan-dakwaan kosong sahaja. Hal ini dua situasi yang berbeza, jangan anda cuba samakannya.
 

 

DAKWAAN ANDA:
 

Apapun, untuk saudara saya menasihatkan supaya apabila saudara menjawab soalan Anna Vellita, ajar dia dengan Islam, untuk Kristian suruhlah dia untuk berjumpa dengan orang yang sepatutnya dan bukannya saudara ajarkan kedua-duanya sekali.. Lagipun pemahaman Bible saudara mengikut kefahaman sendiri.
 

 

PENCERAHAN:
 

Kita lihat semula soalan Anna:
 

[ANNA VELITA Posted: Mon Sep 24, 2007
saya memerlukan nasihat daripada tuan...kerana saya masih terumbang-ambing untuk mencari agama sebenar
 


Read the rest of this comment...



Re: KESUDAHAN DISKUSI ALEX (Islam)-CARLISTA (Kristian) (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Saturday, November 17 @ 12:40:49 EST
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/


 
 
iLuvislam.com Top Blog





ISMA IKHWAN ABIM JIM PESANTREN VIRTUAL PAS HIZBUT-TAHRIR HALUAN RUFAQA NAHDATUL ULAMA MUHAMMADIYAH

PERINGATAN: Laman ini khususnya sebagai rujukan kepada ahli keluarga, anak-anak murid dan rakan-rakan

PONDOK TAMPIN   BAHAN TARBIYYAH   ALJOOFRE   HEMBUSAN   SERBAN PUTIH   EPILOG SISWA   ADNAN FADZIL   WANGIAN CEMPAKA    ALEXANDARICAIRO   TR_CHAMP   ONE-G   AL-HIKMAH   ALBAZRAH    STRAWBERRY & DANDELION   PRO-TAJDID SEGAR   SHARPEST SWORD  AL-FANSURI   NAQS HAQQANI   BAHRUS SHOFA   PAHLAWAN SRIKANDI   ZAHRAANNUR   JIHAD WAHABI   AZ ABRAR   AL QASAM   ABU HANAAN    BUDAKMENULIS   PcMUJAHID   ANJUNG LARIK   ORDINARY PAPA   IBNU MAJID   ULAMA UMMAH   SINAR KEIMANAN   AIMINABIHAH   DAULAH ISLAMIAH   NURHAWARIYYUN   DISERTASI   PASIR MAS   SUNGAI UDANG   IBNU QALIL   SAUJANA HIKMAH   IBNU RUHUDDIN   TINTA PERMATA   IBNU ZACK   AZHAR JAAFAR   WARDATUSSAHRA   FAUZI ASMUNI   MASIDAS   ROBITAH SOFIYAH   WAJA TERENGGANU   ORANG JELAI   SATU UMAT   MENGENAL ISLAM    MENGAPA ISLAM   GHURABAA786   AERSTU   FATHER OF HANAAN   MEDIA MUSLIM   TAJDID SEGAR   AL MARBAWI   GAGASAN ASWJ   DEBUNGA SYURGA   DE HAMBRA HEIGHTEN   UKHTI 27   SALADIN CONVOY   MEDIA MUSLIM   USTAZ ROSLI DHOBY   JARUM EMAS   KHAZANAH DINIYYAH   EFFRY SAIFUL    GREEN CASTLE   IBNU QALIL   SOBAHICAIRO   FASI TERENGGANU   USTAZ SOFAN HALIM   PERINTIS UMMAH   IMAM AZHARI   ASYZ SUFI   ROUDHOTUZ ZAHRA   ILMUWAN   HAHNIF   AYASHIOKI   FIRUS FANSURI
SCENE-R   PERINTIS UMMAH   DZULHAQQ   HIZ-TOUGH   HAZMI DIBOK   NURUL AIMAN   JANNATUL-NAIM   SERULING SENJA   NABIHA AL KHALIDIY   RISALAH KERINDUAN

PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 5.55 Seconds
 
 
:: fiblack3d phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::