 |
|
 |
| |
 |
| SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI? |
|
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.
You are Anonymous user. You can register for free by clicking here |
|
|
| Sape Nak Main Ngan Caye...? |
|
|
|
|
MAULANA MUHAMMAD ZAKARIA (Tabligh)
Posted on Monday, December 03 @ 09:04:52 EST by alexanderwathern |
|
11 Rabiul Awal 1402- Maulana Al Haj Abdul Hafeez Makki (seorang ‘khalifah’ kepada MMZ) telah menziarahi makam Rasulullah. Dia ‘dengar’ daripada Rasulullah tentang hubungan tinggi MMZ dengan Tuhan (keistimewan begini biasanay berlaku ke atas para wali Allah). Hal ini disebabkan pegangannya kepada sunnah. Maulana Al Haj Al Hafiz beritahu Rasulullah yang Iqbal (penulis buku ini) sedang menyusun buku ini. Di terlihat seolah-olah Rasulullah SAW memegang beberapa lembaran kertas dan menelitinya. Rasulullah menyatakan sokongannya.
MAULANA MUHAMMAD ZAKARIA ( Tabligh)
Beberapa tahun lalu saya pernah membaca sebuah buku bertajuk ‘Hadrat Syeikh Maulana Zakariya Rahmatullah ‘Alaih- Pegangan Sunnah & Cintanya Pada Rasulullah SAW’ oleh Sufi Muhammad Iqbal. Buku ini diterbitkan oleh Darul Nu’man dan diterjemahkan oleh Abdul Aziz Abdul. Ketika membaca buku ini saya sudah tidak bersamaa Jemaah Tabligh lagi (http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=214&mode=&order=0&thold=0 ). Di sini saya ingin kongsikan isi-isi penting buku ini bersama para pembaca. (Untuk mendapatkan info terkini tentang aktiviti dakwah saudara-saudara kita dari Jemaah tabligh, para pembaca boleh ke laman PENERAJU UMAT di http://penerajuumat0.blogspot.com/ ). Saya menulis kerana kebetulan terjumpa semula nota bacaan saya itu sebentar tadi.
Maulana Muhammad Zakaria ialah seorang tokoh Ahli Sunnah wal Jamaah beraliran sufi dan seorang ulama hadis yang hebat pada zamannya. Beliaulah penerus usaha dakwah Maulana Muhammad Ilyas- pengasas Jemaah Tabligh. Karyanya yang termasyhur ialah kitab ‘Fadhail Amal’ yang kini setiap hari dibaca di serata dunia. Inilah salah satu karamahya.
Kia sangat berharap agar suatu hari Jemaah Tabligh akan menjadi salah satu tunjang dalam dakwah Tajdid Segar ( http://tajdidsebenar.blogspot.com/ ) untuk menggerakkan umat Islam sebagai ‘Gerakan Satu Umat’ bersama-sama jemaah-jemah lain, insyaallah.
Mari kita teliti isi-isi penting dalam buku yang saya maksudkan.
Amalan Maulana Muhammad Zakaria (MMZ) menunjukkan dia ‘fana’ dalam mencintai Rasulullah (Alex: Salah seorang yang fana dalam mencintai Rasulullah ialah Saidina Abu Bakar. Dia pernah memberitahu Rasulullah yang dia tidak pernah ‘terpisah’ dengan baginda walau di mana saja)
MMZ tafsirkan sunnah-sunnah Rasulullah melalui tingkah lakunya. (Alex: Keadaan ini juga berlaku kepada Maulana Muhammad Ilyas. Apabila kita terpandangkan mereka, terus kita teringatkan Rasulullah dan para sahabatnya. Kita pula…? Orang terpandang kita, adakah orang teringatkan Rasulullah dan para sahabatnya? Ataupun orang terus teringatkan bintang sukan ataupun artis…ataupun wang…?)
11 Rabiul Awal 1402- Maulana Al Haj Abdul Hafeez Makki (seorang ‘khalifah’ kepada MMZ) telah menziarahi makam Rasulullah. Dia ‘dengar’ daripada Rasulullah tentang hubungan tinggi MMZ dengan Tuhan (keistimewan begini biasanay berlaku ke atas para wali Allah). Hal ini disebabkan pegangannya kepada sunnah. Maulana Al Haj Al Hafiz beritahu Rasulullah yang Iqbal (penulis buku ini) sedang menyusun buku ini. Di terlihat seolah-olah Rasulullah SAW memegang beberapa lembaran kertas dan menelitinya. Rasulullah menyatakan sokongannya. (Alex: Kaum berfahaman Salafi Lapok @ Wahhabi sangat menentang perkara ini)
MMZ tinggal di India selama mana ‘dibenarkan’ oleh Rasulullah SAW. (Alex: Hal ini menunjukkan MMZ seorang ahli istikharah yang istiqamah)
Iqbal menulis buku ini kerana baginya akhlak MMZ adalah akhlak Rasulullah SAW.
Menurut Iqbal, MMZ sudah sampai ke peringkat “Kamilin’.
Tingkatan MMZ ialah Imam Syariat dan Tariqat dan berkedudukan sebagai Qutubul Iqtab.
Buku ini adalah perantaraan untuk memperolehi ‘faiz’ (manfaat ruhaniah daripad seorang syeikh). Ia akan menghasilkan kecintaan dan hubungan akrab dengan MMZ.
Abu Sulaiman ad-Darani telah menerima beberapa pandangan ghaib tetapi dia sesuaikan terlebih dahulu dengan Al Quran dan Sunnah. (Alex: Inilah yang mesti kita lakukan. Jangan asal terima ilham (laduni) saja terus amal tanpa usul periksa kerana laduni tidak sekuat wahyu. Wahyu disahkan oleh Jibril tetapi laduni tiada pengesahan seperti itu)
MMZ mengarang kitab Aujaz dan Bazal (tafsir hadis), 40 tahun baru siap. Setelah siap, dia tidak dapat hak cipta terpelihara. Orang lain yang buat duit atas kitab ini tetapi MMZ tak kisah. Hanya Allah yang akan memberi ‘upah’ kepadanya. Keuntungan yang diperolehinya adalah lebih rendah daripada kos yang dikeluarkan. (Alex: Dalam berdakwah, janganlah fikirkan keuntungan sangat. Apa yang boleh diberi percuma, berilah percuma kalau ada kemampuan. Dalam dakwah Tajdid Segar, hal ini ditekankan. Beberapa belas tahun lalu, pernah timbul isu kononnya Dr Haron Din ‘demand’ ceramahnya RM 9 ribu setiap sesi. Padahal Dr Haron Din tak tahu pun dia dibayar ataupun tidak. Agaknya beliau beri nombor akaun dan tak periksa pun jumlahnya (berlawanan dengan sikap Ummu Hadhari…). Syeikh Nuruddin Al-Banjari juga seorang pendakwah yang murah hati, sanggup keluar duit untuk anak murid. Ustaz Ashaari Muhammad (dari sisi positifnya) seorang dermawan yang luar biasa. Jika dia makan di restoran, kadang-kadang dibayarnya semua makan minum pelanggan, tidak kira Muslim ataupun bukan. Jika dia membeli barang di pasar, dibayarnya belian orang yang ada di kiri kanannya sekali. Kalau dulunya pada hari Jumaat, apabila makan di restoran Rufaqa’ kita boleh bayar ikut suka- sikit ataupun banyak. Yang terkini, restoran Rufaqa di tempat saya buat setiap hari. Mereka tak kisah banyak mana yang kita makan dan berapa yang kita hendak bayar. Letak saja dalam tabung ataupun atas meja. Jangan kita jadi macam satu ‘puak tu’… asal seminar saja kita kena bayar…)
MMZ bermimpi jumpa Rasulullah SAW. Dalam mimpi itu Rasulullah mengiktiraf kitab-kitab tertentu.
MMZ dalam Khasail Nabawi (tafsir Syamail Turmizi) mengatakan serban adalah sunat mustammara (sunat yang berterusan).
Antara hadis dan riwayat yang dipetik oleh MMZ:
“Pakailah serban maka kesabaranmu akan bertambah.”
Seorang bertanya kepada Abdullah bin Umar: “Adakah serban itu sunnah?” Djawab: “Ya, ia satu sunnah.”
“Pakailah serban. Serban adalah tanda Islam dan membezakan orang-orang Islam dengn orang-orang kafir.”
Kata Jabir: “Ketika Rasulullah masuk Kota Mekah, baginda memakai serban hitam.”
Kata Umar bin Haris: “Aku melihat serban hitam di atas kepala Rasulullah.”
Kata Umr bin Haris: “Seolah-olah terbayang di depan mataku bahawa Rasulullah sedang membaca khutbah di atas mimbar memakai serban dan kedua-dua hujungnya tergantung di depannya di anatar kedua-dua bahunya.” (Muslim & Nasa’i)
MMZ sentiasa berserban kecuali ketika sakit kepala.
Kata Iqbal (penulis)- Tetapi tidaklah wajar bagi mereka yang tidak ada alasan yang sah meninggalkan sunnah (berserban) ini semata-mata kerana malas.
Jaket MMZ ada pada Iqbal mempunyai 100 tampalan tetapi wangi seperti wangi bau tubuh MMZ.
MMZ tidak bersetuju (dalam beberapa perkara) dengan Al-Maududi dan Jamaat Islami. Selama empat bulan siang dan malam beliau mengkaji buku-buku Jamaat Islami dan mengatakan yang dia tak mungkin akan mengikut Jamaat Islami. (Alex: Sehingga kini para pemimpin kedua-dua jemaah belum bekerjsama dalam hal-hal yang disepakati. Insyaallah dalam dakwah Tajdid Segar, perkara ini akan berlaku apabila jemaah-jemaah ini sudah bersedia untuk bergerak sebagai satu umat, tidak sekadar bergerak secara satu-satu jemaah sahaja)
Tempat tidur MMZ ialah kulit binatang yang disumbat dengan sabut-sabut kurma/ tamar. (Alex: Semoga tempat tidurnya di syurga penuh kenikmatan).
Begitulah kisahnya.
Saya punya banyak nota bahan bacaan tetapi berselerak dan entah di mana-mana. Jika ada lagi, insyaallah dapat kita kongsi bersama.
Wallahualam.
‘PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT’
Alexanderwathern 3 DIS 2007 23 Zulqaidah 1428
|
|
|
| |
|
| Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name. |
|
|
|
Average Score: 5 Votes: 1

|
|
|
|
| No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
|
|
|
|
|
Re: MAULANA MUHAMMAD ZAKARIA (Tabligh) (Score: 1) by abuqudamah on Thursday, December 13 @ 00:45:19 EST (User Info | Send a Message) http://satu-talam.blogspot.com/ | Aslmkm w.b.t.,
Saya baru disini, dan saya jumpa banyak bahan menarik didalamnya. Saya ingin tahu, kenapa tuan tidak bersama Jemaah Tabligh lagi? Err, macam mana saya boleh berhubung secara private dengan tuan. Banyak yang saya ingin tahu dan penjelasan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
 |
|
 |
|