 |
|
 |
| |
 |
| SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI? |
|
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.
You are Anonymous user. You can register for free by clicking here |
|
|
| Sape Nak Main Ngan Caye...? |
|
|
|
|
Jaringan Tajdid Segar 1: SATU UMAT
Posted on Wednesday, December 05 @ 04:38:12 EST by alexanderwathern |
|
“Eh, ada orang Islam ke di Burma?” “Turkistan Timur tu di Turkilah agaknya.” “Nama asal Manila ialah Amanullah? Amanullah sebuah kerajaan Islam? Engkau biar betul!” “Sultan Salahudin Ayubi kalah? Setahu aku dia menang dan berjaya mendapatkan Baitul Maqdis! Betul ke dia kalah selepas itu?”
Jaringan Tajdid Segar: SATU UMAT
Memaparkan maklumat tentang suka duka umat Islam di seluruh dunia, dan sejarah mereka. Sebelum ini KEBANYAKAN umat Islam di Nusantara termasuklah mereka yang berminat dengan hal ehwal agama terdiri daripada:
- Golongan pertama- Kurang ataupun tidak ambil kisah akan nasib saudara-saudara mereka di seluruh dunia. Hanya memikirkan ruang lingkup dakwah dan persekitarannya sahaja. Tidak penting untuk tahu apa yang berlaku kepada umat Islam sejagat.
- Golongan kedua- Ada juga ambil kisah nasib saudara-saudaranya di tempat-tempat lain tetapi terhad kepada satu dua tempat sahaja seperti di Afghanistan, Palestin, Iraq dan lain-lain. Cukuplah dengan ambil peduli kisah-kisah di sana.
Dalam dakwah Tajdid Segar, kita mahu umat Islam terutamanya para pekerja agama mempunyai serba-sedikit pengetahuan dan info semasa tentang nasib dan perjuangan umat Islam di seluruh dunia. Ada kita bertemu dengan mereka yang rajin berdakwah tetapi setelah diajak berbicara rupa-rupanya dia tidak tahu pun yang ‘saudara-saudaranya’ wujud dan menderita di Myanmar, Xinjiang, Kemboja, Sulu dan lain-lain. Ada yang tidak pernah dengar nama Sultan Muhammad al-Fateh, al-Malikuz Zahir, Imam Syamil, Komander Khattab, Syeikh Abdullah Azzam dan lain-lain. Nampak jelas ketidakseimbangan data dalam memori pendakwah kita ini.
“Eh, ada orang Islam ke di Burma?” “Turkistan Timur tu di Turkilah agaknya.” “Nama asal Manila ialah Amanullah? Amanullah sebuah kerajaan Islam? Engkau biar betul!” “Sultan Salahudin Ayubi kalah? Setahu aku dia menang dan berjaya mendapatkan Baitul Maqdis! Betul ke dia kalah selepas itu?” “Sultan Muhammad al-Fateh dan orang-orangnya yang dinyatakan Rasulullah sebagai pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik itu bertariqat Naqsyabandiah? Eh, kaum Salafi Lapok @ Wahabi kata tariqat bidaah, Nabi mana ada tariqat Naqsyabandiah! Macam mana Nabi boleh kata mereka pemimpin, tentera dan rakyat yang baik?
Beginilah antara contoh kata-kata yang keluar ataupun bermain di fikiran sebahagian orang apabila mereka berada dalam dua golongan di atas tadi. Atas sebab itulah dalam dakwah Tajdid Segar kita menyaran dan mengusahakan agar umat Islam terutamanya para pekerja agama mengambil tahu suka duka umat Islam sejagat dan sejarah mereka. Salah satu wadah kita ialah melalui laman SATU UMAT.
Memang ada beberapa jemaah yang tidak menjadikan perkara ini salah satu daripada silibus mereka tetapi kita kena berani sikitlah keluar daripada ruang lingkup dakwah jemaah agar punya ilmu dan pandangan yang lebih luas.
Wallahualam
|
|
|
| |
|
| Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name. |
|
|
|
Average Score: 4 Votes: 1

|
|
|
|
| "LOGIN-AHLI MASUK DI SINI" | Login/Create an Account | 0 comments |
|
| | The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content. |
|
|
|
|
|
|
|
| No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
 |
|
 |
|