 |
|
 |
| |
 |
| SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI? |
|
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.
You are Anonymous user. You can register for free by clicking here |
|
|
| Sape Nak Main Ngan Caye...? |
|
|
|
|
|
Cara HAMAS
Tindakan HAMAS menghantar wakilnya ke Moscow untuk bertemu dengan Presiden Rusia- Vladimir Putin suatu ketika dahulu mendapat bantahan daripada para pejuang Chechnya. Hal ini tidaklah menghairankan kerana pastinya nyawa 250,000 orang Islam Chenchnya yang melayang di tangan tentera Rusia itu bukanlah perkara kecil.
Namun begitu HAMAS berjaya memberikan penjelasan yang baik kepada mujahiddin Chechnya. Pemergian wakil HAMAS adalah atas isu Palestin. HAMAS dan terasnya (Ikhwanul Muslimin) sama sekali tidak pernah menolak perjuangan mujahiddin Chechnya. Pemimpin HAMAS, Misy’al menyatakan sokongannya ke atas kemerdekaan Chechnya.
Mungkin pembaca tertanya-tanya, mengapa HAMAS tidak membuka ruang jihad kepada dunia seperti yang berlaku di Afghanistan pada zaman mujahiddin menentang Rusia dulu? Begitu juga dengan jawapan Syeikh Ahmad Yassin ketika ditanya oleh orang luar Palestin, “Bagaimana saya boleh menjadi anggota HAMAS?” Jawapannya mudah (lebih kurang), “Anda tidak perlu datang ke Palestin. Cukuplah dengan anda menyokong perjuangan HAMAS, maka ketika itu anda seorang anggota HAMAS.”
Sebenarnya, jika HAMAS membuka ruang sebegitu, besarlah peluang Amerika dan sekutu-sekutunya untu mengaitkan HAMAS dengan keganasan. Tapi jika HAMAS tidak mengundang mujahiddin luar, perjuangan mereka akan dipandang sebagai perjuangan tempatan, perjuangan membebaskan tanah air dan bukannya perjuangan antara agama. Dengan itu, musuh-musuh Islam menghadapi sedikti kesulitan untuk mengaitkan HAMAS dengan keganasan antarbangsa ataupun keganasan agama.
Begitulah cara HAMAS. Cara ini juga digunakan oleh Gerakan Atjeh Merdeka (GAM). Sebab itulah apabila Israel cuba menghalang hubungan HAMAS-Rusia dengan mengaitkan HAMAS bersama pejuang Chechnya, usahanya tidak berhasil.
Ingin menjadi anggota HAMAS? Bantulah dengan doa dan penerangan. Salurkan bantuan anda ke Palestin.
Mendermalah melalui AMAN PALESTIN http://www.amanpalestin.com/v1/
- Teringat kata-kata para mujahiddin Afghanistan dahulu- “Selepas kami membebaskan bumi kami, destinasi kami seterusnya ialah Palestin.” Malangnya ia tidak menjadi kenyataan kerana perbalahan sesama mujahiddin dan kemasukan fahaman Salafi Wahabi ke sana.
- Hingga kini Ikhwanul Muslimin tidak sehaluan dengan al-Qaeda. Cara al-Qaeda lebih banyak menguntungkan musuh-musuh Islam.
‘PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT’
Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathen’ 8 DIS 2007 28 ZULQAIDAH 1428
|
|
|
| |
|
| Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name. |
|
|
|
Average Score: 5 Votes: 1

|
|
|
|
Associated Topics
 |
|
|
|
|
|
|
| "LOGIN-AHLI MASUK DI SINI" | Login/Create an Account | 0 comments |
|
| | The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content. |
|
|
|
|
|
|
|
| No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
 |
|
 |
|