| SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI? |
|
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.
You are Anonymous user. You can register for free by clicking here |
|
|
| Sape Nak Main Ngan Caye...? |
|
|
|
|
MENANTI DI BARZAKH
Posted on Thursday, January 10 @ 03:35:38 EST by alexanderwathern |
|
…nak tanyalah sama ada Tuan Alexanderwathern pernah terbaca satu artikel yang ditulis oleh 'kawan baik' Alexanderwathern di Al-Ahkam tu yang mengatakan lagu nasyid kumpulan Far East bertajuk Menanti Di Barzakh ada unsur-unsur syirik.
BRO TAWEL MENULIS:
…nak tanyalah sama ada Tuan Alexanderwathern pernah terbaca satu artikel yang ditulis oleh 'kawan baik' Alexanderwathern di Al-Ahkam tu yang mengatakan lagu nasyid kumpulan Far East bertajuk Menanti Di Barzakh ada unsur-unsur syirik.
Itu belum lagi apabila dia menjatuhkan hukuman bidaah (semestinya dia merujuk kepada bidaah sesat) secara tidak langsung kepada para munsyid, yang mana salah satu hujahnya: "Menjadikan Kalamullah dan Hadis-hadis Rasulullah sebagai mainan di pentas-pentas hiburan." Ustaz Akhil Hayy pun dia pernah labelkan sebagai pembuat bidaah.
Kalau ada masa, cubalah cari artikel yang dia tulis tu, dan kalau kot-kot Tuan Alexanderwarthern yang boleh memahami sesuatu yang lebih abstrak dari saya ni, maka bolehlah mengconfirmkan sejauh mana kebenaran ada elemen-elemen syirik dalam lagu tu.
ALEX MENULIS:
Setakat ini belum jumpa tulisan ‘kawan baik’ saya tu, tak tahu nak cari di mana. Di bawah ini ialah lirik lagu tersebut yang saya ambil berpandukan sebuah video di youtube.
Kumerintih, aku menangis Kumeratap, aku mengharap Kumeminta dihidupkan semula Agar dapat kembali ke dunia nyata
Perjalanan rohku melengkapi sebuah kembara Singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia Menanti di barzakh, sebelum berangkat ke masyhar Diperhitung amalan, penentu syurga atau sebaliknya
Tanah yang basah berwarna merah Semerah mawar dan juga rindu Tujuh langkahpun baru berlalu Seusai talkin bernada syahdu
Tenang dan damai di pusaraku Nisan batu menjadi tugu Namun tak siapapun tahu resah penantianku
Terbangkitnya aku dari sebuah kematian Seakan kudengari tangis mereka yang kutinggalkan
Kehidupan di sini bukan suatu khayalan Tetapi ia sebenar kejadian Kehidupan di sini bukan suatu khayalan Tetapi ia sebenar kejadian
Kembali roh kembali Kembalilah ke dalam diri Sendirian sendiri, sendiri bertemankan sepi Hanya kain putih yang membaluti tubuhku Terbujur dan kaku jasad di dalam keranda kayu
Ajal yang datang di muka pintu Tiada siapa yang memberi tahu Tiada siapapun yang dapat hindari Tiada siapa yang terkecuali
Lemah jemari nafas terhenti Tidak tergambar sakitnya mati Cukup sekali, tak sanggup untuk kumengulangi
Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang Menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan Selama ini diceritakan, kini aku merasakan Di alam barzakh jasad dikebumikan
Kumerintih, aku menangis Kumeratap, aku mengharap Kumeminta dihidupkan semula Agar dapat kembali ke dunia nyata
Alhamdulillah saya sudah melihat sekali imbas, bahkan empat lima kali imbas namun tidak pula terjumpa ‘unsur-unsur syirik’ dalam lirik lagu ini. Baik dari sudut pandangan seorang ahli bawahan bahasa (sastera) mahupun sudut pandangan bahasa kesufian, saya yang lemah ini masih belum ketemu. Boleh jadi jika saya dapat membaca tulisan ‘kawan baik’ saya itu, akan lebih jelaslah bahagian-bahagian yang dimaksudkannya.
Namun begitu, alang-alang dah penat menyalin lirik berpandukan video ini, teruslah saya mengupas serba-sedikit (sikit saja) senikata lagu ini. C uma di sini saya tidak akan memerihalkan ‘cerita’ dalam lirik ini dari A sampai Z.
Penulis lirik ini memang bijak menimbulkan ‘keindahan’ pada susunan liriknya. Kita lihat rangkap pertama yang sama dengan rangkap terakhir. Sebenarnya rangkap pertama itu tempatnya adalah pada rangkap terakhir sahaja kerana ia penutup cerita (peleraian, anti-klimaks), tetapi diletakkan di awal dengan teknik ‘imbas muka’. Maksudnya lagu ini tidak mengikut kronologi.
Permulaan sebenar lagu ini ialah pada rangkap kedua:
[Perjalanan rohku melengkapi sebuah kembara Singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia]
Rangkap ini menceritakan ‘diri kita yang asal’ atau ‘kita yang sebenar’, iaitu ‘kita’ yang sudah wujud sebelum jasad kita diadakan lagi- kita yang ‘roh’. Jasad yang baru tumbuh dalam rahim ibu kita itu hakikatnya tidak bernyawa. Yang bernyawa ialah ‘kita yang asal’ itu. Apabila ‘kita yang asal’ itu ‘dihembus’ ke dalam jasad yang baru tumbuh, maka ketika itulah jasad itu nampak seolah-olah bernyawa, bernyawa pada ‘syariatnya’. Padahal ‘hakikatnya’ yang bernyawa ialah ‘kita yang asal’. Buktinya, setelah ‘kita yang asal’ itu dicabut keluar oleh Jibril, jasad kita ‘hilang nyawa’. Namun begitu, ‘kita yang asal’ itu tetap seperti itu juga.
Jadi penulisnya bercerita dari ‘permulaan sebenar’ kita lagi, tidak setakat permulaan dalam rahim ibu. Dia mengambil ‘permulaan sebenar’ ini sebagai permulaan lagunya. Kiranya ‘ada ilmu’ jugalah orang ini.
Kependekan ‘ku’ yang sepatutnya ‘aku’ pada ‘Kumerintih, kumeratap, kumeminta’ dinamakan ‘sinkof’.
[Kumerintih, aku menangis Kumeratap, aku mengharap]
Pengulangan ‘ku’ pada awal baris dinamakan ‘anafora’. Pengulangan ‘aku’ di tengah baris dinamakan ‘epifora’. Kedua-duanya bertujuan melahirkan keindahan.
[Tetapi ia sebenar kejadian]
Ayat yang betul- “Tetapi ia kejadian sebenar”. Teknik ini dinamakan ‘inversi’. Susunan ayat diterbalikkan untuk menimbulkan kesan keindahan.
[Ajal yang datang di muka pintu]
Teknik ‘personifikasi’, iaitu memberikan perlakuan manusia kepada yang ‘bukan manusia’. Contohnya ‘nyior melambai’, ‘mentari tersenyum’, ‘dedaunan berbisik’ dan sebagainya. Ia tidak melambangkan daun nyior itu betul-betul melambai, bertempiaran larilah kita kalau betul nyior melambai dan matahari tersenyum. Ini bahasa sastera yang tidak sama dengan bahasa ‘urusan pejabat’.
Orang yang langsung tidak tahu bersastera, sebaiknya jangan dengar apa-apa lagulah, dengar muzik saja, nanti menyesatkan diri sendiri dan orang lain. Al Quran sendiri dalam bentuk karya sastera teragung. Apabila ‘si buta sastera’ (walau sebesar mana gelaran syeikh dan PHD mereka) cuba mentafsir al-Quran, jadilah ‘rosak akidah’ kerana menyangkakan Allah beranggota dan terpengaruh dengan tempat. Padahal sebelum wujudnya tempat, Allah sudah sedia ada. Malahan Dia yang mencipatakan ruang dan tempat.
‘Di muka pintu’ juga tidak bermaksud Malaikat Maut mesti datang melalui muka pintu, tempat yang tidak ada pintu pun boleh ditembusinya. ‘Di muka pintu’ dalam lirik ini menunjukkan ‘sudah begitu hampir’, ‘tidak boleh dielak lagi’, ‘jelas’ dan seumpamanya. Kesimpulannya ayat tersebut mengatakan ‘saat kematian yang tidak boleh dielak lagi’. Jika anda tidak berbakat dalam sastera, ‘tafwidh’ saja macam burung kakak tua, jangan cuba difaham apa-apa. Baca dan dengar saja.
Samalah seperti kata sasterawan agung Syeikh Hamzah Fansuri, dia mencari Allah ke sana ke mari namun akhirnya ‘dapat Allah di dalam rumah’. Si buta sastera… pergilah main jauh-jauh. Jangan cuba menunjuk pandai untuk memahami perkara-perkara yang anda tidak berbakat di dalamnya.
Contoh: Saya tidak berbakat langsung dalam permainan badminton. Anda selaku pimpinan sukan negara sanggup hantar saya mewakili Malaysia dalam Piala Thomas? Anda tahu saya tidak berbakat, mustahil saya akan dibenarkan mewakili Malaysia.
Si rabun dan buta sastera yang kita maksudkan tadi samalah seperti seorang peminat bola sepak yang gagal mewakili pasukan sekolahnya (memang tidak berbakat) minggu lepas tetapi mendabik dada konannya dia semahir pemain kebangsaan pada minggu ini, menemui jurulatih kebangsaan dan mengugut agar dia dibenarkan beraksi mewakili Malaysia. Siapa yang hendak beri kebenaran?
Sekiranya anda berminat juga, bertanyalah kepada mereka yang berbakat, yang ‘ahli’ dalam bidang tersebut. Sebab itu ayat-ayat tafsiran asy-Syahid Syed Qutb menusuk kalbu berbanding tafsiran Syeikh Albani dan kawan-kawannya. Tafsirannya terasa hidup, ada roh, tidak kaku. Sebab itu jugalah beliau mampu memahami hal-hal ‘hakikat’ hinggakan tafsir Zilal karangannya dituduh berfahaman Wahdatul Wujud (mengikut tafsiran mereka) oleh para buta dan rabun sastera.
Apabila bakat sastera sudah diasah, barulah ‘bumi terhampar’ tidak dikatakan lurus seperti tikar, ‘tangan Allah’ tidak dinisbahkan dengan ‘anggota’ dan ‘terbit matahari dari timur’ tidak dihukum matahari mengelilingi bumi.
Kitab Injil juga penuh dengan perumpamaan yang indah-indah. Kegagalan ulama-ulama Kristian ‘bersastera’ menjadi salah satu punca meyimpang jauhnya agama Kristian hari ini daripada ajaran Jesus yang sebenar. JANGAN biarkan perkara ini berlaku kepada al-Quran dan agama Islam. Benih-benihnya memang ada. Anda sendiri tentu maklum mereka yang dinobatkan sebagai ulama oleh golongan tertentu tetapi sebenarnya dhaif dalam sastera dan abstrak hingga mendatangkan tafsiran-tafsiran yang keliru dan mengelirukan. Hendak faham kalimah-kalimah manusia seperti ‘kenal diri, kenallah Allah’ pun sudah tersesat ke hutan banat, apatah lagi hendak faham kalimah-kalimah Allah?
[Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang]
Mengisahkan keadaan roh dalam kubur (keadaannya resah gelisah) yang bakal bersoal jawab dengan malaikat sebentar lagi. Yang ‘berdegup kencang’ bukanlah jantung, itu hanya perlambangan kepada roh yang sedang ketakutan. Jika jantung kembali berdegup, ertinya sudah ‘hidup kembali’! Bolehlah keluar dari kubur makan nasi lemak di gerai!
Hakikatnya, seluruh jasad dan organ-organnya tidak akan hidup seperti sebelumnya lagi di alam kubur. Jika jasad hancur terkena bom lalu diterbangkan angin akan debu-debunya pun, alam kubur tetap kena lalui. ‘Jasad’ bukan syarat kerana ia bukannya ‘kita’ yang sebenar. Melainkan… anda orang yang menolak ‘alam kubur’…
Wallahualam.
|
|
|
| |
|
| Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name. |
|
|
|
| No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
|
|
|
|
|
Re: MENANTI DI BARZAKH (Score: 1) by budakmenulis on Tuesday, January 15 @ 00:28:37 EST (User Info | Send a Message) | Maaf. Mungkin sumber tadi tidak 'shahih'. Abg Alex boleh masuk ke blog mamat tu di bahaya-syirik.blogspot.com.
Berkenaan entry ttg lagu ni, cube pergi ke: http://bahaya-syirik.blogspot.com/2007/07/isu-021-element-syirik-di-dalam-lagu.html [bahaya-syirik.blogspot.com]
Oh, tp mamat sorang tu mmg rajin menulis dan membuat e-book. Tahniah pd die. Tapi, ana cdg pd abg alex utk download e-book hisnul muslim yg mamat tu buat. klik sini http://www.4shared.com/file/30784240/1a8a78d2/Hisnul_Muslim.html [www.4shared.com]
Abg baca muka pertama sahaja, dan tgk cara dieja hisnul muslim. kita dapat simpulkan, mereka ni jauh dari layak utk berijtihad. Tp, nak juga berijtihad....
Mungkin abg alex boleh nasihat sikit ke mamat sorg tu....(^^,)
p/s: Orang muda... Mungkin sebaya ana. Agak gelojoh. |
|
|
|
|
|
|
|
Re: MENANTI DI BARZAKH (Score: 1) by swordofdeen on Friday, January 18 @ 18:22:34 EST (User Info | Send a Message) | Entahlah, isu yang entah-entah menjadi isu. Saya pernah juga baca artikel yang ditulis 'sahabat' kita semua tu (seperti kata budakmenulis) dan jika dilihat kepada huraian mengapa lag ini dikatakan membawa unsur 'syirik', maka saya boleh katakan mereka membuat ulasan dan anadaian tanpa usul periksa. Sepertimana huraian mereka mengatakan 'kembalilah roh kembali, kembalilah ke dalam diri" dengan mengatakan perkara itu sebagai batil dan tidak berasas?
Firman Allah dalam ayat ke-18 surah al-mujaadilah:
"(Ingatlah) hari (ketika) mereka semua dibangkitkan Allah lalu
mereka bersumpah kepada-Nya (bahwa mereka bukan musyrikin) sebagaimana mereka
bersumpah kepadamu; dan mereka menyangka bahwa mereka akan memperoleh suatu
(manfaat). Ketahuilah, bahwa sesungguhnya merekalah orang-orang pendusta"
Dihuraikan lagi dalam surah al-maidah ayat 27 an 28:
"Dan jika kamu (Muhammad) melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka
berkata: "Kiranya kami dikembalikan (ke dunia) dan tidak mendustakan ayat-ayat
Tuhan kami, serta menjadi orang-orang yang beriman", (tentulah kamu melihat
suatu peristiwa yang mengharukan)"
"Tetapi (sebenarnya) telah nyata bagi mereka kejahatan yang mereka dahulu selalu
menyembunyikannya. Sekiranya mereka dikembalikan ke
dunia, tentulah mereka kembali kepada apa yang mereka telah dilarang
mengerjakannya. Dan sesungguhnya mereka itu adalah pendusta belaka"
Ditambah lagi dalam surah Al-A'raf ayat 53:
"Tiadalah mereka menunggu-nunggu kecuali (terlaksananya kebenaran) Al Quran itu.
Pada hari datangnya kebenaran pemberitaan Al Quran itu, berkatalah orang-orang
yang melupakannyasebelum itu: "Sesungguhnya telah datang
rasul-rasul Tuhan kami membawa yang hak, maka adakah bagi kami pemberi syafa'at
yang akan memberi syafa'at bagi kami, atau dapatkah kami dikembalikan (ke dunia)
sehingga kami dapat beramal yang lain dari yang pernah kami amalkan?." Sungguh
mereka telah merugikan diri mereka sendiri dan telah lenyaplah dari mereka
tuhan-tuhan yang mereka ada-adakan"
Maka telah dijelaskan bahawa wujud keinginan untuk mereka yang merasakan azab allah supaya dikembalikan kembali ke dunia atas kegagalan mereka untuk beriman ketika itu.
Jadi, di manakah unsur syirik pada ayat tersebut?
Ni baru satu je yang kita hurai balik atas tuduhan mereka, tak masuk yang lain lagi, hahah.
Tapi pelik juga, kenapa alah-ye-takye dan sahabat kita tu tak komen lagu2 cintan cintun yang lai? lagu-lagu artis malaysia? kenyataan pemimpin2 yang menghina nabi dan Allah? hipokrit ke mereka ni?
Allahu'alam
|
|
|
|
|
|
|
|
Re: MENANTI DI BARZAKH (Score: 1) by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Saturday, January 19 @ 07:13:31 EST (User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/ | Terima kasih banyak Tuan Writing Boy atas maklumat-maklumat
yang disertakan. Tak taulah nasib kawan kita ‘si mamat’ tu. Ana ‘respect’ dia
atas kerajinannya, dia memang aktif c uma dia tersilap tok guru dan tak mahu
buka minda lebih sikit.
Mungkin apabila usianya meningkat sikit nanti dia akan lebih
matang dan menilai semula kerja-kerja masa silamnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Re: MENANTI DI BARZAKH (Score: 1) by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Saturday, January 19 @ 07:23:09 EST (User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/ | Alah-ye-takye? Sedap jugak nama tu. Tak taulah hari ni dah
beroperasi balik ke belum. Teringin juga nak menulis pasal laman tu tapi dua
tiga kali fikir… rasa macam buang karan le pulak.
Orang-orang yang menolak ‘tasauf kesufian’… gitulah…
sifat-sifat mazmumah bersarang dalam roh masing-masing, macam mana nak duduk
aman serumah? Apabila ubat kepada penyakit-penyakit roh ditolak, selamanyalah
roh masing-masing sakit.
Tapi kan…
ari tu ada heboh kejap diorang nak jadi pemantau lagu-lagu nasyid tanah air.
Kalau tak silap Institut Pemikiran Al ‘Qarbadwi’ (IPAQ) kot … (pandai-pandai diorang
nak nisbahkan Qardhawi dengan manhaj diorang, tak ada kena-mengena). Sekarang entahlah…
sonyaaaap yo…. |
|
|
|
|
|
|
|
Re: MENANTI DI BARZAKH (Score: 1) by juliana2 on Tuesday, November 10 @ 06:19:06 EST (User Info | Send a Message) | | sodomiser par un cheval [www.bioageusa.com], jolie femme mature nue photos [jandiscrecords.com], the teube porn [www.thecrossworx.co.za], blogdevieillesexhibe garedimastru rzeszow pl [theaichannel.msk.ru], baise en boite [nesg.dk], baise gratuite en femme et chien [www.liwoodworkers.org], clips videos uro gratuits [tekniquecentral.com], video porno hub [Southernrock.gr], grosses bites encules femmes mure [www.smartdev.be], www you tube grosse pute com [web.evis.net.ph], mamies naturistes [LichtEngel.gamesdynamite.de], o peut on voir de la zoophilie en streaming [www.whoosh.danisbell.com], sex manga viol [communityresourceboard.com], clitos gros [gotactical.gr], hentai bulma manga doujin [www.ditopik.com], vieilles nudistes [richmondteaparty.com], image bulma porno [www.topauto.ws], siti striming porn [www.whoosh.danisbell.com], kristin davi sex tape gratuits [vwpartsauction.com], escort fontaine [smartforextrade.com] |
|
|
|
|
|
|
|
|