BERSAMA ALEXANDERWATHERN
 
 
•  Home  •  Downloads  •  Your Account  •  Forums  •
 
 
SENARAI MODUL
· Home
· AKAUN ANDA
· ARKIB-SIMPANAN
· CARI
· DOWNLOADS
· FORUM
· GALERI GAMBAR
· KAJI SELIDIK
· LINK BERMANFAAT
· MAKLUMBALAS
· MESEJ PERIBADI
· PESANAN RINGKAS
· PROMOSI LAMAN INI
· SEMUA KARYA ALEX
· SENARAI AHLI
· STATISTIK
· TOP 10
MAKLUMAT PENGGUNA
Welcome PENGUNJUNG


Nickname

Password

 

Membership

 · New Today

4

 · New Yesterday

6

 · Overall

738


Latest 3 Members
 01:Nov 21, 2009ASClupoblibia
 02:Nov 21, 2009ksizezzz
 03:Nov 20, 2009ViagraCialis

People Online

 Visitors (0%)

 Members (0%)

 Total online

0


Most Ever Online

 · Total

89

 · Members

1

 · Visitors

88


Total Hits
 · Daily

836

 · Average Hits

1526

 · Total Hits

1020014


Download Stats
 ·Total Files

 ·Total Categories

 ·Files Downloaded

 ·Data Sent

B


   Nuke Info
 ·Active Staff

1

 ·Active Topics

10

 ·Active Stories

467

 ·Total FAQ

 ·Total Reveiws

 ·Forum Posts

779

 ·Forum Topics

333

SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI?
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here
DEDAUNAN TAJDID SEGAR

LOKASI PENGUNJUNG
Locations of visitors to this page
Sape Nak Main Ngan Caye...?
UNDI BLOG INI
Malaysian Muslim Blogs
UNDI LAGI
Ukhwah.com :: Top Blog
Azharian's Topsite
BKPJM TOP BLOG
AL-AZHAR`s TOPSITES

Featured Links: justmath.info free webproxy @ Aquarium and Fish
PERANAN VIRUS 6 BERADIK DALAM PIHANRAYA
Posted on Monday, March 10 @ 05:33:39 EDT by alexanderwathern
ISLAM & SEMASA

Dua buah negeri yang sebahagian penduduknya dihinggapi dua virus daripada Virus 6 Beradik ternyata kebal daripada pengaruh Parti Islam. Pukulan Parti Islam dalam pilihanraya kali ini samalah seperti sekumpulan pejuang mujahiddin menembak helikopter penggempur Apache menggunakan AK-47. Kesannya, si Apache sekadar berasa gatal-gatal tanpa terjejas apa-apa pun. Dua buah negeri yang dimaksudkan ialah Perlis di utara dan Johor di selatan.



Sebahagian besar penduduk negeri Johor dimaklumi berpegang kuat dengan Virus Sekular. Virus ini betul-betul menjadi perisai kebal kepada BN khususnya UMNO. Untuk menakluki Johor, Parti Islam sedia maklum sejak sekian lama yang mereka mestilah membereskan Virus Sekular terlebih dahulu. Persoalannya, sejauh manakah langkah-langkah yang sudah diambil oleh Parti Islam untuk mengikis virus ini daripada minda sebahagian orang Johor ini sejak sekian lama, dan apa pula pelan tindakan Parti Islam selepas ini?

Mengharap untuk memadamkan virus ini hanya pada pilihanraya rasanya sesuatu yang mustahil. Anti-virusnya mesti Parti Islam ‘install’ mulai hari ini, terus ‘delete’ ataupun ‘remove’ mulai sekarang. Kemudian dari semasa ke semasa perisian tersebut mestilah Parti Islam ‘update’ dan ‘scan’ secara berterusan. Barulah pada pilihanraya ke-13 nanti perisai Virus Sekular menjadi rapuh.

 

Kalau sekadar menghidangkan isu-isu semasa dan kebobrokan kerajaan yang diterajui oleh BN, kejayaan Parti Islam tidak akan sampai ke mana. Jika isu-isu terkininya meletup dan BN goyah menjelang pilihanraya, maka akan berubahlah sebahagian kecil orang-orang Johor dan Parti Islam bersama pakatan pembangkang pun dapatlah sedikit pertambahan undi. Hendak menang? Tidak juga. Atas dasar apa sebahagian orang tadi berubah? Atas dasar isu ataupun semangat dan bukannya pemahaman. Sekular tetap bersarang di hati dan dokongan mereka boleh berubah pada bila-bila masa. Jangan kita harap mereka mengundi Parti Islam kerana pemahaman mereka ke atas perjuangan Parti Islam. Samalah seperti membawa sekumpulan anak muda ke medan peperangan dalam keadaan anak-anak muda tadi tidak tahupun mereka berperang atas dasar apa.

 

Kita lihat pula di Perlis. Virus Wahabi yang diimpikan oleh sebahagian pendokong Parti Islam untuk membantu perjuangan ternyata meleset. Salah satu punca utamanya ialah kerana mereka sendiri tidak mengerti ataupun diberi pendedahan tentang bahaya fahaman Salafi Wahabi ini. Asal nampak orang-orang yang kelihatan cenderung kepada agama maka terus dinobatkan sebagai “tentu sokong kita tu”. Perhitungan sebegini ternyata membawa rebah kepada Parti Islam pada kali ini.

 

Kita fikirkan, bagaimana dalam keadaan BN Perlis yang saling cuba menjatuhkan sesama sendiri sebagimana kata Datuk Seri Shadinan Kassim, “Kita berhadapan dengan lawan dan kawan”, dan dengan kebangkitan rakyat di seluruh negara menolak BN tapi BN Perlis menang bergaya. Padahal sebelumnya Perlis ialah salah satu negeri yang dijangka dapat ditawan oleh pembangkang. Mengapa hal ini boleh berlaku?

 

Selepas mendapat keputusan pilihanraya yang memihak kepada BN tempoh hari, barulah terdengar keluh-kesah orang-orang Parti Islam tentang peranan Virus Salafi Wahabi. Malangnya ketika itu sudah tidak ada apa yang boleh dilakukan lagi.

 

Sekarang mari kita lihat bagaimana Virus Wahabi daripada Virus 6 Beradik ini berperanan memenangkan lawan Parti Islam di Perlis dalam satu contoh yang mudah difahami.

 

Katakanlah di satu tempat ada 1000 orang yang agamawan ataupun yang cenderung kepada agama.  80% daripada golongan ini biasanya memberikan undi kepada Parti Islam. Maksudnya Parti Islam bakal mendapat 800 undi sekiranya tiada Virus Wahabi.

 

Pandangan Virus Wahabi ini terhadap parti politik dan pilihanraya bermacam ragam, sesuai dengan perpecahan mereka kepada 6-7 cabang yang saling berantakan sesama sendiri walaupun masing-masing mendakwa merekalah satu-satunya golongan sunnah iaitu yang terselamat daripada 73 golongan.

 

Satu pihak daripada Virus Wahabi ini mendakwa sistem pilihanraya, demokrasi dan berparti tidak sunnah, bertentangan dengan agama, bidaah dan sebagainya. Ringkasnya, ¼ daripada 800 orang tadi tidak akan terlibat dengan proses pilihanraya ataupun mengundi. Maksudnya Parti Islam sudah kehilangan 200 undi. Tinggal lagi 600 undi agamawan dan insan yang cenderung kepada agama.

 

Satu pihak daripada Virus Wahabi ini pula mewajibkan taat melulu kepada pemerintah. Selagi yang memerintah itu Islam, maka tidak sah melawannya walaupun melalui proses pilihanraya. Akibatnya, ¼ atau 200 orang lagi pula memberikan undi mereka kepada lawan Parti Islam. Tinggallah 400 daripada 800.

 

Sekumpulan lagi adalah mereka yang tidak cukup maklumat, sekadar menghadiri kuliah Wahabi sesekali. Jenis ini biasanya akan serba salah. Hendak undi Parti Islam takut terjebak ke dalam golongan yang menentang pemerintah. Hendak undi lawan Parti Islam tapi tengok di sebelah Parti Islam bukan main banyak ulamanya. Takkanlah mereka semua sepakat buat kerja salah. Akhirnya golongan ini mengambil keputusan tidak mengundi mana-mana pihak, sama ada tidak keluar mengundi ataupun merosakkan undi. Parti Islam terlepas ¼ atau 200 undi lagi. Maksudnya kini tinggal 200 daripada 800 undi yang sepatutnya memihak kepada Parti Islam.

 

Golongan keempat ialah mereka yang tidak terkena Virus Wahabi, mereka yang terkena sedikit Virus Wahabi tetapi masih yakin dengan Parti Islam dan mereka yang memang bervirus Wahabi tetapi mahu perjuangkannya melalui Parti Islam. Golongan ini memang akan memberikan 200 undi mereka kepada Parti Islam.

 

Jadi, sekarang anda tahulah mengapa Parti Islam hampir-hampir mustahil mendapatkan Perlis. Daripada 800 undi yang sepatutnya dimiliki kini hanya tinggal 200 undi. Semuanya akibat Virus Wahabi. Dan jangan lupa, golongan kedua tadi sudah memberikan 200 undi mereka kepada BN kerana terpengaruh dengan dakyah Wahabi kononnya haram menentang pemerintah. 200 sisa undi yang diperolehi oleh Parti Islam terpaksa kita tolak dengan 200 undi yang diberi kepada BN. Hasilnya?

 

KOSONG!

 

Maka tidak hairanlah mengapa puluhan mujahiddin yang bersenjatakan AK-47 gagal menjatuhkan Apache walaupun 3 orang juruterbang dalam Apache itu sedang berbalas sepak terajang sesama sendiri.

 

Mana tidaknya, sekumpulan mujahiddin sudah tidak menembak kerana terpengaruh dengan fatwa haram berperang. Sekumpulan lagi sudah menyokong Apache lalu menembak sesama mujahiddin pula kerana terpengaruh dengan fatwa haram melawan Apache. Sekumpulan mujahiddin lagi tidak berbuat apa-apa, sekadar menjadi penonton kerana keliru dengan sekian banyak fatwa yang keluar. Tinggal 1.4 mujahiddin lagi saja yang menembak bersungguh-sungguh.

 

HASILNYA?

 

Walaupun ketiga-tiga orang juru terbang Apache sedang bergusti sesama sendiri, tetapi mereka masih dapat melancarkan roket dan memuntahkan peluru ‘machine-gun’ menewaskan para mujahiddin dengan mudah termasuklah Komander Dr. Haron Din dan Timbalan Komandernya Ustaz Hashim Jasin.

 

Parti Islam mahu gagal lagi pada masa akan datang?

 

Seperti juga hal Johor, anti-virus untuk Wahabi mesti Parti Islam ‘install’ mulai sekarang. Jangan berangan-angan untuk mendapatkan Perlis dengan melakukan gerak kerja pilihanraya saja. Fahaman ini lebih bahaya daripada sekular kerana sekular datang dari arah yang bertentangan dengan agama tetapi Wahabi datang melalui saluran-saluran agama. Jika fahaman ini merebak ke seluruh negara, kuasa lebih sejuta undi Parti Islam itu akan berpecah kepada 4. AWAS!

 

10 MAC 3.20 pm

 

Sila baca petikan berita Utusan Online ini. Bayangkan jika ia menjadi kenyataan…

 

Di KANGAR, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim sedia berkongsi dengan Pak Lah rahsia kejayaan Perlis pada pilihan raya umum kali ini walaupun menghadapi pergolakan dalaman parti yang hebat.

Menurutnya, pengundi di Perlis sebenarnya telah membuat keputusan untuk memilih kerajaan BN sejak tiga bulan lalu.

''Saya akan jumpa Pak Lah dalam masa terdekat bagi membantu BN merampas semula negeri yang dimenangi pembangkang.

''Saya akan kemukakan modul yang dijalankan oleh BN Perlis walaupun sebelum ini mendapat teguran beberapa pihak,'' katanya.

  • Parti Islam, bertindaklah ke atas MODUL tersebut!
 
Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Related Links
· More about ISLAM & SEMASA
· News by alexanderwathern


Most read story about ISLAM & SEMASA:
SALAFI TULEN MENDAKWA DR. ASRI AHLUL BIDAAH?

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Printer Friendly

"LOGIN-AHLI MASUK DI SINI" | Login/Create an Account | 10 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: PERANAN VIRUS 6 BERADIK DALAM PIHANRAYA (Score: 1)
by Raudhotuz-Zahra on Monday, March 10 @ 22:44:05 EDT
(User Info | Send a Message) http://www.raudhotuzzahra.blogspot.com/
BismiLLAH..

Saya ada sedikit komen, salah satunya. Walaupun Dato' Dr Harun memperjuangkan parti Islam, lihat balik peranan lawannya dlm masyarakat di Perlis (Adik Shahidan Kassim). Saya percaya, jika Dato' Harun bertanding di Bangi, pasti beliau akan menang dgn mudah. (1) kerana Dato' Harun lebih popular di Bangi berbanding Arau, (2) Dato' Harun tidak menetap lama di Perlis dan hanya pulang sekali sekala (ini apa yang saya tahu), (3) Berbanding adik Shahidan Kassim, beliau merupakan senator (jika tidak salah).. Jika Dato' Harun kembali berkhidmat bakti kpd Perlis sepenuh masa, saya yakin beliau akan berada di hati rakyat Perlis memandangkan beliau juga mempunyai kekuatan tersendiri. (4) Di Perlis sendiri, mengapa Muftinya tidak dari warga Perlis (anak kelahiran Perlis) sendiri? Mengapa mesti meng'import' warga negeri lain. Seolah-olah Perlis dah ketandusan Ulama. (5) atau orang agamawan di Perlis sudah tak mampu semeja dengan pemerintan (BN) atau orang Perlis sudah tidak ada yg mempunyai kredibiliti yang tinggi dlm hal agama menurut pemerintah?

Saya yakin, bahawa orang Perlis tidak akan menolak Islam, malah amat dialu-alukan pemerintah yang Islamik...

WaALLAHu'alam.. setahu saya, walaupun BN memerintah di Perlis, cubalah cari di mana Panggung Wayang, di mana Kelab Malam, pusat Bowling pun rasanya takde.. dan ramai warga bandar yang datang Perlis mengatakan bahawa Perlis negeri yang tiada hiburan dan tempat untuk bersuka ria.

Cuba bandingkan antara Perlis dengan Kelantan. Mungkin Kelantan lebih nampak Islamiknya kerana bernaung di bawah parti yang memperjuangkan nama Islam dan Perlis kurang nampak Islamiknya kerana dijajah oleh BN. Malah, bila ada ulama yang berada dipilih pemerintah, adakah dia boleh dilabelkan sebagai orang kerajaan yang dicucuk hidung. Niat hati manusia, kita mana tahu.

Mungkin ada hikmahnya kenapa parti Islam tak  menang di Perlis. Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah, dan yang jelek itu adalah daripada kelemahan manusia itu sendiri..

Waalahua'lam



Re: PERANAN VIRUS 6 BERADIK DALAM PIHANRAYA (Score: 1)
by jihadwahabi on Wednesday, March 12 @ 00:35:58 EDT
(User Info | Send a Message)
izinkan saya memberi pendapat.Mungkin untuk lebih adil ,saya komen secara lineant tanpa menyebelahi mana mana pihak :)
Untuk di negeri johor, agak sukar untuk PAS melebarkan sayapnya ,kerana banyak faktor.Kalau nak dikatakan negeri johor dijangkiti fahaman sekular,
agak tidak adil juga kerana -

negeri Johor ialah satu satunya negeri di Malaysia ini yang mempunyai sekolah Agama Rakyat yang dibiayai oleh sultan atau kerajaan negeri johor tersebut dan bebas dari pengaruh kerajaan pusat.Sekolah agama tersebut telah lama wujud iaitu semasa awal zaman merdeka lagi kalau tak silap saya .Sekolah agama tersebut mengajar ilmu agama yang agak komprehensif seperti Bahasa Arab,Tauhid,Tasauf,Ibadat,Muamalat,Jinayat,Sirah Islam,tafsir Al quran dan sebagainya selama 6 tahun  dan ditambah pula dengan 2 tahun lagi darjah khas menjadikan 8 tahun kesemuanya.

Kesemua ilmu ini menjadikan rakyat johor yg bersekolah agama menjadi lebih advanced  dari mereka yang hanya bersekolah harian.Mereka telah diajar tentang Ilmu sifat 20 yang lebih mendalam ,hukum hakam dalm fiqh ,berzanji ,ilmu tasauf dan berbagai lagi yang agak sukar didapati  zaman sekarang.

Buat pengetahuan semua, sekolah agama tersebut diwajibkan kepada rakyat johor yang beragama Islam dan saya sendiri berasal dari JOHOR
dan saya akui tiada unsur politik dalam sekolah tersebut.

Johor adalah satu negeri yang dari dahulu lagi WAHABI Talafi agak sukar untuk mempengaruhi rakyatnya kerana mereka telah diberi didikan tentang ilmu Islam yang sebenar serta bahaya2 fiqrah sesat dalam Islam termasuk Wahabi,Tidak lupa juga sejak dahulu lagi MUfti muftinya yang terdahulu seperti Syekh alhaddad  telah melakukan banyak usaha untuk mengekang WAHABI sejak sebelum zaman kemerdekaan lagi.

Tentang  sejauh mana penerimaan dan pengamalan  ilmu tersebut ,kita tidak dapat menyalahkan kerajaan negeri sepenuhnya kerana ia bergantung kepada murid itu sendiri.Jika ustaz/ustazah sudah mengajar ,dan murid itu pula hanya masuk telinga kir keluar telinga kanan ,itu adalah salah murid itu sendiri.DAn ia tidak boleh disamakan dengan  mereka yangbelajar dan mengamalkan apa yang diajari Ustaz ustazah mereka.Pokok pangkalnya hampir  kesemuanya bergantung kepada murid itu sendiri untuk dinilai.

Soal liberal itu juga bergantung kepada didikan keluarga murid tersebut,kerana keluarga banyak mempengaruhi pemikiran anak2.Ada yang keluarganya kuat pegangan Agama dan ada pula yang rapuh.Saya percaya ini berlaku di semua tempat ,tidak kira Johor atau kelantan ,malah di mana sahaja.Mungkin ramai mereka yang berasal dari bandar yang mempunyai pemikiran yang agak lberal dan mereka ini lah yang boleh membawa imej buruk ,bak kata pepatah,kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Mungkin di negeri Johor agak sukar untuk PAS mencari isu sekolah Agama Rakyat  kerana sudah sedia ada sekolah agama dari kerajaan negeri.Untuk isu ekonomi pula,mungkin kita sudah sedia maklum dengan ekomi negeri Johor.Tidak seperti negeri lain yang banyak isu boleh ditimbulkan seperti negeri di utara yang mempunyai sistem pemerintahan yang agak berbeza.
Dana saya akui,situasi setiap negeri tidak sama di Mlaysia ini.Bergantung kepada sejarah,kerajaan,keluarga ,persekitaran,dan individu itu sendiri.

Wah,panjang betul komen saya . ,cuma untuk berkongsi pandangan :)




Re: PERANAN VIRUS 6 BERADIK DALAM PIHANRAYA (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Wednesday, March 12 @ 03:38:47 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/

Saya pun seperti Zahra setuju juga seandainya Dr Harun Din bertanding di Bangi. Kemungkinan besar dia akan menang. Masalahnya, kepimpinan Parti Islam hendak letakkan siapa lagi tokoh di Perlis untuk mengimbangi BN? Tambahan pula Parti Islam memandang peluang untuk menang di Arau memang ada. Banyak pihak termasuk saya meramalkan Dr Harun Din bakal menang di sana. Percaturan meletak calon ini lebih diarifi oleh pucuk pimpinan Parti Islam berbanding kita kerana mereka melihat keseluruhan aspek dan perbincangan berlaku antara tokoh-tokoh berwibawa. Mungkin lain kali ada rezeki Dr Harun Din.

 

Harun Din jarang di Perlis. Hal ini ada benarnya juga dan ia memang menyumbang sedikit sebanyak kepada kekuarangan pengaruhnya di mata rakyat Perlis.

 

Majoriti rakyat Perlis sudah sebati dengan Datuk Seri Shahidan Kasim dan suku-sakatnya. Seperti kata Saudara Mohd Sabu, negeri Perlis sudah jadi negeri Kassim Baba kerana hampir semua urusan di negeri itu mesti melalui Shahidan Kassim ataupun saudara-maranya. Ceramah Mat Sabu ketika pilihanraya kecil Arau yang dimenangi oleh Ustaz Hashim Jasin dulu rasanya masih relevan lagi kini untuk didengar.

 

Banyak orang Perlis yang terpengaruh dengan fahaman Salafi Wahabi. Pihak-pihak yang ada kuasa terpaksa mengambil tokoh yang ‘meletup’ dalam usaha untuk mengukuhkan fahaman ini. Sebab itulah nama-nama seperti Dr Asri dan Ustaz  Rasul Dahri menjadi sebutan. Di Perlis tidak nampak tokoh yang ‘meletup’, sebab itu diambil orang luar.

 

Perlis negeri yang kecil, hanya sebesar daerah Larut Matang dan Selama yang saya tinggal sekarang. Majoriti orang Melayu pula (80%) dan MBnya berfahaman Wahabi. Maka mudahlah mengelakkan tempat-tempat yang tidak baik.

 

Bahkan dalam daerah LMS yang padat penduduk dan nisbah orang Melayu Cina hampir sama banyak ini pun rasanya entah ada entah tidak panggung wayang. Apa yang hendak dihairankan dengan sebuah kawasan kecil seperti Perlis yang majoriti orang Melayu?

 

Masalah kelab malam biasanya wujud di tempat-tempat yang jumlah orang bukan Islamnya ramai. Perlu juga diperhatikan apakah hotel-hotel di Perlis ada menghidangkan arak ataupun tidak.

 

Pusat bowling. Sefaham saya pusat bowling bukanlah satu tempat yang salah di sisi agama Islam. Bahkan kalau di bandar-bandar besar, para daie sendiri biasa saja melakukan riadah ataupun rekreasi di pusat bowling bersama jemaah mereka.

 

Nilai Islamik sesebuah negeri tidak diukur dengan keIslaman parti yang memerintah SAHAJA. Ada BANYAK aspek lain. Sa

Read the rest of this comment...




Re: PERANAN VIRUS 6 BERADIK DALAM PIHANRAYA (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Wednesday, March 12 @ 03:57:38 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/

Mungkin kita kurang jelas maksud SEKULAR. Seseorang yang berfahaman sekular bukan bererti dia tidak banyak ilmu dan amal agama. Yang tidak cukup ilmu dan amal agama itu ‘jahil’, ia berbeza dengan ‘sekular’. Ada orang yang banyak ilmu bahkan bertaraf ulama di mata umum tetapi dia juga seorang yang berfaham sekular.

 

Dalam kata ringkasnya, sekular bermaksud berfaham bahawa ada situasi-situasi tertentu di mana agama tidak ada kaitan dengan situasi tersebut.

 

Meriahnya kelas agama di Johor itu bukan satu hujah untuk mengatakan ia tidak sekular kerana secular ataupun tidak, tidak dilihat dari sudut itu. Kita akui rakyat Johor umumnya beres ilmu agama yang asas dan banyak juga para agamawannya. Yang kita tolak adalah faham sekular yang melekat di hati mereka tidak kira dia seorang yang tidak solat fardhu dan minum arak, ataupun dia seorang hafiz al-Quran dan ribuan hadis serta bergelar ulama

 

Sekular inilah yang mesti Parti Islam tangani sebelum dapat bertapak kukuh di Johor.

 

Seseorang yang menolak ajaran Wahabi juga tidak bermaksud dia sudah pasti tidak sekular. Boleh jadi orang itu sekular ataupun berfaham dengan mana-mana salah satu daripada Virus 6 Beradik. Syiah menolak Wahabi tetapi umumnya mereka tidak sekular. Ada pula orang yang menolak Wahabi tetapi dia berfaham sekular.

 

Jadi, isu yang boleh dibawa ke Johor salah satunya adalah sekular kerana fahaman sekularlah yang memungkinkan menyebar luasnya pusat-pusat maksiat dan hiburan yang bertentangan dengan Islam di sana.

Jazakallah Tuan Jihad Wahabi. : )

* Dua tiga menjak ni dah senyap sikit nampaknya puak-puak Wahabi ni. Apatah lagi setelah isu Ahbasy mereka dengan pantasnya kita pintas. : )



Re: PERANAN VIRUS 6 BERADIK DALAM PIHANRAYA (Score: 1)
by zai_zailani on Wednesday, March 12 @ 04:11:34 EDT
(User Info | Send a Message)
salam,
agak ganjil bila dikatakan  sebahgian besar rakyat negeri johor berfahaman sekular, saya tidak faham apa garis panduan yang di gunakan untuk mengsekularkan sesebuah negari. adakah kerana pihak pembangkang tidak dapat menawan negeri itu. maka negeri itu sekular atau ada kelemahan yang tidak dapat diatasi atau di fahami dengan baik.



Re: PERANAN VIRUS 6 BERADIK DALAM PIHANRAYA (Score: 1)
by jihadwahabi on Thursday, March 20 @ 13:59:30 EDT
(User Info | Send a Message)
apa apa je lah :)

hmm...lama tak menulis tuan alexanderwathern.
sibuk ker sekarang?




Re: PERANAN VIRUS 6 BERADIK DALAM PIHANRAYA (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Friday, March 21 @ 08:19:28 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/
JIHAD WAHABI

apa apa je lah :)

hmm...lama tak menulis tuan alexanderwathern.
sibuk ker sekarang?



ALEX

Memang sibuk. : )
Kalau menulis pun selalu sekerat jalan. Ada kawan-kawan tanyakan soalan tapi jawapan sekerat jalan,  macam mana nak post. : (

Waktu pilihanraya memang sibuk walaupun ana non-partisan. Al maklumlah, apa saja keputusan pilihanraya Malaysia tetap akan memberi impak kepada kita kerana kita tinggal di Malaysia. Mahu tak mahu tetap kena libatkan diri juga. : )

Lepas PRU, satu-satunya kenderaan ana iaitu kereta Wira sudah kemalangan, 'patah kaki' kami sekeluarga tak boleh ke mana-mana. "Seorang daie siber tanpa talian internet apalah maknanya..." camtu le lebih kurang kata sahabat kita Tawel. Untuk ana pula, "Seorang daie yang program di sana sini tanpa kenderaan apalah maknanya..." : )

Kereta pun sudah teruk, kena cari kereta baru. Tu yang sibuk urus macam-macam hal. Dapatlah Iswara 2nd hand, Alhamdulillah kondisinya baik cam kereta baru juga. Kemudian sebagai back-up, ana beli motor Honda Wave 2nd hand satu. Kereta Wira tu lepas perbaik nampaknya nak kena tolak kedai, tapi harga pun tak seberapa tu.

Leceh betul tak ada kenderaan ni, asyik nak minta bantuan orang. Ada ikhwah yang sanggup pinjamkan kereta, motosikal malah wang tetapi ana tak tergamak nak terima, terasa macam menyusahkan kawan-kawan saja.

Kemudian, selain daripada diusrahkan, ana juga sedang pegang dua team usrah. Memang banyak kena korban masa. Ana juga ada buat kuliah tauhid tetapi yang ini tidak berkala, ok sikit.

Jadi, masa untuk menulis memang kurang walaupun baru tak sampai sebulan ana beli lap top. Terbang RM 2500 tapi penggunaannya minima je, sebab sibuk.

Semenjak dua menjak ni nampaknya puak-puak Wahabi ada 'slow' sikit. Setelah Parti Islam dan pakatan rakyat menang lebih ni dah nampak puak -puak tu macam nak cenderung puji Parti Islam pulak dah. Macam tu lah Wahabi, pendirian goyah dan banyak bertaqlid buta.

Laman tuan juga nampaknya semakin banyak pendedahan demi pendedahan, bagus tu. Pendedahan secara berhemah dan berhikmah pasti membawa pulangan yang lumayan...

Selamat berjuang.



Re: PERANAN VIRUS 6 BERADIK DALAM PIHANRAYA (Score: 1)
by swordofdeen on Saturday, March 22 @ 04:01:42 EDT
(User Info | Send a Message)
Agak ganjil kenapa mereka mula agak 'menyokong' parti perikatan rakyat (gelaran saya sendiri) sekarang. dan kalau kita tengok secara tiba-tiba mufti perlis memuji kerajaan kelantan. Mungkin dia sudah lupa yang dia pernah mengutuk parti yang memerintah negeri kelantan itu suatu masa dahulu sebagai dalang syiah malaysia..dan pelbagai lagi ...'pelik' sungguh

p/s: owh, bro alex punya kereta accident rupanya..sama la kita..saya hari balik mengundi. cuma bezanya kereta saya dah tak mcm kereta lagi, yelah, kancil vs 4wd :) have one bone broken, and skrng tgh medical leave panjang..nampaknay boleh komen2 kat laman web orng je la, tak mampu nak tulis panjang2


 
 
iLuvislam.com Top Blog





ISMA IKHWAN ABIM JIM PESANTREN VIRTUAL PAS HIZBUT-TAHRIR HALUAN RUFAQA NAHDATUL ULAMA MUHAMMADIYAH

PERINGATAN: Laman ini khususnya sebagai rujukan kepada ahli keluarga, anak-anak murid dan rakan-rakan

PONDOK TAMPIN   BAHAN TARBIYYAH   ALJOOFRE   HEMBUSAN   SERBAN PUTIH   EPILOG SISWA   ADNAN FADZIL   WANGIAN CEMPAKA    ALEXANDARICAIRO   TR_CHAMP   ONE-G   AL-HIKMAH   ALBAZRAH    STRAWBERRY & DANDELION   PRO-TAJDID SEGAR   SHARPEST SWORD  AL-FANSURI   NAQS HAQQANI   BAHRUS SHOFA   PAHLAWAN SRIKANDI   ZAHRAANNUR   JIHAD WAHABI   AZ ABRAR   AL QASAM   ABU HANAAN    BUDAKMENULIS   PcMUJAHID   ANJUNG LARIK   ORDINARY PAPA   IBNU MAJID   ULAMA UMMAH   SINAR KEIMANAN   AIMINABIHAH   DAULAH ISLAMIAH   NURHAWARIYYUN   DISERTASI   PASIR MAS   SUNGAI UDANG   IBNU QALIL   SAUJANA HIKMAH   IBNU RUHUDDIN   TINTA PERMATA   IBNU ZACK   AZHAR JAAFAR   WARDATUSSAHRA   FAUZI ASMUNI   MASIDAS   ROBITAH SOFIYAH   WAJA TERENGGANU   ORANG JELAI   SATU UMAT   MENGENAL ISLAM    MENGAPA ISLAM   GHURABAA786   AERSTU   FATHER OF HANAAN   MEDIA MUSLIM   TAJDID SEGAR   AL MARBAWI   GAGASAN ASWJ   DEBUNGA SYURGA   DE HAMBRA HEIGHTEN   UKHTI 27   SALADIN CONVOY   MEDIA MUSLIM   USTAZ ROSLI DHOBY   JARUM EMAS   KHAZANAH DINIYYAH   EFFRY SAIFUL    GREEN CASTLE   IBNU QALIL   SOBAHICAIRO   FASI TERENGGANU   USTAZ SOFAN HALIM   PERINTIS UMMAH   IMAM AZHARI   ASYZ SUFI   ROUDHOTUZ ZAHRA   ILMUWAN   HAHNIF   AYASHIOKI   FIRUS FANSURI
SCENE-R   PERINTIS UMMAH   DZULHAQQ   HIZ-TOUGH   HAZMI DIBOK   NURUL AIMAN   JANNATUL-NAIM   SERULING SENJA   NABIHA AL KHALIDIY   RISALAH KERINDUAN

PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.54 Seconds
 
 
:: fiblack3d phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::