Dalam satu kesempatan,
saya berpeluang melihat seimbas lalu sebuah buku terjemahan bertajuk “Silsilah
Hadits Dha’if dan Maudhu’” jilid 1 yang tertera nama Muhammad Nashiruddin
Al-Albani. Melihatkan gaya tulisan tajuknya, buku ini diterbitkan di Indonesia.
Ternyata benar! Ia diterbitkan oleh Gema Insani Press, cetakan pertama Juli
(Julai) 1995. Terpandang saja buku ini, saya terus tertarik hati kerana ingin
melihat cara Syeikh Albani bekerja.
Saya sempat melihat 60
daripada 500 hadis di dalamnya. Sepanjang penelitian saya yang singkat itu, timbul beberapa kemusykilan
yang saya rasa perlu dikongsi bersama-sama dengan teman-teman. Berikut adalah
catatan saya:
HADIS 4
“Berbincang-bincang dalam masjid itu
menggerogoti pahala-pahala seperti bintang ternak memakan rumputan.”
Hadis di atas TIDAK ADA
SUMBERNYA. Al-Ghazali meriwayatkannya dalam kitab Ihya Ulumiddin 1/136, tetapi
al-Hafiz al-Iraqi menyatakan, “Saya TIDAK MENDAPATKANNYA (TIDAK MENEMUINYA)
dari sumber aslinya.”
Abdul Wahhab Taqiyuddin
as-Subki dalam kita Tabaqat asy-Syafi’iyyah IV/145-147 mengatakan dengan tegas,
“Saya TIDAK MENDAPATKAN (MENEMUI) SANADNYA.”
ULASAN SAYA
Para pembaca hendaklah
memerhati dengan teliti.
Al-Iraqi kata dia TIDAK
MENEMUI hadis ini daripada sumber aslinya. As-Subki pula
mengatakan dia TIDAK MENEMUI sanadnya.
Al-Albani (ataupun
penterjemah) pula menggunakan kata-kata mereka lalu menulis, “Hadis ini TIDAK
ADA SUMBERNYA.”
Apa jenis permainan
yang cuba dibawa dalam hal ini? Sekiranya ini bukan satu kesilapan tidak
sengaja Albani (ataupun penterjemah), pada saya ia adalah satu jenayah ilmiah
dalam hal-hal keagamaan. Sangat jauh bezanya antara TIDAK MENEMUI SUMBER dengan
TIDAK ADA SUMBER.
Contoh:
Tersebar kisah kononnya
memang wujud lombong emas Raja Sulaiman di Afrika. Mat Iraqi pergi mencarinya
tetapi tidak ketemu. Kemudian Din Subki juga pergi mencarinya, juga tidak
ketemu. Kedua-dua mereka mengatakan, “Aku tidak menemui lombong Raja Sulaiman.”
Seratus tahun kemudian
pergi pula Lan Albani mengembara mencari lombong tersebut. Albani juga tidak
menemuinya. Dengan bersandarkan kepada pengembaraannya dan petikan kata-kata Iraqi
dan Subki, Albani pun mengeluarkan kenyataan, “Lombong Raja Sulaiman memang TIDAK
WUJUD.”
Bila masa Iraqi kata ia
tidak wujud? Iraqi kata dia tidak menemuinya. Bila masa Subki kata ia
tidak wujud? Subki kata dia tidak berjaya menjumpainya.
Tiba-tiba Albani kata
ia TIDAK WUJUD dan mengukuhkan hujahnya dengan bersandarkan kata-kata Iraqi dan
Subki!
Mana ada kesarjanaan
dengan cara kajian begini!
Berbalik kepada hadis
tadi. Al-Iraqi dan As-Subki kata mereka TIDAK JUMPA SUMBERNYA, bukan mereka
kata TIDAK ADA SUMBERNYA. Hal ini menunjukkan ketelitian mereka dalam
beinteraksi dengan ilmu-ilmu agama. TIDAK JUMPA SUMBERNYA berlainan maksud dengan
TIDAK ADA SUMBERNYA.
TIDAK JUMPA mencari
sesuatu mana boleh dihukum sesuatu itu pasti TIDAK ADA. Kadang-kadang ada yang tidak kita temui tetapi
memang wujud. Jadi masalah Albani (ataupun penterjemah) dalam hal ini adalah
ketelitian. Sepatutnya beliau juga mengatakan, “Aku tidak menemui sumber hadis
ini.” Begitu saja. Cara begini lebih menunjukkan ketelitian dan taqwa serta
menghindarkan diri kita daripada melampaui pengetahuan Allah SWT.
HADIS 10
“Sesungguhnya Allah suka melihat
hamba-Nya yang lelah dalam mencari rizki yang halal.”
Menurut saya (Albani),
ini salah satu hadis maudhu’ yang menodai Imam Suyuthi dalam kitabnya al-Jami’ush
Shaghir kerana ia menyalahi janji yang ditulisnya dalam mukadimah kitabnya tadi
(itu). Semoga Allah mengampuninya dan dan mengampuni kita semua. Amin!
ULASAN
Imam Sayuti kaji kaji
kaji... keputusannya OK. Albani kaji kaji
kaji... maudhuk?
Dari mana Albani boleh
tahu segenap aspek kajian Imam Sayuti tentang hadis ini? Pastikah sumber-sumber
Imam Sayuti semua telah dikaji oleh Albani?
HADIS 16
“Ada dua golongan dari umatku, yang
bila keduanya baik atau saleh, maka baiklah semua manusianya. Yaitu umara
(penguasa) dan fuqaha (ulama).”
Tidak ada perbedaan
antara pernyataan al-Hafizh (al-Iraqi) tadi (yang mengatakan hadis ini dhaif) dengan
vonis saya (Albani) bahwa hadits tersebut maudhu/ sebab hadits maudhu’ termasuk
kategori hadits-hadits dha’if seperti yang masyhur dalam ilmu Mushthalah Hadits.
ULASAN
Dhaif = Maudhuk?
*Juga ada satu bahagian
yang saya terperasan (dicari semula tetapi tidak ketemu dalam masa yang singkat
itu) ada ulama mengatakan hadis tertentu sebagai TIDAK SAHIH lalu Albani
menggunakan hujah ini untuk mengatakannya sebagai HADIS MAUDHUK. Mestikah TIDAK
SAHIH hukumnya MAUDHUK? Tidakkah ada kemungkinan ia menjadi HASAN ataupun
DHAIF?...
25 MAC 2008
|