Beberapa
orang sahabat mengesyorkan agar saya menonton video khutbah Tuan Guru Nik Aziz
yang menyentuh tentang Maulidurrasul, dan sanggahan kepada khutbah tersebut
oleh Syeikh Nuruddin al-Banjari. Hendak memakukan mata dan memasang telinga
untuk menonton video-video itu ketika tidak sihat begini agak sukar. Dikhuatiri
ada isi-isi penting yang saya terlepas pandang. Alhamdulillah syukur, sempat
juga saya menontonnya semalam sekali lalu.
Setelah
meneliti isi kandungan kedua-dua khutbah, secara peribadi saya memandang hujah-hujah
Syeikh Nuruddin secara keseluruhannya adalah lebih kuat.
POKOK
PERSELISIHAN
Tuan Guru
berpendapat sambutan Maulidurrasul tidak ada apa-apa hubungan dengan kita.
Antara hujahnya, Nabi Muhammad hanya ada hubungan dengan manusia lain hanya
setelah berusia 40 tahun, iaitu selepas turunnya wahyu.
Bagi Tuan
Syeikh pula, hubungan Rasulullah dengan manusia lain dan agama Islam bermula
lebih awal daripada itu, malah sejak kelahirannya.
Berdasarkan
formula di atas, jika Tuan Guru mengajar sirah, maka pelajaran sirahnya akan
bermula pada hari Nabi menerima wahyu. Itulah yang sepatutnya berlaku jika dia
berpegang dengan kata-katanya.
Jika Tuan
Syeikh mengajar sirah pula, beliau akan memulakan pelajarannya sejak Nabi belum
menerima wahyu lagi.
Jadi,
kepada sesiapa yang pernah menghadiri kuliah sirah Tuan Guru, anda boleh
menilai sendirilah.
KATA SAYA
YANG DHAIF
Sirah
bermula sebelum Nabi menerima wahyu. Sekiranya baginda tidak menunjukkan
nilai-nilai murninya selama berpuluh tahun sehingga digelar ‘al-Amin’,
kemungkinan besar semasa permulaan
dakwahnya tiada siapapun yang mahu memeluk agama Islam.
Bayangkan,
seorang biasa yang tidak punya kelebihan apa-apa tiba-tiba mengaku jadi wakil
Tuhan di bumi, siapa hendak percaya? Memang boleh dapat penyokong tetapi
masanya sangat panjang dan pengikutnya tidak seramai mana.
Tetapi,
selama 39 tahun baginda membina hubungan dengan masyarakat sekeliling hingga
menjadi orang yang terpercaya, dengan pantas hati-hati manusia tertawan. Bagaimana
orang-orang yang waras hendak menolak kerana dia ‘Al-Amin’! Dalam keadaan
baginda ‘Al-Amin’ pun majoriti Quraisy menentangnya, apatah lagi jika dia bukan
‘Al-Amin’!
Kalau
selepas menerima wahyu baru dia hendak membina gelaran ‘Al-Amin’…….
UJIAN
BUAT PEJUANG
Bayangkan
anda di tempat Syeikh Nuruddin. Anda menyedari ada yang tidak kena dengan isi
khutbah Tuan Guru. Apa tindakan anda?
Jika anda
mendiamkan diri sahaja, anda tidak ubah
seperti kebanyakan kaum Salafi Wahabi. Oleh kerana yang berkata itu Dr. Asri,
walau sebesar mana salahnya akan ditakwil supaya nampak tidak salah. Oleh
kerana yang berkata itu Dr. Azwira, walau sebanyak mana penipuannya maka anda
akan mengatakan, “Alah, isu kecil aje ni. Tak payah nak panjang-panjang. Banyak
lagi kerja agama boleh kita buat.” Oleh kerana yang berkata itu Syeikh Albani,
anda tidak mahu ulas kesalahannya lalu berkata, “Ini hal para ulama. Kita orang
boasa tak payah ambil tahu.”
Oleh
kerana yang berkata itu Tuan Guru Nik Aziz, maka Syeikh Nuruddin pun kenalah
diamkan saja kelemahan ataupun kesalahan yang disebarkannya. Begitukah?
Jika anda
menilai semula isi khutbah tersebut dan menyebarkan pembetulan tentangnya,
ketika itu anda akan dicop sebagai tidak hormat Tuan Guru, sengaja hendak cari
masalah, hendak tunjuk pandai, cuba menyebarkan ajaran dari seberang dan
sebagainya, walaupun anda memperkatakan perkara yang hak.
Pusing-pusing,
diam pada kesalahan pun anda dikutuk, bersuara atas kebenaran pun anda dikutuk.
Anda pilih yang mana?
SAMBUT
HARI WAHYU
Kata Tuan
Guru, hendak sambut hari lahir Nabi boleh (bukanlah bidaah ke neraka maksudnya)
tapi lebih baik sambut hari dapat wahyu kerana ketika itulah bermulanya
hubungan Nabi Muhammad dengan kita semua. Cadangan ini sudah lama saya dengar
dalam kaset-kaset ceramah Tuan Guru. Cadangan yang baik juga.
Cuma
nanti jangan pula ada yang hendak menyambut hari kewafatan Rasulullah dengan
alasan bergembira atas sempurnanya agama Islam sudahlah. : )
KOREK
TELINGA
Pernah
seorang ilmuan agama (Mufti Saudi ke sape ntah, lupa dah) memfatwakan tidak
batal puasa jika mengorek telinga. Dato’ Nik Aziz menyokong fatwa ini. Antara
alasannya adalah kerana lubang telinga tidak berhubungan dengan perut. Saya
guna fatwa ini walaupun banyak teman-teman tidak bersetuju. : ) Lagipun
sebenarnya, telinga saya ada masalah sikit. : )
PENDEK
KATA
Saya
tidak bersetuju jika dikatakan Maulidurrasul ‘tidak ada apa-apa kaitan dengan
kita’.
|