BERSAMA ALEXANDERWATHERN
 
 
•  Home  •  Downloads  •  Your Account  •  Forums  •
 
 
SENARAI MODUL
· Home
· AKAUN ANDA
· ARKIB-SIMPANAN
· CARI
· DOWNLOADS
· FORUM
· GALERI GAMBAR
· KAJI SELIDIK
· LINK BERMANFAAT
· MAKLUMBALAS
· MESEJ PERIBADI
· PESANAN RINGKAS
· PROMOSI LAMAN INI
· SEMUA KARYA ALEX
· SENARAI AHLI
· STATISTIK
· TOP 10
MAKLUMAT PENGGUNA
Welcome PENGUNJUNG


Nickname

Password

 

Membership

 · New Today

4

 · New Yesterday

6

 · Overall

738


Latest 3 Members
 01:Nov 21, 2009ASClupoblibia
 02:Nov 21, 2009ksizezzz
 03:Nov 20, 2009ViagraCialis

People Online

 Visitors (0%)

 Members (0%)

 Total online

0


Most Ever Online

 · Total

89

 · Members

1

 · Visitors

88


Total Hits
 · Daily

891

 · Average Hits

1526

 · Total Hits

1020069


Download Stats
 ·Total Files

 ·Total Categories

 ·Files Downloaded

 ·Data Sent

B


   Nuke Info
 ·Active Staff

1

 ·Active Topics

10

 ·Active Stories

467

 ·Total FAQ

 ·Total Reveiws

 ·Forum Posts

779

 ·Forum Topics

333

SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI?
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here
DEDAUNAN TAJDID SEGAR

LOKASI PENGUNJUNG
Locations of visitors to this page
Sape Nak Main Ngan Caye...?
UNDI BLOG INI
Malaysian Muslim Blogs
UNDI LAGI
Ukhwah.com :: Top Blog
Azharian's Topsite
BKPJM TOP BLOG
AL-AZHAR`s TOPSITES

Featured Links: Caribbean Medical Schools @ eTripTips - Your Travel Source
Cerpen: KALIMAH YANG KAUTINGGALKAN
Posted on Thursday, May 01 @ 08:05:29 EDT by alexanderwathern
SENI & HIBURAN ISLAM

Suatu malam, ketika hampir Subuh…

Seorang lelaki yang sedang nyenyak tidur terjaga. Dirasakan ada orang lain di dalam biliknya yang berhawa dingin dan berpewangi semburan automatik itu. Tidak syak lagi! Seseorang sedang berdiri di depan pintu biliknya, seolah-olah orang itu masuk menembusi pintu kayu jati berukir dan berpemegang perak.

Gelap, tetapi si lelaki nampak lembaga asing di biliknya walaupun suasana samar-samar lagi kelam..



“Siapa tu?” soal si lelaki. Dahinya berkerut dan matanya sedikit mengecil untuk memberi tumpuan.

“Hamba Allah seperti engkau juga,” jawab si makhluk.

“Apa yang kau cari? Bb… bagaimana engkau masuk? Rumah ini lengkap dengan sistem keselamatan. Pintu juga sudah aku kunci! Mana pengawal keselamatanku”

“Tidak ada tempat yang aku tidak boleh masuk. Tidak ada pintu yang tidak boleh aku lalui. Tidak ada pengawal yang mampu menghalang aku”

Hamba Allah tadi berpeluh dahinya. Dengan pantas tangannya mencapai sesuatu di kepala katil. Pistol!

“Huh, sebelum aku serahkan engkau kepada polis, ada baiknya engkau cerita siapa engkau dan apa tujuan engkau ke mari,” sinis saja tutur si lelaki.

“Sudah lama engkau mengenali aku. Namaku Izrail, dan engkau pastinya tahu apa tujuan aku datang.”

Terjatuh pistol di tangan si lelaki. Kelu lidahnya. Terbeliak matanya. Seakan-akan terhenti degupan jantungnya.

“Cukup saatnya sebentar nanti, aku akan menjalankan tugasku,” tambah makhluk itu.

Si lelaki menjerit memanggil isterinya di atas katil yang sama. Digoyang-goyangkan tubuh isterinya tetapi nyenyak isterinya tidak terusik sedikitpun.

Dijeritnya pula nama anak-anaknya… tiada balasan. Dicarinya telefon bimbit…jumpa, tetapi langsung tidak berfungsi seolah-olah dicabut baterinya. Dia jatuh melutut kehilangan punca.

“Engkau tidak mahu mengucapkan kalimah syahadah? Masih ada waktu untuk itu,” maklum si makhluk.

“Nanti, nanti! Aku belum bersedia untuk ini semua! Tolong, tolonglah aku! Keluargaku masih memerlukan aku. Harta kekayaan aku perlu aku urus sebaiknya terlebih dahulu. Kalau tidak, ia akan berkurang dan hilang. Anak isteriku belum cukup mahir mengendalikannya. Lagi pula, aku orang penting di dunia ini. Aku pimpinan masyarakat. Ketiadaan aku walau sekejap akan menghuru-harakan keadaan. Betul, aku tak tipu!”

“Aku bukanlah tempat memohon pertolongan. Aku tidak ada kuasa untuk itu. Tugasku hanya mencabut nyawa,” balas si makhluk sambil mula merapat.

“Jangannn! Nanti, nanntiii! Aku pernah minum arak. Aku pernah berzina. Aku pernah berjudi. Aku pernah memfitnah. Aku pernah menipu. Macam-macam yang aku pernah! Aduhhh…!”

“Aku mengingatkan lagi! Masa yang tersisa untukmu hanyalah untuk melafazkan kalimah syahadah sambil mengimaninya. Sebaiknya engkau lakukan sekarang.”

“Jangannnnnn…jangannnn…!” Air mata, hingus dan air liurnya keluar serentak memohon simpati. Hilang maruah dirinya yang dikatakan tinggi kerana sering dilihat keluar dari kereta mewah. Hilang ketampanannya memakai sut hitam putih. Hilang kepetahannya berucap dalam majlis-majlis orang-orang kenamaan. Hilang tegas dan barannya ketika mengarah orang-orang bawahan.

“Engkau masih ada 60 saat wahai abdi Allah,” tegur si makhluk.

“Tuhannnnnn! Tolong aku Tuhannn! Amalanku tidak banyak. Dosaku melambak-lambak. Berilah aku peluang ya Allah! Aku berjanji akan menjadi insan soleh selepas ini. Aku ingin mentarbiah anak isteriku yang jauh dari agama-Mu ya Allah…”

“Tinggal 45 saat…”

“Allahhh… aku selalu melancong tapi belum sempat naik haji! Aku banyak menyakiti orang tapi belum sempat minta maaf! Aku…”

Tiba-tiba seluruh persekitarannya berubah, menjadi kacau. Dia seolah-olah berada di alam yang lain.

Di sebelah kirinya berdiri seorang lelaki tua berserban, berjubah dan dengan tasbih di tangan. Wajahnya sangat bersih dan tubuhnya berbau wangi. Katanya, “Akulah Tuhanmu. Mohonlah pertolongan aku, nescaya kutolong.”

Di sebelah kanannya pula berdiri gagah kedua-dua orang ayah dan ibunya yang sudah puluhan tahun meninggal dunia. Di antara mereka berdua berdiri sesosok tubuh yang tampak gagah.

“Nak, kenal kami tak? Mak dan ayah ni. Kami sudah selamat di akhirat. Seronok sungguh hidup di sana. Kalau engkau hendak jadi seperti kami, matilah dalam agama Kristian. Nah, yang di tengah-tengah ini tidak lain ialah Jesus, Tuhanmu nak.”

Ada sesuatu pula dalam tubuh si lelaki. Dia dapat merasakan kewujudan sesuatu. Sesuatu yang di dalam tubuhnya itu membuatkannya berasa sejuk, nyaman dan selesa. Sesuatu itu berbicara, “Tidak, akulah Tuhanmu. Mintalah bantuan kepadaku.”

Di belakangnya berdiri pula guru al-Qurannya sewaktu kecil dahulu. Hebat pakaiannya, banyak perhiasannya dan sedang menikmati hidangan yang lazat-lazat.

“Aku gurumu. Cuba lihat ke u***** Timur. Nampak tak sesuatu yang sangat ebsar dan snagat indah sedang turun ke bumi? Itulah Tuhan kita. Dulu kan tok dah ajar yang Tuhan kita ‘turun’ ke bumi? Tok sembah hang itu, dan engkau lihatlah betapa berjayanya tok sekarang. Mintalah pertolongan kepada yang sedang turun di u***** Timur itu, engkau pasti berjaya.”

Si lelaki terdongak ke atas pula. Dilihatnya seluruh langit berubah menjadi sesuatu yang sangat indah. Lazat sungguh penglihatannya hinggakan meresap rasa sedap itu ke seluruh tubuh hingga ke hujung-hujung jari. Nun di atas segala keindahan itu, di atas daripada awan, di atas daripada langit biru, ada sesuatu yang gemilang cahayanya… sangat mempesonakan…

Teringat dulu sebuah majalah bulanan yang dibacanya. Menurut majalah itu, “Allah di langit”... Si lelaki terfikir dalam hatinya, “Yang ini Allah AGAKNYA…”

Booommm! Begitulah bunyi rentapan nyawa oleh malaikat Izrail ke atas si lelaki. Bunyinya saja sudah setanding dengan bunyi tembakan meriam, ‘rasanya’ tidaklah dapat digambarkan lagi. Tubuhnya keras serta merta.

“Aku tidak perlu minta maaf kepadamu wahai lelaki, kerana aku hanya menjalankan segala perintah Tuhan, atas gerak Tuhan. Kecintaanmu kepada dunia membuatkan engkau susah untuk mati. Engkau risau untuk meninggalkan itu ini. Orang-orang soleh tidak begitu. Mereka redha nyawa mereka diambil dan meninggalkan dunia yang sedikit nikmatnya ini dengan selamba. Malah mereka berasa senang sekali untuk emnemui Kekasih mereka nanti. Bukankah mati itu syarat untuk menemui cinta? Ringkasnya, engkau sendirilah yang memanjangkan sakaratul mautmu. Sebenarnya, sudah lebih dua jam engkau menderita, antara hendak melepaskan nyawa ataupun tidak.”

“Tuan aku iaitu Allah SWT juga telah memberikan masa yang mencukupi untuk engkau melafaz dan meyakini kalimah syahadah, iaitu tiket untuk engkau ke syurga. Malangnya engkau terlalu memberatkan dunia yang nikmatnya tidak sampai sebelah sayap nyamuk ini, membuatkan engkau tidak sempat melafazkannya sama ada dengan mulut ataupun hati.”

“Lebih dahsyat lagi, engkau tidak kenal Tuan aku iaitu Tuhanmu. Engkau tidak mampu membezakan yang mana Allah yang mana Iblis dan syaitan. Engkau mati dalam keadaan ragu-ragu yang mana Tuhanmu. Mana boleh main AGAK-AGAK dalam berTuhan! Padahal orang-orang sebelummu, banyak yang sudah tahu yang mana Tuhan mereka dalam masa satu saat sahaja. Hal ini berlaku kerana engkau tidak belajar ilmu tauhid hingga ke tahap mengenal Allah. Engkau hanya tahu apa yang tidak boleh disembah dan apa yang sepatutnya disembah saja, tapi engkau tidak kenal apa yang engkau sembah. Beginilah akibatnya beriman secara ragu-ragu.”

*****

“Hah, macam mana abi? OK ke karya adik?”

“Amboi amboiii… boleh tahan cerpen adik ni! Baru dua belas tahun dah boleh tulis macam ni… Ermmm… dah bagi ummi baca ke?”

“Dah bi. Tapi ummi kata, kena rujuk kat abi dulu sebab hendak cerita hal-hal ghaib ni bukan boleh main hentam je. Betulkan bi?”

“Ya, ya! Nanti abi akan bincang dengan Ustaz Abdullah tentang isi cerpen adik ni. Mana yang tak sesuai kita buang ataupun tukar.”

Ummi masuk dari luar rumah.

“Alah bang… karya budak-budak, biasalah. Kadang-kadang terlebih juga khayalannya.”

“Tapi kan, cerpen ni memang membuatkan abang terfikir banyak benda. Janganlah hendaknya abang jadi seperti lelaki dalam cerita ni.”

“Ya lah bang. Sama-samalah kita usahakan. Untuk diri kita pun kita usahakan, untuk diri orang lain pun kita usahakan.

“Malam ni makan apa ummi?”

“Haaa, special tau! Nasi putih, kurma sup daging dan air asam. Kita makan setalam, dah lama betul tak makan setalam.”

“Yea yea, alhamdulillahhh!”

Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathern’

1 MEI 2008

 
Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Related Links
· More about SENI & HIBURAN ISLAM
· News by alexanderwathern


Most read story about SENI & HIBURAN ISLAM:
MENANTI DI BARZAKH

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Printer Friendly

"LOGIN-AHLI MASUK DI SINI" | Login/Create an Account | 1 comment | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Cerpen: KALIMAH YANG KAUTINGGALKAN (Score: 1)
by ciera775 on Friday, November 20 @ 17:28:18 EST
(User Info | Send a Message)
femme naines et salope [db.mybb2.com], masturb ejac transex belle bite [spamswamp.com], zophilie femme baise avec cheval exrait vidio [kucadq.co.cc], lela hentai [bandofbros.net], hentaitheque video gratuit [virginialibertarian.com], pucelles black [bdmba.org], vid o de sexe tube arab [www.adultsutube.com], telecharger video zoophilie [www.codeconsultinginc.com], free youporn tube [cmlearn.freevar.com], cule nue galerie [forums.redsalute.com], hote redtub com [hcocyouthgroup.com], tube porno brigitte lahaie [traksys.net], sites de sexe entre les animaux et les femmes [www.howtofindsomeone.net], citoris [med.unhas.ac.id], foufounette et bas resille [mk.fsmff.com], photos amatrice nue nuit de noce [thehomewarehouse.co.za], porno animal b s r femme [pixelkraft.com.mx], you tube doigtage [www.my-haitianconnection-space.com], video gratuite d orgasme de femme [www.i-voa.com], videos femmes obeses 200kg et plus [www.canadaeasyimmigration.com]


 
 
iLuvislam.com Top Blog





ISMA IKHWAN ABIM JIM PESANTREN VIRTUAL PAS HIZBUT-TAHRIR HALUAN RUFAQA NAHDATUL ULAMA MUHAMMADIYAH

PERINGATAN: Laman ini khususnya sebagai rujukan kepada ahli keluarga, anak-anak murid dan rakan-rakan

PONDOK TAMPIN   BAHAN TARBIYYAH   ALJOOFRE   HEMBUSAN   SERBAN PUTIH   EPILOG SISWA   ADNAN FADZIL   WANGIAN CEMPAKA    ALEXANDARICAIRO   TR_CHAMP   ONE-G   AL-HIKMAH   ALBAZRAH    STRAWBERRY & DANDELION   PRO-TAJDID SEGAR   SHARPEST SWORD  AL-FANSURI   NAQS HAQQANI   BAHRUS SHOFA   PAHLAWAN SRIKANDI   ZAHRAANNUR   JIHAD WAHABI   AZ ABRAR   AL QASAM   ABU HANAAN    BUDAKMENULIS   PcMUJAHID   ANJUNG LARIK   ORDINARY PAPA   IBNU MAJID   ULAMA UMMAH   SINAR KEIMANAN   AIMINABIHAH   DAULAH ISLAMIAH   NURHAWARIYYUN   DISERTASI   PASIR MAS   SUNGAI UDANG   IBNU QALIL   SAUJANA HIKMAH   IBNU RUHUDDIN   TINTA PERMATA   IBNU ZACK   AZHAR JAAFAR   WARDATUSSAHRA   FAUZI ASMUNI   MASIDAS   ROBITAH SOFIYAH   WAJA TERENGGANU   ORANG JELAI   SATU UMAT   MENGENAL ISLAM    MENGAPA ISLAM   GHURABAA786   AERSTU   FATHER OF HANAAN   MEDIA MUSLIM   TAJDID SEGAR   AL MARBAWI   GAGASAN ASWJ   DEBUNGA SYURGA   DE HAMBRA HEIGHTEN   UKHTI 27   SALADIN CONVOY   MEDIA MUSLIM   USTAZ ROSLI DHOBY   JARUM EMAS   KHAZANAH DINIYYAH   EFFRY SAIFUL    GREEN CASTLE   IBNU QALIL   SOBAHICAIRO   FASI TERENGGANU   USTAZ SOFAN HALIM   PERINTIS UMMAH   IMAM AZHARI   ASYZ SUFI   ROUDHOTUZ ZAHRA   ILMUWAN   HAHNIF   AYASHIOKI   FIRUS FANSURI
SCENE-R   PERINTIS UMMAH   DZULHAQQ   HIZ-TOUGH   HAZMI DIBOK   NURUL AIMAN   JANNATUL-NAIM   SERULING SENJA   NABIHA AL KHALIDIY   RISALAH KERINDUAN

PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.60 Seconds
 
 
:: fiblack3d phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::