BERSAMA ALEXANDERWATHERN
 
 
•  Home  •  Downloads  •  Your Account  •  Forums  •
 
 
SENARAI MODUL
· Home
· AKAUN ANDA
· ARKIB-SIMPANAN
· CARI
· DOWNLOADS
· FORUM
· GALERI GAMBAR
· KAJI SELIDIK
· LINK BERMANFAAT
· MAKLUMBALAS
· MESEJ PERIBADI
· PESANAN RINGKAS
· PROMOSI LAMAN INI
· SEMUA KARYA ALEX
· SENARAI AHLI
· STATISTIK
· TOP 10
MAKLUMAT PENGGUNA
Welcome PENGUNJUNG


Nickname

Password

 

Membership

 · New Today

4

 · New Yesterday

6

 · Overall

738


Latest 3 Members
 01:Nov 21, 2009ASClupoblibia
 02:Nov 21, 2009ksizezzz
 03:Nov 20, 2009ViagraCialis

People Online

 Visitors (0%)

 Members (0%)

 Total online

0


Most Ever Online

 · Total

89

 · Members

1

 · Visitors

88


Total Hits
 · Daily

982

 · Average Hits

1526

 · Total Hits

1020160


Download Stats
 ·Total Files

 ·Total Categories

 ·Files Downloaded

 ·Data Sent

B


   Nuke Info
 ·Active Staff

1

 ·Active Topics

10

 ·Active Stories

467

 ·Total FAQ

 ·Total Reveiws

 ·Forum Posts

779

 ·Forum Topics

333

SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI?
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here
DEDAUNAN TAJDID SEGAR

LOKASI PENGUNJUNG
Locations of visitors to this page
Sape Nak Main Ngan Caye...?
UNDI BLOG INI
Malaysian Muslim Blogs
UNDI LAGI
Ukhwah.com :: Top Blog
Azharian's Topsite
BKPJM TOP BLOG
AL-AZHAR`s TOPSITES

Featured Links: Free PHP-Nuke Portal @ onemath.info free webproxy
Malangnya Isterimu Seorang Artis
Posted on Monday, May 12 @ 21:16:12 EDT by alexanderwathern
UMUM

Malangnya isterimu seorang artis
Dia sentiasa sibuk, jadualnya padat
Dia tiada masa untukmu

Ada latihan, ada ‘shooting’, ada promosi
Ada ‘show’, ada ‘meeting’, ada ‘dinner’
Tinggallah engkau bersama anak-anak



Malangnya isterimu seorang artis
Ke mana-mana pergi dia jadi perhatian orang
Kalau berjalan bersama,
engkau disangkakan drebar ataupun ‘bodyguard’
Dia lebih sibuk tandatangan autograf
Lebih sibuk membalas ‘hello’ dan lambaian peminat
Daripada mendengar perkataan-perkataanmu


Malangnya isterimu seorang artis
Di mata umum dan di pentas
Wajah dan tubuhnya disolek
Senyumnya tidak putus berjam-jam demi menjaga peminat
Tapi di rumah…
Mana kawan nak ‘make-up’
‘Make-up’ saja sudah satu jam
Padahal dia balik ke rumah hendak berehat
Mana kawan hendak senyum

Kan tadi sudah memaksa senyum dua tiga jam depan televisyen?
Tentulah lenguh otot-otot muka dan minda
Maka buruklah mukanya di rumah
Cantik dan senyumnya untuk orang
Buruk dan letihnya untukmu
Padahal engkau suaminya

Malangnya isterimu seorang artis
Peminat menonton seluruh tubuhnya
Peminat bercerita tentang ‘perhiasan-perhiasannya’

Ada bahagian yang dipuji dan ada bahagian yang dikeji
Padahal suami memiliki kesemua perhiasan isteri
Yang engkau pula, dengan orang ramai terpaksa berkongsi
Apakah engkau tidak terkilan di hati?

Malangnya isterimu seorang artis
Di depan lensa dia berlakon pelbagai watak

Ada watak yang sopan ada watak yang tidak bermaruah
Filem mahukan dia bersentuhan dengan lelaki,
dia kena lakukan
Filem mahu dia berlakon adegan atas katil bersama lelaki lain,
melakonkan watak mama dan papa,
dia kena lakukan
Filem mahu dia beraksi sebagai mangsa yang sedang ataupun cuba dirogol
Dia kena lakukan
Wah, isterimu jadi hidangan ramai rupanya

Malangnya isterimu seorang artis
Wangnya banyak pengaruhnya besar
Dia lebih kaya daripadamu, engkau di bawah telunjuknya
Wang hasil pekerjaannya itu diberi makan anak-anak
Engkau yakinkah halalnya, berkatnya?

Malangnya isterimu seorang artis
Dia pujaan ramai
Anak-anak lebih berbangga dengannya berbanding denganmu
Dialah hero mereka, bukan engkau
Dia dilihat lebih berjaya daripada engkau
Maka anak-anak lebih mendengar cakapnya
Lebih sayang kepadanya
Dia idola mereka
Mereka pun bercita-cita nak jadi sepertinya
Aduh…

Malangnya isterimu seorang artis
Dosanya bertabarruj di khalayak ramai
dia tanggung engkaupun tanggung
Jika dia bertaubatpun suatu hari nanti
Kalian tetap akan berasa terkilan dan tidak senang duduk
Kerana media masih menayangkan filem-filem lakonannya
Lagu-lagu nyanyiannya
Ketika dia tidak menutup aurat dulu.
Anak cucu cicit akan terus melihat aib isterimu

Malangnya…
Isterimu seorang artis



* Nak kahwin? Umumnya, janganlah pilih artis ataupun yang bakal menjadi artis, ataupun yang suka mengikut cara hidup artis.

* 'Artis' yang dimaksudkan adalah sebagaimana yang tertera dalam sajak di atas

Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathern’

13 MEI 2008

 
Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Related Links
· More about UMUM
· News by alexanderwathern


Most read story about UMUM:
APA ITU "SAKA"?

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Printer Friendly

"LOGIN-AHLI MASUK DI SINI" | Login/Create an Account | 7 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Malangnya Isterimu Seorang Artis (Score: 1)
by Raudhotuz-Zahra on Monday, May 12 @ 23:03:52 EDT
(User Info | Send a Message) http://www.raudhotuzzahra.blogspot.com/
Salam Mr. Alex,

* Nak kahwin? Umumnya, janganlah pilih artis ataupun yang bakal menjadi artis, ataupun yang suka mengikut cara hidup artis.


* 'Artis' yang dimaksudkan adalah sebagaimana yang tertera dalam sajak di atas

Kasihan.. dah tertutup ke peluang untuk wanita-wanita seumpama ini untuk mendapat lelaki yang baik? Memang saya tidak menafikan bahawa wanita yang baik serta istiqamah dalam menjaga maruah dirinya berhak mendapat kelebihan. Sabda Rasulullah SAW, "Seutama-utama wanita ahli syurga adalah Khadijah binti Khuwailid, Fathimah binti Muhammad, Maryam binti Imran dan Asiyah binti Muzahim." (HR. Ahmad)

Namun, bagaimana jika aibnya itu sepi dan menjadi ikhtibar kepada generasi seterusnya. Sebagai mana contoh Siti Zulaikha, biarpun pernah cuba menyerahkan diri kepada Nabi Yusof, hebatnya kuasa Allah, bersama belas kasihan-Nya, akhirnya setelah ketemu dengan cinta agung, maka tertunai jua hasrat Siti Zulaikha untuk bersama Nabi Yusuf a.s. Begitu juga dengan Ratu Sabaa, Balqis, yang pernah menyingkap kainnya hingga ke pergelangan betisnya. Setelah menginsafi dengan kelemahan diri, akhirnya BalQis akur dengan kekuasaan Allah.


Boleh huraikan tak, sedang mereka ini adalah pendamping kepada nabi-nabi Allah?
wallahu'alam...




Re: Malangnya Isterimu Seorang Artis (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Tuesday, May 13 @ 00:49:32 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/

Salam Miss Zahra,

 

Peluang mereka tidak tertutup. Kata-kata saya berikut menunjukkan pandangan saya:

 

“UMUMNYA, janganlah pilih artis ataupun yang bakal menjadi artis, ataupun yang suka mengikut cara hidup artis.”

 

Perkataan ‘UMUMNYA’ menunjukkan ia bukanlah 100% ‘JANGAN’. Ada keadaan-keadaan tertentu yang membuatkan mereka dipilih oleh lelaki-lelaki baik.

 

Sebenarnya isi puisi ini lebih khusus berupa nasihat kepada lelaki-lelaki yang ilmu, iman dan amalnya sneipis kulit bawang seperti saya, ataupun yang lebih rendah lagi. Buat lelaki yang setanding ataupun hampir setanding dengan Nabi Yusuf dan Nabi Sulaiman, ataupun yang lebih berkualiti daripada saya, boleh saja pilih wanita ‘artis’ tersebut.

 

Nasihat ini sebagai peringatan agar para lelaki tadi tidak menyesal di kemudian hari jika mereka memilih wanita ‘artis’ ini sebagai teman hidup ataupun teman-teman hidup.

 

Dalam kes Zulaikha, sebenarnya sedari awal dia seorang yang baik-baik lagi bangsawan. C uma sekali itu saja dia tidak tertahan melihat Yusuf lalu mahu berasmara. Menurut sebahagian riwayat, dia belum pernah merasai nikmat berumahtangga kerana suaminya ‘tidak mampu’. Ketika Yusuf dan Zulaikha bersatu, Zulaikha masih seorang dara. Riwayat lain pula mengatakan daranya dipulihkan oleh Tuhan. Ringkasnya kesalahan Zulaikah bukanlah dipamerkannya kepada umum sebagai pertunjukan pentas mahupun filem. Dia sentiasa berada di rumah, tidak menjadi tontonan orang ramai dan zaman aibnya tidak dirakamkan sebagai filem.

 

Hal ini berbeza dengan ‘artis’ yang sudah berpuluh kali bertabarruj di pentas dan media yang disaksikan oleh jutaan orang selama bertahun-tahun, malah menjadi contoh pula kepada orang lain. Sudah mati pun filem-filem yang dilakonkannya dalam ekadaan bertabarruj dan membuka aurat masih disiarkan.

 

Dalam kes Balqis pula, kainnya disingkap kerana menyangkakan lantai ‘mozek’ istana Nabi Sulaiman itu air (kerana terlalu cantik lagi jernih), bukan dia sengaja menayangkan betisnya kepada Sulaiman dan para pembesarnya.

 

Begitulah lebih kurang. : )

 

Wallahualam.




Re: Malangnya Isterimu Seorang Artis (Score: 1)
by ainohikari on Tuesday, May 13 @ 11:59:41 EDT
(User Info | Send a Message)
ye, ana setuju dengan bro alex.

Termasuklah pembetulan kisah yang dibawa oleh miss zahra itu.
Harap miss zahra lebih berhati-hati dalam menceritakan sesuatu kisah Nabi.

"perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat "

wallahu'alam.



 
 
iLuvislam.com Top Blog





ISMA IKHWAN ABIM JIM PESANTREN VIRTUAL PAS HIZBUT-TAHRIR HALUAN RUFAQA NAHDATUL ULAMA MUHAMMADIYAH

PERINGATAN: Laman ini khususnya sebagai rujukan kepada ahli keluarga, anak-anak murid dan rakan-rakan

PONDOK TAMPIN   BAHAN TARBIYYAH   ALJOOFRE   HEMBUSAN   SERBAN PUTIH   EPILOG SISWA   ADNAN FADZIL   WANGIAN CEMPAKA    ALEXANDARICAIRO   TR_CHAMP   ONE-G   AL-HIKMAH   ALBAZRAH    STRAWBERRY & DANDELION   PRO-TAJDID SEGAR   SHARPEST SWORD  AL-FANSURI   NAQS HAQQANI   BAHRUS SHOFA   PAHLAWAN SRIKANDI   ZAHRAANNUR   JIHAD WAHABI   AZ ABRAR   AL QASAM   ABU HANAAN    BUDAKMENULIS   PcMUJAHID   ANJUNG LARIK   ORDINARY PAPA   IBNU MAJID   ULAMA UMMAH   SINAR KEIMANAN   AIMINABIHAH   DAULAH ISLAMIAH   NURHAWARIYYUN   DISERTASI   PASIR MAS   SUNGAI UDANG   IBNU QALIL   SAUJANA HIKMAH   IBNU RUHUDDIN   TINTA PERMATA   IBNU ZACK   AZHAR JAAFAR   WARDATUSSAHRA   FAUZI ASMUNI   MASIDAS   ROBITAH SOFIYAH   WAJA TERENGGANU   ORANG JELAI   SATU UMAT   MENGENAL ISLAM    MENGAPA ISLAM   GHURABAA786   AERSTU   FATHER OF HANAAN   MEDIA MUSLIM   TAJDID SEGAR   AL MARBAWI   GAGASAN ASWJ   DEBUNGA SYURGA   DE HAMBRA HEIGHTEN   UKHTI 27   SALADIN CONVOY   MEDIA MUSLIM   USTAZ ROSLI DHOBY   JARUM EMAS   KHAZANAH DINIYYAH   EFFRY SAIFUL    GREEN CASTLE   IBNU QALIL   SOBAHICAIRO   FASI TERENGGANU   USTAZ SOFAN HALIM   PERINTIS UMMAH   IMAM AZHARI   ASYZ SUFI   ROUDHOTUZ ZAHRA   ILMUWAN   HAHNIF   AYASHIOKI   FIRUS FANSURI
SCENE-R   PERINTIS UMMAH   DZULHAQQ   HIZ-TOUGH   HAZMI DIBOK   NURUL AIMAN   JANNATUL-NAIM   SERULING SENJA   NABIHA AL KHALIDIY   RISALAH KERINDUAN

PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.55 Seconds
 
 
:: fiblack3d phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::