BERSAMA ALEXANDERWATHERN
 
 
•  Home  •  Downloads  •  Your Account  •  Forums  •
 
 
SENARAI MODUL
· Home
· AKAUN ANDA
· ARKIB-SIMPANAN
· CARI
· DOWNLOADS
· FORUM
· GALERI GAMBAR
· KAJI SELIDIK
· LINK BERMANFAAT
· MAKLUMBALAS
· MESEJ PERIBADI
· PESANAN RINGKAS
· PROMOSI LAMAN INI
· SEMUA KARYA ALEX
· SENARAI AHLI
· STATISTIK
· TOP 10
MAKLUMAT PENGGUNA
Welcome PENGUNJUNG


Nickname

Password

 

Membership

 · New Today

4

 · New Yesterday

6

 · Overall

738


Latest 3 Members
 01:Nov 21, 2009ASClupoblibia
 02:Nov 21, 2009ksizezzz
 03:Nov 20, 2009ViagraCialis

People Online

 Visitors (0%)

 Members (0%)

 Total online

0


Most Ever Online

 · Total

89

 · Members

1

 · Visitors

88


Total Hits
 · Daily

956

 · Average Hits

1526

 · Total Hits

1020134


Download Stats
 ·Total Files

 ·Total Categories

 ·Files Downloaded

 ·Data Sent

B


   Nuke Info
 ·Active Staff

1

 ·Active Topics

10

 ·Active Stories

467

 ·Total FAQ

 ·Total Reveiws

 ·Forum Posts

779

 ·Forum Topics

333

SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI?
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here
DEDAUNAN TAJDID SEGAR

LOKASI PENGUNJUNG
Locations of visitors to this page
Sape Nak Main Ngan Caye...?
UNDI BLOG INI
Malaysian Muslim Blogs
UNDI LAGI
Ukhwah.com :: Top Blog
Azharian's Topsite
BKPJM TOP BLOG
AL-AZHAR`s TOPSITES

Featured Links: Entrance to Medical Schools @ easymath.info free webproxy
Siapa Iskandar Zulqarnain?
Posted on Thursday, May 22 @ 04:28:45 EDT by alexanderwathern
UMUM".. adakah Iskandar Zulkarnain = Alexander the Great? sbb setau aku, nih 2 orang yang berbeza..."

Ketika masih remaja dulu saya percaya kedua-duanya orang yang sama. Namun setelah membaca di sana-sini hasil kajian mereka yang berkemahiran, saya beranggapan kedua-duanya orang yang berlainan.



Zulqarnain seorang yang beriman sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran sedangkan Alexander (nickname aku ni- Alexanderwathern) seorang yang kufur. Zulqarnain hidup lebih awal daripada Alexander. Masyhurnya Iskandar Zulqarnain ini menyebabkan banyak raja-raja selepasnya menggunakan nama Iskandar/ Alexander termasuklah Alexander the Great dari Macedonia (Maquduniah) itu. Raja-raja Melayu sendiri banyak yang menggunakan nama Iskandar. Bahkan secara peribadi saya memandang nama ‘Rajendra’ yang digunakan oleh beberapa orang raja di India tidak lain ialah ‘Alexander’ ataupun ‘Iskandar’. Yang paling terkenal ialah Rajendra 1 (Raja Suran) dari Kerajaan Chola yang berjaya menakluk Tanah Melayu termasuklah kerajaan Gangga Negara di Perak.

Saya memilih pemerintah Parsi kuno sebagai Zulqarnain iaitu antara Maharaja Cyrus (Korsh/ Kursh) ataupun Darius (Dara) , tapi bukan Maharaja Dara yang berperang dengan Alexander Macedonia. Kajian menunjukkan empayar Parsi kuno ini antara empayar yang paling luas pernah wujud di muka bumi, melebar dari Barat (Eropah dan Afrika) hingga ke Timur (China dan Jepun).

Bukti-bukti menunjukkan perjalanan Alexander Macedonia tidak sampai pun ke negara China, paling jauhpun di pinggirnya saja, kemudian dia menemui maut dalam usia yang muda. Alexander juga tidak membina apa-apa benteng sedangkan Zulqarnain membina benteng kukuh antara gunung (yang saya percaya binaan awal Tembok Besar China sebelum disambung hingga menjadi beribu-ribu kilometer kerana memang ada bahagian tembok itu berteraskan logam bersalut tembaga di sebelah dalamnya) untuk menyekat kaum Yakjud Makjud (bangsa-bangsa gusar di utara China).

Sumber-sumber Barat tentang Alexander Macedonia tidak menyentuh tentang pembinaan benteng. Namun Barat mula menyentuhnya apabila mereka menyedari wujudnya cerita benteng Zulqarnain dalam al-Quran.

Zulqarnain membawa agama tauhid yang saya yakini sebagai agama Zoroaster (Zarathustra yang kemudiannya terseleweng hingga menjadi agama Majusi yang menyembah api . Agama inilah yang bertapak kukuh di Parsi kuno. Ada juga pendapat mengatakan beliau membawa agama Nabi Ibrahim ataupun agama peninggalan Nabi Nuh.

Agama Zoroaster dikatakan membawa pemahaman wujudnya Tuhan baik yang diseimbangkan dengan tuhan jahat. Berkemungkinan perkara ini menghasilkan pemahaman yin dan yang di China.

Salah seorang penasihat utama Alexander ialah Aristotle (Aristun Syah) . Hingga kini agama Aristotle masih diragukan sungguhpun dia dan guru-guru sebelumnya seperti Socrates dan Plato nampak tidak sealiran dengan pemerintah dalam isu ‘sembahan’. Mereka lebih kepada ahli falsafah berbanding Nabi ataupun seorang yang menganut agama tauhid. Penasihat Zulqarnain yang masyhur pula ialah Nabi Khidhir, yang jelas-jelas bertauhid.

Beberapa pengkaji berpendapat ‘Barat’ yang terkenal dengan sikap suka memanipulasikan sejarah itu memainkan peranan penting untuk men’Zulqarnain’kan Alexander Macedonia. Mereka cukup sakit hati jika apa-apa kelebihan memihak kepada ‘Timur’ termasuklah dalam hal Zulqarnain. Barat mahu Alexander Macedonia diyakini semua orang sebagai Zulqarnain dalam Quran. Quran dengan bijaknya menyanggah hal itu apabila menyanjung keagamaan Zulqarnain yang jauh berbeza dengan ‘keliaran’ Alexander Macedonia.

Lihat sajalah filem Alexander keluaran Barat, ‘diwarnakannya’ rambut Zulqarnain dengan warna perang. Padahal sisa-sisa bukti yang ada menunjukkan Zulqarnain berambut hitam. Namun dalam hal ini ada kekecualian. Boleh jadi memang filem itu hendak menceritakan Alexander the Great dan bukannya Iskandar Zulqarnain al-Quran.

Rom dan Parsi saling beralih kuasa pemerintahan (pentadbiran dunia digilir-gilirkan antara Timur dengan Barat). Kedua-duanya ada raja yang bernama ataupun bergelar Iskandar. Rom pastinya iri hati dengan Iskandar Zulqarnain Parsi yang gah suatu waktu dahulu. Atas sebab itu Rom (Barat) mahu membuktikan Iskandar merekalah yang paling agung. Seboleh-bolehnya mereka mahu menutup kisah Iskandar Zulqarnain dari Parsi. Sekali lagi Quran begitu bijak menyanggah hal ini dengan menyebut tokoh ini sebagai ‘Zulqarnain’ sahaja tanpa ‘Iskandar/ Alexander’. ‘Zulqarnain’ hanya ada di Parsi dan bukan di Rom (ketika itu berpusat di Macedonia).

Saya ada menyimpan satu artikel lama (lebih kurang 20 tahun dulu) yang saya koyak dari sebuah akhbar (rasanya Utusan ataupun Berita Harian) tapi kini entah di aman. Penulisnya berpendapat Zulqarnain ialah anak Nabi Ibrahim daripada isteri(gundik)nya iaitu Qanturah/ Ketura. Anak inilah yang berguru dengan Aristotle. Penulis cenderung untuk mengakui keimanan Aristotle, Plato dan Socrates.

Pada saya, pandangan ini tidaklah kukuh. Sebagaimana yang kita maklumi, Iskandar/ Alexander yang berguru kepada Aristotle ialah anak Raja Phillips (Filaqus), bukan anak Nabi Ibrahim. Tentang keimanan ketiga-tiga tokoh falsafah itu, tidaklah kiat ada maklumat yang selengkapnya.

Menurut buku ‘Lelaki Misteri Dalam Al-Quran-Iskandar Zulkarnain’, banyak ulama dan sejarahwan menyokong Alexander the Great sebagai Zulqarnain tetapi semakin hari semakin ramai yang menolaknya termasuklah Ibnu al-Qayyim, Imam Bukhari, Ibnu Taimiyyah dan Sayyid Qutb.


Wallahualam.
 
Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Related Links
· More about UMUM
· News by alexanderwathern


Most read story about UMUM:
APA ITU "SAKA"?

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Printer Friendly

"LOGIN-AHLI MASUK DI SINI" | Login/Create an Account | 7 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Siapa Iskandar Zulqarnain? (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Thursday, May 22 @ 04:45:02 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/
USUL TAJDID SEGAR:
Utamakan urusan yang lebih penting berbanding yang penting.

BUAH AMAL:
Mencari siapa Zulqarnain banyak memakan masa sedangkan apa jua hasilnya tidaklah menguntungkan sangat kita. Sebab itu dalam al-Quran tidak diceritakan secara terperinci tokoh, masa dan lokasinya. Biarlah seorang dua saja ilmuan yang berusaha mengkajinya. Bagi kita, lebih baiklah mengikhtiarkan peningkatan ilmu, iman dan amal baik untuk diri sendiri mahupun orang lain.

Pencarian Zulqarnain lebih kepada pengetahuan am dan kita sekadar mengambil tahu tentangnya pada masa-masa santai, jangan habiskan masa-masa penting untuk mencari siapa Zulqarnain- rugi.





Re: Siapa Iskandar Zulqarnain? (Score: 1)
by Raudhotuz-Zahra on Tuesday, May 27 @ 09:25:56 EDT
(User Info | Send a Message) http://www.raudhotuzzahra.blogspot.com/
Lagi cantik jika kita berusaha untuk jadikan diri kita Mr/Ms/Mrs....... The Great

:D



Re: Siapa Iskandar Zulqarnain? (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Sunday, June 01 @ 11:42:40 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/
Roudhotuz Zahra the Great... hmmm.. boleh boleh! : )



Re: Siapa Iskandar Zulqarnain? (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Sunday, June 01 @ 11:44:05 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/
Kiriman asal oleh chi loco View Post [bincang.net]
Tapi topik ni mmg menarik... Selama ni pun yang aku tau Iskandar Zulqarnain tu = Alexander the Great.. So, Alexander of Macedonia tu not so great ahhh..

Satu lagi... So Iskandar Zulqarnain ni org Greek gak ke ?? Yunani?? Dulu2 Greek bawah kerajaan Rom eh?? tapi diorang punye bahasa berbeza kan begitu juga dgn Parsi... diorang nampak mcm 3 set of bangsa yg tak share any common things accept for their look lah..

Satu lagi.. betul ke yakjud dan Makjud tu kat utara China??? apa maksud bangsa GUSAR??



ALEX:
Jika benar Zulqarnain ialah Maharaja Korsh (Cyrus The Great), dia orang Parsi. Namun untuk mengesahkan Cyrus sebagai Zulqarnain, sebenarnya bukti-bukti yang ada pun belum cukup kukuh. Cuma dalam banyak-banyak pemerintah besar zaman dahulu kala, Cyrus lebih menyerupai Zulqarnain berbanding yang lain-lain.

Ada juga seorang raja yang misteri, tidak diketahui siapa orangnya. Raja ini pernah menemui Nabi Ibrahim di Makkah dan bertawaf bersama-samanya, tapi namanya tidak disebutkan. Ada orang mengatakan dia mungkin Zulqarnain.

Secara peribadi, saya memandang Cyrus sebagai Zulqarnain.. setakat ini. : )


Yakjud Makjud (Gog and Magog?) pun tidak kita ketahui siapa mereka. Cuma ada ulama dan pengkaji sejarah berpendapat mereka mungkin orang-orang Monggol di utara China yang terkenal dengan gagah dan ganasnya pada masa dahulu. Tapi... macam kes Zulqarnain juga, maklumat yang ada tidak cukup untuk mengesahkan mereka itulah Yakjud Makjud.

Sefaham saya, bangsa gusar (barbarian- macam Conan the Barbarian) hidup liar dan tertinggal jauh dari segi ketamadunan. Mereka kasar, macam golongan badwi di Tanah Arab.

Wallahualam.



Re: Siapa Iskandar Zulqarnain? (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Sunday, June 01 @ 11:45:37 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/
Kiriman asal oleh legolas View Post [bincang.net]
Salam,

Yang kalah dengan Alexender dari Macedonia tu ialah Darius the great iaitu keturunan Cyrus the great. Maybe Darius II.



ALEX:
Naam, yang kalah kepada Alexander Macedonia ialah Maharaja Darius (Dara) tapi bukan Darius the Great yang hidup selepas Cyrus the Great dan sebelum Darius. Boleh jadi yangh kalah itu Darius II.

* Baru terbaca tadi. Rupa-rupanya Darius III.



Re: Siapa Iskandar Zulqarnain? (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Sunday, June 01 @ 11:50:22 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/
Kiriman asal oleh chi loco View Post [bincang.net]
Aku ade baca sejarah nabi2, dlm buku tu dia ckp Iskandar Zulqarnain lah yg ade jumpe nabi ibrahim..

Pastu kalau kat wiki, kalau tgk cyrus, ade gambo ukiran batu gambo cyrus yg pakai topi bertanduk dua - zulqarnain..

Kalau tgk bahan selidik diorang ni.. almost confirm yang cyrus = iskandar z.. sebab ade lagi ke potential candidate menurut sejarah utk jadi IZ ni?? yg alexander macedonia tu mmg almost confirm bukan..

Aristotle, plato socrates tu sezaman dgn IZ ke??


ALEX:
Aristotle (Aristun Syah) sah sezaman dengan Alexander Macedonia, tapi bukan dengan Zulqarnain. Plato ialah guru kepada Aristotle. Boleh jadi Alex Macedonia tidak sempat bertemu dengannya manakala Socrates hidup lebih dahulu daripada Plato.

Wallahualam.



Re: Siapa Iskandar Zulqarnain? (Score: 1)
by ty43 on Thursday, November 19 @ 19:57:08 EST
(User Info | Send a Message)
fille toute nue a gros seins [doghealth.asia], charmes gratuits femmes m rs [senmembersforum.com], sexe plage public [forum.sylacauga.com], naruto hentaistream free [bethelprinceton.com], caroline lenoir playboy 03 2007 [www.mohnation.com], salope de gitanes cochonne [icandotech.com], petite fille cochonne [www.sportpredictor.com], www mybestporn be [ptclickers.net], video gratuite massage erotic [ekyeap.com], blog porno mineur [www.elmarktravel.eu], femme blonde video free [bb.adamsspot.us], sex classic tube [www.example2.altpro.net], extrait zoophil porno gratuit [www.real.edu.ee], charme de femme au zoo x [www.venezolanisima.com.ve], pornu hub [deathbreedslife.xxxfaster.net], xxx hardcore clips [krupnik.net], intitle index of jpeg sexe [uro.mc.ntu.edu.tw], you porno red hub xxx [bolgelan.ffrq.com], gland fromageux [forum.d2palace.net], tahiti porno [www.thengpochana.com]


 
 
iLuvislam.com Top Blog





ISMA IKHWAN ABIM JIM PESANTREN VIRTUAL PAS HIZBUT-TAHRIR HALUAN RUFAQA NAHDATUL ULAMA MUHAMMADIYAH

PERINGATAN: Laman ini khususnya sebagai rujukan kepada ahli keluarga, anak-anak murid dan rakan-rakan

PONDOK TAMPIN   BAHAN TARBIYYAH   ALJOOFRE   HEMBUSAN   SERBAN PUTIH   EPILOG SISWA   ADNAN FADZIL   WANGIAN CEMPAKA    ALEXANDARICAIRO   TR_CHAMP   ONE-G   AL-HIKMAH   ALBAZRAH    STRAWBERRY & DANDELION   PRO-TAJDID SEGAR   SHARPEST SWORD  AL-FANSURI   NAQS HAQQANI   BAHRUS SHOFA   PAHLAWAN SRIKANDI   ZAHRAANNUR   JIHAD WAHABI   AZ ABRAR   AL QASAM   ABU HANAAN    BUDAKMENULIS   PcMUJAHID   ANJUNG LARIK   ORDINARY PAPA   IBNU MAJID   ULAMA UMMAH   SINAR KEIMANAN   AIMINABIHAH   DAULAH ISLAMIAH   NURHAWARIYYUN   DISERTASI   PASIR MAS   SUNGAI UDANG   IBNU QALIL   SAUJANA HIKMAH   IBNU RUHUDDIN   TINTA PERMATA   IBNU ZACK   AZHAR JAAFAR   WARDATUSSAHRA   FAUZI ASMUNI   MASIDAS   ROBITAH SOFIYAH   WAJA TERENGGANU   ORANG JELAI   SATU UMAT   MENGENAL ISLAM    MENGAPA ISLAM   GHURABAA786   AERSTU   FATHER OF HANAAN   MEDIA MUSLIM   TAJDID SEGAR   AL MARBAWI   GAGASAN ASWJ   DEBUNGA SYURGA   DE HAMBRA HEIGHTEN   UKHTI 27   SALADIN CONVOY   MEDIA MUSLIM   USTAZ ROSLI DHOBY   JARUM EMAS   KHAZANAH DINIYYAH   EFFRY SAIFUL    GREEN CASTLE   IBNU QALIL   SOBAHICAIRO   FASI TERENGGANU   USTAZ SOFAN HALIM   PERINTIS UMMAH   IMAM AZHARI   ASYZ SUFI   ROUDHOTUZ ZAHRA   ILMUWAN   HAHNIF   AYASHIOKI   FIRUS FANSURI
SCENE-R   PERINTIS UMMAH   DZULHAQQ   HIZ-TOUGH   HAZMI DIBOK   NURUL AIMAN   JANNATUL-NAIM   SERULING SENJA   NABIHA AL KHALIDIY   RISALAH KERINDUAN

PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.45 Seconds
 
 
:: fiblack3d phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::