| SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI? |
|
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.
You are Anonymous user. You can register for free by clicking here |
|
|
| Sape Nak Main Ngan Caye...? |
|
|
|
|
Hakikat Kenaikan Harga Petrol
Posted on Wednesday, June 04 @ 09:04:05 EDT by alexanderwathern |
|
Petrol
naik 40%. Maksudnya semua harga barang dan perkhidmatan juga akan naik sekitar
40%. Hakikatnya- gaji semua rakyat Malaysia dipotong 40%. Itulah
hakikatnya.
Gaji
kasar aku RM 2500 sebulan. ‘Dipotong’ 40%, tinggallah RM 1500 sebulan. Maksudnya,
aku kehilangan RM 1000 setiap bulan. Hakikatnya, gaji aku dipotong RM 12000
setahun.
Dan… aku dibayar RM 625 setahun, atas melayangnya RM 12000. Alangkah
beruntungnya aku………..
Hari ini
gajimu RM 3000?
Esok
nilainya RM 1800
Hari ini
gajimu RM 5000?
Esok
nilainya RM 3000
Hari ini
gajimu RM 1000?
Esok
gajimu RM 600
RM 500?
Esok
tinggal RM 300. : )
|
|
|
| |
|
| Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name. |
|
|
|
| No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
|
|
|
|
|
Re: Hakikat Kenaikan Harga Petrol (Score: 1) by Raudhotuz-Zahra on Wednesday, June 04 @ 21:31:18 EDT (User Info | Send a Message) http://www.raudhotuzzahra.blogspot.com/ | BismiLLAH, alhamduliLLAH.. Mungkin ini satu mekanisme yang baik. (Tujuan saya tulis bukan hendak bersetuju 100% dgn semua tindakan kerajaan, bersabit siu korupsi @ penyalahgunaan kuasa dsb). Selama ini rakyat Malaysia rata-rata mendapat banyak penyakit yg disebabkan oleh pemakanan tidak sihat. Sebagai contoh, beras (nasi @ pulut), gula, minyak adalah punca penyebab utama penyakit diabetis, jantung, kegemukan dan barah akibat daripada pengambilannya melebihi kadar yang sepatutnya. Bukankah kenaikan harga barang makanan adalah mekanisme yang baik untuk kita mengawal corak pemakanan kita? Paling tidaknya, kita berpuasa. Kurang-kurang 4@5 hari sebulan. Disamping menjimatkan, berpuasa juga menambahkan pahala. Lain dari itu, dengan bacaan Quran juga kita boleh menjadi kenyang dan dicukupkan rezeki untuk kita (bukan apa, jika kita menyibukkan diri dengan urusan akhirat, nescaya kita tidak ada masa untuk memikirkan tentang dunia). Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Cuma saya beri solusinya. Jika saya sokong kerajaan sekali pun, saya bukan makan duit gaji kerja dengan kerajaan. Jika saya sokong kerajaan sekali pun, kerajaan tidak memberi biasiswa untuk saya belajar ketika di universiti. Jika saya menyokong kerajaan sekali pun, saya tidak akan mendapat tawaran jawatan yang tinggi. Jika saya menentang sekali pun, apa yang saya dapat? Melainkan dengan tangan saya sendiri, saya merombak dan mengubah segala kepincangan yang ada dalam kerajaan. Namun, mudahkah kerja itu?? Hendak kita minta orang berlaku adil kepada kita, cukup adilkah kita kepada tuhan? Jika kita adil kepada tuhan, saya yakin tuhan juga akan adilkan manusia terhadap kita, insyaAllah. Jom kita renungkan bersama.. :D Mari kita fikirkan secara matang. Saya juga ada pandangan tersendiri, mungkin kerana Pulau Batu Putih sudah tergadai kepada Singapura, maka pemimpin kita benar-benar mahu menghalang rakyat Singapura dari membeli minyak dengan harga yang murah di negara kita. Kita juga kena terima, sekarang era gawat, harga beras dunia melambung tinggi, harga minyak dunia melambung tinggi, maka kita kena bijak menanganinya.. Jom kita kaji dan selidik solusinya melalui sunnah nabi jua kitab panduan agung yakni al-Quran. (saya hanya beri saranan biarpun yang sebenarnya saya sendiri masih jauh dari faham secara keseluruhannya - tapi saya yakin kedua-duanya ada memberi jawapan). wallahu'alam... |
|
|
|
|
|
|
|
Re: Hakikat Kenaikan Harga Petrol (Score: 1) by Raudhotuz-Zahra on Thursday, June 05 @ 04:55:22 EDT (User Info | Send a Message) http://www.raudhotuzzahra.blogspot.com/ | Saya mendapat satu emel.. Saranan saya, ucapkanlah alhamdulillah... _________________________________________________ Oleh mdlutfi [www.tranungkite.net] Salam,
Ada beberapa perkara yang saya nak komen terhadap ulasan yang diberikan oleh Shahrir Samad Menteri KDNHEP yang mempertahankan tindakan kabinet yang menaikkan harga petrol dan diesel dalam Buletin Utama TV3 malam tadi:
Antara hujah beliau yang menyatakan bahawa 'RAKYAT TAK AKAN TERBEBAN DENGAN KENAIKKAN HARGA MINYAK INI' adalah:
1) Rakyat tak terbeban kerana subsidi telah dipulangkan dalam bentuk wang pos RM 150 setahun bg motor di bawah 250 cc dan RM 625 setahun bagi kereta bawah 2.0 cc. (Ingat yg boleh dapat hanya semasa renew roadtax kalo dah renew tahun ni kena la tunggu sampai tahun depan)
Komen:
Ok mari kita buat kiraan skit berapa sebenarnya subsidi yang dipulangkan.
i) Motor bawah 250cc:
Subsidi setahun : RM 150 Subsidi sebulan : RM 150/12= RM 12.5 sebulan Harga petrol skrg: RM 2.70 per liter
1 tank penuh petrol (EX5 class) lebih kurang bersamaan 4 liter, dan boleh digunakan untuk pergi kerja lebih kurang untuk 3 hari (jarak rumah ke tempat kerja lebih kurang 20 km-saya).
Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) : = RM 2.7*4 liter*20 hari / 3 hari = RM 72 sebulan tolak RM 12.5 (subsidi) = RM 59.50
Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) : = RM 1.92*4 liter*20 hari / 3 hari = RM 51.20
Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 59.50 - RM 51.20= RM 8.30 sebulan @ 16% sebulan.
ii) Kereta di bawah 2.0 cc
Subsidi setahun : RM 625 Subsidi sebulan : RM 625/12= RM 52.08 sebulan Harga petrol skrg: RM 2.70 per liter
1 tank penuh petrol (Kancil 660c) lebih kurang bersamaan 30 liter, dan boleh digunakan untuk pergi kerja lebih kurang untuk 5 hari. (jarak rumah ke tempat kerja lebih kurang 15km-isteri)
Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) : = RM 2.7*30 liter*20 hari / 5 hari = RM 324 sebulan tolak RM 52.08 (subsidi)  
Read the rest of this comment... |
|
|
|
|
|
|
|
Re: Hakikat Kenaikan Harga Petrol (Score: 1) by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Thursday, June 05 @ 10:33:42 EDT (User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/ | Makluman.
Untuk membaca komen kedua di atas, para pembaca kena 'hi-lite' terlebih dahulu. Masalah ini berlaku kerana artikel yang di copy itu tulisannya berwarna hitam, sama dengan warna latar belakang blog ini.
Harap maklum.
|
|
|
|
|
|
|
|
Re: Hakikat Kenaikan Harga Petrol (Score: 1) by Raudhotuz-Zahra on Thursday, June 05 @ 21:21:39 EDT (User Info | Send a Message) http://www.raudhotuzzahra.blogspot.com/ | Terima kasih saudara Alex, atas prihatin anda..
kadang-kadang saya nak tergelak juga bila ada suara-suara sumbang yang dok sibuk komplen itu dan ini. Tambah-tambah bila ada saranan untuk makan ubi kayu. Jika nak dibandingkan makan ubi kayu, nyata jauh lebih baik dari dok perabeh duit isap rokok Dunhill dsb. Daripada dok beli makanan merapu macam Mr. Potato atau Pringles, baik aje makan ubi kayu goreng..
Kelakar betul orang-orang kita ni, cepat benar melatah. Habis-habis sgt tak mampu nak makan makanan akibat kenaikan harga barang, jom kita pakat makan kurma dan kismis.. hehe
Padahal kalau dapat minum segelas susu dan beberapa biji tamar pun dah cukup byk beri khasiat kepada tubuh badan kita..
Jom kita fikir-fikirkan... :D da....... |
|
|
|
|
|
|
|
Re: Hakikat Kenaikan Harga Petrol (Score: 1) by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Thursday, June 05 @ 22:57:41 EDT (User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/ | Ubi kayu pun mahal Zahra. Sesiapa yang duduk di kampung dan tanam sendiri, memang percuma. Tapi kalau kat bandar-bandar, macam harga beras jugak tu. Ana pun nak tanam ubi kayulah, tapi tak boleh makan selalu... banyak angin. : )
|
|
|
|
|
|
|
|
Re: Hakikat Kenaikan Harga Petrol (Score: 1) by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Friday, June 06 @ 07:21:23 EDT (User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/ | SEKADAR
BERKONGSI…
“Selama ini rakyat Malaysia
rata-rata mendapat banyak penyakit yg disebabkan oleh pemakanan tidak sihat.
Sebagai contoh, beras (nasi @ pulut), gula, minyak adalah punca penyebab utama
penyakit diabetis, jantung, kegemukan dan barah akibat daripada pengambilannya
melebihi kadar yang sepatutnya.”
“Bukankah kenaikan harga barang makanan adalah mekanisme yang baik untuk kita
mengawal corak pemakanan kita? Paling tidaknya, kita berpuasa. Kurang-kurang 4@5 hari sebulan. Disamping menjimatkan, berpuasa juga
menambahkan pahala. Lain dari itu, dengan bacaan Quran juga kita boleh menjadi
kenyang dan dicukupkan rezeki untuk kita (bukan apa, jika kita menyibukkan diri
dengan urusan akhirat, nescaya kita tidak ada masa untuk memikirkan tentang
dunia).”
@@@ Jika
dilihat dari sudut kesihatan, mungkin ada benarnya. Masalahnya, kesan kenaikan
ini bukan melibatkan makanan sahaja. Belanja sekolah, harga rumah, belanja
pengurusan aktiviti jemaah-jemaah dakwah, pengurusan rumah anak-anak yatim
persendirian, belanja perubatan orang-orang miskin dan banyak lagi. Ringkasnya,
kita tidak boleh berseronok dengan satu dua manfaat berbanding sepuluh dua
puluh mudarat yang datang sekaligus. Lainlah halnya jika yang datang itu lebih
banyak manfaat berbanding mudarat.
Datangnya Tsunami membuatkan rakyat Acheh lebih
dekat dengan Tuhan. Ini tidak bermakna kita menyokong kedatangan tsunami sekali
lagi. Penjajahan Zionis menjadikan rakyat Palestin yang dulunya leka kini
rata-rata berjiwa syuhada’. Ini tidak bermakna kita kena menyokong penjajahan
Zionis. Begitulah pandangan saya. :)
|
|
|
|
|
|
|
|
Re: Hakikat Kenaikan Harga Petrol (Score: 1) by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Friday, June 06 @ 07:22:49 EDT (User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/ | “Saya
tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Cuma saya beri solusinya. Jika
saya sokong kerajaan sekali pun, saya bukan makan duit gaji kerja dengan
kerajaan. Jika saya sokong kerajaan sekali pun, kerajaan tidak memberi biasiswa
untuk saya belajar ketika di universiti. Jika saya menyokong kerajaan sekali
pun, saya tidak akan mendapat tawaran jawatan yang tinggi. Jika saya menentang
sekali pun, apa yang saya dapat? Melainkan dengan tangan saya sendiri, saya
merombak dan mengubah segala kepincangan yang ada dalam kerajaan. Namun,
mudahkah kerja itu??”
@ Sebenarnya
kita menyokong ataupun menolak sesuatu pihak sama sekali tidak didasarkan
kepada:
- Apakah kita PERNAH mendapat
sebarang imbuhan daripada mereka.
- Apakah kita AKAN mendapat
imbuhan daripada mereka
Kita
menyokong ataupun menolak sesuatu pihak atas dasar kebenaran dan tanggungjawab
yang Tuhan beri kepada kita. Banyak pihak yang tertindas, maka kita bertindak
untuk keselesaan mereka, bukan keselesaan sendiri sahaja. Begitulah pandangan
saya yang dhaif ini.
Tentang
apa yang akan kita dapat, kembali kepada saranan dakwah Ikhwanul Muslimin yang
turut digunakan oleh Dakwah Tajdid Segar iaitu ‘Perjuangan Nafas Panjang’. Kita
usaha sekarang biarpun hasilnya akan diperolehi 100 tahun lagi, ketika itu kita
pun sudah tidak ada. Allah lebih melihat usaha berbanding hasil. Samalah
seperti menanam pokok durian daripada bijinya. Tanam sekarang, yang makan ialah
cucu kita. Kita sudah masuk kubur. Yang pentingnya- tanam.
Jika kita
tanam, boleh jadi akan ada hasilnya. Jika tak tanam langsung? Sudah pasti tidak
ada hasil. Begitu jugalah dalam hal minyak ini. Kita tolak apa yang tidak
sesuai, boleh jadi ada hasilnya. Mungkin harga minyak akan diturunkan. Tapi
jika semua orang tidak menolak? Sudah pasti tidak ada hasil.
Sebab itu
apa-apa usaha pun, kita kena bergerak secara berkumpulan (berjemaah). Usaha
bersendirian tidak akan sampai ke mana.
Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
Re: Hakikat Kenaikan Harga Petrol (Score: 1) by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Friday, June 06 @ 07:24:05 EDT (User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/ | “Hendak
kita minta orang berlaku adil kepada kita, cukup adilkah kita kepada tuhan? Jika
kita adil kepada tuhan, saya yakin tuhan juga akan adilkan manusia terhadap
kita, insyaAllah. Jom kita renungkan bersama.. :D “
@ Tengah
dok renung ni Zahra. : ) Kadang-kadang musibah yang didatangkan Allah tidak
mengira sama ada kita adil kepada Tuhan ataupun tidak. Contohnya para Nabi,
para aulia dan solehin. Mereka adalah antara manusia yang paling adil kepada
Tuhan, tapi tetap terkena musibah, tetap diperlakukan tidak adil oleh orang
lain. Banyak juga ulama yang adil kepada Tuhan di negara kita ini, tetapi
musibah kenaikan harga bahan bakar tetap kena pada mereka juga.
Namun begitu, memang betullah kita semua kena
muhasabah balik ilmu, iman dan amal kita termasuklah yang Zahra cakapkan iaitu
keadilan kita kepada Tuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
Re: Hakikat Kenaikan Harga Petrol (Score: 1) by Raudhotuz-Zahra on Monday, June 09 @ 01:11:08 EDT (User Info | Send a Message) http://www.raudhotuzzahra.blogspot.com/ | Saya nak menambah la...
walaupun isu ni dah sedikit reda. Sebenarnya, apabila harga bahan api naik, tidak semua rakyat Malaysia mendapat impak negatif, ada juga orang akan mengaut untung secara besar-besaran. Kita mungkin tidak sedar, tapi ada sebenarnya.
i) penjual/pengeluar/pengusaha motosikal ii) penjual/pengeluar/pengusaha tangki gas utk kenderaan (kereta)
Tidak kurang juga bagi pengguna yg tidak mengalami kesan apa-apa i) yg pandai jimat cermat penggunaan elektrik ii) penjual/ penanam sayur yg tak guna racun serangga/ baja sintetik iii) yang makan ikan hasil dari memancing ikan atau tangkap ikan di sungai iv) banyak lagi.... terutamanya bagi hamba Allah yang reti bersyukur!
|
|
|
|
|
|
|
|
|