BERSAMA ALEXANDERWATHERN
 
 
•  Home  •  Downloads  •  Your Account  •  Forums  •
 
 
SENARAI MODUL
· Home
· AKAUN ANDA
· ARKIB-SIMPANAN
· CARI
· DOWNLOADS
· FORUM
· GALERI GAMBAR
· KAJI SELIDIK
· LINK BERMANFAAT
· MAKLUMBALAS
· MESEJ PERIBADI
· PESANAN RINGKAS
· PROMOSI LAMAN INI
· SEMUA KARYA ALEX
· SENARAI AHLI
· STATISTIK
· TOP 10
MAKLUMAT PENGGUNA
Welcome PENGUNJUNG


Nickname

Password

 

Membership

 · New Today

4

 · New Yesterday

6

 · Overall

738


Latest 3 Members
 01:Nov 21, 2009ASClupoblibia
 02:Nov 21, 2009ksizezzz
 03:Nov 20, 2009ViagraCialis

People Online

 Visitors (0%)

 Members (0%)

 Total online

0


Most Ever Online

 · Total

89

 · Members

1

 · Visitors

88


Total Hits
 · Daily

974

 · Average Hits

1526

 · Total Hits

1020152


Download Stats
 ·Total Files

 ·Total Categories

 ·Files Downloaded

 ·Data Sent

B


   Nuke Info
 ·Active Staff

1

 ·Active Topics

10

 ·Active Stories

467

 ·Total FAQ

 ·Total Reveiws

 ·Forum Posts

779

 ·Forum Topics

333

SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI?
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here
DEDAUNAN TAJDID SEGAR

LOKASI PENGUNJUNG
Locations of visitors to this page
Sape Nak Main Ngan Caye...?
UNDI BLOG INI
Malaysian Muslim Blogs
UNDI LAGI
Ukhwah.com :: Top Blog
Azharian's Topsite
BKPJM TOP BLOG
AL-AZHAR`s TOPSITES

Featured Links: Free phpBB3 Forum @ eTripTips - Your Travel Source
Wahabi? Pro-Azwira? Pengacau? Entah! (bah 2)
Posted on Friday, June 06 @ 23:10:53 EDT by alexanderwathern
ISLAM

ALAMLARA MENULIS:

Siapa yang bodoh dan siapa yang sombong sebenarnya? Hijaz adalah wilayah yang merangkumi dari utara saudi arabia sebelah barat hingga ke mekah dan madinah. Jadi peta tu memang tak salah letak hijaz tu ke utara. Hanya orang seperti awak yang menganggap hijaz tu hanya mekah dan madinah dan juga menganggap najd itu riyad. Awak hanya memalukan diri sendiri dan menunjukkan betapa bodoh dan sombongnya awak ini. Menganggap diri terlampau pandai.




ALAMLARA:

Siapa yang bodoh dan siapa yang sombong sebenarnya?

ALEXANDERWATHERN:

Tentulah anda orangnya yang bodoh kemudian sombong pula. Sudah jelas salah pun masih menganggap diri betul. Saya buktikan kata-kata saya dengan sandaran, bukan sekadar tuduhan. Lihat di bawah nanti.


ALAMLARA:

Hijaz adalah wilayah yang merangkumi dari utara saudi arabia sebelah barat hingga ke mekah dan madinah. Jadi peta tu memang tak salah letak hijaz tu ke utara.

ALEXANDERWATHERN:

Saya pun tahu hal ini. Buktinya, awal-awal sudah saya tulis dalam jawapan saya perkara berikut:

“Petikan dari Wikipedia http://id.wikipedia.org/wiki/Hijaz :

“Hijaz (juga Hejaz, Hedjaz) adalah sebuah wilayah di sebelah barat laut Arab saudi; kota utamanya adalah Jeddah, namun wilayah ini lebih dikenal sebagai tempat terletaknya kota suci Mekkah. Sebagai sebuah wilayah, Hijaz — karena menjadi lokasi bagi tempat-tempat suci agama Islam, mempunyai kepentingan dalam lanskap sejarah dan politik Arab dan Islam.”

Lihat peta berwarna untuk wilayah Hijaz di http://en.wikipedia.org/wiki/Hejaz .”

Tamat tulisan saya.

Sudah saya tulis dengan terang supaya LIHATLAH PETA BERWARNA WILAYAH HIJAZ. Memang jelas dalam peta itu menunjukkan wilayah Hijaz yang diwarnakan hijau merangkumi dari utara Saudi Arabia sebelah barat hingga ke Mekah dan Madinah.

Saya pun sedia maklum hal ini, jadi tak perlu cakaplah. Lainlah kalau saya tidak tahu. Eh, anda baca ke tidak jawapan saya? Ataupun anda jenis menyerang saja tanpa mahu membaca balasan orang?


ALAMLARA:

Hanya orang seperti awak yang menganggap hijaz tu hanya mekah dan madinah dan juga menganggap najd itu riyad.

ALEXANDERWATHERN:

Baik. Kita berbicara atas sandaran, bukan dakwaan kosong atas ketaksuban dan hasad dengki saja. Saya beri bukti, anda beri bukti.

Pertama- saya buktikan yang saya tidak pernah menganggap Hijaz itu HANYA MEKAH DAN MADINAH. Saya ulang balik petikan daripada tulisan saya:

“Petikan dari Wikipedia http://id.wikipedia.org/wiki/Hijaz :

“Hijaz (juga Hejaz, Hedjaz) adalah sebuah wilayah di sebelah barat laut Arab Saudi; kota utamanya adalah Jeddah, namun wilayah ini lebih dikenal sebagai tempat terletaknya kota suci Mekkah. Sebagai sebuah wilayah, Hijaz — karena menjadi lokasi bagi tempat-tempat suci agama Islam, mempunyai kepentingan dalam lanskap sejarah dan politik Arab dan Islam.”

Lihat peta berwarna untuk wilayah Hijaz di http://en.wikipedia.org/wiki/Hejaz .”

Jelas di sana disebut juga bandar Jeddah, bukan Madinah dan Mekah saja. Klik pula peta berwarna yang saya linkkan. Anda boleh lihat wilayah Hijaz diwarnakan hijau dan merah. Jadi pada saya SEJAK AWAL LAGI, Hijaz TIDAK PERNAH terbatas kepada Mekah dan Madinah sahaja.

Baik. Sekarang giliran anda sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab. Sila buktikan yang saya selama ini “menganggap hijaz tu hanya mekah dan madinah”. Setakat ini anda hanya memfitnah, tapi belum memberikan bukti.

JAWAPAN ANDA (BUKTI):

………………………………………………………………….

*Selain memberi jawapan, anda juga tentunya terpaksa menolak hujah saya di atas. Jika gagal, maksudnya anda membuat fitnah.


Seterusnya- saya difitnah pula MENGANGGAP NAJD ITU RIYADH. Oleh kerana anda jenis yang terburu-buru dan malas membaca, maka terpaksa saya ulang lagi sebahagian jawapan saya:

“Sebagaimana kelemahan pelukis peta itu meletakkan nama Hijaz, begitu jugalah kelemahannya dalam meletakkan nama ‘Najd’. Sepatutnya perkatan Najd diletakkan di tengah-tengah (ataupun lebih kurang tengah-tengah) wilayah itu iaitu di Riyadh. Berdasarkan garis llintang, Madinah dan Riyadh segaris. Maksudnya, lebih tepat lagi Najd itu di Timur Madinah.”

Lihat perkataan “Sepatutnya perkatan Najd diletakkan di tengah-tengah (ataupun lebih kurang tengah-tengah) WILAYAH itu iaitu di Riyadh”.

“di tengah-tengah (ataupun lebih kurang tengah-tengah) WILAYAH itu” maksudnya Najd itu tidak pernah saya kata Riyadh. Najd itu satu wilayah yang besar, bukan Riyadh saja. Riyadh hanyalah salah satu daripada bandar yang ada dalam Najd.”

Sekarang giliran anda pula. Buktikan yang selama ini saya menganggap Najd itu adalah Riyadh. Setakat ini anda hanya memfitnah, tapi gagal memberikan bukti.

JAWAPAN ANDA (BUKTI):

………………………………………………….


Sila baca adab-adab berdiskusi mengikut tatacara Islam di sini


Oh ya, Azwira kata Najd itu di Iraq, anda kata Najd itu di Timur Mekah. Siapa yang betul, anda ataupun Azwira?

JAWAPAN:

………………………………………………..


Jadi, sekiranya anda masih meneruskan cara diskusi yang tidak bertamadun seperti:

1. melompat-lompat tanpa menjawab soalan. Yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan. Bereskan satu-satu permasalahan mengikut urutan/ kronologi, jangan melompat-lompat. Soalan yang keluar dahulu, kita jawab dahulu. Soalan yang keluar kemudian, kita jawab kemudian. Sindrom melompat-lompat ini menjadikan perbincangan kacau. Arah tuju dan tema perbincangan pun biasanya akan lari.

2. buat tuduhan tanpa menyertakan bukti. Kita bertukar-tukar sandaran/ bukti, bukan bertukar-tukar dakwaan kosong. Setakat ini anda hanya memberi dakwAan kosong, masih belum memberikan sebarang bukti.

Petikan daripada tulisan di aTas:

“Apabila hujah salah seorang pendiskusi mula longgar dan benteng-benteng sandarannya mulai runtuh, pendiskusi yang bersifat mazmumah biasanya akan melaksanakan taktik kotor. Hal ini dilakukan supaya dia terselamat daripada mengakui kelemahan dan kesalahan diri sendiri.
Antara taktik yang biasa dipraktikkan ialah dengan menjawab secara keseluruhan (sengaja meninggalkan bahagian-bahagian diskusi yang hujahnya lemah ataupun salah), tidak menjawab soalan-soalan tetapi memberikan pula soalan-soalan ( soalan pendiskusi lain baginya tidak mesti dijawab tetapi soalannya mesti dijawab), mengubah topik (agar dapat menutup kelemahan dan kesalahannya, memberikan dakwaan demi dakwaan dan bukan hujah sandaran, memberikan kata-kata menyakitkan hati lalu berlepas tangan (ini teknik murahan), terus membuat kesimpulan sendiri tanpa bertanggungjawab ke atas apa yang pernah diperkatakannya dan macam-macam lagi.
Saranan penyelesaian- Tulis “Pendiskusi bernama sekian-sekian sedang mempraktikkan taktik kotor . Layanan hanya akan diberikan setelah dia mengubah sikapnya sahaja. Sekian, terima kasih”.


Sekiranya jawapan anda selepas ini gagal mematuhi adab-adab berdiskusi, secara rasminya saya tidak akan memberi apa-apa jawapan lagi. Saya hanya akan letakkan ayat:

“Pendiskusi bernama Alamlara sedang mempraktikkan taktik kotor . Layanan hanya akan diberikan setelah dia mengubah sikapnya sahaja. Sekian, terima kasih.”


Jika anda masih meneruskan pula cara tidak bermaruah anda dengan melemparkan tuduhan tanpa bukti di sekitar blog saya ini, mungkin saya terpaksa memadamkan akaun anda. Di sini hanya tempat untuk orang-orang bermaruah yang bertukar-tukar bukti, bukan bertukar-tukar tuduhan kosong. Harap jangan sampai begini.

 
Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Related Links
· More about ISLAM
· News by alexanderwathern


Most read story about ISLAM:
KULIAH ILMU TAUHID versi 4.0

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Printer Friendly

"LOGIN-AHLI MASUK DI SINI" | Login/Create an Account | 8 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Wahabi? Pro-Azwira? Pengacau? Entah! (bah 2) (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Saturday, June 07 @ 04:49:30 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/
Alamlara,
Saya menginGatkan anda buat kali kedua, sila patuhi adab-adab berdiskusi secara 'lelaki'.

Saya menjawab keSELuruhan tulisan anda, jangan cuba main kotor dengan melompat-lompat dAN menjawab mana bahagian yang dirasakan boleh menang saja. Anda kena menjawab sebagaimana saya bertanggungjawab di

SINI

dan

SINI

Sekali lagi anda menggunakan taktik kotor sebegini, maka posting nada terpaksa saya pantau sebelum diluluskan. Anda hanya perlu buat jawapan di dua link yang saya berikan. Kalau anda benar, mengapa takut?



Re: Wahabi? Pro-Azwira? Pengacau? Entah! (bah 2) (Score: 1)
by alamlara on Friday, June 06 @ 23:40:57 EDT
(User Info | Send a Message)
Masih lagi tidak mengaku? Baik saya ambilk contoh statement awak:

Statement Pertama:
"Berdasarkan garis llintang, Madinah dan Riyadh segaris. Maksudnya, lebih tepat lagi Najd itu di Timur Madinah"

Bukankah statement ini dengan jelas dan terang menyatakan awak mengatakan Riyadh itu najd dan najd itu riyadh? Sedangkan Riyadh adalah kota yang terletak terletak di utara wilayah najd dan sebahagian besar wilayah najd itu terletak di timur Mekah. Awak hanya sekadar menghukum Najd berada di timur madina bersandarkan kedudukan Kota Riyadh, sedangkan Riyadh adalah kota dan Najd pula adalah satu wilyah atau negeri yang cukup besar. Awak cuba memesong fakta dan menyorok fakta yang selebihnya..

Bersambung



Re: Wahabi? Pro-Azwira? Pengacau? Entah! (bah 2) (Score: 1)
by alamlara on Saturday, June 07 @ 00:15:59 EDT
(User Info | Send a Message)
Kedua: Anda menyatakan saya menfitnah anda berkenaan kedudukan Hijaz

Baiklah, saya harap pembaca sekalin sila rujuk dulu link dibawah ini terlebih dahulu: (saya harap link ini masih wujud takut penulis blog ini padamkan ia)

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=247&mode=&order=0&thold=0

Sila baca komen yang diberi oleh alamlara terlebih dahulu. Saya nasihatkan begitu kerana penulis blog ini hanya mengambil potongan tertentu shaja dalam komen saya dan tidak mendedahkan yang selebihnya...


Saya nak katakan, bila saya lampirkan link peta arab saudi seperti di bawah:

http://www.saudiarabia-chm.gov.sa/map.htm


Response yang ditulis oleh penulis blog ini ialah seperti quote di bawah ini:

"Bertulkah cara Alamlara membaca peta? Pastinya salah! Peta yang ditaqlidbutanya itu adalah peta yang lemah. Perkataan Hijaz sepatutnya diletakkan di tengah-tengah wilayah itu iaitu antara nama Medina dan Mecca."

Dari Pernyataan itu sudah jelas menunujukkan penulis blog ini daif ilmu alam arab saudi yang menganggap seakan-akan wilayah hijaz itu berada antara dua kota tersebut. Sedangkan Hijaz merangkumi dari sepadan jordan di utara  termasuk lah  Tabuk hingga melepasi kota mekah di selatan. Dan itu lah juga peta yang di tunjukkan oleh penulis blog ini melalui link :

http://en.wikipedia.org/wiki/Hejaz [en.wikipedia.org]

Jadi, pembaca sekalian tentu mengetahui siapa yang memutar belitkan fakta.


Jadi tak hairan lah penulis blog ini membuat tuduhan terhadap saya melalui komennya:

"Pada peta yang ditaqlid oleh Alamlara itu, ada tertulis wilayah ‘Hijaz’. Cuba kita perhatikan. Ia ditulis nun jauh ke utara Madinah. Berdasarkan pemahaman Alamalara membaca peta, maksudnya Hijaz itu terletak di utara Madinahlah ya?"


Inilah tuduhan sembrono penulis blog ini. Yang menunujukkan kurang fahamnya terhadap kedudukan wilayah Hijaz. Tulisan seakan-akan menganggap hijaz adalah satu wilayah kecil di atas madina, sedangkan ia adalah satu wilayah yang memanjang seperti negeri sarawak dan madinah danb mekah berada di selatan wilayah hijaza seperti kedudukan kuching di negeri sarawak.

tetapi yang peliknya.. kemudian selepas itu penulis blog ini menyatakan bila mengetahui wilyah hijaz seperti statement beliau diatas:

"Sudah saya tulis dengan terang supaya LIHATLAH PETA BERWARNA WILAYAH HIJAZ. Memang jelas dalam peta itu menunjukkan wilayah Hijaz yang diwarnakan hijau merangkumi dari utara Saudi Arabia sebelah barat hingga ke Mekah dan Madinah."


Maka dengan ulasan saya di atas... tidak hairanlah penulis blog ini akan memadam komen saya serta akaun saya sebab beliau tidak dapat mempertahankan hujahnya





Re: Wahabi? Pro-Azwira? Pengacau? Entah! (bah 2) (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Saturday, June 07 @ 00:27:14 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/
Sebenarnya saya sedang menyiapkan jawapan, sambil-sambil jika tak ada apa-apa urusan. Selagi anda mengikut adab-adab berdiskusi, mengapa perlu saya padam? Jangan takut dengan bayang-bayang. Saya punya hujah dan sandaran yang baik insyaallah. Tunggu ye... : )

Tapi nanji jap, saya nak check dulu akalu-kalau tuan ada melompat-lompat dalam jawapan di atas. kalau tak ada, jawapan saya akan menyusul, natar cepat dengan lambat saja.



Re: Wahabi? Pro-Azwira? Pengacau? Entah! (bah 2) (Score: 1)
by alamlara on Saturday, June 07 @ 02:22:40 EDT
(User Info | Send a Message)
Pertentangan antara kenyataan-kenyataan yang beliau  sendiri (penulis blog) buat iaitu :

"Pada peta yang ditaqlid oleh Alamlara itu, ada tertulis wilayah ‘Hijaz’. Cuba kita perhatikan. Ia ditulis nun jauh ke utara Madinah. Berdasarkan pemahaman Alamalara membaca peta, maksudnya Hijaz itu terletak di utara Madinahlah ya?"

(beliau menganggap hijaz terletak di utara selepas melihat peta yang di lampirkan sebelum itu: http://www.saudiarabia-chm.gov.sa/map.htm. jelas beliau )


serta

"Bertulkah cara Alamlara membaca peta? Pastinya salah! Peta yang ditaqlidbutanya itu adalah peta yang lemah. Perkataan Hijaz sepatutnya diletakkan di tengah-tengah wilayah itu iaitu antara nama Medina dan Mecca."

(pernyataan beliau sendiri menanggap wilayah hijaz antara adalah antara mekah dan madinah dan seterusnya menuduh saya men fitnah beliau)


Yang jelas dan terang beliau langsung tidak mengetahui berkenaan kedudukan hijaz sebenarnya (yang boleh disimpul bertaklid buta semata-mata).



Sangat-sangat bertentangan dengan kenyataan beliau selepas saya memberi komen terhadapnya. Kenyatan ada diatas dan saya qoute kan dibawah:

"Sudah saya tulis dengan terang supaya LIHATLAH PETA BERWARNA WILAYAH HIJAZ. Memang jelas dalam peta itu menunjukkan wilayah Hijaz yang diwarnakan hijau merangkumi dari utara Saudi Arabia sebelah barat hingga ke Mekah dan Madinah."

(beliau menggambarkan mengakui bahawa sebenarnya Hijaz meliputi dari utara Arab Saudi hingga ke Mekah. cuma tidak menyatakan bahawa Mekah itu berada di selatan Wilayah Hijaz)

Kenyataannya cukup berbelit-belit.. Pada mula tidak menyetujui Nama Hijaz diletakkan diatas Utara Madina. beliau mahu namanya diletakan antara  mekah dan madina. kemudian bersetuju pula  hijaz meliputi bahagian utara arab saudi. Cukup bertentangan dengan kenyataan sebelum itu yang qoutekan diatas. Beliau cuba memutarbelitkan fakta semula termasuklah kenyataan yang saya buat. dan cuba menfitnah saya pula.. sehingga mahu mendakwa saya sbg pro-azira. Tiada kenyataan yang saya buat pasal azira. yang saya buat adalah berkenaan Fakta beliau berkenaan Najd dan hijaz yang jelas menunjukkan beliau Daif.



Maka tidak hairanlah Fakta yang disampaikan berkenaan Najd juga salah bila beliau mengatakan Riyadh itu berada di tengah2 Wilayah najd sedangkan ia berada di utara wilayah najd...  Faktanya cukup salah...  saya nak tengok apa yang beliau cuba belitkan lagi.



Re: Wahabi? Pro-Azwira? Pengacau? Entah! (bah 2) (Score: 1)
by alamlara on Saturday, June 07 @ 04:29:56 EDT
(User Info | Send a Message)
Alex masih tidak mengaku tomahan yang dibuatnya dengan mengatakan Najd itu riyadh. Sila rujuk laman ini :

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/article240.html&mode=&order=0&thold=0


saya qoutekan:

"penulis begitu bersungguh-sungguh mempertahankan bahawa Najd di Arab Saudi, yang kini diubah namanya kepada Riyadh oleh Saudi"

Terang dan jelas tomahan membabi buta Alex ini yang masih tidak mengakui kesilapannya dengan mengatakan saya menfitnahnya sedangkan itu tulisan beliau sendiri. Beliau yang cetek ilmu alam ini tak dapat membezakan antara wilayah najd dengan kota riyadh. Tapi masih mempertahankan benang yang basah serta membuat tuduhan melulu.


 
 
iLuvislam.com Top Blog





ISMA IKHWAN ABIM JIM PESANTREN VIRTUAL PAS HIZBUT-TAHRIR HALUAN RUFAQA NAHDATUL ULAMA MUHAMMADIYAH

PERINGATAN: Laman ini khususnya sebagai rujukan kepada ahli keluarga, anak-anak murid dan rakan-rakan

PONDOK TAMPIN   BAHAN TARBIYYAH   ALJOOFRE   HEMBUSAN   SERBAN PUTIH   EPILOG SISWA   ADNAN FADZIL   WANGIAN CEMPAKA    ALEXANDARICAIRO   TR_CHAMP   ONE-G   AL-HIKMAH   ALBAZRAH    STRAWBERRY & DANDELION   PRO-TAJDID SEGAR   SHARPEST SWORD  AL-FANSURI   NAQS HAQQANI   BAHRUS SHOFA   PAHLAWAN SRIKANDI   ZAHRAANNUR   JIHAD WAHABI   AZ ABRAR   AL QASAM   ABU HANAAN    BUDAKMENULIS   PcMUJAHID   ANJUNG LARIK   ORDINARY PAPA   IBNU MAJID   ULAMA UMMAH   SINAR KEIMANAN   AIMINABIHAH   DAULAH ISLAMIAH   NURHAWARIYYUN   DISERTASI   PASIR MAS   SUNGAI UDANG   IBNU QALIL   SAUJANA HIKMAH   IBNU RUHUDDIN   TINTA PERMATA   IBNU ZACK   AZHAR JAAFAR   WARDATUSSAHRA   FAUZI ASMUNI   MASIDAS   ROBITAH SOFIYAH   WAJA TERENGGANU   ORANG JELAI   SATU UMAT   MENGENAL ISLAM    MENGAPA ISLAM   GHURABAA786   AERSTU   FATHER OF HANAAN   MEDIA MUSLIM   TAJDID SEGAR   AL MARBAWI   GAGASAN ASWJ   DEBUNGA SYURGA   DE HAMBRA HEIGHTEN   UKHTI 27   SALADIN CONVOY   MEDIA MUSLIM   USTAZ ROSLI DHOBY   JARUM EMAS   KHAZANAH DINIYYAH   EFFRY SAIFUL    GREEN CASTLE   IBNU QALIL   SOBAHICAIRO   FASI TERENGGANU   USTAZ SOFAN HALIM   PERINTIS UMMAH   IMAM AZHARI   ASYZ SUFI   ROUDHOTUZ ZAHRA   ILMUWAN   HAHNIF   AYASHIOKI   FIRUS FANSURI
SCENE-R   PERINTIS UMMAH   DZULHAQQ   HIZ-TOUGH   HAZMI DIBOK   NURUL AIMAN   JANNATUL-NAIM   SERULING SENJA   NABIHA AL KHALIDIY   RISALAH KERINDUAN

PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.79 Seconds
 
 
:: fiblack3d phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::