Tulisan saya bertajuk ‘KENALI
SALAFI WAHABI YANG DITOLAK ITU’
mendapat satu komen.
Tahniah di atas tulisan yang baik dari segi bahasa..MasyaAllah..
tapi ana nk enta phm satu benda sebelum buat satu kenyataan..kerana takut2
dengan kenyataan kita menyebabkan orang percaya dan berpegang padanya
sahaja...adakah enta mengenali wahabi/salafi secara benarnya..pada ana,
berdasarkan tulisan enta, enta belum mengenali sepenuhnya golongan ini..jangan
salah faham,ana tidak pro mana-mana..cuma agak terkilan bilamana enta menulis
seolah2 wahabi/salafi itu terlalu teruk..maaf sekali lagi..lihatlah kepada yang
baik,jgn hanya mencari kesilapan sahaja..janganlah kita berjuang atas dasar
sesuatu benda melainkan kerana Allah dan agamanya, dan janganlah melampaui
dalam sesuatu perkara...Asif...
Wlksm,
Terima kasih.
Insyaallah ana kenal Salafi Wahabi YANG DITOLAK itu dengan sebenar-benarnya.
Tidak boleh ana nafikan, SALAFI WAHABI YANG DITOLAK itu memang teruk. Jika ana
mengatakan sebaliknya, bermaksud ana berbohong kepada Allah dan makhluk.
Lihat sendiri antara tohmahan yang biasa dilemparkan kepada kami,
yang saya muatkan dalam artikel itu:
KAMU MENENTANG PARA PEJUANG
SUNNAH.
KAMU MENENTANG MANHAJ SALAF
KAMU MENENTANG DAKWAH TAUHID
KAMU MENOLAK PERJUANGAN MEMBANTERAS BIDAAH
Bayangkan, orang menuduh diri tuan sebegitu. Apakah perlakuan
mereka itu tidak teruk?
Apakah apabila kita pertahankan diri daripada tuduhan-tuduhan itu
maka kita dikira teruk?
Mengapa ada ‘double-standard’?
Tuan sendiri bagaimana? Tahukah tuan tentang Salafi Wahabi YANG
KAMI TOLAK itu? Ataupun tuan bicara tentang Salafi Wahabi yang bukan kami
tolak?
Jika tuan bicarakan bukan Salafi Wahabi yang KAMI TOLAK,
sepatutnya tuan bicarakan di tempat lain, bukan pada artikel ini.
Kemudian, tuan mungkin terlepas pandang tajuk. Lihat tajuk pun sudah boleh
menggambarkan isi kandungan seringkas mungkin. Tajuknya KENALI SALAFI WAHABI
YANG DITOLAK, bukannya KENALI SALAFI WAHABI. Besar perbezaannya bagi yang
meneliti sebelum berbicara.
Contohnya, apabila saya menulis tentang PERILAKU IBLIS YANG
DITOLAK, maksudnya artikel saya kali itu akan memberatkan cerita tentang
kejahatan-kejahatan Iblis. Tapi apabila saya menulis PERILAKU IBLIS, maka saya
akan cuba
hidangkan perilaku yang baik dan yang buruk sekaligus.
Dengan contoh ini harap tuan dapat faham.
Dalam artikel itu, terang-terangan saya menulis:
Inilah akibatnya kalau dia sendiri pun TIDAK FAHAM ‘siapa’ dan
‘apa’ WAHABI yang ditolak oleh umat Islam itu (umum).
Seterusnya, mungkin juga tuan belum meneliti saranan-saranan
Dakwah Tajdid Segar. Tuan boleh blog Tajdid Sebenar pada bahagian Saranan dan
Intipati.
Salah satu saranan/ pegangan Tajdid Segar adalah MENOLAK APA YANG
SALAH daripada semua pihak dan mengambil apa saja yang benar dan berkesan
daripadanya. Maksudnya, apabila kami menolak Salafi Wahabi, kami menolak APA
YANG SALAH SAJA daripadanya. Jadi secara tidak langsung artikel ini menerangkan
APA YANG NEGATIF PADA WAHABI yang kami tolak. Tujuannya supaya orang tahu, kami
menolak APA YANG SALAH SAHAJA, kami tidak pernah menolak APA YANG BAIK daripada
fahaman Salafi Wahabi ini.
Hendak mencari makanan (aspek positif) dalam timbunan najis (aspek
negatif) manakan mungkin. Lainlah jika memang saya hidangkan najis yang
bercampur-baur dengan makanan, barulah ada makanan dicelah-celahnya.
Nampaknya tuan tersilap pilih artikel bacaan. Saya faham, tuan
mengharapkan satu artikel yang membicarakan pro dan kontra Salafi Wahabi
agaknya. Untuk itu tuan kenalah cari artikel lain dan tuan boleh memberi komen
sebegini kepada penulis artikel itu.
Ringkasnya, komen tuan memang tidak kena dengan artikel tersebut.
Mana mungkin kita menolak aspek positif yang ada pada Salafi
Wahabi Yang Ditolak itu seperti ada antaranya yang suka pergi mengaji ilmu-ilmu
agama, mencari nafkah untuk anak isteri, suka membaca dan sebagainya. Hanya
YANG SALAH saja yang ditolak.
Harap tuan faham sekali lagi, artikel ini khusus untuk menjawab
soalan seperti:
- Salafi
Wahabi mana yang kamu tolak?
- Apa pegangan
Salafi Wahabi yang kamu tolak itu?
Bukannya menjawab soalan:
- Siapa Salafi
Wahabi?
- Apa pegangan
Salafi Wahabi?
Sangat besar perbezaannya. Mungkin tuan salah faham di situ.
Jadi, kata-kata ini saya pulangkan baliklah kepada tuan:
“Lihatlah kepada yang baik, jangan hanya mencari kesilapan
sahaja..janganlah kita berjuang atas dasar sesuatu benda melainkan kerana Allah
dan agamanya, dan janganlah melampaui dalam sesuatu perkara..”
Wallahualam.
|