BERSAMA ALEXANDERWATHERN
 
 
•  Home  •  Downloads  •  Your Account  •  Forums  •
 
 
SENARAI MODUL
· Home
· AKAUN ANDA
· ARKIB-SIMPANAN
· CARI
· DOWNLOADS
· FORUM
· GALERI GAMBAR
· KAJI SELIDIK
· LINK BERMANFAAT
· MAKLUMBALAS
· MESEJ PERIBADI
· PESANAN RINGKAS
· PROMOSI LAMAN INI
· SEMUA KARYA ALEX
· SENARAI AHLI
· STATISTIK
· TOP 10
MAKLUMAT PENGGUNA
Welcome PENGUNJUNG


Nickname

Password

 

Membership

 · New Today

4

 · New Yesterday

6

 · Overall

738


Latest 3 Members
 01:Nov 21, 2009ASClupoblibia
 02:Nov 21, 2009ksizezzz
 03:Nov 20, 2009ViagraCialis

People Online

 Visitors (0%)

 Members (0%)

 Total online

0


Most Ever Online

 · Total

89

 · Members

1

 · Visitors

88


Total Hits
 · Daily

928

 · Average Hits

1526

 · Total Hits

1020106


Download Stats
 ·Total Files

 ·Total Categories

 ·Files Downloaded

 ·Data Sent

B


   Nuke Info
 ·Active Staff

1

 ·Active Topics

10

 ·Active Stories

467

 ·Total FAQ

 ·Total Reveiws

 ·Forum Posts

779

 ·Forum Topics

333

SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI?
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here
DEDAUNAN TAJDID SEGAR

LOKASI PENGUNJUNG
Locations of visitors to this page
Sape Nak Main Ngan Caye...?
UNDI BLOG INI
Malaysian Muslim Blogs
UNDI LAGI
Ukhwah.com :: Top Blog
Azharian's Topsite
BKPJM TOP BLOG
AL-AZHAR`s TOPSITES

Featured Links: eTripTips - Your Travel Source @ Free phpBB3 Forum
Cubaan Mencemar Imam as-Subki & Mazhab Syafie
Posted on Tuesday, July 08 @ 11:49:46 EDT by alexanderwathern
TAJDID SEGAR

SEORANG HAMBA ALLAH MENGHANTAR YANG BERIKUT:

 

TAJ al-Din al-Subki (w. 771H) yang merupakan tokoh ilmuan besar dalam mazhab al-Syafii. Sumbangannya kepada dunia kesarjanaan tidak boleh dinafikan. Tetapi kadang-kala sikap yang begitu kuat untuk mempertahankan mazhab pegangannya menyebabkan beliau mengeluarkan pandangan atau pendirian yang seakan meminggirkan penilaian ilmiah.



Antaranya, kata beliau: “Adapun Hijaz, semenjak mazhab al-Syafii muncul sehingga ke hari ini kesemuanya berada dalam tangan Syafiiyyah (pengikut mazhab Syafii). Mereka menguasai jawatan kehakiman, jawatan khatib masjid, jawatan imam di Mekah dan Madinah. Orang ramai semenjak tahun 563H berkhutbah dan bersolat di Masjid Rasulullah SAW atas mazhab sepupu Nabi iaitu Muhammad bin Idris (al-Imam al- Syafii). Mereka qunut semasa solat subuh, menjaharkan (menjelaskan) bacaan basmalah (bismi Allah), menunggalkan iqamah dan berbagai-bagai lagi. Sementara Rasulullah SAW hadir mendengar dan melihat itu semua. Inilah dalil yang paling jelas bahawa mazhab al-Syafii adalah mazhab yang benar di sisi Allah”.) (Al-Subki: Taj al-Din ‘Abd al-Wahhab, Tabaqat al- Syafi‘iyyah, jld 1, m.s 283, Beirut: Dar al- Ma‘rifah t.t.)

 

Alangkah ganjil penilaian yang seperti ini. Di mana pergi penilaian ilmiah tokoh mazhab al-Syafii ini? Jika al-Subki hidup pada zaman ini dan melihat Masjid Nabi SAW dipegang oleh mereka yang bermazhab Hanbali, bagaimana pula beliau ingin mengulas? Apakah ini akan membuktikan pula mazhab Ahmad bin Hanbal lebih Allah redai pada zaman ini? Bahkan al-Subki ketika cuba membuktikan kelebihan mazhab al-Syafii beliau menyatakan semua mujaddid (reformis) sehingga kurun yang ketujuh adalah bermazhab Syafii (Ibid, jilid 1, m.s. 284). Beliau hanya mengiktiraf mereka yang bermazhab al-Syafii sebagai mujaddid dan melupai yang lain. Apakah jika dapat dibuktikan orang lain juga mujaddid maka beliau akan menarik balik pendapatnya tentang kelebihan mazhab al-Syafii dibandingkan mazhab lain?

 

p/s Tulisan Maza terbaru harap komen

 

 

 

ULASAN ALEXANDERWATHERN:

 

Biasanya yang disebut MAZA ialah Dr. Asri Mufti Perlis. Boleh jadi dialah yang dimaksudkan. Namun saya tidak tahu benarkah ini tulisan Dr. Asri?

 

Jadi saya mengambil langkah begini. Tidak kiralah siapa penulisnya, saya akan menujukan isi ulasan saya kepada orang itu. Sama ada benar dia Dr. Asri ataupun tidak, tidaklah menjadi hal. Saya bukan hendak mempertikaikan Dr. Asri, tetapi orang yang menulis perenggan–perenggan di atas. Jika kebeulan memang Dr. Asri yang menulisnya, mahu tak mahu saya memang sedang mempertikaikan tulisannya itu. Oleh itu penulisnya saya sebut sebagai ‘PENULIS’ saja.

 

Selain itu, rujukan saya hanyalah tiga perenggan yang disertakan. Sekiranya ada lagi tulisan sebelum ataupun sesudahnya, tidaklah termasuk ke dalam ulasan saya.

 

 

PENILAIAN ILMIAH

 

Penulis mendakwa Imam Tajuddin as-Subki SEAKAN MEMINGGIRKAN PENILAIAN ILMIAH dalam berhujah membuktikan kebenaran Mazhab Syafie.

 

Pertama- Jika penulis ini benar Dr. Asri, dia sendiri terbukti sebagai seorang yang sering meninggalkan penilaian ilmiah dalam hujah-hujahnya. Kita ada banyak bukti tentang hal ini. Mengata dulang paku serpih nampaknya. Sampah di bawah rumah orang (rumah kampung) diumpatnya tetapi sampah di bawah rumah sendiri didiamkan. Malumlah, asyik duduk di atas rumah sendiri, jarang mahu turun ke tanah.

Jika penulisnya bukan Dr. Asri, abaikan saja pernyataan ini.

 

Kedua- Penulis nampaknya tidak kukuh pendirian dalam mendakwa Imam Subki. Hal ini boleh kita lihat pada kalimah ‘SEAKAN meminggirkan penilaian ilmiah’. Jika benar yakin Imam Subki meminggirkan penilaian ilmiah, tidak perlulah diletakkan perkataan ‘SEAKAN’. Sewaktu mula menulis artikel itu, dia tidak cukup berani lagi untuk mengatakan  Imam Subki memang meminggirkan penilaian ilmiah.

 

Namun apabila dia mula menulis sampai perenggan ke tiga, dirasakan dakwaannya memang kuat benar. Semangatnya untuk mempertikai Imam Subki melonjak tinggi. Kata-kata yang dilemparkannya sudah tidak ada ragu-ragu lagi. Hal ini terbukti melalui kalimah:

 

“Di mana pergi PENILAIAN ILMIAH tokoh mazhab al-Syafii ini?

 

Maksudnya Imam Subki memang tidak menilai secara ilmiah, bukan sekadar ‘SEAKAN tidak ilmiah’ lagi tetapi memang betul ‘tidak ilmiah’.

 

 

KEBENARAN MAZHAB SYAFIE

 

Dalam usahanya untuk menunjukkan kebenaran Mazhab Syafie, Imam Subki mengatakan: “Inilah dalil yang paling jelas bahawa mazhab al-Syafii adalah mazhab yang benar di sisi Allah.”

 

Kesemua sandaran yang dikemukakan oleh Imam Subki adalah untuk membuktikan MAZHAB SYAFIE BENAR. Inilah objektif tulisan Imam Subki. Dari sini jugalah kita akan menilai secara ilmiah.

 

Teliti betul-betul dengan hati yang jernih. Imam Subki mahu membuktikan MAZHAB SYAFIE BENAR. Imam Subki bukan mahu membuktikan MAZHAB SYAFIE YANG TERBENAR.

Para pembaca yang waras boleh nampak perbezaan antara kedua-dua pernyataan itu?

Pembaca yang tidak waras tidaklah saya tanya kerana mereka tidak dapat mengesan perbezaan tersebut.

 

Imam Subki membuktikan MAZHAB SYAFIE BENAR. Ada tidak di mana-mana dalam tiga pernyataan beliau yang mengatakan MAZHAB-MAZHAB LAIN TIDAK BENAR?

Tidak ada!

 

Maksudnya, Mazhab Syafie terbukti benar DAN ada lagi mazhab-mazhab yang benar selain Mazhab Syafie. Tapi tulisan Imam Subki kali ini hanyalah untuk membuktikan kebenaran Mazhab Syafie, bukan untuk membuktikan mazhab-mazhab lain. Hal ini tidak bermaksud TIDAK ADA mazhab lain yang benar.

 

Perkara ini sebenarnya mudah untuk difahami jika hati kita ikhlas.

 

Contoh:

 

Sudah lebih kurang 30 kali saya pergi balik ke Klang dari Taiping menggunakan jalan bawah, melalui Teluk Intan, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan sebagainya. Jadi saya pun berkata, “Inilah buktinya bahawa jalan Kuala Selangor ini jalan yang betul (bukan jalan terbetul ataupun satu-satunya jalan yang betul) untuk sampai ke Klang.”

 

Apakah pernyataan saya ini membawa maksud:

  1. Jalan ke Klang melalui lebuhraya Utara-Selatan tidak benar?
  2. Jalan bawah ke Klang melalui Ipoh dan Tanjung Malim tidak benar?
  3. Jalan ke Klang melalui Kuala Kangsar, Grik, Kelantan , Terengganu dan Pahang tidak benar?
  4. Jalan ke Klang melalui jalan udara tidak benar?

 

Perkara ini sebenarnya mudah untuk difahami jika hati kita ikhlas.

 

Sekarang, siapa yang meminggirkan penilaian ilmiah? Penulis ataupun Imam Subki?

 

Jawapan anda: ………………………………..

 

 

BEBERAPA KEPUTUSAN KECIL

 

  1. Penilaian Imam Subki itu tidak ada apa yang ganjil. Masalah di atas timbul apabila orang yang membaca tulisan Imam Subki itu seorang yang ganjil otaknya.

 

  1. Penilaian ilmiah tokoh Mazhab Syafie itu tidak pergi ke mana-mana pun, masih ada di situ. Masalah di atas timbul apabila si pembaca tulisan Imam Subki itu tidak menilai tulisan Imam Subki dengan penilaian ilmiah.

 

  1. Penilaian Imam Subki jika beliau masih hidup pada zaman ini dan melihat Mazhab Hanbali (bukan fahaman Wahabi ke?) menguasai Mazjid Nabi, saya sangat yakin penilaiannya masih sama iaitu: “Mazhab Syafie benar. Mazhab-mazhab lain juga ada yang benar termasuklah Mazhab Hanbali.” Penilaiannya masih seperti dulu juga, tidak ada apa-apa yang berubah.

 

 

PERIHAL MUJADDID.

 

Umumnya mujaddid datang setiap satu kurun. Apabila memperkatakan tentang mujaddid ini, ada beberapa perkara yang mesti kita faham terlebih dahulu. Antaranya:

 

  1. TIDAK ADA WAHYU yang mengatakan mujaddid kurun sekian sekian ialah si polan si polan.

 

  1. Penentuan mujaddid kurun BUKANLAH PERSOALAN POKOK dalam agama Islam. Orang yang tidak kenal siapa mujaddid kurun pada zamannya tetap boleh masuk syurga. Ia bukan perkara asas keimanan, malah tidak termasuk pun dalam Rukun Imam ataupun Rukun Islam. Di akhirat tidak akan keluar kenyataan, “Apa, engkau tidak kenal siapa mujaddid pada zaman engkau? Maka engkau tidak layak memasuki syurga.”

 

  1. Jika seseorang ulama itu menentukan si polan atau si polan sebagai mujaddid mana-mana kurun, dan ternyata ijtihadnya salah, umumnya hal itu TIDAK AKAN MEMBAWANYA KE NERAKA. Sebab itu biasa saja para ulama berbeza pendapat dalam menentukan siapakah mujaddid kurun.

 

Oleh itu sepatutnya kita MENDAHULUKAN SANGKA BAIK kepada Imam Subki. Berdasarkan ijtihad dan istikharahnya, Imam Subki mendapati  si polan dan si polan sebagai para mujaddid sehingga kurun ke-7. Selain itu, sudah tentu Imam Subki juga ada berbincang dengan para ulama lain yang sezaman dengannya. Setelah diselidikinya, ternyata kesemua mereka bermazhab Syafie. Beginilah cara penilaian ilmiah Imam Subki.

 

MENGAPA kita MENDAHULUKAN SANGKA BURUK dengan berprasangka kononnya dalam mengijtihadkan siapa para mujaddid sehingga kurun ke-7 itu, Imam Subki meletakkan syarat mereka mesti bermazhab Syafie terlebih dahulu?

 

Contoh:

 

Saya berasal dari Asia. Dalam menentukan siapakah sepuluh orang pelakon seni beladiri yang terbaik di dunia, kajian saya mendapati antara yang layak dinobatkan ialah Bruce Lee, Jackie Chan, Jet Li, Eman Manan, Latip Bogiba dan lain-lain. Selain mengkaji, saya juga bertanya kepada beberapa orang rakan lagi yang turut membuat kajian yang sama.

 

Kemudiannya saya sedar yang senarai saya dan kawan-kawan dipenuhi oleh bintang dari Asia. Apakah dalam kajian kami memang kami meletakkan syarat bahawa bintang-bintang yang dipilih mestilah dari Asia saja?

 

Apakah kerana kajian kami mendapati nama-nama seperti Van Damme, Chuck Norris dan Steven Seagal tidak layak berada dalam senarai maka muktamadlah kononnya kami meletakkan syarat ‘Asia’ terlebih dahulu? Muktamadkah ini buktinya kami hanya mengiktiraf bintang-bintang dari Asia saja?

 

Perkara ini sebenarnya mudah untuk difahami jika hati kita ikhlas.

 

 

KEPUTUSAN BESAR

 

Penulis artikel itu ialah seorang yang:

 

  1. hanya mahu menghisab kesalahan orang tanpa mahu menghisab kesalahan sendiri yang jelas lebih banyak (jika benar dia Dr. Asri)
  2. mahu mencari sandaran-sandaran untuk menjatuhkan kredibiliti Mazhab Syafie
  3. tidak menggunakan penilaian ilmiah dalam soal ini
  4. berniat tidak baik terhadap Imam as-Subki
  5. mahu menunjuk pandai

 

Wallahualam.

 
Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Related Links
· TAJDID SEGAR
· More about TAJDID SEGAR
· News by alexanderwathern


Most read story about TAJDID SEGAR:
KENALI SALAFI WAHABI YANG DITOLAK ITU

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Printer Friendly

"LOGIN-AHLI MASUK DI SINI" | Login/Create an Account | 2 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Cubaan Mencemar Imam as-Subki & Mazhab Syafie (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Wednesday, July 09 @ 22:39:22 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/
Terima kasih kepada seorang hamba Allah yang memberikan saya keratan akhbar  bertarikh 29 JUN 2008... memang betul tulisan Dr. Asri rupa-rupanya. : )



Re: Cubaan Mencemar Imam as-Subki & Mazhab Syafie (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Friday, July 11 @ 04:56:44 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/
Baru sekejap tadi ke blog Ustaz Zamihan. Lebih kurang dua bulan dah tak ke sana. Tak sangka dia punya pandangan yang sama dnegan saya. berikut adalah tulisannya:



Sewaktu saya di timur tengah, saya diberikan senaskah Mingguan Msia oleh seorang sahabat bertarikh ahad 29 Jun 2008. Naskah ini mengandungi tulisan Dr Asri Mufti Perlis berjudul BOLEH JADI PENYAMUN JUAL PENYANGAK.



Lihat tajuk nampak kelakar. Tetapi menyerlahkan ketandusan idea penulisnya. Kerana seorang Mufti mengambil kata-kata P.Ramlee sebagai bahan penulisan dan dikaitkan pula dengan ketaksuban, kesempitan akal dan senario politik. Inilah sebahagian metod penulisan asri Mufti Perlis. Ulang benda yang sama je. Ia salah satu bukti kekontangan ilmunya. Saya pun tak kisah sangat ulang tanyangnya tu. Yang sedihnya ialah kutukan asri terhadap Imam al-Subki.



TOHMAHAN 1 : ASRI MENDAKWA PENDAPAT AL-SUBKI GANJIL :


Buktinya, selepas menukilkan kata2 Imam Taj al-Subki, Asri mengatakan : "Alangkah GANJIL penilaian yg seperti ini. Dimana pergi penilaian ilmiah tokoh mazhab al-Syafi'ie ini? Jika al-Subki masih hidup pada zaman ini dan melihat Masjid Nabi SAW dipegang oleh mereka yang bermazhab Hanbali, bagaimana pula beliau ingin mengulas? Apakah ini akan membuktikan pula Mazhab Ahmad Bin Hanbal lebih Allah redhai pada zaman ini?..."



Ulasan : Dimana ganjilnya pandangan Imam Taj al-Din al-Subki wahai asri? Kata2 Imam al-Subki : "Adapun Hijaz semenjak mazhab al-Syafi'ie muncul hingga ke hari ini kesemuanya berada di dalam tangan al-Syafi'iyyah. Mereka menguasai jawatan kehakiman, khatib masjid, imam di Makkah & Madinah. Orang ramai semenjak 563H berkhutbah dan bersolat di Masjid Rasulullah SAW atas mazhab (keturunan) sepupu Nabi SAW. Iaitu Imam Muhammad bin Idris al-Syafi'ie. Mereka qunut semasa solat subuh, menjaharkan bacaan basmalah, menunggalkan bacaan iqamah dan berbagai-bagai lagi. Sementara Rasulullah SAW hadir mendengar dan melihat semua itu. Inilah dalil yang paling jelas bahawa mazhab al-Syafi'ie adalah mazhab yang benar disisi Allah."



Fokus dakwaan Asri ada 3 :


1) Semenjak kemunculan mazhab al-Syafi'ie hingga ke zaman Imam al-Subki sebahagian besar jawatan penting dikuasai oleh ulamak mazhab al-Syafi'ie. Ganjil ke? Salah ke? Bahkan ia memang benar berlaku. Cuba belek sejarah lebih sikit le.



2) Bila orang ramai berqunut semasa solat subuh, menjaharkan basmalah, menunggalkan iqamah DLL..asri jadi pelik. Amalan ni ganjil ke asri? Atau anda menganggap ianya sebagi amalan bid'ah dholalah?



3) Imam al-Subki mengatakan : "Ini

Read the rest of this comment...


 
 
iLuvislam.com Top Blog





ISMA IKHWAN ABIM JIM PESANTREN VIRTUAL PAS HIZBUT-TAHRIR HALUAN RUFAQA NAHDATUL ULAMA MUHAMMADIYAH

PERINGATAN: Laman ini khususnya sebagai rujukan kepada ahli keluarga, anak-anak murid dan rakan-rakan

PONDOK TAMPIN   BAHAN TARBIYYAH   ALJOOFRE   HEMBUSAN   SERBAN PUTIH   EPILOG SISWA   ADNAN FADZIL   WANGIAN CEMPAKA    ALEXANDARICAIRO   TR_CHAMP   ONE-G   AL-HIKMAH   ALBAZRAH    STRAWBERRY & DANDELION   PRO-TAJDID SEGAR   SHARPEST SWORD  AL-FANSURI   NAQS HAQQANI   BAHRUS SHOFA   PAHLAWAN SRIKANDI   ZAHRAANNUR   JIHAD WAHABI   AZ ABRAR   AL QASAM   ABU HANAAN    BUDAKMENULIS   PcMUJAHID   ANJUNG LARIK   ORDINARY PAPA   IBNU MAJID   ULAMA UMMAH   SINAR KEIMANAN   AIMINABIHAH   DAULAH ISLAMIAH   NURHAWARIYYUN   DISERTASI   PASIR MAS   SUNGAI UDANG   IBNU QALIL   SAUJANA HIKMAH   IBNU RUHUDDIN   TINTA PERMATA   IBNU ZACK   AZHAR JAAFAR   WARDATUSSAHRA   FAUZI ASMUNI   MASIDAS   ROBITAH SOFIYAH   WAJA TERENGGANU   ORANG JELAI   SATU UMAT   MENGENAL ISLAM    MENGAPA ISLAM   GHURABAA786   AERSTU   FATHER OF HANAAN   MEDIA MUSLIM   TAJDID SEGAR   AL MARBAWI   GAGASAN ASWJ   DEBUNGA SYURGA   DE HAMBRA HEIGHTEN   UKHTI 27   SALADIN CONVOY   MEDIA MUSLIM   USTAZ ROSLI DHOBY   JARUM EMAS   KHAZANAH DINIYYAH   EFFRY SAIFUL    GREEN CASTLE   IBNU QALIL   SOBAHICAIRO   FASI TERENGGANU   USTAZ SOFAN HALIM   PERINTIS UMMAH   IMAM AZHARI   ASYZ SUFI   ROUDHOTUZ ZAHRA   ILMUWAN   HAHNIF   AYASHIOKI   FIRUS FANSURI
SCENE-R   PERINTIS UMMAH   DZULHAQQ   HIZ-TOUGH   HAZMI DIBOK   NURUL AIMAN   JANNATUL-NAIM   SERULING SENJA   NABIHA AL KHALIDIY   RISALAH KERINDUAN

PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.50 Seconds
 
 
:: fiblack3d phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::