PENDAHULUAN
Ajaran
Hujjatul Islam Imam al-Ghazali ini dipetik dari kitab Bimbingan Mukmin, iaitu
ringkasan kitab Ihya’ Ulumiddin. Saya memecahkan petikan ini kepada beberapa
perenggan mengikut isi cerita. Kemudian saya letakkan tajuk untuk setiap satunya.
Cara begini dapat memudahkan lagi pemahaman.
ALLAH
YANG KEKAL
Akidah
para ahli sunnah terhadap Zat Allah Taala yang Maha Suci ialah Allah itu Tuhan
yang Esa, tiada sekutu bagiNya. Dia Qadim, tiada awal bagi wujudNya, dan
wujudNya pula terus-menerus tiada akhir bagiNya. Dia Kekal, tidak luput sama
sekali. Dia masih bersifat keagungan dan sifat keagungan ini berterusan, tidak
akan musnah ataupun terputus dengan terluputnya pelbagai abad, atau berlalunya
bermacam-macam waktu. Bahkan Dialah Allah yang Awal dan yang Akhir, yang Zahir
dan yang Batin. Dan Dialah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
ALLAH
BUKAN JISIM
Tuhan
Allah bukanlah semacam jisim yang dapat digambarkan. Dia tidak menyamai apapun
yang maujud. Begitu juga yang maujud tidak boleh menyerupaiNya.
ALLAH
TIDAK BERTEMPAT
Dia
tidak dilingkari (dipengaruhi)/ terpengaruh) oleh seluruh penjuru dan arah. Dia
tidak pula bertetap setempat (tidak bertempat), sama ada dalam lapisan-lapisan
bumi ataupun langit, malah dia beristawa di atas Arasy dalam keadaan yang Dia
firmankan atau dengan makna yang Dia kehendaki.
Dia
berada di atas Arasy dan langit, malah di atas segala sesuatu hingga ke batasan
bumi. KetinggianNya tidak menjadikanNya lebih dekat kepada Arasy dan langit,
sebagaimana semua itu juga tidak menjauhkanNya dari bumi dan tanah.
Bahkan
Allah tetap Maha Tinggi darjatNya dari Arasy dan langit, sebagimana Dia juga
Maha Tinggi darjatNya dari bumi dan tanah.
ALLAH
TIDAK TERPISAH DARIPADA MAKHLUK
Walau
bagaimanapun Dia tetap dekat kepada yang maujud, dan lebih dekat kepada
hambaNya daripada urat leher hamba itu sendiri. DekatNya kepada hambaNya tidak
serupa dengan dekatnya jisim kepada manusia. Begitu juga dengan ZatNya yang
tidak sama dengan zat jisim manusia.
ALLAH
TIDAK BERSEKUTU DENGAN MAKHLUK
Dia
tidak bertempat pada sesuatu benda (tidak bersekutu dengan mana-mana makluk).
Demikian pula benda tidak bertempat
(tidak bersekutu) pada ZatNya. Maha Suci Allah dari dilingkari oleh sesuatu
tempat (mustahil Allah bertempat). Bahkan Dia telah sedia Ada sebelum
terciptanya masa dan tempat. Dan Dia sekarang Ada dalam keadaan seperti dulu
juga (sebelum masa dan tempat dicipta, tidak pernah berubah).
ALLAH
BOLEH DILIHAT DI SYURGA
Di
dalam ZatNya, kewujudanNya dibuktikan oleh akal fikiran. Dan ZatNya dapat
dilihat oleh pandangan pada hari kemudian (alam akhirat) di tempat tinggal yang
abadi (syurga). Hal itu adalah satu nikmat dari Allah dan belas kasihNya untuk
orang-orang yang berbakti kepadaNya, dan sebagai penyempurnaan kenikmatan
daripadaNya iaitu kurniaNya untuk melihat wajahNya yang Maha Mulia.
ALLAH
TIDAK PERNAH LEMAH
Dan
Allah Taala itu Maha Hidup, Maha Berkuasa, Maha Tinggi dan Maha Memaksa. Tidak didatangi
kecuaian ataupun kelemahan, Tidak dihinggapi kelalaian ataupun ketiduran dan
tidak terkena kehancuran ataupun kematian.
ALLAH
PENCIPTA SEBENAR
Dialah
satu-satunya yang menjadikan dan menciptakan, satu-satunya yang mengadakan dan
membentuk.
ALLAH
TAHU SEGALA SESUATU
Dialah
Maha Mengetahui akan segala sesuatu yang telah diketahui. Ilmunya meliputi
segala apa saja yang berlaku di dalam dasar bumi hingga ke atas langit. Tiada
sesuatu pun yang terlepas dari ilmuNya sekalipun seberat atom sama ada di dalam
bumi ataupun di puncak langit. Bahkan Dia mengetahui gerak-geri seekor semut
hitam di atas batu licin pada malam hari yang gelap gelita. Dia juga Mengetahui
gerakan sebutir debu di tengah-tengah cakerawala ini. Dia mengetahui yang
rahsia dan yang tersembunyi. Dia dapat menyingkap perkara-perkara yang
terlintas dalam diri dan gerak-geri hati, dan segala rahsia yang disembunyikan;
iaitu dengan ilmuNya yang Qadim Azali yang Dia masih bersifat dengannya di
dalam Azalil-Azali.
ALLAH
YANG MENGATUR SEGALA GERAK DAN KEJADIAN
Dan
Allah Taala itu Maha Maha Menghendaki ke atas semua yang dijadikanNya, dan Maha
Pengatur terhadap segala yang diciptakanNya. Suatu apa pun tidak boleh berlaku
dalam kerajaan dan kekuasaanNya melainkan dengan ketentuan dan kudratNya,
dengan hikmat dan kemahuanNya. Apa yang Dia kehendaki (pasti) akan berlaku, dan
apa yang Dia tidak kehendaki (pasti) tidak akan berlaku. Tidak ada yang dapat menentang perintahNya, dan
tidak akan ada sesiapa yang menyalahkan hukumNya.
ALLAH
MENDENGAR DAN MELIHAT SEGALA SESUATU
Dan
Allah Taala itu Maha Mendengar dan Maha Melihat. Tidak ada suatu apa pun yang boleh
didengar, terhalang dari pendengaranNya
sekalipun amat halus. Dan tidak ada suatu apa pun yang boleh dilihat, tertabir
(terselindung/ terhijab) dari pemandanganNya sekalipun amat kecil. PendengaranNya
tidak akan tertutup kerana jauh, dan penglihatanNya tidak akan tertolak kerana
gelap. Pendengaran dan pemandanganNya tidak menyerupai pendengaran dan
pemandangan makhlukNya, sebagaimana ZatNya juga tidak serupa dengan zat
makhlukNya.
AL-QURAN
BUKAN MAKHLUK
Dan
bahawasanya Allah Taala itu Maha Berkata-kata, Maha Memerintah, Maha Melarang,
Maha Mengingatkan dan Mengancam. Dan al-Quran, Taurat, Injil dan Zabur itu
adalah kitab-kitabNya yang diturunkan kepada para RasulNYa alaihimussalam yang
membawa percakapanNYa, yang merupakan sifat bagi ZatNya dan buknalah sifat bagi
makhlukNYa. Dan sesungguhnya al-Quran itu adalah Kalamullah yang bukan makhluk
(bukan diciptakan) sehingga ia boleh binasa, dan bukan pula sifat bagi
makhlukNYa sehingga ia boleh punah.
SEMUA
SELAIN ALLAH ADALAH BAHARU
Dan
Allah Taala itu Maha Esa. Tidak ada suatu apa pun selainNya melainkan bersifat
hadis (baharu), yang terjadi dengan perbuatanNYa, yang menerima dari
keadilanNYa dalam rupa yang paling sempurna, paling lengkap dan paling adil.
Dan
Allah Taala itu Maha Bijaksana dalam segala perbuatanNya, Maha Adil dalam
segala keputusanNya. Dan segala sesuatu selain Allah dari bangsa manusia, jin,
malaikat, langit, bumi, binatang, tumbuh-tumbuhan, benda-benda padat yang dapat
dlihat ataupun dapat dirasakan, semuanya itu adalah baharu, yang dicipta oleh
Tuhan dengan kekuasaanNya, daripada tidak ada menjadi ada. Dan dijadikanNya
pula dalam bentuk yang paling sempurna, yang pada asalnya tidak ada, sebab yang
ada di dalam azal itu hanyalah Zat Allah Subhanahu wa Taala, dan selain itu
tidak ada bersamaNya.
Allah
telah menjadikan makhluk selepas itu sebagai tanda kekuasaanNya dan untuk
merealisasikan apa yang terdahulu dari kemahuanNya dan apa yang ditentukan di
dalam azal dari kalimatNya, bukan kerana Dia berhajat atau memerlukan
penciptaan itu.
*
Tulisan-tulisan dalam kurungan adalah penjelasan saya.
Abu
Zulfiqar ‘Alexanderwathern’
9
JULAI 2008
16
REJAB 1429
|