BERSAMA ALEXANDERWATHERN
 
 
•  Home  •  Downloads  •  Your Account  •  Forums  •
 
 
SENARAI MODUL
· Home
· AKAUN ANDA
· ARKIB-SIMPANAN
· CARI
· DOWNLOADS
· FORUM
· GALERI GAMBAR
· KAJI SELIDIK
· LINK BERMANFAAT
· MAKLUMBALAS
· MESEJ PERIBADI
· PESANAN RINGKAS
· PROMOSI LAMAN INI
· SEMUA KARYA ALEX
· SENARAI AHLI
· STATISTIK
· TOP 10
MAKLUMAT PENGGUNA
Welcome PENGUNJUNG


Nickname

Password

 

Membership

 · New Today

4

 · New Yesterday

6

 · Overall

738


Latest 3 Members
 01:Nov 21, 2009ASClupoblibia
 02:Nov 21, 2009ksizezzz
 03:Nov 20, 2009ViagraCialis

People Online

 Visitors (0%)

 Members (0%)

 Total online

0


Most Ever Online

 · Total

89

 · Members

1

 · Visitors

88


Total Hits
 · Daily

1011

 · Average Hits

1526

 · Total Hits

1020189


Download Stats
 ·Total Files

 ·Total Categories

 ·Files Downloaded

 ·Data Sent

B


   Nuke Info
 ·Active Staff

1

 ·Active Topics

10

 ·Active Stories

467

 ·Total FAQ

 ·Total Reveiws

 ·Forum Posts

779

 ·Forum Topics

333

SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI?
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here
DEDAUNAN TAJDID SEGAR

LOKASI PENGUNJUNG
Locations of visitors to this page
Sape Nak Main Ngan Caye...?
UNDI BLOG INI
Malaysian Muslim Blogs
UNDI LAGI
Ukhwah.com :: Top Blog
Azharian's Topsite
BKPJM TOP BLOG
AL-AZHAR`s TOPSITES

Featured Links: eTripTips - Your Travel Source @ Aquarium and Fish
3 Sekawan Bicara Kerjaya (1/2)
Posted on Saturday, August 09 @ 06:06:52 EDT by alexanderwathern
SENI & HIBURAN ISLAM

LINA: Eh, apasal tiba-tiba aje korang boleh berminat nak jadi guru ni? Pelik betul aku! Bukan ke dulu engkau Aimi... bercita-cita nak jadi doktor, dan engkau pulak Zubaidah... nak jadi akauntan?

AIMI: Hi hi. Engkau terkejut ke? Entahlah, selepas dengar pengalaman Cikgu Hidayah hari tu... kami termotivasi pulak nak memilih kerjaya guru.

ZUBAIDAH: Ha’ah, betul tu!



LINA: Cikgu Hidayah... naqibah kita tahun lepas ke? Bila korang jumpa dia? Tak kasi tau aku pun!

AIMI: Alaa... masa daurah hari tu. Kau tak datang. Kem remaja hari tu pun kau tak de.

LINA: Aduhh, ruginye...! Kebetulan aku ada urusan ‘family’. Dah dekat lapan bulan tak jumpa Cikgu Hidayah. Ye lah, sejak bertukar naqibah dengan Ustazah Mira ni le.

AIMI: Wuiiii... Cikgu Hidayah makin comel sekarang ni kau tau?

LINA: Ye ke?

ZUBAIDAH: Iyeee, dia sedang mengandung!

LINA: Alhamdulillahhh... dapat le kita cucu baru nanti.

AIMI: Hehe. Ape la engkau ni Lina, ada ke cucu pulak!

 

LINA: Eh, apa kelebihan jadi cikgu yang korang tiba-tiba beralih arah kompas ni? Cuba cerita kat aku.

AIMI: Nak jadi guru, kena masuk maktab kan. Lepas 5 tahun, kita terus dapat ijazah. Dulu masuk maktab dapat diploma aje.

ZUBAIDAH: Kaubayangkan le Lina. Kita masuk umur 18, keluar umur 22 atau 23 nanti kita terus dapat kerja. Bukan kita yang cari kerja, kerja menunggu kita.

AIMI: ‘That’s right’, berapa banyak graduan yang menganggur bertahun-tahun selepas habis belajar! Ke sana ke sini mengusung ijazah, badan penat, duit habis, kadang-kadang malu pun dapat. Berapa ramai pulak yang terpaksa cari kerja yang tak setaraf dengan ijazah? Sekarang kerja susah nak dapat. Sijil SPM jauh lebih laku daripada diploma dan ijazah.

ZUBAIDAH: Betul le, dua orang sepupu aku mintak kerja ke hulu ke hilir. ‘Time’ temuduga semedangnye kena nafikan yang diorang ada ijazah, kena sorok. Jawatan yang diorang mintak tawarkan gaji SPM. Kalau diorang tunjuk diploma atau ijazah, awal-awal kena halau balik. Memang tukang temuduga tak akan layan punya.

LINA: Itu memang tak dinafikan le. Banyak siswazah yang kerja dengan gaji SPM sekarang ni. Kesian kan?

 

AIMI: Masuk ‘u’ kena banyak belanja. Awal-awal nak masuk saja mak bapak kita terpaksa korek sana-sini nak daftar. Lainlah kalau mak bapak kita orang berada. Lepas tu kena buat pinjaman pulak, entah berapa puluh ribu. Habis belajar, dah kerja nanti, nak kena bayar balik pulak. Setiap bulan gaji terpotong. Bertahun-tahun pulak tu. Aduhhh..! Berhutang ni yang pantang tok nenek aku ni!

ZUBAIDAH: Masuk maktab bayaran tak banyak. Tak perlu buat pinjaman. Setiap bulan elaun masuk, tak payah kacau ibu bapak. Duit bulanan sentiasa ada. Waktu cuti sekolah pun elaun tetap jalan. ‘Best’nyeee! Hehe. Tamat belajar terus ‘posting’, kerja automatik ada. Dan... tak perlu bayar apa-apa pinjaman.

 

LINA: Lagi, lagi? ‘Best’ pulak dengar penerangan korang ni.

AIMI: Apa lagi ye... haaa... Jadi guru ni mudah nak sambung belajar. Engkau nak buat master? PHD? Nak jadi pensyarah? Nak jadi professor? Lorong-lorongnya tersedia. Lepas pencen, nak jadi ahli politik pun boleh. Hihi.

 

ZUBAIDAH: Jadi cikgu ni cuti banyak!

AIMI: Ish engkau ni Zubaidah... itu yang engkau fikirkan ye? Err... sama le dengan aku! Haha.

ZUBAIDAH: Cis, kata dulang paku serpih!

AIMI: Iyelah, kerja lain mana ada cuti banyak macam cikgu-cikgu! Nanti, apabila kita dah kahwin... ada anak-anak...

ZUBAIDAH: Hah, hah, mulalah tu!

AIMI: Ish, engkau cuba diam kejap selama 59 saat, boleh tak? Aku nak cerita cam ni... anak-anak cuti sekolah, kita pun cuti jugak. Kan ‘best’? Kalau tidak, anak-anak duduuuk le terperuk kat rumah tanpa mak bapak. Tak pun, dok di kampung, menyusahkan atuk nenek dia. Kalau sama-sama cuti, senang nak berdakwah ke, melancong ke...

ZUBAIDAH: Kalau cam tu nak kena pilih suami berkerjaya guru le jugak...

AIMI: Ish, budak ni! Aku stapler mulut tu nanti baru tau. Aasyik nak menyampuk! He he.

ZUBAIDAH: Aku tak mau diam jugak! Engkau nak bubuh gam Cap Gajah pun aku tak hairan. Eh, Lina! Engkau tak kan tak tahu, Aimi ni ada udang di sebalik kuah tom yam ni. Tapi... kejap lagi aku cerita tau. Hihi.

LINA: Apaalah korang berdua ni? Orang tengah ‘excited’ nak dengar, korang lawan melawak pulak.

 

ZUBAIDAH: Ok, ok, kita sambung! Silakan Cikgu Aimi...

AIMI: Masyaallah... terangkat tocang aku aih dipanggil ‘cikgu’. Baiklah murid-murid... hehe. Tahun akhir di maktab, banyak bakal guru wanita berkahwin. Rasa-rasa engkolah, kenapa?

LINA: Emmm... kenapa ye?

AIMI: Sebabnya... bila keluar ‘posting’ nanti, automatik ditempatkan berhampiran dengan tempat kerja suami. Takdelah sorang di utara sorang di selatan.

LINA: Ye lah, kalau tidak... jadi cam Cikgu Hidayah dulu le kan? Dua tahun lepas ‘posting’ baru menikah. Dia di Pahang, suaminya di Kedah. Letih suami dia berulang Kedah Pahang. Nak jumpa pun seminggu sekali, itu pun belum tentu.

ZUBAIDAH: Kampung Cikgu Hidayah bukan di Kedah jugak ke?

AIMI: Memang pun. Sebenarnya, Cikgu Hidayah cerita... suami Cikgu Hidayah tu dah lamar dia masa di maktab lagi. Tapi Cikgu Hidayah yang tak mahu, dia minta lewatkan sikit. Kemudian baru menyesal. Kalau tidak, terus ‘posting’ di Kedah, dekat dengan kampung halaman.

LINA: Aku ingat lagi cerita dia tu. Lepas kahwin, dia minta ditukarkan ke Kedah untuk mengikut suami. Tapi, dua tahun juga prosesnya baru dapat balik Kedah. Nasib baiklah dalam tempoh dua tahun tu belum mengandung ataupun beranak. Kalau tidak, lagi susah kan?


bersambung...

 
Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Related Links
· More about SENI & HIBURAN ISLAM
· News by alexanderwathern


Most read story about SENI & HIBURAN ISLAM:
MENANTI DI BARZAKH

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Printer Friendly

"LOGIN-AHLI MASUK DI SINI" | Login/Create an Account | 1 comment | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: 3 Sekawan Bicara Kerjaya (1/2) (Score: 1)
by myalexanderwathern (HambaAllah@Islam.com) on Saturday, August 23 @ 22:02:38 EDT
(User Info | Send a Message) http://spaceofilmu.blogspot.com/

108,000 mohon jadi guru

KUALA TERENGGANU 23 Ogos - Kerjaya perguruan kini menjadi pilihan nombor satu golongan muda apabila seramai 108,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengemukakan permohonan untuk memasuki 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara tahun ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, angka tersebut tidak termasuk mereka yang memohon menerusi beberapa buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk Universiti Perguruan Tanjung Malim (UPSI) yang menawarkan pengajian pendidikan guru.

Menurutnya, walaupun sebahagian besar mereka yang memohon memasuki IPG tahun ini mempunyai kelayakan, namun hanya 5,000 pemohon melepasi saringan dan terpilih.

''Berdasarkan jumlah permohonan yang meningkat secara mendadak dalam tempoh dua tiga tahun kebelakangan ini, ia membuktikan profesion perguruan kini menjadi pilihan utama pelajar.

''Kita jangka pemilihan 5,000 daripada 108,000 yang memohon adalah mereka yang terbaik daripada yang terbaik," katanya selepas merasmikan program Jantung Sihat Sokmo di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Permint Jaya di sini hari ini.

Pelbagai program menarik termasuk pameran dan pemeriksaan jantung secara percuma diadakan dalam program anjuran bersama JKKK dan pelajar Diploma Sains Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kuala Terengganu itu.

Razali yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, IPG secara rasminya akan dinaikkan taraf sebagai institusi pengajian yang bakal menawarkan graduan dalam ijazah perguruan dan diploma apabila Rang Undang-Undang mengenai pindaan Akta Pelajaran yang dibahaskan di Parlimen sekarang diluluskan.

Katanya, apabila Pindaan Akta Pendidikan 1966 (Pindaan 2008) digubal, ia sekali gus menaiktaraf profesion perguruan negara.

Menurutnya, kesemua 27 IPG di seluruh negara akan mengeluarkan guru berijazah selepas pindaan akta tersebut.

Pindaan tersebut katanya, antara lain bertujuan menaik taraf dan memperkasa status IPG, meningkatkan lagi imej profesion perguruan serta kualiti pendidikan di negara ini.

"Ini adalah antara langkah kementerian dalam usaha mencapai kadar 100 peratus guru berijazah di sekolah menengah dan 50 peratus di sekolah rendah menjelang 2010," katanya.

Razali menambah, apabila akta itu dipinda para pensyarah di IPG yang kebanyakannya pada kedudukan Gred DG44 akan berpeluang naik sehingga DG54 iaitu sama taraf dengan jawatan seorang Profesor Madya dan Jusa C yang sama kedudukan dengan seorang Profesor di universiti.

Katanya, sekarang ini telah ada laluan ke arah itu dan kerajaan yakin status pensyarah di IPG akan turut mengalami perubahan melalui pindaan-pindaan yang dilakukan terhadap beberapa seksyen di bawah Akta Pendidikan 1996.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0824&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm



 
 
iLuvislam.com Top Blog





ISMA IKHWAN ABIM JIM PESANTREN VIRTUAL PAS HIZBUT-TAHRIR HALUAN RUFAQA NAHDATUL ULAMA MUHAMMADIYAH

PERINGATAN: Laman ini khususnya sebagai rujukan kepada ahli keluarga, anak-anak murid dan rakan-rakan

PONDOK TAMPIN   BAHAN TARBIYYAH   ALJOOFRE   HEMBUSAN   SERBAN PUTIH   EPILOG SISWA   ADNAN FADZIL   WANGIAN CEMPAKA    ALEXANDARICAIRO   TR_CHAMP   ONE-G   AL-HIKMAH   ALBAZRAH    STRAWBERRY & DANDELION   PRO-TAJDID SEGAR   SHARPEST SWORD  AL-FANSURI   NAQS HAQQANI   BAHRUS SHOFA   PAHLAWAN SRIKANDI   ZAHRAANNUR   JIHAD WAHABI   AZ ABRAR   AL QASAM   ABU HANAAN    BUDAKMENULIS   PcMUJAHID   ANJUNG LARIK   ORDINARY PAPA   IBNU MAJID   ULAMA UMMAH   SINAR KEIMANAN   AIMINABIHAH   DAULAH ISLAMIAH   NURHAWARIYYUN   DISERTASI   PASIR MAS   SUNGAI UDANG   IBNU QALIL   SAUJANA HIKMAH   IBNU RUHUDDIN   TINTA PERMATA   IBNU ZACK   AZHAR JAAFAR   WARDATUSSAHRA   FAUZI ASMUNI   MASIDAS   ROBITAH SOFIYAH   WAJA TERENGGANU   ORANG JELAI   SATU UMAT   MENGENAL ISLAM    MENGAPA ISLAM   GHURABAA786   AERSTU   FATHER OF HANAAN   MEDIA MUSLIM   TAJDID SEGAR   AL MARBAWI   GAGASAN ASWJ   DEBUNGA SYURGA   DE HAMBRA HEIGHTEN   UKHTI 27   SALADIN CONVOY   MEDIA MUSLIM   USTAZ ROSLI DHOBY   JARUM EMAS   KHAZANAH DINIYYAH   EFFRY SAIFUL    GREEN CASTLE   IBNU QALIL   SOBAHICAIRO   FASI TERENGGANU   USTAZ SOFAN HALIM   PERINTIS UMMAH   IMAM AZHARI   ASYZ SUFI   ROUDHOTUZ ZAHRA   ILMUWAN   HAHNIF   AYASHIOKI   FIRUS FANSURI
SCENE-R   PERINTIS UMMAH   DZULHAQQ   HIZ-TOUGH   HAZMI DIBOK   NURUL AIMAN   JANNATUL-NAIM   SERULING SENJA   NABIHA AL KHALIDIY   RISALAH KERINDUAN

PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.71 Seconds
 
 
:: fiblack3d phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::