 ZUBAIDAH: Ehem, ehem , ehem!
LINA: Eh, yang engkau terdehem-dehem ni apahal? Tertelan
lalat ke?
ZUBAIDAH: Hihi. Ni yang aku kata ‘ada udang di sebalik
tom yam’ ni!
LINA: Udang? Tom yam? Tak faham le aku. Nak belanja aku
makan ke? Jom! Hehe.
ZUBAIDAH: Alah engkau ni, buat-buat terencat akal pulak.
Kan Abang Hisyam sekarang berada di maktab tahun empat?
LINA: Abang Hisyam mana?... Ooohhh ya ya, yang minat
dengan si Aimi ni tu ye?
ZUBAIDAH: Tidak syak lagi. Apabila Aimi berada di tahun
akhir di maktab, Akh Hisyam dah mengajar. Jadi... hihihi... dia rancang nak
menikah dengan Akh Hisyam le pada tahun akhir tu. ‘Posting’ aje, terus dapat
dekat dengan Abang Hisyam. Silap-silap... dapat satu sekolah. Betul tak Aimi?
AIMI: Engkau ni Zubaidah... mulut ‘laser’ tahap maksima
betul le. Walaupun aku bengkek dengan engkau, tapi... apa yang engkau cakap
tadi tu, aku ‘amin’kan le. Hehehe.
LINA: Cis, ingatkan nak marah, rupa-rupanya...! Nakal
betul le korang ni. Aku jugak yang baik. Hee...
AIMI: Tapi kan, yang paling penting... kerjaya guru ni memudahkan kerja-kerja dakwah kita.
ZUBAIDAH: ‘That’s right’!
AIMI: Melalui kerjaya inilah kita mudah dapat prospek.
Kalau ada 2,000 pelajar, maksudnya kita
ada 2,000 individu yang boleh kita pilih untuk dibawa dalam usrah. Belum campur
dengan guru-guru. Lebih-lebih lagi kerjaya guru ni mendekatkan kita dengan
masyarakat, lagi banyaklah mad’u, lagi banyaklah peluang untuk kita gerakkan
dakwah.
ZUBAIDAH: Ye lah, kalau tidak dakwah kita kemungkinan
besar mati begitu saja. Apabila tidak mentarbiah, lama-kelamaan hati kita jadi
lesu dan berat untuk menggerakkan dakwah. Contohnya jadi polis,... kita nak menjalankan
tarbiah khusus kepada siapa? Jadi doktor... yang rapat dengan kita hanya staff
kita dua tiga orang je lah. Kerja pejabat... berapa orang sangat dalam sesebuah
pejabat. Tu pun belum tentu ada yang berminat. Tak macam guru, ratusan ‘maybe’
ribuan orang berada dekat dengan kita. Peluang kita untuk meramaikan jemaah
lebih cerah.
AIMI: Cuba tengok bapa akh Hisyam...
ZUBAIDAH: Ehem, ehem!
AIMI: Ish budak ni, aku tarik lidah bawak keluar karang
baru tau! Dengar le dulu! Bapa dia dulu belajar di UK, memang sangat aktif
dengan dakwah. Usrah diorang pun banyak bincang hal yang lebih serius dan lebih
tinggi. Tapi, setelah balik ke Malaysia, bapak dia kerja pejabat dapat jawatan
besar dan gaji besar. Masa kerja lebih daripada orang lain. Keluar pagi sebelum
matahari naik, balik rumah malam selepas matahari dah turun. Tentulah letih.
Bila masa nak terlibat dengan tarbiah? Akhirnya, makin lama makin hilang. Nasib
baiklah salah sorang anak dia- Abang Hisyam tu berminat untuk teruskan dakwah
bersama jemaah. Ada le jugak waris.
ZUBAIDAH: Hah, kau dah dengar cerita kami! Amacam?
LINA: Hmm... setelah aku mendengar syarahan korang ni,
akhirnya aku buat satu kesimpulan le...
AIMI: Amendenye?
LINA: Emm... setelah aku pertimbangkan pro dan kontranya,
maka aku nasihatkan korang lupakan je le niat nak jadi cikgu ni. Lebih baik
teruskan cita-cita korang yang sebelum ni?
AIMI: Eh, apsal kau cakap camtu?
ZUBAIDAH: Ye la, cuba bagi faktor-faktornya.
LINA: Sebabnya, kalau korang memohon untuk masuk maktab
nanti... banyak le saingannya, Sebaaaabb... aku pun nak mohon jugak! Hihihi.
AIMI: Cis, sungguh kurang sopan punya anak dara! Baik
betul pemikiran engkau ye!
ZUBAIDAH: Ha’ah le, aku sembelih buat kebab nanti baru
padan!
LINA: Hihihi.
Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'
|