HANAFI
Asas
mazhabnya ialah al-Kitab, Sunnah, ijma’, qias dan istihsan.
Beliau telah menghasilkan
sebuah kitab dalam bidang ilmu kalam iaitu al-Fiqh al-Akbar.
Dalam
bidang hadith beliau menghasilkan al-Musnad. Walau bagaimanapun tidak terdapat penulisan
beliau di bidang ilmu fiqh. (ms 15)
MALIKI
Kitab
beliau al-Muwatta’ adalah sebuah kitab besar dalam hadith dan fiqh. (ms 16)
Beliau
telah membina mazhabnya berdasarkan 20 perkara. Lima daripada al-Quran dan lima
daripada Sunnah, iaitu nas al-Kitab, zahirnya yakni umumnya, dalilnya yakni
mafhum al-mukhalafah, mafhumnya yakni mafhum al-muwafaqah, tanbihnya yakni
tanbih di atas ‘illah. (ms 16)
Yang
lain ialah al-ijma’, al-qias, amal ahli Madinah, Qawl al-Sahabi, al-Istihsan,
Saad al-dharai, meraikan khilaf, istishab, al-masalihal mursalah dan syar’man
Qablana. (ms 16)
SYAFIE
Di
Baghdad, Imam Syafie telah mengarang kitab qadim bernama al-Hujjah yang
mengandungi mazhab qadim. (ms 20)
Di
antara hasil karya beliau ialah al-Risalah yang merupakan penulisan pertama di
bidang ilmu usul fiqh dan kitab al-Umm di bidang fiqh berdasarkan mazhab
jadidnya. (ms 21)
Imam
Ahmad berkata, “Imam Syafie adalah orang yang paling alim berhubung dengan
kitab Allah dan Sunnah Rasulullah saw.” (ms 21)
Sumber
mazhab Syafie ialah al-Quran dan Sunnah. Dituruti oleh ijma dan qiyas. Beliau
tidak mengambil pendapat sahabat sebagai sumber mazhabnya kerana ia merupakan
ijtihad yang berkemungkinan salah. Beliau juga tidak beramal dengan istihsan
yang diterima oleh golongan Hanafi dan Maliki. (ms 21)
Beliau
juga telah menolak masalih mursalah dan tidak bersetuju menjadikan amal ahl
Madinah sebagai hujah. (ms 21)
HANBALI
Imam
Syafie pula berkata semasa beliau meninggalkan Baghdad menuju ke Mesir, “Aku keluar
dari Baghdad dan aku tidak meninggalkan orang yang lebih taqwa dan paling alim
di bidang fiqh selain Ibn Hanbal.” (ms 23)
Beliau
menerima al-Quran, Sunnah, fatwa sahabat, ijma, qias, istishab, masalih
mursalah dan dharai’. (ms 23)
Imam
Ahmad tidak mengarang kitab fiqh, kerana sahabatnya telah menerima mazhabnya
berasarkan perkataan, perbuatan, jawapan-jawapan dan sebagainya.” (ms 23)
Beliau
telah mengahsilkan al-Musnad dalam hadith, yang mengandungi lebih daripada
40,000 hadith. (ms 23)
Beliau
beramal dengan hadith mursal dan hadith dhaif yang boleh meningkat ke darjat
hadith Hassan, tetapi beliau tidak beramal dengan hadith bathil dan mungkar.
Beliau mengutamakan hadith mursal dan dhaif daripada qias. (ms 23)
ZAHIRI
Abu
Sulaiman Daud bin Ali al-Asfahani al-Zahiri.
Asas
mazhab Zahiri ialah beramal dengan zahir al-Quran dan Sunnah selama mana tidak
ada dalil yang menunjukkan bahawa yang dikehendaki daripadanya ialah bukan
makna yang zahir. Jika tidak ada nas berpindah kepada ijma’ dengan syarat
hendaklah ia merupakan ijma seluruh ulama. Mereka juga menerima ijma sahabat.
Jika tidak didapati nas atau ijma’, mereka menggunakan istishab, iaitu
al-ibanah al-asliyyah (keharusan sediakala). (ms 25)
ZAID
BIN ALI ZAINAL ABIDIN BIN AL-HUSSEIN
Imam
golongan Syiah Zaidiyah yang dianggap sebagai mazhab ke-5 selain mazhab yang
empat. (ms 26)
Imam
Zaid mengutamakan Ali bin Abi Talib daripada sahabat Rasulullah saw yang lain.
(ms 26)
ABU
JAAFAR MUHAMMAD BIN AL-HASSAN BIN AL-FARRUKH AL-SAFFAR AL-A’RAJ AL-QIMMI
Pengasas
mazhab Syiah Imamiah.
Ibn
Farrukh ialah pengasas sebenar fiqh Syiah Imamiyah di Parsi... (ms 27)
ABUL
AL-SYA’THA’ AL’TAB’I, JABIR BIN ZAID
Pengasas
mazhab Ibadiyyah. (ms 28)
Nota bacaan saya
daripada buku ‘Fiqh & Perundangan Islam’ Jilid 1 (al-Fiqh al-Islami wa
Adillatuhu al-Juz al-Awwal) oleh Dr Wahbah az-Zuhaili terjemahan Syed Ahmad
Syed Hussain terbitan DBP-KPM-KL tahun 1995 cetakan kedua. Bacaan dan nota
dibuat pada waktu senggang ketika menghadiri satu kursus berkaitan teknologi
maklumat di Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak selama 3 atau 4 hari pada
tahun lepas.
|