“Selain itu, dalil dan hujah merupakan roh kepada fiqh.”
(ms x/ii)
“Sesiapa yang menghadkan Fiqh Islam semata-mata
berdasarkan al-Quran, sebenarnya ia telah merosak atau menghancurkan Islam
daripada akar umbinya. Perbuatan itu adalah perbuatan musuh agama. Begitu juga
yang menyempitkan fiqh berasarkan sunnah sahaja, sesungguhnya ia menyempitkan
dan merosakkannya.” (ms x/iii)
Tarjih maksudnya penjelasan. Rajih maksudnya jelas.
“Harus bertaqlid kepada semua mazhab walaupun ini akan
menyebabkan berlakunya talfiq ketika darurat, keperluan, tidak mampu dan uzur.
Ini boleh dilakukan kerana menurut pendapat yang sah dalam Mazhab Maliki dan
juga pendapat sekumpulan ulama Hanafi mereka mengharuskannya. Begitu juga harus
mengambil mazhab yang mudah ataupun menggunakan rukhsah (keringanan) jika
keadaan memerlukan atau kerana sesuatu maslahat kerana agama Alllah ini adalah
mudah dan tidak susah.” (ms x/iv)
“Walaupun demikian, tidak harus mencari rukhsah dengan
tujuan yang sia-sia atau untuk memuaskan hawa nafsu sendiri seperti seseorang
itu memilih pendapat daripada mana-mana mazhab yang ringan tanpa sebarang
keperluan atau keuzuran.” (ms x/v)
“Ibnu Umar berkata: “Majlis fiqh adalah lebih baik
daripada beribadat 60 tahun.” (ms x/vii)
“Fiqh dari segi bahasa ialah faham.” (1)
“Mujtahid ialah seorang yan mempunyai bakat dan kemampuan
untuk mengeluarkan hukum daripada sumber-sumbernya.” (13)
“Kalimah mazhab dari segi bahasa ialah tempat untuk
berjalan ataupun jalan itu sendiri. “(14)
“Benih pertumbuhan mazhab telahpun bermula pada zaman
sahabat Rasulullah saw. Sebagai contoh, telah wujud apa yang dinamakan Mazhab
Aisyah, Mazhab Abdullah bin Umar, Mazhab Abdullah bin Mas’ud dan lain-lain
lagi.” (14)
Zaman tabiin:
Di Madinah ada Said al-Musayyab, Urwah bin az-Zubari,
al-Qasim bin Muhammad, Kharijah bin Zaid, Abu Bakar bin Abdul Rahman, Sulaiman
bin Yasar, Ubaidullah bin Abdullah dan Nafi, bekas hamba Abdullah bin Umar.
Di Kufah afa Alqamah bin Mas’ud dan Ibrahim an-Nakhai’e.
Di Basrah ada Hassan al-Basri.
Kurun ke-2 Hijrah:
Di Mekah ada Sufian bin Uyainah.
Di Madinah ada Malik bin Anas
Di Basrah ada Hassan al-Basri.
Di Naisabur ada Ishak bin Rahawaih.
Di Kufah ada Abu Hanifah dan Sufyan ath-Thauri.
Di Syam ada al-Auza’i
Di Mesir ada Imam Syafie dan Laith.
Di Baghdad ada Abu Thawr, Imam Ahmad, Imam aud az-Zahiri
dan Ibnu Jarir at-Tabari. (14)
PUNCA PERBEZAAN PENDAPAT DI KALANGAN FUQAHA’
“Sesungguhnya perbezaan pendapat antara mazhab dalam
Islam adalah rahmat dan memberi kemudahan kepada ummah.” (ms 49)
“... (kerana) kedudukan bahasa Arab itu sendiri yang
lafaznya adakalanya mengandungi lebih daripada satu makna.” (ms 50)
“...(kerana) periwayatan sesebuah hadith dan cara
sampainya hadith itu kepada mujtahid sama ada kuat ataupun lemah.” (ms 50)
“ ...(kerana) keadaan yang berbeza di anatara para
mujtahididn tentang lebih atau kurangnya.” (ms 50)
“Pegangan mereka kepada sumber perundangan atau untuk
menjaga maslahat, keperluan dan adat yang sentiasa“Pegangan mereka kepada
sumber perundangan atau untuk menjaga maslahat, keperluan dan adat yang
sentiasa berkembang.” (ms 50)
“...kerana adanya tingkat perbezaan fikiran dan akal
manusia dalam memahami nas, cara memetik hukum, keupayaan mengetahui
rahsia-rahsia perundangan dan ‘illah-‘illah hukum syara’.” (ms 50)
MASALAH MENYENTUH AL-QURAN
“Kesimpulannya, telah berlaku ijma’ di kalangan ulama
kecuali Daud al-Zahiri bahawa tidak
harus bagi seorang yang berhadath dengan hadath besar menyentuh mashaf.”
“Manakala orang yang berhadas kecil, tidak terdapat dalil
sama sekali yang melarangnya daripada menyentuh al-Quran, tetapi kebanyakan
ulama fuqaha mengatakan tidak harus.”
“Ibnu Abbas dan Syiah Zaidiyyah mengharuskannya menyentuh
mashaf.” (ms 278)
MASALAH WANITA BERHIAS
“Walau bagaimanapun, harus bagi kaum wanita untu mencukur
muka dan melicinkannya mengikut nas. Mereka juga harus mencantikkan rambutnya
dengan memerahkannya ataupun dengan apa-apa cara hiasan untuk suami.” (ms 291)
Nota bacaan saya
daripada buku ‘Fiqh & Perundangan Islam’ Jilid 1 (al-Fiqh al-Islami wa
Adillatuhu al-Juz al-Awwal) oleh Dr Wahbah az-Zuhaili terjemahan Syed Ahmad
Syed Hussain terbitan DBP-KPM-KL tahun 1995 cetakan kedua. Bacaan dan nota dibuat
pada waktu senggang ketika menghadiri satu kursus berkaitan teknologi maklumat
di Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak selama 3 atau 4 hari pada tahun lepas.
|