BERSAMA ALEXANDERWATHERN
 
 
•  Home  •  Downloads  •  Your Account  •  Forums  •
 
 
SENARAI MODUL
· Home
· AKAUN ANDA
· ARKIB-SIMPANAN
· CARI
· DOWNLOADS
· FORUM
· GALERI GAMBAR
· KAJI SELIDIK
· LINK BERMANFAAT
· MAKLUMBALAS
· MESEJ PERIBADI
· PESANAN RINGKAS
· PROMOSI LAMAN INI
· SEMUA KARYA ALEX
· SENARAI AHLI
· STATISTIK
· TOP 10
MAKLUMAT PENGGUNA
Welcome PENGUNJUNG


Nickname

Password

 

Membership

 · New Today

4

 · New Yesterday

6

 · Overall

738


Latest 3 Members
 01:Nov 21, 2009ASClupoblibia
 02:Nov 21, 2009ksizezzz
 03:Nov 20, 2009ViagraCialis

People Online

 Visitors (0%)

 Members (0%)

 Total online

0


Most Ever Online

 · Total

89

 · Members

1

 · Visitors

88


Total Hits
 · Daily

931

 · Average Hits

1526

 · Total Hits

1020109


Download Stats
 ·Total Files

 ·Total Categories

 ·Files Downloaded

 ·Data Sent

B


   Nuke Info
 ·Active Staff

1

 ·Active Topics

10

 ·Active Stories

467

 ·Total FAQ

 ·Total Reveiws

 ·Forum Posts

779

 ·Forum Topics

333

SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI?
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here
DEDAUNAN TAJDID SEGAR

LOKASI PENGUNJUNG
Locations of visitors to this page
Sape Nak Main Ngan Caye...?
UNDI BLOG INI
Malaysian Muslim Blogs
UNDI LAGI
Ukhwah.com :: Top Blog
Azharian's Topsite
BKPJM TOP BLOG
AL-AZHAR`s TOPSITES

Featured Links: Free PHP-Nuke Portal @ Caribbean Medical Schools
Pandangan & Nasihat Seorang Teman
Posted on Tuesday, September 09 @ 10:30:06 EDT by alexanderwathern
TAJDID SEGAR

WARKAH SAHABAT:
Sender's Name: mat thrash aka xxxxx xxxxxx
Sender's Email: xxxxxxxxxx@yyyyy.com.my


Message: a'kum wbrt .. alhamdulillah rabbil mujaahidiin b'temu lg ana dgn mereka yg b'juang dgn takdirNya ana dpt b'kunjung 1st time ke sini .. insyaAllah ana akn lwt sekerapnya lamn enta ini.



ALEXANDERWATHERN MENULIS:

Wlksm Mat Thrash aka xxxxx xxxxxx (Tuan xxxxx xxxx)

Terima kasih kerana sudi berziarah ke blog dhaif ana. Nak datang lebih kerap? Dialu-alukan. Dan jika tidak keberatan, harap tuan boleh sertakan link ke tempat yang ada tulisan-tulisan tuan supaya boleh pula ana berkunjung ke sana mencari-cari ilmu. Saling memberi dan menerima. : )

 

Awal bicara, ana tertarik dengan nama pena tuan. Macam mana boleh dapat nama tu? Apakah tuan dulu peminat/ pendengar lagu-lagu seperti yang dibawa oleh Metallica, XPDC, Pantera, Slayer, Anthrax, Motorhead, Megadeth dan seumpamanya? Ataupun saja-saja memilih nama pena sebegitu? Mana tahu kalau-kalau ada sejarahnya.

 

 

 

MAT THRASH MENULIS:

cuma ana nk mohon secara ikhlas dri anta spy menerapkn lbih byk motivasi untuk mmpunyai sikp sentiasa mhu bljr krn Allah kpd pengunjung di lmn ini..

ALEXANDERWATHERN MENULIS:

MOTIVASI

Kita sedia maklum, lain orang lain kepakarannya. Sebenarnya saya kurang ilmu juga dalam bidang motivasi ini. Namun begitu, tuan boleh melihatnya dalam tulisan-tulisan saya yang berkaitan dengan SARANAN-SARANAN dakwah Tajdid Segar di . Tuan juga boleh membacanya di laman Tajdid Segar Tajdid Sebenar pada bahagian SARANAN & INTIPATI. Apa yang saya muatkan di situ baik tulisan saya mahupun orang lain adalah apa yang saya pegang, ada banyak juga material motivasi di situ ke arah mentajdid diri, keluarga, masyarakat dan umat.


 

Selama ini pun memang saya sering menyarankan agar umat Islam mempelajari ilmu-ilmu khususnya agama secara seimbang, ambil tahu perjuangan jemaah-jemaah Islam, ambil tahu agama-agama dunia dan lain-lain. Semua ini rasa saya sedikit-sebanyak memang sudah menasihati para pengunjung agar mempunyai sikap sentiasa mahu belajar.

 

Untuk menggalakkan ahli keluarga, rakan-rakan sedakwah dan umat Islam Nusantara khususnya supaya sentiasa mahu belajar, saya mewujudkan (sebenarnya menjaringkan) JARINGAN DAKWAH TAJDID SEGAR. Dengan membiasakan diri melayari JARINGAN ini, seseorang itu tidaklah akan tertumpu secara melampau terhadap satu-satu cabang ilmu agama saja.


AL-MARBAWI Himpunan Soal-Jawab Agama

GAGASAN ULAMA ASWJ Manhaj Tulen ASWJ
IKHWAN TAJDID SEGAR 'Update' Blog-blog
MENGAPA ISLAM Perbandingan Agama
MENGENAL ISLAM Dakwah Untuk "Non-Muslim'
PENERAJU UMAT Info Jemaah-jemah Islam
PRO-TAJDID Himpunan Risalah Tajdid Sebenar
SATU UMAT Berita Umat Islam Seluruh Dunia
TAJDID SEGAR Dakwah Tajdid Sebenar

 

 

Untuk mendapatkan lebih banyak motivasi, ada baiknya kita berkunjung ke blog-blog yang menjadikan motivasi sebagai terasnya. Ada banyak blog yang bagus-bagus yang mungkin tuan sendiri lebih maklum. Mencari KEDAI MENJUAL DURIAN di Malaysia tentunya lebih mudah daripada mencarinya di Scotland walaupun di Scotland memang ada kedai yang menjual buah durian. Begitulah tamsilannya.

 

Tuan boleh juga berkunjung ke blog ‘Hembusan’ yang banyak juga menyentuh tentang motivasi.

 

 


MAT THRASH MENULIS:
apbila mrk sdh b'ada di thp sbg mereka yg sentiasa belajar mgkin mrk tdk akn mnerima dosa Allah apabila t'silap p'caturan .. bukankh janji Allah yg sesiapa tidak berhenti dlm menuntut ilmuNya itu di ampun apabila melakukan kesilapan?? ..

wallahu a'lam ana pom x reti .. tolong perbetulkan..hehe

 

ALEXANDERWATHERN MENULIS:

PELAJAR TIDAK BERDOSA

 

Setakat ini saya belum pernah bertemu dengan pengajaran yang sebegini. Boleh jadi memang ada, cuma saya belum ketemu. Wallahualam. Tapi hati saya cenderung mengatakan ia tidak selaras dengan ajaran Islam, kecualilah jika ada huraian tambahan yang tidak menjadikan pengajaran di atas sebagai muktamad.

 

Secara peribadi, jika manusia berpegang terus kepada pengajaran sebegini tanpa ada huraian lagi, maka umat manusia akan hancur kerana semua orang akan mendakwa dirinya sedang belajar dan segala tindakan mereka dikira ‘maksum’. Mereka tidak gentar lagi untuk melakkan apa-apa tindakan walaupun tindakan itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri dan orang lain. Jawatan sebagai ‘pelajar’ bukanlah tiket untuk kita berasa sentiasa berada dalam keampunan Allah.

 

Ibnu Sina seorang yang sangat GIGIH BELAJAR, tetapi Imam al-Ghazali menghukumnya sebagai kufur kerana masalah akidah dan seorang yang bermaksiat kerana dia membiasakan meminum arak (lihat al-Munqiz min adh-Dhalal). Jika benarlah ajaran yang tuan maksudkan, tentunya Imam Ghazali tidak akan menulis di dalam kitabnya sebegitu untuk menjadi tatapan umat zaman-berzaman.

 

Begitulah sefaham saya. Tak mengapalah, kita sama-sama ‘tak reti’, kongsi-kongsilah apa-apa pandangan.

 

 

 

MAT THRASH MENULIS:

permintaan ana yg lain bawalh pengunjung blog anta spy mnuju ke jihad fisabilillah krna stau ana dr pengajian yang mgkn benar atau x ... jihad adlh akhir kpd syarat dlm ikhtiar mnubuhkan daulah Islamiyah..adanya daulah adlh penyelesaian utk umat Islam secara jasmani dan rohani..

 

ALEXANDERWATHERN MENULIS:

JIHAD

Memang teringin sangat hendak membawa manusia ke arah jihad fisabilillah. Masalahnya, ana (dan keluarga) sendiri merupakan budak baru belajar dan tak terbawa diri sendiri ke dunia jihad lagi, bagaimana hendak membawa orang lain? Nak sembang lebih-lebih nanti lebih sudu daripada kuah pula.

 

Namun begitu, sudah bertahun-tahun kami dan jemaah memang berpegang dan memperjuangkan isi kalimah ‘Jihad Jalan Kami’ dan ‘Mati Syahid Adalah Cita-cita Tertinggi Kami’, tidak setakat memperjuangkan slogan sahaja.

 

DAULAH

“stau ana dr pengajian yang mgkn benar atau x ... jihad adlh akhir kpd syarat dlm ikhtiar mnubuhkan daulah Islamiyah..”

 

Ana kurang jelas maksud ayat ini: “jihad adlh akhir kpd syarat dlm ikhtiar”, jadi ana belum mampu beri pandangan buat masa ini.

 

DAULAH SEBAGAI PENYELESAI

“adanya daulah adlh penyelesaian utk umat Islam secara jasmani dan rohani..”

 

Sebelum saya mengulas kalimah di atas, saya maklumkan terlebih dahulu salah satu saranan dakwah Tajdid Segar. Dalam dakwah Tajdid Segar, kami memperjuangkan DAULAH (SEPERTI DAULAH) KHULAFA AR-RASYIDIN, tidak sekadar DAULAH SAHAJA.

 

Daripada makluman di atas, tentunya tuan akan terus faham bahawa pada kami, daulah (sahaja) bukanlah penyelesaian, tidak cukup untuk menjadi penyelesai sebagimana fahaman dan perjaungan sesetengah pihak. Hal ini boleh kita lihat di sepanjang sejarah Islam, berapa banyak zaman yang umat dan agama Islam menjadi lemah walaupun ketika itu daulah Islam ada.

 

Sebab itu jugalah kami ada sedikit ketidaksetujuan dengan rakan-rakan dari Hizbut Tahrir dalam soal daulah ini kerana kami perjuangkan DAULAH (seperti daulah) Khulafa ar-Rasyidin sementara rakan-rakan kami itu perjuangkan DAULAH sahaja.

 

Contoh:

Sebuah kampung belum ada ketua kampung. Timbul masalah apabila orang kampung mahu berhubungan dengan pihak pemerintah, penyelesaian masalah dan sebagainya. Dalam hal ini, penduduk kampung terbahagi kepada tiga kelompok utama:

 

1.    Sebahagian penduduk tidak kisah sama ada mereka ada ketua kampong ataupun tidak. Mereka beranggapan kewujudan Ketua Kampung tidaklah penting sangat. Ada juga yang tidak tahu ataupun tidak ambil tahu langsung tentang jawatan Ketua Kampung.

 

2.    Sebahagian lagi memperjuangkan jawatan Ketua Kampung bersungguh-sungguh. Pada mereka, asal wujud saja jawatan Ketua Kampung, maka akan selesailah pelbagai permasalahan. Mereka pun memperjuangkannya tetapi tidak memperjuangkan beberapa perkara lain yang sebenarnya sangat berkait-rapat dengan pemerintahan seorang Ketua Kampung.

 

3.    Sebahagiannya lagi  memperjuangkan juga kewujudan Ketua Kampung tetapi dengan matlamat yang lebih khusus, iaitu Ketua Kampung sebagaimana Rasulullah ketika memerintah Madinah, sebagaimana Saidina Abu Bakar, sebagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz, sebagaimana Salahuddin al-Ayyubi, sebagimana Sultan Muhammad al-Fateh, sebagaimana Raden Patah dan sebagaimana Sultan Alauddin Riayat Shah (sekadar menyebut beberapa nama) . Pada kelompok ini, kewujudan jawatan Ketua Kampung belum lagi menjadi penyelesai kepada pelbagai permasalahan. Sebab itu dalam memperjuangkan kewujudan seorang Ketua Kampung, mereka juga punya beberapa perkara penting lagi yang diperjuangkan yang berkait-rapat dengan kewujudan jawatan Ketua Kampung itu.

 

Dalam situasi-situasi tertentu pula, tanpa daulah pun sudah banyak perkara yang boleh diselesaikan berbanding ketika adanya daulah. Dan banyak pula tuntutan-tuntutan yang mesti dibuat sebelum mendapat daulah tetapi tidak dibuat, tetap hendak tunggu daulah dulu baru hendak buat. Hal inilah antara masalah yang mendapat perhatian dalam dakwah Tajdid Segar.

(Saya tidak memanjangkan hal ini di sini kerana penerangan tentangnya memang panjang)

 

 

 

MAT THRASH MENULIS:

dan nasihat ana secara peribadi ...
utamakan penyatuan berbanding bermain dengan cara pulang paku buah keras yg mungkin menjauhkan jarak..

anta seorang pnulis yg b'bakat dan kritis mungkin anta rasa pulang paku buah keras satu keperluan tpi mgkin msih ada cara lbih b'hikmah dlm mentimurkan jawapan ketika diutarakan masalah..sbg contoh dlm masalah wahabi, ana rasa ant x perlu sebut nama aliran .. terus je pd kesilapan yg ada.kerna setiap aliran itu adanya pengamal atau pengikut yang melakukan kesilapan .yg sentiasa tetap tanpa kesilapan hanya Dia.

 

ALEXANDERWATHERN MENULIS:

SETIAP ALIRAN ADA PENGIKUT YANG MELAKUKAN KESILAPAN

Memang benar perkataan ini. Tapi kita kena faham terlebih dahulu hakikatnya. Saya rasa tuan ada terlepas sesuatu, yang menyebabkan tuan memandang cara saya tidak benar apabila saya menyebut nama aliran Wahabi. Saya beri contoh begini:

 

Situasi 1- Aliran A umumnya aliran yang BENAR dan MEMBAWA KEBAIKAN. Ada seorang pendokong aliran A yang berbuat kesilapan. Dalam situasi ini, apabila kita hendak menegur atau membetulkan kesalahan si pendokong, maka alirannya tidak boleh disentuh kerana bukan alirannya yang mendorong dia kea rah itu sama ada secara langsung ataupun tidak.

 

Situasi 2- Aliran B umumnya aliran yang BANYAK TIDAK BENARNYA dan banyak MEMBAWA KEROSAKAN. Ada seorang pendokong aliran B yang berbuat kesilapan. Dalam situasi ini pula, kita kena lihat terlebih dahulu sama ada kesilapan si pendokong adalah kesilapan peribadi yang tidak ada menyangkut dengan fahaman aliran B, ataupun kesilapan itu BERPUNCA DARIPADA PEGANGANNYA KEPADA FAHAMAN ALIRAN B.

Jika kesilapan itu berpunca darpada pegangannya ke atas fahaman aliran B, maka aliran B mestilah dikaitkan. Hal ini kerana aliran itulah yang membentuk mindanya secara langsung ataupun tidak hinggakan dia melakukan kesilapan itu.

 

Contoh situasi 1- Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah ternyata benar. Ada seorang sahabat yang tidak tahan menanggung luka lalu membunuh diri sendiri. Kesilapan sahabat ini tidak boleh dikaitkan dengan ajaran Rasulullah.

 

Contoh situasi 2- Fahaman Zionis ternyata tidak benar. Ada seorang pendokong Zionis yang terjumpa seorang Muslim terjatuh ke dalam lubang. Ketika si Muslim meminta pertolongan, si Zionis memijak kepalanya lalu menutup lubang tersebut. Kemudian dipenuhkannya lubang itu dengan air. Seterusnya dialirkannya pula arus elektrik ke dalam lubang itu. Si Muslim mati akibat lemas dan terkena renjatan elektrik.

 

Dalam situasi ini, kesalahan si Zonis mesti dikaitkan dengan fahaman yang didokongnya kerana fahaman itulah yang membentuk dirinya menjadi sebegitu. Dalam kitab Talmud, memang ada ajaran agar menutup lubang yang ada orang selain Yahudi terjatuh ke dalamnya.

 

Semoga tuan dapat memahami contoh-contoh di atas dan mengaitkannya dengan tulisan-tulisan saya.

 

Baiklah. Itu hakikat yang pertama. Kita beralih ke hakikat kedua pula.

 

Golongan yang saya kaitkan itu memang jenis yang tidak boleh didekatkan jarak, malah mereka sentiasa mencipta jarak sejak mula wujud fahaman itu di muka bumi ini. Satu-satunya cara pendekatan jarak yang mereka terima ialah lawan-lawan mereka mestilah menggabungkan diri ke dalam fahaman mereka. Itu saja ruang yang mereka beri. Penyatuan pada pandangan mereka tidak lain adalah dengan bersatu ke dalam fahaman mereka.

 

Jadi, samaada saya menggunakan bahasa lembut ataupun kasar, mengutarakan pandangan ataupun mentimurkannya, pulang paku buah keras ataupun buah lembut... TIDAK BANYAK bezanya dari segi ‘untuk mendekatkan jarak’.

 

Dari segi PENYATUAN, kami dalam dakwah Tajdid Segar mengusahakan penyatuan gerak kerja dalam hal-hal yang disepakati antara jemaah-jemaah Islam agar kita semua boleh BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT.

 

 

 

MAT THRASH MENULIS:

moga Allah Taala m'ampun & m'beri ptunjuk kpd kt semua.

ana x berani nk mengatakan nasihat ini benar atau x dari segi hukum, tlg anta perbetulkan atau tolong rujuk pd mana² guru yg mursyid kmudian maklumkan sama pada ana .. bukan ana nak mengajar sbb ana x alim dlm bab uslu dakwah ..boleh ana tumpang belajar sama. ana cuma sekadar nak berkongsi .. take n give..

slalu org suka b'amal dengan ilmu .. ana pula hanya manusia yang mampu belajar b'amal dengan sedikit ilmu yang dipelajari.. tidak semua niat, kalam & perbuatan yg ana amalkan hari ini ana tau ttg keshahihannya w/pun mmg dipilih oleh Allah utk lahir dlm suasana ilmu jadi sayugianya lah ana mengurangkan bicara dlm masalah hukum hakam ..

akhirkata..ana mohon maaf kerana ana hanyalah mahu berkongsi pendapat supaya adanya teguran bila t'silap memberi pendapat ..

wallahu-a'lam

moga Allah mengampuni dosa kita dan umat Islam seluruhnya..
moga Allah menambah² ilmu yang bermanfaat kepada kita semua..
moga Allah menetapkan kaki² kita dlm perjuangan di atas jalanNya..

 

ALEXANDERWATHERN MENULIS:

Terima kasih banyak kepada tuan atas pandangan-pandangan, perkongsian pendapat dan segala nasihat. Itulah gunanya teman. Akhirnya saya juga memohon maaf jika ada apa-apa yang tidak kena.

Wallahualam.

 
Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Related Links
· TAJDID SEGAR
· More about TAJDID SEGAR
· News by alexanderwathern


Most read story about TAJDID SEGAR:
KENALI SALAFI WAHABI YANG DITOLAK ITU

Article Rating
Average Score: 4
Votes: 1


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Printer Friendly

"LOGIN-AHLI MASUK DI SINI" | Login/Create an Account | 0 comments
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register
 
 
iLuvislam.com Top Blog





ISMA IKHWAN ABIM JIM PESANTREN VIRTUAL PAS HIZBUT-TAHRIR HALUAN RUFAQA NAHDATUL ULAMA MUHAMMADIYAH

PERINGATAN: Laman ini khususnya sebagai rujukan kepada ahli keluarga, anak-anak murid dan rakan-rakan

PONDOK TAMPIN   BAHAN TARBIYYAH   ALJOOFRE   HEMBUSAN   SERBAN PUTIH   EPILOG SISWA   ADNAN FADZIL   WANGIAN CEMPAKA    ALEXANDARICAIRO   TR_CHAMP   ONE-G   AL-HIKMAH   ALBAZRAH    STRAWBERRY & DANDELION   PRO-TAJDID SEGAR   SHARPEST SWORD  AL-FANSURI   NAQS HAQQANI   BAHRUS SHOFA   PAHLAWAN SRIKANDI   ZAHRAANNUR   JIHAD WAHABI   AZ ABRAR   AL QASAM   ABU HANAAN    BUDAKMENULIS   PcMUJAHID   ANJUNG LARIK   ORDINARY PAPA   IBNU MAJID   ULAMA UMMAH   SINAR KEIMANAN   AIMINABIHAH   DAULAH ISLAMIAH   NURHAWARIYYUN   DISERTASI   PASIR MAS   SUNGAI UDANG   IBNU QALIL   SAUJANA HIKMAH   IBNU RUHUDDIN   TINTA PERMATA   IBNU ZACK   AZHAR JAAFAR   WARDATUSSAHRA   FAUZI ASMUNI   MASIDAS   ROBITAH SOFIYAH   WAJA TERENGGANU   ORANG JELAI   SATU UMAT   MENGENAL ISLAM    MENGAPA ISLAM   GHURABAA786   AERSTU   FATHER OF HANAAN   MEDIA MUSLIM   TAJDID SEGAR   AL MARBAWI   GAGASAN ASWJ   DEBUNGA SYURGA   DE HAMBRA HEIGHTEN   UKHTI 27   SALADIN CONVOY   MEDIA MUSLIM   USTAZ ROSLI DHOBY   JARUM EMAS   KHAZANAH DINIYYAH   EFFRY SAIFUL    GREEN CASTLE   IBNU QALIL   SOBAHICAIRO   FASI TERENGGANU   USTAZ SOFAN HALIM   PERINTIS UMMAH   IMAM AZHARI   ASYZ SUFI   ROUDHOTUZ ZAHRA   ILMUWAN   HAHNIF   AYASHIOKI   FIRUS FANSURI
SCENE-R   PERINTIS UMMAH   DZULHAQQ   HIZ-TOUGH   HAZMI DIBOK   NURUL AIMAN   JANNATUL-NAIM   SERULING SENJA   NABIHA AL KHALIDIY   RISALAH KERINDUAN

PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 1.22 Seconds
 
 
:: fiblack3d phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::