Pada 24
Ogos lalu, Zul didakwa menerima rasuah berbentuk habuan seks setelah mengadakan
pertemuan dengan pegawai JAIP di sini.
Ditanya
sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata: ‘‘Tidak mengaku tidak
boleh, dia (BPR) ada gambar.”
Bagaimanapun,
katanya, dakwaan BPR bahawa dia dan rakannya meminta perempuan China daripada
Mohamad Imran adalah tidak benar.
‘‘Kita tak
minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi
sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujar Zul.
UM 2008-09-29
Setakat tulisan ini dibuat, saya belum tahu benarkah
Zul berkata begitu ataupun ia sekadar ketidaktepatan media melapor. Jadi
tulisan ini tidaklah ditujukan kepada Zul, tetapi kepada mana-mana manusia yang
menjawab begitu.
Tak perlu dihuraikan pun kita sudah boleh faham betapa
terpesongnya pemahaman mereka yang menjawab ataupun akan menjawab sebegitu. Zina
sudah satu hal, rasuah satu hal lagi. Mempertahankan perlakuan itu dan
menyamakannya dengan SEDEKAH, satu lagi hal.
Ya Allah...
|