BERSAMA ALEXANDERWATHERN
 
 
•  Home  •  Downloads  •  Your Account  •  Forums  •
 
 
SENARAI MODUL
· Home
· AKAUN ANDA
· ARKIB-SIMPANAN
· CARI
· DOWNLOADS
· FORUM
· GALERI GAMBAR
· KAJI SELIDIK
· LINK BERMANFAAT
· MAKLUMBALAS
· MESEJ PERIBADI
· PESANAN RINGKAS
· PROMOSI LAMAN INI
· SEMUA KARYA ALEX
· SENARAI AHLI
· STATISTIK
· TOP 10
MAKLUMAT PENGGUNA
Welcome PENGUNJUNG


Nickname

Password

 

Membership

 · New Today

4

 · New Yesterday

6

 · Overall

738


Latest 3 Members
 01:Nov 21, 2009ASClupoblibia
 02:Nov 21, 2009ksizezzz
 03:Nov 20, 2009ViagraCialis

People Online

 Visitors (0%)

 Members (0%)

 Total online

0


Most Ever Online

 · Total

89

 · Members

1

 · Visitors

88


Total Hits
 · Daily

804

 · Average Hits

1526

 · Total Hits

1019982


Download Stats
 ·Total Files

 ·Total Categories

 ·Files Downloaded

 ·Data Sent

B


   Nuke Info
 ·Active Staff

1

 ·Active Topics

10

 ·Active Stories

467

 ·Total FAQ

 ·Total Reveiws

 ·Forum Posts

779

 ·Forum Topics

333

SIAPA SEDANG BERSAMA ANDA DI SINI?
There are currently, guest(s) and member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here
DEDAUNAN TAJDID SEGAR

LOKASI PENGUNJUNG
Locations of visitors to this page
Sape Nak Main Ngan Caye...?
UNDI BLOG INI
Malaysian Muslim Blogs
UNDI LAGI
Ukhwah.com :: Top Blog
Azharian's Topsite
BKPJM TOP BLOG
AL-AZHAR`s TOPSITES

Featured Links: eTripTips - Your Travel Source @ Free PHP-Nuke Portal
Khutbah Raya ala Tajdid Segar (1/2)
Posted on Saturday, October 04 @ 01:58:41 EDT by alexanderwathern
TAJDID SEGAR

Saya dipilih untuk menjadi imam dan membacakan khutbah pada 1 Syawal yang lalu. Oleh kerana Rasulullah berkhutbah seakan-akan sedang memberikan taklimat hendak pergi berperang, maka seperti itulah saya melaksanakannya. Bergegarlah khutbah Aidil Fitri tahun ini, barulah bersemangat para pendengar. : )

 

Di sini saya kongsikan apa yang telah disampaikan. Kalimah-kalimah bahasa Arab termasuklah ayat-ayat al-Quran tidak disertakan, hanya tulisan berhuruf jawi yang saya rumikan. Beberapa saranan Tajdid Segar ada disertakan.



KHUTBAH PERTAMA

 

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

 

Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa iaitu dengan berusaha untuk mengerjakan segala perintah-Nya dan berusaha untuk meninggalkan segala larangan-Nya, semoga kita mendapat hidayah dan inayahnya di sepanjang usaha kita ini. Mudah-mudahan berkat petunjuk daripada-Nya akan memudahkan kita untuk melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang. PETUNJUK yang dimaksudkan di sini adalah al-Quran dan as-Sunnah yang akan menjadi penyuluh jalan yang dilalui oleh umat Islam sebelum meninggalkan dunia ini. Dengan al-Quran dan as-Sunnah membolehkan seseorang muslim membezakan yang hak dengan yang bathil, yang benar dengan yang salah, yang halal dengan yang haram dan antara kesesatan dan petunjuk.

 

Hamba-hamba Allah yang dimuliakan,

 

Sambutan 1 Syawal adalah sambutan kemenangan dan hari seluruh umat Islam menyatakan kejayaan menundukkan hawa nafsu dengan mempamerkan laungan takbir dan tahmid bertali arus setelah melepasi satu ujian yang getir selama sebulan menempuh perjuangan.

 

Ini bukan sekadar kejayaan mengalahkan hawa nafsu tetapi juga kejayaan membina personaliti ampuh lagi tegar yang menyuntik kesabaran dan ketaatan sejati kepada Allah Taala. Hari ini adalah kesyukuran kita di atas anugerah Allah setelah kita berjaya melaksanakan perintah-Nya dan menundukkan kehendak syaitan dan kuncu-kuncunya. Setiap kali kujungan 1 Syawal semua umat Islam akan KEMBALI KEPADA FITRAH ASALNYA seolah-olah diri dan jiwa mereka baru dilahirkan bagai sehelai kain putih bersih tanpa pencemaran dosa dan maksiat hasil daripada amalan dan ibadah yang silih berganti siang dan malam pada bulan Ramadhan yang lalu.

 

Gunakanlah hasil yang dipetik daripada tarbiah madrasah Ramadhan sebagai bekal untuk menghaapi kehidupan di bulan-bulan seterusnya dan mempertingkatkan lagi jihad dan mujahadah menuju redha Allah SWT. Pada saat kemenangan kita pada hari ini marilah kita merenung ayat Allah Taalah di dalam surah al-Maaidah ayat 54-56:

 

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah daripada agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia. Mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir. Mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela. Yang demikian itu aalah limpah kurnia Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya kerana Allah maha luas limpah kurnia-Nya, lagi meliputi pengetahuan-Nya.”

 

“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).”

 

“Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, golongan itulah yang akan tetap akan sentiasa menang.”

 

 

Sidang jemaah yang dirahmati Allah,

 

Allah Taala menyebut secara terperinci sifat-sifat GOLONGAN ISLAM YANG WAJIB DIIKUTI OLEH KITA orang-orang Islam. Marilah kita merenung ayat tersebut dan MEMBANDINGKANNYA DNEGAN GOLONGAN-GOLONGAN YANG ADA di atas muka bumi pada hari ini, supaya kita dapat mengenal muka-muka yang menjadi golongan yang mentaati perintah Allah dan muka-muka yang tergolong daripada golongan yang membenci Allah, dan mereka itu sudah pasti dimurkai oleh Allah.

 

 

SIFAT PERTAMA golongan yang mesti kita ikuti:

 

Iaitu Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah.

 

Siapakah yang benar-benar dikasihi oleh Allah dan mereka pula kasih kepada Allah? Hanyalah mereka yang patuh kepada ajaran Rasulullah yang layak mendapat kasih saying Allah seperti firman Allah di dalam surah Ali ‘Imran ayat 31:

 

“Katakanlah wahai Muhammad: Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu, dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

 

Untuk mengikut Nabi Muhammad SAW yang menjadi contoh ikutan umat Islam itu, ia mestilah bermula daripada mengucap dua kalimah syahadah sehinggalah kepada MENDIRIKAN NEGARA ISLAM YANG MENDAULATKAN SYARIAT ISLAM. Para sahabat yang menjai pengikut Rasulullah bukan sahaja pandai mengucap dua kalimah syahadah dan menunaikan sembahyang, puasa, zakat dan haji tetapi mereka juga turut berhijrah dari Mekah ke Madinah untuk menyokong perjuangan Rasulullah mendirikan daulah Islamiah.

 

Tidak ada tempat bagi orang-orang yang mengaku Islam tetapi bertindak mengetepikan Islam dalam kehidupan seharian mereka, maka jadilah Islam sekadar tempelan yang akan melemahkan umat Islam sendiri. Golongan ini pada hari kiamat dihalau oleh malaikat daripada mendatangi kolam al-Kauthar, yakni kolam Nabi Muhammad SAW, yang sekiranya sesiapa dapat meminum daripadanya tidak akan dahaga buat selama-lamanya.

 

Apabila Rasulullah SAW melihat mereka dihalau, baginda berkata: “Umatku! Umatku! Mengapa mereka dihalau? Malaikat berkata: “Wahai Muhammad. Engkau tidak tahu, sesungguhnya mereka itu menyeleweng aripada ajaranmu selepas kewafatanmu.”

 

 

SIFAT KEDUA golongan yang mesti kita ikuti:

 

Mereka berlemah-lembut sesama orang-orang beriman dan bersifat tegas terhadap orang-orang kafir.

 

Maka bukanlah daripada golongan Islam mereka yang hanya bersifat keras dan berani menghadapi golongan Islam tetapi pengecut dan dayus ketika berhadapan dengan golongan bukan Islam.

 

(* Ada satu golongan dari Timur Madinah yang memberontak kepada khalifah Uthmaniyyah ataupun menyerang satu wilayah daulah Islam ketika itu iaitu wilayah Hijaz,  begitu ganas menyerang dan membunuh ulama dan umat Islam di dua kota suci termasuklah keturunan Nabi Muhammad SAW, tetapi tidak pernah menunjukkan kegarangan mereka kepada musuh-musuh Islam seperti Amerika dan Zionis. Malah membenarkan pula tentera pengganas Amerika berpusat di negara mereka untuk menyerang negara Islam lain)

 

Muslimin dan muslimat sekelian,

 

Hubungan persaudaraan kita sesama umat yang mengucap dua kalimah syahadah mestilah dipelihara dan disuburkan. Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Hujuraat ayat 10:

 

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

 

 

SIFAT KETIGA golongan yang mesti kita ikuti:

 

Mereka berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela.

 

Berjihad maksudnya bersungguh-sungguh memperjuangkan dan mempertahankan agama Allah dengan mengorbankan apa sahaja nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya. Jihad bukan satu jalan yang senang, tetapi dipenuhi oleh ranjau dan duri, tidak dihampari engan permaidani merah. Bukan orang yang berjihad pada jalan Allah seiranya memilih jalan yang senang, jalan yang dipuji oleh musuh-musuh Islam.

 

Suah menjadi tabiat bahawa para pejuang akan mendapat celaan di mana-mana sahaja. Biar apa dikatakan orang, perjuangan wajib diteruskan. Ya, inilah jalan yang dilalui oleh Rasulullah SAW. Rasulullah sendiri dihina, dituduh tukang sihir, dituuh pemecah-belah masyarakat dan sebagainya.

 

 

SIFAT KEEMPAT golongan yang mesti kita ikuti:

 

Golongan tersebut menjadikan pemimpin mereka ialah Allah dan Rasul-Nya, DAN orang-orang yang beriman yang taat kepada Allah dan Rasul sepenuhnya.

 

Taat kepada Allah dan Rasul-Nya adalah mutlak, tidak boleh berbelah bagi. Sementara  taat kepada pemimpin pula dengan syarat pemimpin itu taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

 

Pada hari ini, kita melihat ada dalam kalangan umat Islam yang PATUH KEPADA PEMIMPIN SECARA MELULU, tanpa mengira sama ada mereka yang menjadi pemimpin itu patuh atau tidak kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka patuh kepada pemimpin yang tidak bersembahyang, tidak mengeluarkan zakat, tidak mengerjakan haji, berada di dalam majlis-majlis hiburan dan maksiat, malah melakukan maksiat. Maka berlakulah ketaatan dalam perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam.

 

 

Muslimin dan muslimat yang berbahagia,

 

Marilah kita merenung kembali siapakah golongan yang mempunyai sifat-sifat yang tersebut itu supaya kita benar-benar berada dalam golongan yang betul-betul mahu memperjuangkan Islam dan mempertahankannya, kerana Rasulullah bersabda di dalam sebuah hadis yang panjang daripada Huzaifah ibnu Yaman yang antara petikannya:

 

“ Hendaklah kamu bersama kumpulan orang-orang Islam dan pemimpin mereka.”

(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

 

Dalam sebuah hadis lain riwayat Imam Muslim pula, yang maksudnya:

 

“Akan tetap ada satu golongan daripada umatku yang tetap berada atas kebenaran. Mereka tidak akan berjaya dihalang oleh sesiapa yang menentang sehingga datang keputusan daripada Allah.”


bersambung ke khutbah kedua...

 
Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Related Links
· TAJDID SEGAR
· More about TAJDID SEGAR
· News by alexanderwathern


Most read story about TAJDID SEGAR:
KENALI SALAFI WAHABI YANG DITOLAK ITU

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Printer Friendly

"LOGIN-AHLI MASUK DI SINI" | Login/Create an Account | 0 comments
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register
 
 
iLuvislam.com Top Blog





ISMA IKHWAN ABIM JIM PESANTREN VIRTUAL PAS HIZBUT-TAHRIR HALUAN RUFAQA NAHDATUL ULAMA MUHAMMADIYAH

PERINGATAN: Laman ini khususnya sebagai rujukan kepada ahli keluarga, anak-anak murid dan rakan-rakan

PONDOK TAMPIN   BAHAN TARBIYYAH   ALJOOFRE   HEMBUSAN   SERBAN PUTIH   EPILOG SISWA   ADNAN FADZIL   WANGIAN CEMPAKA    ALEXANDARICAIRO   TR_CHAMP   ONE-G   AL-HIKMAH   ALBAZRAH    STRAWBERRY & DANDELION   PRO-TAJDID SEGAR   SHARPEST SWORD  AL-FANSURI   NAQS HAQQANI   BAHRUS SHOFA   PAHLAWAN SRIKANDI   ZAHRAANNUR   JIHAD WAHABI   AZ ABRAR   AL QASAM   ABU HANAAN    BUDAKMENULIS   PcMUJAHID   ANJUNG LARIK   ORDINARY PAPA   IBNU MAJID   ULAMA UMMAH   SINAR KEIMANAN   AIMINABIHAH   DAULAH ISLAMIAH   NURHAWARIYYUN   DISERTASI   PASIR MAS   SUNGAI UDANG   IBNU QALIL   SAUJANA HIKMAH   IBNU RUHUDDIN   TINTA PERMATA   IBNU ZACK   AZHAR JAAFAR   WARDATUSSAHRA   FAUZI ASMUNI   MASIDAS   ROBITAH SOFIYAH   WAJA TERENGGANU   ORANG JELAI   SATU UMAT   MENGENAL ISLAM    MENGAPA ISLAM   GHURABAA786   AERSTU   FATHER OF HANAAN   MEDIA MUSLIM   TAJDID SEGAR   AL MARBAWI   GAGASAN ASWJ   DEBUNGA SYURGA   DE HAMBRA HEIGHTEN   UKHTI 27   SALADIN CONVOY   MEDIA MUSLIM   USTAZ ROSLI DHOBY   JARUM EMAS   KHAZANAH DINIYYAH   EFFRY SAIFUL    GREEN CASTLE   IBNU QALIL   SOBAHICAIRO   FASI TERENGGANU   USTAZ SOFAN HALIM   PERINTIS UMMAH   IMAM AZHARI   ASYZ SUFI   ROUDHOTUZ ZAHRA   ILMUWAN   HAHNIF   AYASHIOKI   FIRUS FANSURI
SCENE-R   PERINTIS UMMAH   DZULHAQQ   HIZ-TOUGH   HAZMI DIBOK   NURUL AIMAN   JANNATUL-NAIM   SERULING SENJA   NABIHA AL KHALIDIY   RISALAH KERINDUAN

PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.67 Seconds
 
 
:: fiblack3d phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::