KHUTBAH KEDUA
Alhamdulillah,
puji dan syukur kehadrat Allah SWT yang telah menganugerahkan kepada kita
nikmat kebahagiaan dan kegembiraan pada pagi hari raya yang penuh dengan
keberkatan ini.
Kegembiraan
yang pertama ialah gembira kerana pada hari ini kita telah menyelesaikan suatu
tugas yang diamanahkan kepada kita untuk melaksanakannya dengan sempurna iaitu
ibadah puasa pada bulan Ramadhan dan seterusnya dapat meningkatkan amal ibadah
dan taqwa kepada Allah SWT.
Kegembiraan
yang kedua ialah gembira kerana kita mendapat jaminan pengampunan daripada
Allah SWT kerana telah berjaya melaksanakan puasa paa bulan Ramadhan.
Muslimin
dan muslimat rahimakumullah,
Untuk
memahami ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW, hendaklah kita belajar
dan mengkaji secara bersungguh-sungguh, melalui saluran yang amanah, terdiri
daripada ulama yang benar-benar beramal dengan ajaran Islam. Kita perlu
berhati-hati terutama pada zaman ini yang dipenuhi oleh ramai ahli ilmu Islam
tetapi tidak beriman dengan ajaran Islam.
Mereka
seperti kaum orientalis Barat yang belajar Islam sehingga ada yang menghafaz
al-Quran dan menguasai bahasa Arab dengan tujuan untuk mencari seiranya ada
ruang-ruang untuk menghentam dan memburukkan Islam bagi menimbulkan keraguan
orang-orang Islam terhadap agama mereka.
Begitu
juga dengan virus-virus daripada alaman agama Islam sendiri seperti fahaman Syiah,
Ahmadiah Qadiani, Salafi Wahabi, Sekular dan Liberal, ajaran-ajaran sesat dan
lain-lain lagi (Virus 6 Beradik).
Ulama
jahat yang terdiri daripada kalangan orang-orang Islam sendiri yang dinamakan
oleh Imam al-Ghazali dengan panggilan ulama’ suuk atau ulama dunia. Mereka mencari kepentingan dunia dengan
membelakangkan akhirat dan menyembunyikan hukum Allah.
Mereka
diam seribu bahasa terhadap kemungkaran dan maksiat yang berlaku di hadapan
mata mereka. Mereka bolehlah disifatkan sebagai syaitan bisu. Hendaklah kita
berhati-hati dan berwaspada terutamanya pada zaman ini yang penuh dengan fitnah
dan bencana, ada manusia yang menjual agama dengan harga yang sangat murah.
Sidang
jemaah yang berbahagia,
Menjadi
kewajipan ke atas setiap muslim, menyambut kedatangan tetamu dengan perasaan
gembira serta wajah yang manis berseri sambil bertanya khabar berita dan
menyajikan hidangan yang termampu oleh kita. Dan apabila tetamu hendak pulang,
eloklah mereka dihantar hingga ke pintu rumah serta mengiringinya dengan doa.
Kaum
muslimin yang dihormati,
Jika
menyambut tetamu ada dengan adab-aabnya, maka sebagai pengunjung pula ada juga
adab-adabnya. Antaranya member salam terlebih dahulu dan bersalaman dengan
orang yang dibolehkan oleh syarak sahaja kerana adalah haram bersalaman dengan
yang bukan mahram termasuklah sepupu dan ipar duai. Waktu berziarah pula
biarlah sesuai dan jangan duduk terlalu lama. Pandangan juga hendaklah dijaga
serta menggembirakan tuan rumah dengan kata-kata yang manis dan baik.
Saudara-saudara
yang berbahagia,
Di
samping kesibukan dan keseronokan berziarah dan meraikan hari raya yang
berbhagia ini, kita juga perlu ingat jangan sampai lalai sehingga kita
meninggalkan kewajipan kita sebagai umat Islam dan melakukan perkara yang boleh
mencemarkan kemuliaan hari raya ini seperti meninggalkan sembahyang fardhu lima
waktu, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, mengumpat, hasut-menghasut,
memakai pakaian yang mendedahkan aurat, pakaian yang ketat dan sendat,
bertabarruj iaitu bersolek-solekan, menghidangkan hidangan yang haram dan
bermacam-macam lagi kemungkaran. Demikianlah sebahagian daripada perkara-perkara
yang perlu kita hindari. Semoga hari raya yang kita rayakan benar-benar akan
membawa berkat dan kesejahteraan kepada semua.
Para
jemaah yang dirahmati Allah,
Bersempena
hari raya Aidil Fitri yang mulia ini, marilah kita saling bermaaf-maafan,
kunjung-mengunjungi bagi mengeratkan lagi tali persaudaraan. Buang yang keruh,
ambil yang jernih, lupakanlah sebarang persengketaan.Ingatlah bahawa ikatan
persaudaraan yang dijalin berlandaskan agama Islam akan melahirkan perpaduan
yang kukuh dan akan melahirkan keluarga dan masyarakat bahagia, penyayang dan
harmoni dan seterusnya akan mewujudkan umat yang kuat dan negara yang aman
makmur, penuh dengan rahmat dan pengampunan serta lindungan Allah SWT.
Firman
Allah SWT dalam surah Saba’ ayat 15 yang berbunyi:
“Makanlah dari
rezei pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadanya. Negeri kamu ini adalah
negeri yang baik dan Tuahn kamu adalah Tuhan yang Maha Pengampun.”
Ya
Allah, turunkanlah rahmat, sakinah, keselmatan dan keafiatan kepada kami semua
khususnya sultan kami Paduka Seri Sultan.......
Ya
Allah, berikanlah ketenangan, keamanan dan kebaikan kepada negeri kami, negara
Malaysia dan negara-negara umat Islam khususnya mereka yang tertindas di
Selatan Filipina, Selatan Thailand, Xinjiang di China, Burma, Afghanistan,
Iraq, Chechnya dan lain-lain (terlupa sebut Palestin, itu lagi penting).
|