Assalamualaikum.
Adakah Perdana Menteri dikira sebagai ulil amri yang wajib di taati sebagai
mana disebut;
"dan taatilah Allah, Taatilal Rasul dan Pemimpin di antara kamu"
Sekiranya Ya, apakah hukum menentang Perdana Menteri?
Sekiranya Tidak, Apakah Hujjah yang membenarkannya?
PANDANGAN:
PM
wajib ditaati selagi dia taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Sekiranya dia BANYAK
melakukan kesalahan, tidak wajib ditaati lagi. Banyak ataupun sikit 'TAAT' itu
bergantung kepada banyak ataupun sikit 'KESALAHAN'nya.
Pada ayat al-Quran itu, perkataan 'TAATILAH' diletakkan pada dua tempat iaitu
untuk Allah dan Rasul tetapi tidak diletakkan pada perkataan 'pemimpin'. Hal
ini maksudnya, taat kepada Allah dan Rasul adalah wajib tanpa soal...mutlak,
sedangkan taat kepada pemimpin boleh dipersoalkan bergantung sebanyak mana
'TAAT'nya pemimpin itu kepada Allah dan Rasul.
Hukum menentang PM bergantung kepada keadaan. Ada keadaan yang mengharamkan
penentangan, ada yan mengharuskan, situasi yang mewajibkan penentangan dan
sebagainya.
Selain itu, saya juga kurang jelas apa maksud 'MENENTANG' itu? Apakah
penentangan bersenjata, secara politik, secara ketidakakuran perintah ataupun
bagaimana?
Antara hujah yang membenarkan penentangan kepada PM:
1. Gerakan Abbasiah menentang Bani Umaiyah
2. Abdullah bin Zubair menentang khalifah
3. Sistem yang diakui oleh PM-PM negara dunia hari ini sendiri iaitu
pilihanraya, yang menunjukkan PM bersedia untuk ditentang. Jika tidak, mereka
tidak akan buat pilihanraya. Pastinya dalam pilihanraya akan ada penentangan
4. Muawiyah menentang Saidina Ali
5 Taliban dan mujahidin menentang Hamid Karzai
6. Said bin Jubair menentang khalifah dan wakilnya Hajjaj
WA.
|