Banyak
juga orang yang suka mengarang pantun tetapi kurang tahu tips untuk
mencantikkan pantun mereka. Di sini saya ingin berkongsi beberapa perkara untuk
sama-sama kita mendapat manfaat. Sebagai makluman, sebenarnya saya sendiri
memang ada mengabaikan perkara-perkara itu kerana kedhaifan diri dalam
berpantun. Selain itu, dunia pantun ini juga ada sedikit-sebanyak khilaf di
dalamnya. Biasalah.
Akhir-akhir
ini saya agak aktif mengarang pantun kerana sedang menyiapkan rangakaian pantun
untuk pengajaran ilmu tauhid yang dinamakan ‘Pantun Ilmu Tauhid’. Pantun Ilmu Tauhid
ini sering mendapat balasan dalam bentuk pantun juga. Ada pantun yang baik dan
ada yang kurang. Oleh kerana saya ada serba-sedikit ilmu mengarang pantun, maka
saya kongsikan di sini.
SATU
Rima
akhirnya ‘kena’.
Pisang
emas dibawa belaYAR,
Masak
sebiji di atas peTI;
Hutang
emas boleh dibaYAR,
Hutang
budi dibawa maTI
Bunyi
akhir baris pertama sama dengan baris ketiga iaitu YAR.
Bunyi
akhir baris kedua sama dengan baris keempat iaitu TI.
Rima
menjadikan pantun seakan-akan berirama menjadikannya sedap didengar.
DUA
Rimanya a b a b. Elakkan rima a a a a.
Lihat
semula contoh pantun ‘pisang emas’ tadi. Bunyinya YAR TI YAR TI yang dikelaskan
sebagai a b a b. Jika rima akhirnya YAR YAR YAR YAR, ia dikelaskan sebagai a a
a a kerana keempat-empat baris bunyinya sama. Rima a a a a sesuai untuk syair.
Contoh syair:
Tersebutlah
kisah Laksamana Hang TuAH,
Orangnya
tampan beserta gagAH,
Di
depan musuh tak pernah lemAH,
Lagaknya
sopan, tingkah berhemAH
Rima
akhirnya AH AH AH AH, iaitu a a a a.
TIGA
Ada
pembayang, ada maksud.
Dua
baris pertama ialah pembayang, umumnya tidak ada kena-mengena dengan maksud
yang hendak di sampaikan.
Pulau
Pandan jauh ke tengah,
Gunung
Daik bercabang tiga;
Hancur
bandan dikandung tanah,
Budi
yang baik kenang jua.
Tema
pantun ini bukanlah cerita Pulau Pandan ataupun Gunung Daik, tetapi pengajaran
supaya berbuat baik. Kisah Pulau Panan dan Gunung Daik hanyalah sebagai
pembayang untuk melahirkan keindahan pantun dan menunjukkan kecerdasan
pemantun.
EMPAT
Pembayangnya
mengisahkan alam.
Buah
langsat kuning mencelah,
Senduduk
tidak berbunga lagi;
Pembayang
pantun ini mengambil warna dan keudukan buah langsat serta keadaan senduduk.
Unsur-unsur alam dapat mengindahkan pantun, mendekatkan diri dengan Tuhan,
menenangkan fikiran dan sebagainya.
LIMA
Elakkan
pembayang yang menceritakan zaman moden. Sebaik-baiknya yang berkaitan dengan
alam Melayu pada zaman penjajahan Inggeris dan ke bawah.
Contoh
zaman moden:
Kereta
kebal di kem askar,
Kereta
Mercedes di restoran mamak;
Kereta
kebal, kem askar, Mercedes, restoran dan restoran mamak menggambarkan zaman
sekarang.
Contoh
pembayang beraroma Nusantara:
Andai
roboh Kota Melaka,
Papan
di Jawa hamba dirikan;
ENAM
Suku
kata setiap baris antara 8 ke 12.
Bu
ah cem pe dak di lu ar pa gar, 10 suku kata.
Am
bil ga lah to long jo lok kan; 9 suku kata.
Jika
lebih ataupun kurang, bunyinya jadi pelik.
TUJUH
Rima
tengahnya juga sama.
Buah
langsAT kuning mencelah,
Senduduk
tidAK berbunga lagi;
Sudah
dapAT gading bertuah,
Tanduk
tiDAK berguna lagi.
Rima
tengahnya AT DAK AT DAK. Biasanya banyak orang mengabaikan bahagian ini.
Pantun
‘buah langsat’ ini memang hebat. Semua rima setiap perkataan diambil kira.
Tabik sama pencipta pantun ini iaitu manusia, hina diri kepada Pencipta Sebenar
pantun ini iaitu Allah SWT.
Lihat:
Buah
langsat kuning mencelah
Sudah
dapat gading bertuah
Senduduk
tidak berbunga lagi
Tanduk
tidak berguna lagi.
Saya
cuba mencipta ‘Pantun Ilmu Tauhid’ dengan cara ini tetapi macam nak pecah
kepala. Jadi saya cuma ambil rima tengah dan rima akhir saja.
·
Akan
dikemaskini selanjutnya...
|