Tuan
Imam Rock,
Saya
mohon maaf kerana terpaksa memadam artikel ‘copy n paste’ yang tuan letakkan di
sini sebagai komen kepada tulisan saya DI SINI.
Tindakan
(kali pertama memadam komen pengunjung) ini terpaksa saya ambil kerana:
1.
Saya
menulis dengan buah fikiran sendiri, bukan ‘copy n paste’ (CNP). Oleh itu saya
tidak menerima kritikan dalam bentuk CNP tulisan orang lain.
2.
Mengkritik
tulisan orang lain dengan sandaran CNP bukan tindakan terpuji.
3.
Jika
saya mengikut cara tuan yang bersandarkan CNP, maka saya sudah sama taraf saja dengan
tuan. Para pembaca tulisan saya yang selama ini memang kenal dengan cara saya yang
umumnya menulis tanpa CNP, akan memandang saya sudah kehilangan kredibiliti dan
maruah.
4.
Saya
boleh CNP senarai puluhan ulama yang menentang dakwah Salafi Wahabi khususnya
fahaman Syeikh Muhammad Abdul Wahhab, tapi lama-kelamaan blog saya ini akan
jadi macam tempat pembuangan sampah, penuh dengan artikel CNP. Walaupun saya
bukan orang yang ‘mahal’, tapi saya tidaklah mahu blog saya jadi blog ‘murahan’.
Jika tuan hendak berhujah dengan CNP, tuan pergilah ke mana-mana blog/ ruang
yang setaraf dengan tuan.
5.
Artikel
CNP itu pula adalah bantahan pendokong fahaman Salafi Wahabi (agaknya) kepada
Hizbut Tahrir (sebuah jemaah). Saya tidak ada kena-mengena dengan dakwah Hizbut
Tahrir. Berjela-jela bantahan terhadap Hizbut Tahrir dikemukakan yang
sebahagiannya tidak berkaitan pun dengan tulisan saya. Tindakan yang bijak ialah
tuan hantar artikel itu kepada para pendokong Hizbut Tahrir. Tuan hantarlah
1000 artikel CNP pun.
6.
Artikel
itu juga tidak menafikan yang tentera Muhamad Abdul Wahhab telah menyerang
negara Islam (Hijaz adalah salah satu wilayah Daulah Islam yang berpusat di
Turki). Tuan tentu lebih arif apa hukuman kepada penyerang wilayah negara
Islam. Contoh: Jika tiba-tiba tentera lanun-lanun Somalia menyerang Pulau
Pinang. Apa hukuman ke atas mereka? Apa tindakbalas yang wajar dilakukan oleh
Putrajaya? Julang lanun-laun itu sebagai tokoh terhormatkah?
7.
Artikel
itu juga tidak membuktikan yang dakwah kasar memecahkan batu-bata dan kayu-kayu
adalah lebih baik daripada dakwah bijak melalui sesi-sesi tarbiah lisan dan
bertulis. Puas saya cari tapi tidak ada.
8.
Tuan
masih tidak faham. Yang kami tentang daripada fahaman Salafi Wahabi termasuklah
fahaman bawaan Muhammad Abdul Wahhab ialah APA YANG SALAH SAHAJA, yang benar
tidak pernah kami tentang malah sokong.
Sekiranya
selepas ini saya terpaksa menyemak terlebih dahulu komen tuan sebelum disiarkan
(saya harap itu tidak perlu saya lakukan), harap tuan tidak berkecil hati. Ini
supaya tuan tidak melambakkan artikel CNP di sini ataupun memberikan
dakwaan-dakwaan tanpa sandaran. Jadi saya berharap sangat agar ‘kebenaran’ yang
saya berikan kepada tuan di sini dihargai.
Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathern’
ps: Jika tuan berminat untuk berlawan CNP, pergilah ke SINI
|